Pintu peti ais dibukanya. Mata mencari-cari
plastik coklat yang kiut-miut itu. Hairan ajaib, tadi semalam dia letak depan
ni saja, hari ni dah hilang? Dalam peti ni ada tikus ke?
“Woot, cari apa tu?”
Kashaff bertanya kepada Kiah yang separuh
badannya sudah masuk ke dalam peti ais itu.
Pintu fridge ditutup lalu
sebuah keluhan dilepaskan. Hairan kut! Semalam je aku letak betul-betul depan
mata. Kemudian, matanya ditalakan pada
si abang yang tengah seronok mengunyah sesuatu. Mata dikecilkan. Ouh, tikus ni
rupanya, tikus kepala hitam!
“Mister
Kashaff! Where. Did. You. Get. That?”
Gigi diketap. Tangan dicekak ke pinggang.
Geram ni ,geram. Bukan main pulun dia cari dalam peti, rupanya mamat ni dah grab dulu plastik M&Ms tersebut.
Kashaff pula tayang muka tidak bersalah.
Plastik coklat M&M itu diangkat lalu tangan ditunjuk pada peti sejuk. La,
kenapa adik aku ni? Gaya nak melenting dah ni, tak boleh makan ke M&Ms ni?
Oops-si-doo-di!
“Siapa suruh ambil?”
Kiah mendengus. Kaki dihentak. Macam mana cupcake dia yang masih di dalam oven itu
nak jadi M&Ms choc cupcake with cream
cheese kalau tak ada M&Ms? Kashaff ni kan,pantang nampak coklat! Mesti
dia nak ngap!
“Tak ada siapa pun suruh ambil. Even better, tak ada orang pun cakap tak boleh ambil.”
Kashaff memasang helah. Tempted sangat tengok pebbles warna warni M&Ms tu. Kecoh
la adik ni, makan sikit je pun. Macam budak-budak.
“Abang... dah, dah. Give it back, adik nak buat cupcake
ni. Esok nak pergi rumah Datin Zu tu,
birthday Luth. Adik plan nak hadiahkan kek cawan untuk budak
kecik comel tu. Children and chocolate
cakes, are inseperable.”
Nak tak nak Kashaff dengan berat hati
menyerahkan plastik M&Ms yang masih berbaki separuh itu. Kiah cepat-cepat
rembat dari tangan abangnya. Dia tayang senyum puas hati.
“Sorry. Tak tahu adik nak buat cupcake.”
Kashaff buat muka sedih. Harap-harap lepas
ni Kiah kasi dia rasa kek cawan tu, oleh itu dia tayang puas-puas muka sepuluh
sen dia tu.
Kiah pula senyum herot ke arah abangnya.
Dah tahu taktik si abang, dah hafal sangat. Nak minta simpati lah tu kan, buat
muka sememeh macam tapai basi tu. Mengada betul.
“Bila kek siap, Kiah letak dalam fridge. Jangan mengada nak curi ke apa
okay! Ada lebih baru Kiah bagi abang. Now
shoo, get out of my kitchen.”
Kali ini Kiah berpesan awal-awal. Kalau
tidak, nanti adalah tikus kepala hitam tu buka peti malam-malam curi cupcake tu. Kashaff sudah tarik muka
cemberut. Ciskek betul adik ni, dia hafal ke buku taktik minta simpati 101 tu?
Ingat ada la chance dia nak rasmikan cupcake tu malam ni. Hampeh.
“Ish, yelah, yelah. Kalau untuk that little boy yang curi first kiss dia tu sanggup saja, dekat
abang kembar sendiri M&Ms pun nak berkira.”
Kiah angkat bahu. Siapa yang budak-budak
sekarang ni? Haih abang ni, dengan Luth pun nak dengki. Kurang kasih sayang
betullah.
Dia menghadap abangnya lalu menepuk
perlahan pipi Kashaff. Mata Kashaff dipandang.
“Hurm,I’ll
let you handle the ganache. Bolehlah nak lick clean senduk dengan periuk tu nanti. Mahu idak?”
Mata Kashaff sudah bersinar. Siapa tak suka
jilat periuk yang penuh dengan coklat cair? Siapa yang tak suka tu, memang
pelik. Sayang adik dia ni.
“Nice.
Nanti dah siap, call me. Abang ada
kat luar. Nak borak dengan girlfriend.”
Setelah Kashaff berlalu, Kiah meletakkan
tangan di bahu,mata ke atas. Me-nyam-pah! Girlfriend
lah sangat. Setakat Mili rumah depan tu bukan namanya teman wanita. Itu dah
namanya Mili-pede, ulat gonggok!
Gedik melebih, macam tak ada tulang belakang. Hish, abang ni pun satu. Perlukah
sentiasa minat pada gadis-gadis yang tergedik sana sini? Jalan pun macam tak cukup tanah, ada hati si
Mili tu nak beripar dengan aku. Bakor karang!
Setelah habis mengutuk, Kiah kembali ke microwave. Diintainya kek cawan itu dari
luar. Tangan ditekup pada sisi pipi lalu dia melihat. Wah, cantik betul, naik
dengan elok, kembang semangkuk kek cawan tu. Alhamdulillah. Tak adalah malu
nanti bila nak presentkan pada Lyth
nanti.
Coklat masakan yang cantik terletak di atas
meja itu dibuka balutannya. Dia kemudiannya mencapai periuk dan menyediakan
tempat untuk melakukan proses double
boiling. Coklat kena guna double
boiler, kalau tak, habislah jadi kering, melekat pada periuk. Tak jadi cair
dah. Papan cooking chocolate itu tadi dipatah-patahkan lalu dimasukkan ke
dalam periuk. Senduk kayu dicapai lalu coklat dikacau-kacau. Dapur itu sudah
berbau harum dengan aroma kek cawan di dalam microwave dan juga coklat yang tengah dicairkan di atas dapur.
Kiah memadamkan api di bawah periuk apabila
coklat sudah cair sepenuhnya. Sedang elok juga kek cawannya turut siap dibakar
lima minit sebelum itu. Sekarang, hanya nak letakkan satu lapisan coklat ganache, selepas itu baru letak topping cream cheese dengan M&Ms. Lastly, baru sumbat dalam fridge.Yummy!
Ketika Kiah tengah sibuk membasuh peralatan
yang digunakan tadi, tiba-tiba ada seorang makhluk itu datang menyendeng di
tepi Kiah. Kiah menyiku perlahan perut Kashaff. Kashaff tergelak. Ada-ada saja
modal abang dia ni.
“Dik dik, Mili bagi buah pelam. Ada lagi
tak ganache lebih? Boleh buat cicah.”
“Buka mata luas-luas. Atas counter top, dalam periuk tu apa? Pergi settle-kan cepat, orang nak wash up semua dah ni.” Kiah , tanpa
memandang si abang terus berkata. Loyang yang digunakan tadi sudah diletakkan
di atas tempat pengering. Kashaff memandang ke kaunter dan senyum sungging.
Sodapnya cekelat cair!
“Potongkan buah? Thank you dik, sayaaang adik abang ni.” Laju saja tangan Kashaff
meletak seplastik buah pelam muda itu di hadapan Kiah. Kiah bercekak pinggang.
Amboi! Banyak cantik punya muka, suka suki
suruh aku potong buah. Tangan tu dah kudung ke? Tak boleh dah nak potong sendiri
buah tu? Pandai makan je tahu. Inilah ha, nasib jadi sang adik, asyik dibuli
dan di ambil kesempatan, tambah-tambah dia seorang wanita, lagilah macam-macam
kena suruh buat. Hish! Men and their
views regarding women.
Nak tak nak Kiah potongkan juga buah pelam
itu. Kalau Kashaff yang potong, jadi jus pelam nanti. Dia pegang scalpel saja tahu, pegang pisau potong
buah tak tahu.
Buah mempelam disusun cantik di dalam
pinggan, lalu di serahkan pada si abang.
“Terima kasih adinda sayang.”
Dah mula dah Kashaff dengan nonsense dia. Tangan laju mencapai sehiris pelam muda
lalu dicicah ke periuk bersisa ganache itu.
Masam, bertemu manis, sah-sah meletup di dalam mulut. Kashaff mengeluarkan
bunyi untuk menyatakan betapa nikmatnya buah pelam tersebut. Kiah sudah tarik
muka, tak senonoh betul mamat ni.
“Abang, please.
Makan tu jangan nak keluarkan bunyi macam tu boleh tak? Geli tau. Makan buat
cara makan, tak payah nak buat bunyi.”
Kiah menegur. Mata masih memandang Kashaff.
Kashaff pula membuka matanya yang tertutup tadi. Potong stim la adik dia ni.
“Orang nak enjoy the food pun tak
boleh.”
Kashaff membalas perlahan. Kiah
dijelingnya. Baik pandang pelam ni, pada pandang muka adik dia tu.
***
“Eh, masuklah! Masuk. Jemput, jemput.”
“Eh, masuklah! Masuk. Jemput, jemput.”
Semangat Datin Zu menyuruh Puan Maimunah
sekeluarga untuk masuk ke dalam Villanya. Villa yang cantik, memang layak
ditunjuk kepada orang. Kiah yang tadinya sudah terpegun dengan keindahan
halaman luar Villa tersebut, kini sudah terpaku apabila melihat suasana di
dalam Villa itu. Cantik sangat. Tak terlampau mewah, masih ada aura cozy di situ, tapi sangat indah mata
memandang. Sejuk saja.
“Kak Zu? Kami ni datang awal sangat ke?”
Puan Maimunah bersuara. Kiah masih lagi
ralit memandang dinding-dinding yang dicat kelabu muda itu. Banyak betul frame gambar. Ayat-ayat Quran pun ada.
Kaki Kiah sudah tenggelam di dalam permaidani tebal itu. Dia menekur ke bawah.
Karpet pun cantik, mesti beli kat Turki ni.
Kiah pernah teringat yang dulu ada kawannya
ceritakan bagaimana karpet-karpet yang dibeli oleh golongan kaya raya
dihasilkan. Semuanya ditenun dengan tangan.
Jahitan yang halus, memerlukan
tangan yang juga halus. Ramai kanak-kanak terutamanya di Nepal terlibat dengan child labour kerana tangan mereka halus
untuk menenun karpet. Di Kathmandu, Nepal, kanak-kanak yang sebaya Luth berkerja
dari sebelum terbit suria hingga terbenamnya matahari, tujuh hari seminggu. Kejam
betul manusia ni kan? Kanak-kanak sepatutnya diberikan ruang, peluang dan juga
pendidikan formal, bukannya menjadi hamba sang mata duitan.
“Khairina, jangan risau, karpet aunty ni free from child labour.”
Datin Zu yang perasan akan Kiah yang dari
tadi menekur karpetnya bersuara. Dia dah agak apa yang bermain di fikiran anak
muda tersebut. Kiah pula tayang senyum sebaris. Pandai pula aunty ni teka. Telepathy ek?
“Eheh. Takde lah, Kiah tengah tengok design dia saja. Urm, aunty, Luth mana? Kiah ada buat cupcake untuk dia ni.”
Suara Kiah sudah sehabis manis. Kashaff
sudah membeliakkan matanya. Pandai betul minah ni kontrol ayu depan Aunty Zu. Kalau dekat rumah, itu ha, cakap
sepuluh batu pun boleh dengar. Kiah, Kiah.
“Khairina letakkan dekat dapur ya sayang? Mun,
akak pergi panggil Luth turun kejap. Kawan-kawan dia pun kejap lagi datanglah
tu. Make yourself at home! Dapur kat
sebelah sana, Khairina.”
Datin Zu dengan lemah lembut mengundur
diri. Walaupun dia Datin, tetapi sikap masih down to earth. Buat apa nak menunjuk, tambah riak adalah. Riak itu
dosa besar, buat apa nak tempah neraka
sedangkan orang lain berlumba kejar syurga. Bersederhana dalam setiap benda
yang kita buat, yang penting bukan wang
atau darjat, tetapi redha Allah S.W.T.
Kiah mengatur langkah ke dapur. Dia mendengar suara datang dari arah dapur. Ada orang lah tu, biarkan saja. Tiba-tiba, suara lelaki itu meninggi. Marah.
“You
know what? Pergi mampus lah you! Suka
sangat buat keputusan tak tanya I. You ingat
I ni tunggul ke apa? I am not an invalid, okay?”
Kiah sudah kecut perut mendengar jerkahan
tiba-tiba itu. Kaki dijinjit, nak tengok siapa tengah marah siapa tu. Sibuk je
aku ni nak jaga tepi kain orang. Mata Kiah membulat. Haiyo...
“I am
sorry, bie.”
Perempuan itu pula meminta maaf. Kiah
mengetap bibirnya, macam tengah layan drama pun ada ni. Eh, apa dah nama tunang
si Kay tu? Jaz? Kesian dia, sampai menangis kena marah dengan Kay. Ish, baran
jugak anak teruna Aunty Zu ni. Seriau
aku dibuatnya.
“Tak hadap la sorry you tu. Hish! Selalu saja buat masalah. Otak letak kat lutut
agaknya.”
Tangan dihentak pada kaunter lalu dia
bergerak menuju ke arah Kiah. Nak keluar dari dapur, bukan nak serang Kiah
pula. Kiah pula cepat-cepat beralih tempat. Dia bersandar pada dinding. Tahu pun
takut, tadi masa eavesdrop orang tak
takut.
Khayrel Reza menolak kuat cafe door itu. Hatinya tengah geram. Geram dengan sikap acuh tak acuh si tunang.
Ada ke patut,
dua minggu sebelum majlis perkahwinan mereka, Jaz nak ikut serta misi ke Syria.
Tahulah dia pun doktor, tapi agak-agaklah sikit. Orang lain pun join humanitarian mission juga, tapi tak
adalah sehinggakan mengabaikan perkahwinan sendiri. Kahwin hanya sekali,
walaupun digalakkan kahwin empat, tetapi aku ni jenis percaya pada monogami. Cinta hati aku
hanyalah satu, Jezamine Abdul Rafar. Jaz. Kalau apa-apa terjadi macam mana? Aku
nak kahwin dengan siapa?
Aku bukan sengaja nak marah Jaz, tapi dia
memang geram. Lagi dua minggu nak berangkat baru nak buka cerita . Bayangkan,
sebagai tunang sendiri, aku adalah orang terakhir yang tahu tentang hal ni.
Siapa yang tak marah? Mama pula bersengkongkol dengan Jaz tu. Hish, serabut!
Dan, apabila insan itu tengah marah,
faham-faham sendirilah. Semua perkataan keluar macam air. Kesat ke, tak kesat
ke, semua keluar. Dan, kata-kata tidak boleh ditarik balik. Terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata...ada hati yang terguris.
Kay tanpa disengajakan memandang ke arah
kirinya. Ni manusia mana pulak ni yang melekat kat dinding macam cicak kobeng? Dah
dengar aku marah lah tu. Hey, suka sangat jaga kain pelikat orang, sah dah
lepas ni mama digemparkan dengan berita anak teruna dia ni mengamuk dekat
dapur.
Cicak kobeng yang dimaksudkan tadi adalah Kiah.Lalu dia meninggalkan Kiah yang tengah khusyuk mencium dinding itu.
Seberlalunya
Kay, Kiah menarik nafas lega. Nasib baik dia tak nampak. Ye lah sangat Kiah,
Kay tu nampak saja engkau tu, dia buat tak tahu saja.
Kiah perlahan-lahan menolak cafe door yang menghubungkan ruang tamu dengan dapur Villa itu dengan sebelah badannya. Tangan tengah tampung kotak kek cawan, memang tempah mautlah kalau nak guna tangan juga untuk tolak pintu tu. Tak pasal-pasal kek jatuh nanti.
Matanya tertancap pada perempuan yang
tengah tertunduk di atas kerusi berhadapan dengan kaunter breakfast table itu. Merah dah muka dia duduk menangis. Kesian.
Siapa tak sedih kalau gaduh dengan tunang
sendiri, dahlah super duper kacak pula
tu, makin berganda sedihnya. Kalau aku lah ada di tempat Jaz tu, aku
cepat-cepat pergi cuci muka dan pergi pujuk elok-elok my darling Benz to be tu.
Tapi yang sedihnya, Benz milik Addin di dalam novel, Kay milik
Jaz di alam realiti. Apa orang kata, jauh panggang dari api? Memang tak akan
dapat punya si Kay tu. Udah lah Kiah, kau lupakan saja. Jangan nak jadi
perampas handalan tunang orang. Tak baik.
Kiah tarik muka selamba. Kaki melangkah ke
kaunter. Kiah, jangan pandang. Obviously pasangan
kekasih itu baru lepas bergaduh. Buat tak tahu, letak kotak, dan terus blah! Jangan
sesekali masuk campur, tolak, bahagi, darab. Jangan.
Kotak diletak lalu Kiah cepat-cepat pusing
untuk beredar dari situ. Belum sempat dia melangkah, tangannya sudah dicapai.
Adoi,doi,doi!!! Dah terlewat! Tengok! Mesti Jaz ni nak gunakan kepakaran ayat motivasi aku ni. Nampaknya, dalam hidup aku ni, tugas utama aku adalah untuk
memotivasikan orang agaknya. Nasib kaulah Kiah.
Jaz mengelap matanya. Tangan wanita yang hadir di dapur itu dipegang
erat. Dia memandang wajah yang berseri itu.
Kiah pula nak tak nak tarik senyum
yang nyata dibuat-buat. Sangatlah kekok. Di sini, dia berhadapan dengan tunang kepada lelaki
yang pernah memasuki mimpinya, yang sekarang sering menjadi muka baru bagi hero watak novel
cinta yang dibacanya. Parah.
“Awak dengar ya tadi? Sorry...saya tak
patut rosakkan majlis.”
Jaz bersuara lemah. Masih ada sendu
berbaki. Kiah cepat-cepat menggelengkan
kepalanya, sumpah tak dengar kesemuanya. Dua ayat terakhir saja.
“Eh, tak adalah awak. Saya tak dengar
apa-apa. Majlis pun belum mula lagi.”
Kiah terus terang. Jaz angguk. Kiah
mengeluh perlahan. Tak boleh jadi ni. Aku kena juga chat dengan Jaz ni. Nampak gaya macam sedih benar. Kerusi di
sebelah Jaz ditarik keluar. Punggung dilabuhkan. Bahu Jaz dipegang lalu disuruh
menghadapnya.
“Okay...speak. Saya ada belajar sikit-sikit psikologi ni.But just the basics.
You can talk to me, and I will see what I can do with you.”
“Really?”
Jaz bertanya dengan mata yang berair. Kiah
angguk. Hurm, kalau nak tengok Jaz ni, memang sangat padan dengan Kay tu. Aku
tengok pun dah rasa semacam, kalau lelaki tengok, haih, tergoda terus. Muka
macam anak patung.
Kiah angguk lagi. Really...semua past boyfriend saya tinggalkan saya
sebab saya berjaya memotivasikan mereka untuk see a better view about life. Tapi sedih sebab saya hanyalah
dijadikan stepping stone untuk
mereka. Kata-kata itu hanya terukir di hati Kiah, tak mahu membebankan Jaz yang
sudah ada di dalam dilema.
“Saya belum sedia nak kahwin. Sebab tu saya
buat perangai, pergi volunteer untuk misi kemanusiaan. Saya tak berani tolak
pinangan Kay, sebab saya tahu saya sayang dia. The thing is, I am not ready to build my life together with him. I
haven’t seen enough of this world yet, tak puas lagi jadi single. And most importantly, I am not ready
to be a mother. Knowing Kay, benda pertama dia nak adalah anak. Saya belum
sedia.”
Kiah mengambil nafas dalam-dalam. Oh boy! Sumpah aku rasa macam baca novel
bila dengar cerita si Jaz ni. Masalah bukannya besar pun, Cuma perlu berterus
terang.
“You ada
pernah heart to heart dengan dia?” Kiah
bertanya. Jaz mengerutkan muka.
“Tadi tu la, I baru saja cakap pasal kemanusiaan tu,dia dah melenting. Kalau I cakap I belum sedia nak kahwin, you
rasa apa dia nak buat?”
Dah kau tu bodoh sangat nak lepas lelaki
macam Kay tu kenapa? Haven’t seen enough
of this world yet konon. Itu ha, Astro ada. Buka je siaran 707 ke, NatGeo
ke, apa ke, tengok puas-puas dunia tu. Tak nak sangat si dia, meh sini, bagi
kat aku, aku nak aje dekat dia tu.
Nak anak berapa orang, cakap je, setahun
satu pun aku sanggup bagi. Perempuan mana yang tak nak anak? Rungut Kiah di
dalam hati, namun muka tetap maintain. Kiah
tayang muka concern.
Selepas menyedari apa yang telah dia
lakukan,Kiah beristighfar panjang. Oops, terkutuk pula si cantik di depan ni. Ikhlaskan
hati cik adik manis. Ikhlas.
“Okayla, saya rasa dalam setiap hubungan
itu, communication skills memainkan
peranan penting. Kalau tak nak, cakap tak nak. Nak cakap nak. And you reason why you say what you say,
nicely. Cakap elok-elok. Terangkan pada dia kenapa you nak join misi tu.
Pujuk dia baik-baik, terangkan elok-elok, and
make him listen to what you have to say. Robert Powell pernah cakap, ‘If you
make listening and observing your occupation, you will gain much more than you
can by talking.’ Your tunang,
perlu bagi you peluang untuk you
terus terang dengan dia. So, apa yang
you tunggu lagi? Pergi cuci muka, cari
dia, and ask him to hear you out.”
Kiah mengeluarkan nasihat keramatnya. Jaz
pula bagai tersedar. Betul apa perempuan ni cakap. Suruh juga Kay tu dengar apa
aku nak cakapkan. Make him listen.
“Thanks. Oh ya, saya tak tahu nama awak
lagi. Sorry, tengah emotional sangat tadi, sampai terlupa. Saya Jezamine.
Panggil saja Jaz.”
Tangan dihulur. Kiah sambut.
“Khairina Ibtisam. Nick’s is Kiah.
Nice meeting you.”
Kiah tayang senyum penuh. Comel sangat lah
tu. Shawl yang dipakai pun sudah herot-berot sebab pergi cium dinding tadi.
“Kiah? Sangat...unik.”
Amboi, ada hati pulak si Jezamine ni nak
komen nama aku. Unik eh?
“Thanks. Dah, pergi kejar that prince charming tu.”
Omel Kiah. Kau kejar dia Jaz, kalau tak aku
yang pecut pergi tangkap dia dengan jala
ikan. Cepat Jaz. Kesabaran aku ni sangat nipis dah ni, aku dah jumpa
Benz aku, tapi sebab dia tunang engkau, aku hormat. Aku tak kacau barang orang.
Alangkah indah sekiranya Kay tu ada kembar juga, tak adalah nak makan hati ulam
jantung sangat si Kiah ni. Nak buat macam mana Kiah, jodoh maut itu semua
ketentuan Yang Maha Mengetahui. Bak kata Kashaff, kau doa sajalah dapat lelaki
yang perangai elok untuk jadi suami nanti.
“Kiah, doakan I tau. Hopefully kali ni prince charming tak melenting sama I. See you around!”
Kiah gelak perlahan. Setelah bayang-bayang
Jaz lesap dari dapur, dia membuka kotak cupcake
itu lalu dimakannya sebiji. Haih, lapar pula bila tengok bakal isteri kepada
Benz dia ni. Benz oh Benz, kenapalah versi engkau dalam realiti ni susah sangat
nak jumpa. Dah jumpa, dah nak jadi hak milik orang lain pula. Sadis betul!
P/S : What do you think about this one? Tiba-tiba je rasa nak buat jahat, nak buat Kiah jadi perampas. Thehee =D