Tirai shower ditarik rakus. Tuala berwarna pink itu dililit pada leher. Baldi berwarna merah itu dibimbit
sambil digoyang-goyangkan. Bibir menyangkan senyuman hambar pada tiga lagi
orang budak baru di dalam kubikel sinki. Tengah gosok gigi barangkali.
“Our love is alive... and so we
begin...foolishly laying our hearts on the table, stumblin’ in...”
Tuala dari leher
ditarik ke kepala lalu tangan yang tidak memegang apa-apa memulakan kerja-kerja
mengeringkan rambut. Bibir masih lagi rancak menyanyikan bait-bait lagu Stumblin’ In.
Fish ni perasan jadi Suzi Quatro barangkali.
Jam waterproof ditangan dipandang
sekilas. Pukul 6.00 petang. Kaki yang bersarung Fippers itu melangkah tanpa rentak ke biliknya. Kappa 109.
Betul-betul berhadapan dengan tangga, dan juga dengan blok budak lelaki. Nasib
baik ada tirai, kalau tak dah buat tayangan premium
dah dekat budak Alpha tu kan?
“Our
love is a flame, burning within
Now and then firelight will catch us
Stumblin' in
Stumblin' in
Stumblin' in...”
Now and then firelight will catch us
Stumblin' in
Stumblin' in
Stumblin' in...”
Kappa 109. Tangan diletakkan
pada tombol. Tidak berkunci. Bukan masa aku nak pergi mandi tadi aku kunci ke
pintu ni? Ke...? Ke...roomate aku dah
check-in?
Tadi, sewaktu Fish
masuk bilik, kakak di kaunter pendaftaran itu cakap yang teman sebilik dia akan
lewat. Ada masalah apa entah, Fish tahu angguk-senyum-blah saja.
Masuk sahaja
bilik,Fish disambut dengan lagu ‘Faithfully’
oleh kumpulan Journey yang berkumandang dari I-pod budak-I-don’t-know what’s-her-name-is. Wah, berani dia bawa masuk benda
haram. Fish kembali menghayati suara Steve Perry yang sedang menyampaikan lagu
tu sampai orang yang mendengar pun boleh cair.
Si dia yang
berambut tak lepas paras bahu itu, dengan gaya ala-ala bob cut memandang ke arah
pintu a.k.a ke arah Fish. Badan ditegakkan. Senyuman manis ditayangkan.
“Assalamualaikum.”
Si anon berkata dahulu.
“Yo? I mean
waalaikumussalam. Hey...room mate.”
Fish memanjangkan
langkah ke sebelah katilnya lalu meletakkan baldi pada bawah katil.
Si dia senyum
senget sambil mencapai I-pod lalu menekan butang yang membuat I-pod itu senyap.
Alaaa, pergi off tu kenapa? Best lah layan perasaan.
“So...this is awkward...you have a name?”
Fish bertanya
selamba. Sumpah rasa janggal bila nak berkenalan dengan taulan baru. Tengok si
dia ni pun cantik saja, gerun pula nak dekat-dekat. Macam anak patung. Tak
bermakna aku tak cantik, tapi dia ni lagi cantik. Memang setaraf dengan Ciku
dan juga Wanda la, ala-ala model gitu. Bantal dicapai lalu hujungnya
dipintal-pintal.
Si dia senyum lalu
menghampiri katil Fish. Selamba badak dia duduk bersila berhadapan dengan Fish.
Fish tahan niat untuk nganga luas-luas. Mak ai, Mak you, spontan juga si cantik
ni.
“Tengku Syaidah
Ilham...pleasure.”
Fish merenung
tangan Shaidah Ilham itu tanpa perasaan. Sepuluh saat kemudian baru dia
menyambut salam sorang lagi Tengku ni. Ohoho, hari ni dah jumpa dua orang
Tengku. Seorang sangatlah kacak, yang ni sorang lagi ni, sangatlah cantik.
Agak-agak sekolah ni berapa orang ada Tengku ya depan nama dorang? Kau juga
Nafisha yang ada nama klasik. Nama engkau sepatah, nama ayah engkau pun
sepatah.
“Yidd for short. You?”
Fish senyum macam
kera baru dapat bunga. Yidd? Nice...
“Saya Nafisha,
Nafisha Ali. Call me Fish.”
Yidd angguk. Bibir
bawahnya digigit. Fish pula garu kepala yang tak gatal. Lepas ni nak tanya apa
pula? Sumpah aku tak pernah buat benda-benda macam ni. Dengan Ciku, Yuyi,
Wanda, tadi tu lainlah.
“Erm...nak tanya
apa lagi erkh?”
Yidd bertanya.
Senyuman Fish makin melebar lalu dia terlepas juga gelak di situ.
“Hurm Yidd. At
least kita ada satu persamaan. I suka oldies juga. Dan I tabik you sebab you
berani bawa masuk benda haram tu.”
Fish berkata sambil
tangannya menunjukkan ke arah Ipod Yidd. Yidd melepaskan keluhan. Ipod diambil
lalu digenggamnya. Matanya kemudian menikam mata Fish.
“Fish nak tahu?
Kalau my brother dapat tahu I bawa
benda haram ni, I will be in a hot soup!
Dia tu diktator tau. Nanti kena buat hiding
place untuk my darling I-pod ni.”
Fish angguk
laju-laju. Eh kejap? Apa Yidd cakap tadi? Abang? Dia ada abang kat sini? Nak
tanya ke tak? Tak salah kalau tanya kan? Takkan dia ni otak pun sama pattern dengan aku, orang tanya hal
peribadi sedikit pun dah cop busybody.
Tengok gaya dia ni macam banyak cakap...tanya je lah kan?
“Abang you senior ya?”
Fish bertanya. Yidd
yang tengah mengeluarkan pisau cap 10 sen dari beg sandangnya itu berhenti dan
mengangguk.
Tangan membuka
bilah pisau itu dan Fish yang cool ni pun rasa seriau. Dia nak buat apa tu?
“Yupp! Senior. Lagi
teruk, dia tu Head Prefect. Ketua Pengawas. Kalau you terserempak dengan dia, nama dia tu Tengku Hayder Luqman. Orang
tinggi-tinggi, cerah-cerah, and ada aura do
not mess with me. Top scorer,
debater, muka serius 24 jam, hah, dia lah tu. My abang.”
Fish telan liur.
You don’t say...
“My advice to you lah kan Fish... kalau
terserempak dengan dia sambil bawa benda haram, memang dia dapat detect serta merta. Budak ada masalah
pun dia cam terus. So, kalau jumpa
dia, buat muka cool, jangan gementar
ke apa okay? Relaks saja. That would fool
him.”
Yidd berkata sambil
memusingkan pisaunya itu. Fish telan liur yang kesat.
“Urm...Yidd.
Sebenarnya kan, aku rasa aku kenal lah abang kau tu. Tadi, aku dan geng aku
ponteng orientasi. Kami lepak kat bawah tangga blok terbiar tu, then...”
Yidd memandang
Fish. Keningnya terangkat. Pisau sudah dibaling ke katil. Bahu Fish diraih.
“Fish? You and your
geng kantoi dengan my abang?”
Fish rasa bagai
mahu pitam. Namun kepala masih mengangguk.
“Worst my dear.
Kantoi berempat, tapi kawan I bertiga dapat escape. I pula duduk perhatikan
your abang macam tak pernah tengok lelaki. I satu ja, bila nervous I
menyanyi...I dah termenyanyi depan your abang. Lagilah dia ingat muka jenayah I
ni kan?”
Yidd senyum . Kali
ini dia pulak yang gelakkan Fish. Fish kerutkan dahi. Sah dia ni adik abang
dia. Gelak kemain nak tahan.
“Okay. You menyanyi
depan that Hitler? Precious! Haha, I like you already la sis!”
Yidd memeluk Fish.
Fish masih membatu.
“Urm, lagi satu
masalah. Aku rasa aku dah ter-suka dengan Head
Prefect tu.”
Yidd melepaskan
pelukannya. Wajah Fish yang serba salah itu dipandangnya. Fish pula menggigit
bibirnya, tak pernah seumur hidup dia menjadi frank sebegini dengan orang yang dia baru jumpa.
“I like that. Fish... apa kata, kita
kurangkan ke-hitler-an my abang tu?
Kau masuk lah line pikat dia Fish. Sumpah hidup dia akan huru hara.”
Nafas berat
dilepaskan.
“Hish. Tak mahu
lah. Takut aku. Ala, aku rasa aku ni infatuated
saja. Lagi beberapa hari tak rasa apa-apalah dengan abang kau tu. Aku dah
pasang tekad tau tak nak jadi skema kat sini.”
Fish mengadu. Yidd
angguk. We will see Nafisha, infatuation
ke, betul-betul love. Hujung bibir
dinaikkan sedikit.
“Okaylah. Apa-apa
sajalah kan. Eh, kau kunci pintu. Aku nak tebuk siling nak sorok benda alah
ni.”
Fish membulatkan
matanya. Oh, itulah fungsi pisau lipat tadi? Ingat nak bunuh siapa dah. Fish
menekan punat kunci pada tombol pintu.
“Alang-alang tu, tebuk
besar sikit lubang tu, aku pun nak join
letak nanti.”
Yidd pula ketawa
dengan suara habis cool Fish itu.
“No hal sis. Nanti kenalkan aku dengan
geng engkau ya. Aku berminat nak join.
Tapi ye lah, aku kena low profile.
Tapi tak apa, I’m a genius. I can be your
mastermind. Cakap je kau nak fly
ke apa ke, aku dah ada kemahiran tersendiri nak buat plan untuk korang. Setakat school
grounds ni, celah kuku saja.”
Yidd berkata sambil
tangannya rancak menebuk siling. Nasib baik Yidd ni agak tinggi, kiranya panjat
meja studi pun dah lepas nak raba siling tu. Eh, Yidd tinggi ke siling bilik ni
yang rendah?
“Beres. Kau mesti
suka punya. One Malaysia. Karang kat
Dewan Makan kita duduk sama.”
Fish berkata sambil
memerhatikan tuan puteri tengah bertukang itu. Selama ni aku ingat aku lah yang
paling drastik, paling sempoi, rupanya makhluk bernama Yidd ni lagi super duper sempoi. Hurm, tapikan,
kenapa abang dia tu tak sesempoi? Eh Fish...tak mau fikir pasal ketua pengawas hot-sentap tu!
Tangan mencapai Readers’ Digest lalu menyambung dari
tempat yang ditandanya tadi. Jam dikerling. Baru 6.30 petang. DM buka pukul
7.00. tinggal nak sarung tudung saja, lepas tu jalan ke DM. Apa nak kecoh siap
awal-awal. Mata kembali difokus pada artikel di dalam Readers’ Digest. Kesian dekat ikan lumba-lumba ni kan?
Orang nak jerat
tuna, tapi dengan ikan lumba-lumba sekali terjerat. Sebab itulah sebelum beli
Tuna, tengok dulu pada tin tu, ada tak dia tulis apa-apa pasal dolphin friendly. Kalau tak ada, jangan
beli!
I like Yidd... haha.
ReplyDeleteHehehe budak asrama memang note ek ?
ReplyDeleteTqvm
Depends...naughty pun ada je yg dlm diam
Deleteredpepper here.
ReplyDeleteha-ha-ha . dulu x terfikir pulak nak tebuk siling. haih, but, no-phone-ipad-laptop-pc-still, aku bernyawa je. >,<" bawak mnde haram not sounds so cool for me. x derla nerd mane kalo x bawak bnde tuh. well, im not tht needy...
haha, we were not that needy, try telling that to students nowadays! P/s : aku pernah tebuk siling , yes, tebuk kotak jus, yes, sbb nk simpan mp3~ haha, mp3 je, takda lagu, semua benda tak nak masuk lam otak ni
ReplyDeletehuaaaaaaa,akhirnya!!!!!(asl jdi skema tetibe nie???haha)
ReplyDeletestuju ngan kak shamien,pendiam pun naughty jugak,cam saye,org tgk nerdy je,skali tau saye bwk mp3 gi skola.......boleh plak diorang tanya betul ke saye yg bwk.......hahhahahaha,anyway,atb ntuk kak shamien....
trima ksih ucp sye,
nnt continue lgi ye...!
haha ;)
ReplyDeleteKekeke...lawak aar...best nni..
ReplyDeleteCool la cite ni. Keep it up writer! Hehe.
ReplyDeleteThe sweetest memories is when we broke the rules! Haha :)
gile! jatuh hati dengan fish!!!!!! >^_^<
ReplyDeletewell done :)
best ! Bile nak update lagi ni?
ReplyDeleteCool lah dorang ni. Kekeke
best ! Bile nak update lagi ni?
ReplyDeleteCool lah dorang ni. Kekeke
Bila nak sambung mie...xsabar2 nak tahu ape akan terjadi lepas nie..i like fish n yidd
ReplyDeleteohmy! speechless. awesome reading. awesome reading in da evening. good job writer. :)
ReplyDelete