Saturday, June 29, 2013

Geng Budak Bawah Tangga : Step 5



“When someone gives you a nickname, it means you are special to that person”-Reader’s Digest


        Fish membetulkan silanya di atas kerusi batu itu. Al-Mathurat disisipkan kembali ke dalam beg. Jam di tangan dikerling, jemaah geng surau sudah selesai, namun kelibat dua sahabatnya itu masih belum kelihatan. Yidd dengan Yuyi solat jemaah di surau, manakala Fish yang tengah offday itu mengambil keputusan untuk lepak seorang diri di hadapan kolam ikan ini.


Wanda dengan Ciku pula ada kelas moral apa entah di dewan utama, sekali dengan ice-breaking Christian Society agaknya. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Grrr...lapar punya pasal lah ni.


 Itulah kau, tadi sebab termalu sendiri kau cabut awal-awal dari Dewan Makan itu. Sekarang ni, siapa yang rugi dan kelaparan? Tak lain tak bukan, Cik Nafisha Ali inilah.


Tangan diseluk ke dalam beg, moga-moga adalah Oreo ke, Cream-O ke, apa-apa sahaja jenis tit bit yang selalu dibawa bersama ke mana-mana.


“Aish, apa malang sangat nasib ni? Retarded Fishy, kalau tak lapar ada je kau bawa snek, masa lapar habuk pun tarak!”


Fish mengumam pada dirinya sendiri. Dia menyilang beg sandangnya sambil menyarungkan kembali sandal ke kaki. Jam lagi sekali dikerlingnya.
Gamaknya, kita jumpa di main hall lah Yidd, Yuyi...aku pergi food hunting sekejap, omel Fish dalam hati.


Baru sahaja Fish bangun dari kerusi batu itu, satu suara menegurnya. Fish terus jatuh terduduk di atas tanah. Tangan ditekup pada dadanya yang jelas turun naik itu. Terkejut dengan kehadiran tiba-tiba makhluk di hadapannya ini.


“Haih, literally falling for me huh ?”


Suara itu berkata sinis. Fish mendongak untuk menghadiahkan jelingan mautnya pada si Ketua Pengawas yang segak berkain pelikat itu. Dia cepat-cepat bangkit dan menepuk-nepuk seluarnya.


“Mana ada. Terkejut lah. Abang...eh, awak tu, terperanjatkan saya.”


Hayder tersenyum manis. Kali ini senyuman dia ikhlas. Fish mengamati wajah di hadapannya itu. Wah, muka bersinar-sinar, berkat wudhu’ agaknya. Waaa... lena la tidur malam ni nampak gayanya.


“Ha...itu dah melayang ke mana tu?”


Fish kembali ke dunia nyata apabila Hayder menegurnya. Senyuman gatal tadi ditarik lekas, haish, dia nampak ke aku buat muka gatal? Oh tidak...


“Tak ada orang melayang lah. Ini ha, c....cari saya kenapa?”


 Fish bertanya. Tergagap pula bila depan si dia ni. Tapi kali ni nasib baik tak buka album lagu, kalau tidak, makin nahas dia kena bahan lain kali dengan si Ketua Pengawas ini sorang.


“Tak ada apa-apa. Kejap lagi perjumpaan dengan Ketua Warden ye? Main Hall. Jangan ponteng.”


Kata si dia. Fish tarik muka. Apa muka dia ni muka budak jenayah sangat ke? Hari pertama takkan dah nak ponteng kut. Biar lah logik sikit. Nak ponteng pun tunggu lah seminggu lagi, baru kita ponteng sana sini.


“Eleh, itu saja? Apa muka saya ni muka ponteng ke? Ini muka budak baik, abang pengawas.”


Fish berseloroh. Hayder diam saja. Tangannya mengunjukkan sebuah plastik beg kepada Fish. Fish buat muka hairan.


“Apa dia pulak ni?”

Fish tanya. Hayder angkat kening.

“Makanan.”

Sepatah dijawabnya. Fish angguk, namun beg plastik itu dipandang sepi. Hayder memberi isyarat supaya Fish mengambil beg itu daripadanya.


“La, untuk cheq ka? Lain kali, habaq la mai awai-awai. Mekaseh lah na... tau-tau cheq lapaq.”


Sepantas kilat beg plastik berisi makanan itu disambar Fish. Memang pantang orang bagi makanan percuma, sampai terkeluar terus bahasa utara.


Hayder terkedu. Dia memandang Fish dengan teliti.
Nafisha ni memang tak cover langsung kan? Original sangat. Tak tahu malu pun ada jugak. Haih, tahun ni gempak agaknya suasana kat sini. Sekali pandang, ada potensi jadi budak bawa masalah, lagi sekali pandang, macam budak innocent  yang pandang positif terhadap sesuatu benda. Siapa si Nafisha ni?


Fasilitator tadi hari ada sebut tentang dia yang berlagak cool dengan cara memperkenalkan diri yang agak luar alam dan boleh tahan rude.  Selepas itu, tertangkap dia di bawah tangga, siap menyanyi lagi tu...last-last, dia jadi teman sebilik si Yidd tu. Nafisha Ali...you intrigue me.


Hayder berdehem. Ewah-ewah, sempat lagi layan perasaan di hadapan Fish ni.


“Thanks. Tapikan, lagi bagus kalau awak guna paper bag lain kali. Plastik membahayakan bumi.”


Sempat lagi Fish menyelitkan nasihat bumi hijaunya itu. Hayder hanya mampu angkat kening. Itu lagi satu yang para fasilitator ketengahkan tadi, Fish ini minah go-green yang sangat bagus.


“Lain kali, awak pula belanja saya...Fishy...”


Dan, dengan sebaris ayat itu, Hayder melangkah pergi. Fish ternganga sendiri...apa dia tadi? Fishy? Dia bagi aku nickname? Oooolalalalala...kena catat dalam diari ni. Hari pertama si crush sudah memberi respon positif. Walaweyh, splendid achievement!



P/S : One of my weaknesses, is that once I stopped writing even for a day  or two, it would take me ages to gain back my writer's mood. Next flaws up, perencanaan konflik yang tak realistik. Sucks a lot. Sorry a  zillion guys, I'm a bad, bad person. Dahlah update pun ringkas. Will try to continuously update during the weekends, the assignments this sem is already starting to push my buttons. Next thing, inshaAllah KIAH's update pula. Ameen. 

4 comments:

  1. Hee... first commentor! Jadi la kalau update ringkas pun, asalkan ada... huhu~

    ReplyDelete
  2. yeah.. i love your quotes and nickname too..

    ReplyDelete
  3. teringin nak pegang versi cetak pnya. ehehe.
    a worth book to buy la kalau dh jadi buku.

    ReplyDelete