Friday, August 2, 2013

K.I.A.H : Bab 18



Puan Maimunah terduduk setelah menerima panggilan telefon tadi. Tangannya ditekap ke mulut, sekarang dia tak tahu nak tayang perasaan apa. Tadi, Datin Zu yang telefon. Tujuannya, nak maklumkan esok dia nak datang bawa rombongan meminang Kiah. Kiah...anak perempuan dia yang gila-gila, yang kaki novel 24 jam, Kiah.

“Ma...siapa call? Kenapa mama jadi patung tu? Something that abang should know?”

Kashaff yang baru sahaja pulang dari mana-entah itu menegur mamanya. Di tangan ada buah mempelam, sah! Jumpa Milly ulat bulu tepi rumah ni. Namun, Milly kita ketepikan, nampaknya,, memang dia terima menantu tahun ni. Hari itu ingat saja nak main-main dengan Kiah, bagi tempoh setahun bawa balik menantu, rupa-rupanya memang masin mulut dia.

“Abang. Sini, sini.”

Puan Maimunah menarik tangan anak lelakinya untuk duduk di sebelahnya. Kashaff hanya menurut. Kenapa mama dia ni pelik sangat ni? Macam baru tengok hantu pun ada.

“Tadi Aunty Zu kamu telefon. Ingat kan dia?”

Kashaff angguk. Mestilah ingat, ada kaitan dengan Benji tu, nenek si Luth banyak telatah. Kalau dia kahwin pun, dia nak anak macam Luth itu, dengan semua orang dia boleh masuk. Such a good boy.

“Ingat ma. Kenapa dengan dia?”

Kashaff bertanya, iyalah, khuatir ni. Apa yang aunty tu cakap sampaikan mama pun pucat lesi ni? Jangan kata dia gaduh dengan mama sudah.

“Dia...dia nak hantar rombongan esok. Rombongan untuk Kiah.”

Kashaff mengerutkan dahinya. Apa dia? Apa yang mama cakap ni? Rombongan apa pula ni? Selalunya kalau rombongan-rombongan maknanya...

“Rombongan Cik Kiah ke ma? Untuk apa? Kita ada buat kenduri ke esok ni?”

“Ish kamu ni, bukan rombongan cik Kiah, rombongan untuk Kiah! Anak dia putus tunang, dia nak Kiah kahwin dengan anak lelaki dia tu. Kiah pun dah setuju.”

Puan Maimunah mengkhabarkan Kashaff. Kashaff ternganga. Putus tunang, lepas tu Kiah ganti tikar? Dan Kiah pun dah bersetuju? Sejak bila dia tanya Kiah? Ih...misteri misteri.

“Adik setuju ma? Bila dia tanya adik? Bukan adik dengan Benji ke?”

Sedas soalan ditanya Kashaff. Puan Maimunah memicit pelipisnya. Anak jantan dia ni, bajet macam mama dia tahu segala-galanya. Mama tak tahu sangat sayang, nanti adik kamu balik tanyalah dia, ha! Geram nak cakap macam tu sama Kashaff ni.

Apparently, Kiah yang hantarkan Luth balik tadi, Benji ada urgent hal tadi. Jadi bila dah nampak Kiah tu, aunty kamu tu pun cucuk jarum terus lah. Korek punya korek, rupa-rupanya adik kamu pun memang dah ada hati sama Khayrel tu. Aunty kamu kata, senang kerja nikahkan terus. Bagi mereka kenal nanti dah kahwin.”

Kashaff angguk. Tapi, dia masih akan tanya adik dia. Selama ni duduk berkepit dengan Benji ingatkan dia diam-diam sukakan Benji. Tapi tup-tup memang love at first sight dengan Kay lah ni? Haiyo Kiah, Kiah, dengan abang –abang pun naik pening.

“Hurm...agak pelik. Tapi tak apa, dia sampai nanti abang heart to heart dengan dia. Dia ingat kahwin ni macam main guli agaknya.”

Puan Maimunah sekadar mengangguk. Kashaff sudah tahu, sekarang giliran si ayah Kiah pula untuk tahu. Telefon bimbit dicapai lalu papan kekunci ditekan laju.

Come to my house tonight. Urgent!- Maimunah
Tidak sampai seminit mesej berbalas.
 Urgent?!! Ada apa Moon sayang?- Adam

Puan Maimunah menjuihkan bibirnya. Gatal punya bekas suami, nak sayang-sayang pulak dia. Gumamnya di dalam hati. Iya ke gatal Cik Puan Maimunah, padahal dalam hati tu dah ada taman, iya idak?

Our baby girl nak kahwin! Dengan anak kawan I, you datanglah. Senang nak cerita face to face.-Maimunah
Ya ya, I datang . Tapikan, mereka dah tahu ke kita dah mula berbaik ni?-Adam

 Puan Maimunah mendecitkan bibirnya. Kiah rasanya sudah tahu tentang hubungan dia dengan bekas suaminya ini, tetapi si Kashaff tu, hrmm,tak apa, sekali gus kita bawa bersidang kejap lagi. Senang cerita.

            Kashaff tak tahu lagi agaknya. :P – Maimunah
Mesej berbalas. Nyaris terlepas telefon itu dari tangan Puan Maimunah.
            Kita kahwin jugak nak? I miss you dear and your early morning pillow talk. -Adam
Orang tua mengada! Datang sini dululah!- Maimunah

Dan, dengan itu, Puan Maimunah menekapkan kedua-dua belah tangan ke pipinya. Alahai, sejak bila pandai blushing bagai ni? Ini wabak kahwin agaknya, tak nak mengalah dengan anak nampak, Puan Maimunah?

***
Kashaff memandang Kiah, Kiah memandang Kashaff. Si abang masih ternganga mendengar apa yang diceritakan mamanya tadi, dan sekarang, apabila tuan badan sudah balik, dia mahu mendengar dari mulut si kembar sendiri.

“I still could not believe it!”

Kashaff berkata sambil mengusutkan rambutnya. Mama di sebelah juga tarik muka unbelieveable.Haih,korang ni.Sudah sakit tekak aku ceritakan, pun masih tak percaya? Apa ingat Kiah ni tak laku sangat ke abang, mama?

            “Adik nak kahwin dengan Khayrel Reza tu, abang. Tadi kebetulan kut Kiah langkah kanan masa singgah rumah aunty Zu tu, tuptup dapat jodoh. Takkanlah abang expect adik untuk tolak sedangkan abang pun tahu adik dah jatuh minat sama Kay tu masa airport scene tu lagi.”

            Lebar dan panjang penjelasan Kiah itu. Kashaff menggaru keningnya yang tidak gatal itu. Pandangannya menikam wajah bersungguh-sungguh adiknya itu. Alahai, maknanya memang love at first sight lah ni? Love at first sight ke love at first crash?

            “Adik memang dah masak-masak ni? Benji macam mana?”
            Soalan masih diajukan pada Kiah. Kiah angguk. Ya, nekad sangat nak kahwin dreamguy ni. Please abang, with all the cherries on top, Benji bukannya untuk adik tetapi Kay tu adik pasti memang jodoh ni. Haih, Benji pulak yang dirisaukannya.

            “Abang, Benji dengan adik tu tak lebih dari kawan. Dia sendiri yang kata sama adik. Tak usah risau la, bestfriend adik je si Benji tu. Sama macam dia jadi bestfriend abang. Not more, nor less.
            Kiah bersungguh-sungguh meyakinkan abangnya. Kashaff hanya mengangguk, sedang menganalisis ujaran Kiah barangkali. Kiah pula memegang tangan abangnya. Muka simpati ditarik.

            “Abang tak nak tengok adik bahagia? Hrmm? Mama pun tak nak tengok adik bahagia? Adik nak kahwin dengan lelaki yang adik yakin adik cintai, mama dengan abang tak yakin ke dengan keputusan adik?”

            Puan Maimunah yang tersentuh dengan soalan Kiah itu terus merapati anak daranya itu. Bahu Kiah dipeluk. Pipi Kiah dikucup sayang. Kiah mengesat air matanya yang nyaris menitis itu. Bukannya suka-suka nak menangis ni, tapi kenapa mereka berdua ni macam tak restu sahaja keputusan drastik  aku ni? Kiah tertanya sendiri. Bila dah setuju nak kahwin, ada-ada je isu yang timbul, bila tak ada calon, sibuk suruh cari calon. Hish.

            “Mama restu saja kalau anak dara mama ni yakin dia akan bahagia. Kashaff ?”
Puan Maimunah berkata dengan nada yang sebak. Kiah memeluk mamanya erat. Ini yang dia mahu dengar dari tadi, bukannya soalan yang bertubi-tubi. Kashaff pula melepaskan sebuah keluhan berat. Adik perempuan dia ni dah nak kahwin, abang mana yang tak suka?

            “Abang pun setuju. Kay tu nampak macam lelaki yang baik. Dah, hug me too. My other half is going to belong to another man. Abang dengki.”

            Kiah tergelak mendengar penjelasan Kashaff. Pelukan mamanya dilepaskan lalu dia memeluk pula si abang. Pipi kanan Kashaff dikucup.

            “Love you , abang. You are the most awesome brother ever!”
Kiah berkata sambil mengusap-usap belakang badan abangnya. Inilah abang dia yang jadi teman bergaduh sewaktu kecil, teman bermain, teman berkongsi masalah, tempat dia mencurahkan rasa, tempat mencari kekuatan, abangnya yang sentiasa ada masa untuk si adik ini.

            “Love you too, dik.”
Sebak di dada ditahan. Kashaff, jangan nangis, kau lelaki. Setakat peluk adik sendiri yang nak kahwin pun nak nangis ke? Apa kelas weyh! No! Jangan menangis.

            “Okay. Mama nak telefon aunty Zu kamu tu. Nak cakap pukul berapa mereka boleh datang esok.”
            Puan Maimunah mengangkat punggung dari ruang tamu itu. Kashaff memandang Kiah. Kiah pula memandang Kashaff. Ruangan kosong di sebelah sofa Kashaff ditepuk-tepuk, tanda Kashaff ingin adiknya untuk duduk di sebelahnya itu.

            “Malam ni tidur lewat sikit. Abang ada tips.”
Kiah membuntangkan matanya. Wajah Kashaff yang selamba itu dipandang hairan. Tips? Tips apakah itu Inche Kashaff Iman? Seolah-olah dapat membaca apa difikiran Kiah, Kashaff tunduk berbisik.

            “Tips on how to keep your man happy, dearest sis. Top secret ones!”

Namun, sebelum Kiah memberi respon, loceng rumahnya berbunyi. Sekali lagi dia memandang Kashaff yang turut kehairanan itu. Kashaff angkat bahu, tanda dia juga tidak tahu menahu tentang siapakah yang datang berkunjung malam-malam buta ni.

            “Kawan abang ke?”
            “Tak kut. Tak ada sesiapa cakap pun dorang nak datang sini.”
            “ Benji then?” Kiah membuat andaian. Kashaff menggeleng kepala.
            “Dia ada oncall, dia cakap masa abang telefon petang tadi.”
            “Siapa then?”

Kashaff bangkit ke arah pintu. Tiada gunanya sekiranya dia terus melayan Kiah yang hanya tahu bertanya tetapi tak reti-reti membuka pintu itu. Hah, buka pintu terus dapat tahu siapakah gerangan yang datang pada masa ini. Senang kerja. Tak payah pening-pening hendak berandaian.  Kashaff terkaku setelah melihat gerangan figura di hadapannya itu.

            “Assalamualaikum, how are you, Boy?”

Kashaff  yang ibarat tersedar setelah mendengar suara garau itu terus tersenyum. Lelaki itu dipeluknya erat.

            “Ayah! Adik...Ayah ??!”  Kashaff berkata kehairanan. Setelah itu, dia memandang ayahnya atas bawah lalu memeluk tubuh tinggi lampai itu. Dah lama tak jumpa ayah, terakhir jumpa dalam dua tahun yang lepas agaknya. Itu pun tanpa pengetahuan mamanya. Takut kalau Mama tahu, mama akan marah. Tapi, apa yang Ayah buat di sini? Kashaff bermonolog kekeliruan.

 Kiah juga terus menyerbu ayahnya itu . Lelaki yang sudah lama tidak dihubunginya itu dipeluk erat. Rindu sama ayah. Rindu sangat-sangat. Mama punya pasal, ayah tinggalkan mereka. Tapi sekarang mesti ayah datang sebab Mama yang hubungi dia, adakah ayah akan kembali bersama Mama? Persoalan itu bermain di benak fikiran Kiah. Apa-apapun, dia sangat gembira dapat bertemu ayahnya muka ke muka.

            “Ayah rindu kamu semua. Tapi...Mama kamu mana?”
Kedua-dua beradik itu tercengang. Kiah pula menarik senyuman setelah maklumat dicerna. Ayah dan Mama...dah berbaik kembali?  Kiah hanya memerhatikan wajah abangnya yang sedang keliru itu. Haih, abang masih tak sedar agaknya apa yang mama telah lakukan beberapa minggu ni.

            “Mama ada di atas, Yah. Ayah duduk dulu, Kiah dengan Kashaff panggilkan Mama.”
Kiah menarik tangan Kashaff lalu menariknya ke dapur. Kiah mendudukkan Kashaff. Kashaff menggigit bibirnya.

            “Adik...Ayah datang sini Mama tak marah ke?”
Kiah menggeleng. Haiyo abang, masih tak nampak apa yang dia dah nampak.

            “Tak. Adik saspek kan bang, yang Mama tengah berbaik-baik balik dengan Ayah. Haritu pun adik terjumpa Mama membaca balik surat-surat cinta ayah. Kelas gitu!”
Kiah menjadi tukang cerita. Kashaff angguk. Namun, dia merenung adiknya lama. Konklusi dicapai.
            “Oih bertuah punya adik! Selama ni kau simpan rahsia  besar ni dari abang eh? No wedding present for you!”

            Kiah gelak terkekek-kekek melihat muka tidak berpuas hati Kashaff. Ampun bang, bukan tak nak beritahu, cuma nak tunggu keluar dari mulut Mama sendiri. Tak salah kalau simpan rahsia ni dulu, betul? Lebih afdhal kalau tuan badan yang bongkarkan rahsia ini sendiri. Haila Kiah, hang nak kahwin, makbapak hang pun duk sama naik nak bercinta balik. Two in one agaknya majlis kau nanti, ye idak?



=)


P/S : Ini sebenarnya Chap 13 je, tapi dah revamp balik prologue demi MSS tercinta, makanya, bilangan chaps sudah bertambah. Tapi you readers tak ada miss apa-apa pun dari mula. No worries, kalau still tak clear, care to ask yeah? Hope you enjoyed this one too. 


15 comments:

  1. Sukanya...tapi macam pendek je.hihihi tak puas nak baca kisah kiah

    ReplyDelete
  2. ini kes balik balik rumah je update terus dear XD

    ReplyDelete
  3. Bez bez...tq winnn.hehe._kak shida_

    ReplyDelete
  4. shasha - ye 18 slps saya injakkan prolog jadi bab 1,2, 3 etc

    ReplyDelete
  5. Haha ohhh okay :) hihi btw cerita best! Tk sabar tggu entry sterusnya

    ReplyDelete
  6. Best....nk lgi...

    ReplyDelete
  7. Oh MY GOODNESS !! The best entry ever. Hihihi super like ! (y) ai suka ur word "ganti tikar?" hahahaa kelako weyyh.. XD

    ReplyDelete
  8. Nice kan dapat abg cam tu...... huhu akk anak sulung sooo tak merasa ada abg...

    Alahaiiiii comel la pulak mama n ayah dia orang niiii terutama ayah leee sebab tahap sengal yg tinggi hahaha ada la pulak nak naik pelamin sekali.... tapi apa salahnye kannnn.... teruskan usaha sementara buti niiii banyak kan n3 ye dek huhuhu jgn dera akk akk mu lagi yeeee hehehe

    ReplyDelete
  9. nak luth dgn kiah..pleaseee
    buat trus kawen jee..hehe
    mesti super duper best nanti

    ReplyDelete
  10. Anonymous : hrmmm...baru je ingat nak kahwenkan mereka at chap 20. tak apa, babLuth tu no hal akan dipertimbangkan kay. cuma kahwen tu...rasanya chap 20 lah

    ReplyDelete
  11. redpepperhere

    done reading this chap. huaarg, mak naik sama dgn anak, *rasa meremang pulak bulu roma nih* =p

    ReplyDelete
  12. best .. best .. thanks wroter :)

    ReplyDelete
  13. kenapa tak dapat baca sampai habisss ���� takde pun sambungan diaaa . dah cari dah ����

    ReplyDelete