Thursday, February 24, 2011

Mr. Perfectionist 1




“Mommy...tak nak kahwin-kahwin ni! Daye tak suka tau!”

Daiyan Rafael membentak. 

Mommynya dipandang dengan pandangan yang geram. 

Dalam zaman multimenium ni, ada lagi yea perkahwinan yang diatur? What a lame thing! Getus Daye dalam hatinya.


Cappucino bercampur madu itu diteguknya rakus. 

Setelah itu, dia mengelap hujung bibirnya dengan tisu. Rambutnya dipacak-pacakkan. Nafasnya di hembus ke telapak tangan.

Listerine tu memang bagus. Wangi lagi ni! Daye memuji bau nafasnya sendiri.

Flos di ambil dan giginya difloskan sebelum dia berlalu ke sinki untuk mencuci tangannya. Setelah itu, dia menilik dahulu tuala mengelap tangan sebelum menggunakannya.

"Mommy, basuh tuala ni, dah ada kotoran ni. Germs!"
Daye memberitahu mommynya.

Datin Maznyda hanya menggeleng kepalanya melihat perilaku anaknya yang terlampau obses dengan kebersihan itu.

“Daye, kamu ni...tak teringin ke nak ada anak sendiri? Zuriat kamu tu...”

Datin Maznyda masih lagi memujuk anak keduanya itu. 

Dengan yakin, Daye menggelengkan kepala.

“Urh, tak mahulah, lecehah budak-budak kecik tu, habis nanti dia sepahkan rumah! I dont like!”

Daye berkata-kata sambil membuat mimik muka menyampah.

Datin Maznyda rasa geram dengan anaknya ini.

“Mommy tak kira, minggu depan kamu kahwin, calon dah ada! Dia perfect untuk jadi menantu mama!”

Datin Maznyda berkata-kata tegas. 

Daye terpana. 

Bala,bala...mommy ni, agak-agak la...umur baru 35 dah nak suruh kahwin? Kecoh la! Abang long pun kahwin masa 36 tahun. Sekarang dah 38 tahun dah, anak pun dah masuk dua. Perangai budak-budak tu pun macam monsters! Apa yang nak kecoh ni? Daye menggumam dalam hatinya.

Dia tak puas hati dengan mommynya yang suka memaksa itu.

“Yelah, tapi...kalau Daye tak ada masa akad nikah tu, mommy gantikan dengan papa yea...Daye boleh merasa ada mak tiri! Bye mommy!”

Daiyan Rafael terus berlalu, meninggalkan ibunya ternganga di situ.

Datin Maznyda menggenggam tangannya, tanda geram dengan perangai anaknya itu.

Telefon bimbitnya dicapai, dia mendail nombor suaminya.

“Hello, abang! Dia tak setuju! Kita guna plan B!Kalau tak berjaya juga, kita buat plan c sampai ke Z!”

Tegas, Datin Maznyda berkata-kata.

Belum sempat Dato’ Shanaz Davis Abdullah menjawab, datin telahpun meletakkan telefonnya. Dato Shanaz hanya mengeluh.


***


Datin mengeluarkan sayur sawi dari peti sejuk.


Dia sudah muak dengan Daye yang degil itu.

Sampai ke tua agaknya tak mahu kahwin.

Asyik sibuk dengan modelling dan bisnes papanya aja! Nak kata gay pun tidak! Ke, anak aku ni memang lahir tanpa nafsu? Semua jenis perempuan dah aku arrange, satu pun dia tak berkenan, hidung penyetlah, gelaplah, kurus sangatlah, kaki berbululah, ada misailah, tak seksilah, keding sangatlah, tinggi sangatlah... macam-macam diberinya alasan. Pening kepala aku!

Datin Maznyda mengutuk perangai Daye dalam hatinya. 


Sayur sawi yang berada dalam genggamannya dicincang lumat-lumat! Nampaklah yang datin ni geram betul dengan anak dia ni.haru-haru.


“Aku tak kira, Jasmyn Super-5 tu kena jugak jadi bini si Daye ni! Sesuai sangatlah! Baru bertemu buku dengan ruas!”

Sayur yang lumat itu telah berjaya mendarat dalam kuali yang mengandungi minyak Seri Murni tersebut.

Lega Rasanya hati Datin Maznyda apabila melepaskan geram nya kepada sayur sawi itu. Haru betul!




16 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. starting yang menarik...
    i loikkee...nak tergelak pon ada..plan c-z...jasmin super-5

    salute u, shamien...idea mencurah-curah ye :)

    slalu jugak komen i'm urs..tp x masuk..takkan traffic jam kot.

    ReplyDelete
  3. really? Gugel yg sewel kot sampai komen tak msk! haha, memang citer ni hepi2..lawak2 sket, baru syok nak guling2 sambil baca!

    ReplyDelete
  4. hee~ tengok pic dah boleh agak
    Daye ni macam manja, anak mommy...
    nama diorang semua 5 star!!!suke..boleh membayangkan betapa macho, sweet, cun, karcak..hehe

    ReplyDelete
  5. Mya...baguslah, I tergoda tau tgk pic tu!!!sasa beb!!kecur saliva...huhuhu

    ReplyDelete
  6. best cter bru nie...
    Awin, nak tanya 1 soalan knapa semua citer awin best???
    seriously i am addicted with your blog...hari bkak cbb nak baca n3 baru.

    ReplyDelete
  7. aduh cramp pipi asyik sengih..jazzmin super-5 huh? hehe..

    ReplyDelete
  8. yora: I got no answers la dear 2 ur q's 2...haha, thx 4 being a fan og this lalaland!!

    myamanz: sabar jelah, Daye 2 perfectionist yg amat! I also dun like...jazz lagi cool!

    kak zura: cuba pakai bonjela, takkan cramp punya, hahaha

    ReplyDelete
  9. ohhhoo.
    ada kena sepak kang daye ni.
    haha

    ReplyDelete
  10. sob.. pndeknye n3...
    hahaha... kire nye tok lps tensen pas hampir sakit jntg skt ati ngan june 2...


    smbg g sis... tp nk pjg2...hehehehe

    ReplyDelete
  11. nice story... sengih2 je bc...
    umo 35 prgai cam 15...hehe

    ReplyDelete
  12. Anonymous: mmg utk korang lepas 10syen ni, BTW,,,citer ni raanya nak buat novel kot, kasi gelak2 aje puas2...novel sesaja gitu,hahaha, takde siyuz miyuz kot lam citer ni!

    rubisya: huhuhu,sis...hahaha, i teringt kat sum1 yg perangai dia a bit like this tau, tp dia bukannya perfectionist, dia jiwa muda...hi3

    ReplyDelete
  13. aduh..dahla daye tu muke ex boipren acik..terus sentap baca. rindu!muhaha..

    nice job..suke bangattt..nak lagi!

    ReplyDelete
  14. acik: tau mane muka daye ni same ngan ex acik??

    kasih: hehe, yup! buat iklan beras jap kat cnie!

    ReplyDelete