Sunday, July 28, 2013

Geng Budak Bawah Tangga : Step 6



Only after the last tree has been cut down,
 Only after the last river has been poisoned,
 Only after the last fish has been caught,
 Only then will you find that money cannot be eaten.

Manusia, dan ketamakkan, tak dapat lari jauh.  Mereka ingat, duit itu segala-galanya. Heh, sadisnya. Reader’s Digest itu ditutup lalu diletakkan di atas pahanya. Sebuah keluhan dilepaskan. Kepala masih disandarkan pada  dinding. Yuyi, Wanda , Ciku dan Yidd pula memandangnya hairan. Iya, kesemua budak bawah tangga mengambil keputusan untuk lepak di bilik Yidd dan Wanda pada malam ini. Jarum pendek  jam yang sudah menginjak ke angka 1 turut dihiraukan. Esok kelas pukul 10 pagi, apa mau kisah? Boleh bangun lewat sikit.

“Fish...”
Yidd menghampiri Nafisha yang sudah kelihatan berair mata itu. Iyalah, tadi Wanda dengan Yuyi menangis sebab rindukan bilik masing-masing di rumah, takkanlah Fish macam mereka juga? Bukan ke minah ni hati kental?

Tangan Yidd melingkar pada bahu teman sebiliknya itu. Fish diraih ke dalam dakapan. Wanda, Ciku dan juga Yuyi turut berhenti dari berborak lalu terus menumpukan perhatian kepada Fish yang tiba-tiba sahaja berubah setelah membaca RD itu. Kenapa dengan Fish ni?

“Guys...nak nangis boleh tak?”

Perlahan Fish bersuara. Empat-empat lagi kepala mengangguk. Dan, Fish pun meminjam bahu Yidd lalu mencurahkan air matanya yang ditahan dari tadi lagi, dari awal Wanda dan Ciku, dan Yuyi membuka cerita ‘happy family’ mereka itu.

“Tak apa Fish, jangan malu, aku pun menangis apa tadi? Bukan kau sorang  yang homesick. Biasalah, first time nak tidur hostel, mesti teringat rumah.”

Yuyi bersuara bagi menyedapkan hati Fish. Fish yang sudah kekeringan air mata itu kembali membetulkan posturnya. Tangan rakan-rakannya diraih.

“Aku tak homesick, dan tak akan pernah homesick. I’m...I was...I was disowned by my parents.”
Sepatah ayat itu membuatkan empat yang lain tarik nafas dalam-dalam. What!?? Dibuang keluarga?  Fish angguk, walaupun tiada siapa yang bertanya lanjut.

Disowned? Geez, are you serious mate? What did you do? You slept with a guy, or were you knocked up by a guy?”
Fish memandang Wanda dengan sebuah jelingan tajam. Sebuah senyuman sinis dilemparkan kepada gadis Eurasian itu. Nama saja Eurasian, tapi otak Wanda tu dah stereotaip Malaysia.

I am not that cheap, Wanda. Aku dibuang keluarga sebab aku gagal, menjadi anak perempuan mereka.  I failed to be like my ‘ideal’ brother  yang sembahyang pun aci ciku-cak. Failed to be their good little girl who follows  each and every word they adhered me to, even to dress like a slut and entertain their party guests. Gagal ikut gaya ala-barat mereka; whenever  there’s a celebration, bukannya orang surau dijemput untuk doa selamat, tetapi botol-botol champagne yang dibuka. They wanted to drag me along that route, but I withstand.  Aku tak ikut apa yang mereka lakukan, tapi aku siap nasihatkan diorang baik-baik, siap cakap kat nenek aku , dan sebab itulah dorang marah agaknya. Aku dibuang, tapi nenek ambil aku duduk dengan dia. She’s a rich lady, richer than dad, and she is nicer than them. She never did these to me for sure...”

Fish berkata selamba sambil menyelak belakang bajunya. Kaki seluar juga disinsing ke paha, dan mereka yang lain terkejut, buat ke berapa kali entah. Terkejut apabila mengetahui Fish yang baru dikenali sehari ini, dan dianggap gila-gila, rupa-rupanya telah mengalami suatu waktu silam yang kelam.

“ Oh my...”
“Ya Allah!”
“Christ!”
“Astaghfirullah hal azim!!”


 Fish kembali membetulkan pakaiannya yang diselak tadi.
“Semua...semua tu parents kau buat?”
Fish angguk.

Just because you don’t wanna be like ‘em doesn’t mean they could hurt you!Nor they could coerce you into doing something you don’t want to! Even my dad didn’t force me to drink because I chose not to drink, even on Christmases!”

Wanda bersuara lantang sambil menyelak kembali kaki seluar Fish dan melarikan jarinya di atas parut-parut yang ada pada kaki Fish. Mulut minah Eurasian itu masih terkumat-kamit menyumpah seranah perbuatan keji ibu bapa Fish.

“Kau report tak Fish?”
Fish menggeleng kepalanya.

“Kau ingat ni America? Anak boleh saman bapak macam main guli je? Aku tak laporkan, cuma nenek saja tahu tentang hal ini, dan bila nenek masuk campur, dorang disinherit aku. Masa aku tinggalkan rumah itu, aku dapat rasa betapa indah dan bahagianya dunia ini. And that is why I care so much about this earth...it is indeed beautiful, tapi disebabkan orang macam immeadiate family aku yang terlalu kejarkan kebendaanlah dunia ini semakin hancur.”  Fish berhujah sambil tersenyum sedikit.

 Sungguh, sewaktu neneknya menarik tangannya untuk keluar dari Villa itu, dia rasakan hidupnya tidak lagi dibelenggu dugaan. Dia ada nenek, tapi jauh di dasar hatinya juga dia inginkan ibubapa dan abang yang sanggup tinggalkan semua maksiat itu dan memberinya kasih sayang yang dia selayaknya dapat. Kalau ibu bapa orang lain mungkin dah meloncat ke bulan apabila anak mereka menutup aurat, dan dia juga inginkan ibu bapa seperti itu, but you do not always get what you wished for. Kalau Allah tahu dia tak boleh lalui dugaan yang pernah dia lalui itu, tak mungkin Allah SWT menduganya sebegitu sekali, kan?

Fish...my mom will be proud to have another daughter.”  Ciku mencelah sambil memeluk Fish dari sisi.
Mine too!”
“Mine three!”
“Mine four!” Yuyi yang terakhir, memberi kucupan pada pipi mulus Fish. Fish tergelak. Pipinya disapu. Yuyi ni eksaited sangat!

“Yelah-yelah, nenek aku pun suka tambah lagi cucu-cucu perempuan dia ni...”

Fish berseloroh. Syukur, beban didada berjaya dilepaskan. Selepas ini, tiada lagi rahsia dari Fish kepada mereka berempat.

“Sisters?”
Yidd bertanya kepada semua.

“SISTERS!” keempat-empat suara menjawab soalan Yidd tadi.

“Okay, tutup alkisah ‘happy family-homesick-whatever’ ni...sekarang ini aku ada gosip.”
Ciku berkata sambil tersenyum gatal ke arah Fish. Fish angkat kening. Kenapa tu main senyum kucing kurap dengan aku ni? Gosip?

“Cakaplah! Kau tersenyum sama Fish kenapa?”
Wanda menyiku perut Ciku disebelahnya itu. Ciku menjeling tajam ke arah Wanda.

“Minah, bawak bersabar. Ini ha...tadikan, masa habis Christian Society tu, aku gerak dulu dari Wanda, lepastu aku lalulah kawasan Surau, nak tahu tak apa yang aku nampak?”

Ciku bertanya, mengada-ngada. Fish pula sudah tahu ke mana arah tuju Ciku terus mencapai bantal goleknya dari atas katil lalu ditujukan ke arah Ciku. Bantal itu selamat menimpa wajah Ciku, yang sudah tergelak sakan itu. Muka Fish sudah merah.

“Ish...Ciku! Abang Yidd bagi aku makanan pun kau nak kecoh!”

Lagi tiga kepala semua ternganga dengan pengakuan tuan badan sendiri.

WHAT???” Tiga-tiga suara bertanya serentak. Sumpah tak percaya.

“Yep. Tengku Hayder bagi aku makanan...”

Fish berkata sambil tertunduk, sumpah malu walaupun dengan geng sendiri. Tak pernah lagi dia ‘terjatuh’ sebegini parah.

“Whoaaa...kau sure tu abang aku?”
Yidd bertanya. Fish memandang Yidd lalu mengangguk laju-laju.

“100% pasti.  Lagi satu guys...”

Fish menggigit bibirnya. Nak bagi tahu ke tidak ni? Hmmm....bagitahu jelah. Habiskan terus cerita.

“Apa lagi yang dia buat? Bukan calang-calang orang abang aku belanja makan, dengan aku pun dia sengkek...”

Yidd mengolah ayatnya. Fish tersenyum lebar. Bukan calang-calang orang eh? Memang kiranya dia ada peluang lah ni?

“Dia kan...dia panggil aku...Fish-y...”
Sehabis sahaja ayat Fish, Yidd menjerit kegembiraan. Fish dipeluknya erat.

“Fishy!!! Fishy Fishy Fishy!! Bukan calang-calang orang jugak dia nak bagi nickname. Kiranya tu, dia dah recognise kau, dan dia tengah slowly nak kenal kau dengan lagi rapat. Wahhh, my akak ipar!!!”

Yidd pula yang lebih-lebih. Wanda, Ciku dan Yuyi pula sudah tersenyum meleret. Thumbs up dihadiahkan kepada Fish yang wajahnya sudah berubah menjadi warna kulit tomato itu. Sat lagi, adalah orang tu jadi sasaran panah arjuna  sang ketua pengawas ni. Erk...ke sang ketua pengawas yang dah terkena panah arjuna si Ikan atas darat ni? hehe


 =)


Cheers to those who requested GBBT, sorry for the late entry.Was darn busy. It is not that shocking right, Fish's situation?

P/S : Okay back to my assignments, at least got this one out of my system! And right after purchasing additional topup quota too, sebab dah tak tahan! Hope you guys be patient for the next entry, child's lit and pelan rumah for Maths pun belum siap ni. XD




10 comments: