“When someone gives you a nickname, it means you are
special to that person”-Reader’s Digest
Fish membetulkan silanya di atas kerusi
batu itu. Al-Mathurat disisipkan kembali ke dalam beg. Jam di tangan dikerling,
jemaah geng surau sudah selesai, namun kelibat dua sahabatnya itu masih belum
kelihatan. Yidd dengan Yuyi solat jemaah di surau, manakala Fish yang tengah offday itu mengambil keputusan untuk
lepak seorang diri di hadapan kolam ikan ini.
Wanda
dengan Ciku pula ada kelas moral apa entah di dewan utama, sekali dengan ice-breaking Christian Society agaknya.
Tiba-tiba perutnya berbunyi. Grrr...lapar punya pasal lah ni.
Itulah kau, tadi sebab termalu sendiri kau
cabut awal-awal dari Dewan Makan itu. Sekarang ni, siapa yang rugi dan
kelaparan? Tak lain tak bukan, Cik Nafisha Ali inilah.
Tangan diseluk ke
dalam beg, moga-moga adalah Oreo ke, Cream-O ke, apa-apa sahaja jenis tit bit yang selalu dibawa bersama ke
mana-mana.
“Aish, apa malang
sangat nasib ni? Retarded Fishy, kalau
tak lapar ada je kau bawa snek, masa lapar habuk pun tarak!”
Fish mengumam pada
dirinya sendiri. Dia menyilang beg sandangnya sambil menyarungkan kembali
sandal ke kaki. Jam lagi sekali dikerlingnya.
Gamaknya, kita
jumpa di main hall lah Yidd,
Yuyi...aku pergi food hunting
sekejap, omel Fish dalam hati.
Baru sahaja Fish
bangun dari kerusi batu itu, satu suara menegurnya. Fish terus jatuh terduduk
di atas tanah. Tangan ditekup pada dadanya yang jelas turun naik itu. Terkejut
dengan kehadiran tiba-tiba makhluk di hadapannya ini.
“Haih, literally falling for me huh ?”
Suara itu berkata
sinis. Fish mendongak untuk menghadiahkan jelingan mautnya pada si Ketua
Pengawas yang segak berkain pelikat itu. Dia cepat-cepat bangkit dan
menepuk-nepuk seluarnya.
“Mana ada. Terkejut
lah. Abang...eh, awak tu, terperanjatkan saya.”
Hayder tersenyum
manis. Kali ini senyuman dia ikhlas. Fish mengamati wajah di hadapannya itu.
Wah, muka bersinar-sinar, berkat wudhu’ agaknya. Waaa... lena la tidur malam ni
nampak gayanya.
“Ha...itu dah
melayang ke mana tu?”
Fish kembali ke
dunia nyata apabila Hayder menegurnya. Senyuman gatal tadi ditarik lekas,
haish, dia nampak ke aku buat muka gatal? Oh tidak...
“Tak ada orang
melayang lah. Ini ha, c....cari saya kenapa?”
Fish bertanya. Tergagap pula bila depan si dia
ni. Tapi kali ni nasib baik tak buka album lagu, kalau tidak, makin nahas dia
kena bahan lain kali dengan si Ketua Pengawas ini sorang.
“Tak ada apa-apa.
Kejap lagi perjumpaan dengan Ketua Warden ye? Main Hall. Jangan ponteng.”
Kata si dia. Fish
tarik muka. Apa muka dia ni muka budak jenayah sangat ke? Hari pertama takkan
dah nak ponteng kut. Biar lah logik sikit. Nak ponteng pun tunggu lah seminggu
lagi, baru kita ponteng sana sini.
“Eleh, itu saja?
Apa muka saya ni muka ponteng ke? Ini muka budak baik, abang pengawas.”
Fish berseloroh. Hayder
diam saja. Tangannya mengunjukkan sebuah plastik beg kepada Fish. Fish buat
muka hairan.
“Apa dia pulak ni?”
Fish tanya. Hayder
angkat kening.
“Makanan.”
Sepatah dijawabnya.
Fish angguk, namun beg plastik itu dipandang sepi. Hayder memberi isyarat
supaya Fish mengambil beg itu daripadanya.
“La, untuk cheq ka?
Lain kali, habaq la mai awai-awai. Mekaseh lah na... tau-tau cheq lapaq.”
Sepantas kilat beg
plastik berisi makanan itu disambar Fish. Memang pantang orang bagi makanan
percuma, sampai terkeluar terus bahasa utara.
Hayder terkedu. Dia
memandang Fish dengan teliti.
Nafisha ni memang
tak cover langsung kan? Original
sangat. Tak tahu malu pun ada jugak. Haih, tahun ni gempak agaknya suasana kat
sini. Sekali pandang, ada potensi jadi budak bawa masalah, lagi sekali pandang,
macam budak innocent yang pandang positif terhadap sesuatu benda.
Siapa si Nafisha ni?
Fasilitator tadi hari
ada sebut tentang dia yang berlagak cool dengan
cara memperkenalkan diri yang agak luar alam dan boleh tahan rude. Selepas itu, tertangkap dia di bawah tangga,
siap menyanyi lagi tu...last-last, dia
jadi teman sebilik si Yidd tu. Nafisha Ali...you intrigue me.
Hayder berdehem.
Ewah-ewah, sempat lagi layan perasaan di hadapan Fish ni.
“Thanks. Tapikan,
lagi bagus kalau awak guna paper bag
lain kali. Plastik membahayakan bumi.”
Sempat lagi Fish
menyelitkan nasihat bumi hijaunya itu. Hayder hanya mampu angkat kening. Itu
lagi satu yang para fasilitator ketengahkan tadi, Fish ini minah go-green yang sangat bagus.
“Lain kali, awak
pula belanja saya...Fishy...”
Dan, dengan sebaris
ayat itu, Hayder melangkah pergi. Fish ternganga sendiri...apa dia tadi? Fishy?
Dia bagi aku nickname? Oooolalalalala...kena catat dalam diari ni. Hari pertama
si crush sudah memberi respon positif. Walaweyh, splendid achievement!
P/S : One of my weaknesses, is that once I stopped writing even for a day or two, it would take me ages to gain back my writer's mood. Next flaws up, perencanaan konflik yang tak realistik. Sucks a lot. Sorry a zillion guys, I'm a bad, bad person. Dahlah update pun ringkas. Will try to continuously update during the weekends, the assignments this sem is already starting to push my buttons. Next thing, inshaAllah KIAH's update pula. Ameen.