Saturday, November 23, 2013

Geng Budak Bawah Tangga : Step 7









“Every violation of truth is not only a sort of suicide in the liar but is a stab at the health of human society.”
-Ralph Waldo Emerson


             Kaki yang tersarung sneakers merah darah itu melangkah laju. Tudung ungu diselimpangkan pada bahu ala-kadar sahaja.  Lengan baju disinsing tinggi pada lengan. Ini memang salah orang lah kan nak cari pasal dengan aku. 

            “Fish! Fish! Bawak bertenang...” Jerit Yidd dari belakang, sudah tercungap-cungap dia mengejar Fish. Dari bilik, sehinggalah ke dewan makan ni.

            “Tak ada maknanya. Aku nak cili mulut betina tu...” Amarahnya membuak-buak. Semuanya gara-gara kehadiran pelajar  senior baru yang bernama Kartini. Kartini, yang juga merupakan musuh masa silam dia. Kartini, yang juga memegang jawatan sebagai teman wanita abang kepada Fish.

            “Fish!!” Empat suara bergema dibelakangnya dihiraukan sahaja. Fish terus menyerbu dewan makan. Dari muka pintu dewan makan lagi dia sudah dapat mengesan perempuan yang berambut merah kalah rambut Wanda itu. Kaki melangkah laju ke arah meja yang diduduki sekumpulan perempuan paling gedik di kampus itu. 

            Hey tart! Mind your own bloody business.

Kata Fish geram. Tangan ditampar pada permukaan meja tersebut. Mereka yang tadinya riang berborak terus terdiam. Kartini terjerit kecil. 

“Owh, isn’t it the lovely Nafisha. How are you dear? I haven’t heard from you for so long. Korang, kalau nak tahu, inilah adik boyfriend I.” Kata si bimbo kepada kawan-kawannya yang dua kali lima bimbo dengan nada suara yang oh-so-annoying. Fish membeliakkan matanya. Rasa macam nak tampar laju-laju je. 

Cut the crap Ursella! Ambik balik kau punya sampah ni.” Fish mengetap giginya. Kad nama itu dicampak kasar ke muka Kartini. Kartini tersenyum sinis.  

“Tsk,tsk, tsk...Fish. Aku sayangkan kau, aku ikhlas bagi engkau recommendation. Kau perlukan bantuan. Aku tak nak kau overdose macam tiga tahun lepas. Tambah-tambah bila kau duduk asrama ni sorang-sorang.”  Fish menggenggam buku limanya. Turun naik nafasnya makin laju. Wanda, Yuyi, Yidd, Ciku, sudah terkaku di sebelah Fish. Apa? Fish pernah overdose? Fish suicidal ke?
 
            Trust me babe, this guy is a good councellor.” Sambung Kartini lagi. 

“Baik kau senyap sebelum aku pecahkan muka kau.” Ugut Fish. Matanya menikam mata Kartini. Kartini mengangkat bahu. Dia kemudiannya berdiri dan memegang lengan Fish kejap. 

“Korang, kita kena tolong Fish. Tengok parut-parut ni, she used to cut herself!” Belum sempat Fish menjawab, Kartini sudah menyelak lengan baju Fish sehingga ke paras bahu. Semua di meja tersebut berpura-pura buat terkejut. Fish rasa ingin menangis.Fish menarik kasar tangannya lalu menolak kuat Kartini sehingga terjatuh. Gelas kosong di atas meja dicapai lalu dicampakkan pada Kartini.

“Hey! Tengok, aku dah kata dia ni ada masalah. Korang percayakan aku kan.” Kartini berkata dalam nada yang innocent. Menjadikan Fish sebagai orang jahat di sini.

 Wanda mencelah, “ You one lying bitch! She was abused you retard!”  Jeritan Wanda itu membuat seluruh dewan terdiam. Wanda menggigit bibirnya. Terlepas cakap. Fish memandang Wanda dengan mata bergenang. 

“Ini apa kecoh-kecoh ni?” Suara garau itu menegur. Fish mendongak memandang tuan milik kasut kulit hitam berkilat itu. 

“Dia harass saya. Tengok, dah terseliuh ni.” Kartini mula masuk mode defend diri sendiri. Fish terkaku tanpa suara. Hayder memandang perempuan yang sedang berdiri elok di depannya itu. Kakinya sengaja ditunjur ke hadapan, nak kata dia cedera.

“Abang, dia tipu.” Yidd mencelah. Hayder mengangkat tangannya, tanda suruh Yidd diam. Yidd mendecitkan lidahnya. Ish abang aku ni!

Anything to say Nafisha?  Hayder memandang Nafisha pula. Serius. Fish tertunduk. Memang dia yang salah sebab menyerang Kartini dulu. 

I asked, anything you wanna say?” Nada suaranya makin rendah, dan makin menggerunkan.
Fish menggeleng kepalanya. “ Noth...nothing.  kata Fisha tergagap-gagap. Mata dikalih ke atas, dan apabila dia memandang muka Hayder yang jelas memaparkan kekecewaan itu, air matanya menitis jua. Pandangan Hayder penuh dengan amarah.Hayder...please don’t judge me.Please...

Then you realised that you’ve broken our school’s rule. No public display of violence. Next time benda macam ni berulang, I’ll bloody well send you directly to the principal’s office.” 

Setiap patah perkataan yang diungkapkan Hayder ibarat dititis dengan racun. Fish hanya mengangguk. Kepala menekur lantai.  Tanpa memandang siapa-siapa, Fish berlari keluar dari tempat itu. Tidak sanggup diselami fitnah lagi sekali. Tidak sanggup mendengar label-label yang diungkapkan oleh semua orang di dewan makan itu.

“Nek...Fish rindu nenek...Fish nak nenek. ”  Rintihnya pilu.


*cheers people* 

3 comments:

  1. ala ciput nyeee crta ni,pnya le rindu gn fish gn hayder,walau cmna pon trma ksih ada n3 bru....smbg la lgii...tk puasss bca

    ReplyDelete
  2. Oh rindunya dengan mereka...makes me wanting more besides kiah...tqsm miss writer...nak lagi nak lagi nak lagi...hehehe....jahat tak akak yang dah mula tamak ni...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Tak faham sangat leeee dgn perangai budak pompuan yg gedik gedik perasan deva niiii

    Oleh kerana lama sangat dah mecam tak faham sangat apa yg jadi..... so lepas ni Kiah dah kena masuk lubuk.... cita ni la pulak yg lama lama yeee

    ReplyDelete