Sunday, January 19, 2014

Cheesy Mayo (cerpan) : Part 1





             
            “JAN...”
            Aku memandang ke arah mak yang tiba-tiba menolak sedikit bahu kiri aku tu. Aku yang sedang  menatang par yang penuh dengan bunga plastik dan juga sepersalinan kain itu nyaris terpeleot apabila mak cuit sedikit tadi. Kasut tinggi tiga inci dan juga kain kebaya sempit yang aku pakai tika ini sangatlah tidak membantu. Aku rasa macam nak koyakkan aja pesak kain kebaya ni, nak jalan pun sempit semacam.
            “Ada apa mak?” Aku bersuara kembali. Iyalah, mak ni pun satu. Panggil aku lepastu dia pula duduk diam, bukannya nak habiskan ayat dia tadi. Sengaja buat aku tertanya-tanya sendiri.
            “Makcik Pisah naik kereta dengan mak tadi. Anak lelaki dia yang drive kereta kakak kamu tu tadi.”
            Pernyataan mak buat aku rasa macam nak gelak kuat-kuat aja di sini. Mak ni pun, aku tahulah dia Makcik Pisah naik dengan dia tadi tu! Bestfriend forever and ever dia tu memang tak boleh dipisahkan lah! Dia nak juga sumbat sama Makcik Pisah tu dalam kereta pengantin walaupun kereta aku tu trang trang tang kosong. Tapi, senyuman aku hambar apabila otak mencerna yang anak lelaki Makcik   Pisah tu yang memandu kereta Kiki. Alamak!
            Aku tadi keluar awal sedikit dari rombongan, sebab aku lupa nak isi minyak kereta semalam. Tup-tup, dah beratur panjang depan Petronas tu bila aku nak patah balik ke rumah. Jadi, memang aku tak tahu siapa yang bawa kereta si Kiki itu.
            Kereta aku ni dari awalnya kosong sebab si Kiki yakni kakak aku tu pula dah awal-awal lagi suruh kereta aku tu jadi kereta orang sumbat barang hantaran. Sengaja tak bagi aku bawa kereta laju-laju agaknya.
            “Jan, kau dengar tak mak kata apa ni?”
            Suara mak tinggi sedikit apabila dia sedar yang aku tak tumpukan perhatian kepada apa yang dikatakannya. Aku menarik muncung sedikit. Satu, geram dengan mak yang sibuk nak berbual masa kompang tengah dipalu, kedua, geram dengan anonymous yang sedang bawa bunga manggar di hadapan aku. Pegang bunga manggar pun sampai nak tercucuk hidung aku ni apakes? Ketiga pula, aku dah nampak bayang-bayang calon menantu mak yakni calon suami paksa rela aku tu.
            Ingatkan tak wujud di majlis ni, kalau tak salah hari tu Makcik Pisah kata dia pergi Aussie sebab ada tournament naik basikal dengan geng dia tu.
            “Mak, sini bisinglah. Cakap kejap lagilah. Jan tak dengar.” Aku beralasan.
Mak pula sudah tarik muka bengangnya ke arahku. Mak o mak, mak sedar tak mak itu ibu kepada pengantin perempuan ni? Cuba buat muka leklok sikit! Ini tak , sempat lagi nak tarik muka masam depan aku, kalau biras dia nampak, jatuh saham keluarga!
            “Ada-ada aja alasan kamu ni Jan. Ini, Shanaaz dah kasi lampu hijau dekat mak tadi. Makcik Pisah pun dah tak sabar nak bermenantukan kamu. Jadi lepas si Kiki ni, giliran kamu dah untuk kahwin ni. Mak dah bincang dengan Makcik Pisah dalam kereta tadi. Kiki pun setuju mak nak kahwinkan kamu dengan si Shanaaz tu.”
            Langkah kaki aku terus termati di situ. Mata aku pejam rapat-rapat. Tidak! Tidak! Tidak! Mak! Kenapa mak buat Jan macam ni mak? Kenapa mak nak kena chop anak Makcik Pisah tu?
            “Mak tahu tak yang Jan langsung tak suka dia? Jan tak faham kenapa mak nak sangat bermenantukan dia tu? Kenapa mak nak kena atur hidup Jan?” soal aku sambil berbisik keras ke telinga mak. Mak pandang aku macam nak telan orang.
            Aku mengeluh sambil menjeling ke arah lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu itu. Steady je dia dari tadi bawa dulang par yang menampung tepak sirih itu di sebelah Makcik Pisah.
            Mak nak suruh aku kahwin dengan mamat baju ungu tu, kenapa mak, kenapa? Kalau anak orang lain mungkin suka sebab bakal dapat suami yang serba kacak serba tinggi serba lengkap, tapi bukan aku! Aku nak lelaki yang normal, tak mahu yang kacak-kacak ni!
            “Mak, Jan tak nak dekat anak Makcik Pisah tu. Not my taste, mak! Jan tak faham kenapa dari Jan kecil, sampai besar, mak nak kena letak nama Jan tu dalam satu ayat dengan nama dia. Jan tak suka.”
            Panjang lebar aku bertanya kepada mak, namun mak membuat muka bodoh aja. Dia pandang ke hadapan. Aku mendengus geram. Tengok mak ni, nak elak soalan aku lah tu!
            “Mak!”
            “Sampai rumah kita bincang lain, Jannah. Ini majlis Kiki, selesaikan yang ni dulu.”
Aku terpempan mendengarkan ayat dari bibir mak itu. Eh? Aku yang kena balik? Tadi bukan mak ke yang buka topik aku kena kahwin dengan anak Makcik Pisah tu? Bila aku minta penjelasan, dia kata suruh KIV dulu. Mak ni kan...masalah personaliti agaknya!
            “Jemput masuk, jemput masuk.” Suara halus ibu mertua si Kiki itu menjemput kami semua masuk ke dalam rumah.
Aku menarik senyum terpaksa ke arah mertua Kiki. Nak tak nak, kenalah senyum juga, nanti dorang kata adik pengantin perempuan ni muka bengis pula.
            “Mak, pegang sat par ni. Jan nak buka kasut.”
            Par tadi aku serahkan kepada mak. Mak tiba-tiba mood baik, siap tolong bawakan masuk lagi par yang aku bawa tadi. Aku beralih ke tepi laluan dan membongkok untuk membuka butang pada kasut tinggi aku tu. Ini pun jadi masalah sebab kain kebaya yang sempit ni. Setelah aku berjaya buka butang itu, dengan malasnya aku melangkah dengan terjengket-jengket ke pintu masuk rumah abang ipar aku tu. Kenapa terjengket, sebab kasut aku ni, kalau dah buka butang dia tu, bearing dia automatik lari.
            Mata aku dah nampak port sesuai untuk letakkan kasut aku ni agar mudah aku cari. Lagi sekali aku terjengket sebelum sampai ke tempat itu. Orang ramai dari rombongan aku bersama jemputan lain juga berasak masuk ke dalam rumah. Sekali pandang macam rush hour dah.
            Aku pecat kasut aku lalu aku sorokkan di celah gril rumah itu. Tanpa pandangg kiri kanan, aku terus menyelit di celah orang ramai untuk turut masuk ke dalam rumah.
            Tiba-tiba belakang badan aku terasa senak.
            Oops, sorry sorry.” Suatu suara kasar berkata dari belakang aku. Aku berkalih sedikit ke belakang, nak pandang sikit muka orang yang langgar aku tadi.
            “Naz, letak sini par tu.” Aku dengar suara Makcik Pisah berkata di sebalik kegamatan orang ramai itu.
            “Ya mama.” Balas suara di belakang aku.
            Aku terus tak jadi memandang ke belakang.
            “ Tumpang lalu sikit.”
            Suara itu berkata lagi, kepada aku barangkali, sebab aku halang laluan dia. Aku menginjakkan badan sejauh mungkin, bagi ruang seluas-luasnya untuk anak Makcik Pisah tu lalu. Nasib baik aku tak pandang dia tadi. Buat apa nak pandang muka orang aku paling tak suka dalam dunia ni! Buang karan!
            “Jannah! Mak kamu cari kamu.”
            Kali ini Makcik Pisah fokus pula pada aku. Anak terunanya yang tadi memintas aku turut berpaling apabila mendengar nama aku dipanggil mamanya.
            “Jannah? Jan?” Anak teruna Makcik Pisah bertanya. Aku menyeringai sebentar.
 Oh tidak, kenapa perlu dia dengar nama aku tu? Selama ni elok aja tak bersua muka, hari ni juga dia nak cam muka aku ni. Nasib kaulah Jan.

           
15 tahun lalu...


            “SHANAAZ!”
            Matanya yang tadi fokus pada bola di tangan kumpulan lawan itu terus berlari ke arah suara halus yang menyeru namanya tadi. Tanpa diduga, bola dari pihak lawan menampar kuat pipinya, sehingga dia tersembam di atas court bola keranjang itu. Kepalanya tiba-tiba terasa bengang.
            “Singa kau datang dah tu Naz,” usik salah seorang dari kawannya.
             Dia merengus geram. Dia bangkit dari lantai gelanggang itu lalu mengusap sikunya yang tercalar sedikit itu.
            “Dia bukan singa aku.”
            “Musuh kau.”
            Never in hell, man!
            “Habis tu?”
            Pertanyaan dari rakannya itu mengundang senyuman pada bibirnya.
            “Bakal menantu mama aku.”
            Lalu dia berlalu dengan senyuman yang manis tersungging pada wajahnya. Penat bermain pun hilang bila dapat tengok muka budak perempuan tu.
            “Hai Jan! Dah habis kelas?” Dia bertanya kepada Jannah yang sudah menayangkan muka menyampahnya itu. Jannah mendengus.
            “Saya habis kelas ke apa ke, awak apa kisah? Dengar sini Shanaaz, saya tak suka bila semua yang saya buat kena kaitkan dengan awak. Mandat awak besar sangat ke? Mulai hari ni, stop talking to me! Saya dah muak tahu. Muak. Ini semua salah mak, tak habis-habis dia sumbat awak dalam hidup saya. Ini dah melebih tahu, bila semua yang saya buat, mak nak kaitkan dengan awak. Awak tak ada peranan apa-apa pun tahu dalam hidup saya ni. Penyemak alam semesta aja. I don’t like you! Awak buat saya rasa rimas, terkongkong, macam dalam penjara.”
            Shanaaz terdiam mendengar kata-kata pedas dari Jannah itu. Hatinya terasa ditoreh-toreh. Dari dia kecil, sampailah dia besar...memang dia anggap Jannah itu dunianya. Segalanya Jannah, Jannah dan Jannah. Tapi Jannah buat tak tahu aja dengan dia selama ini.  
            “Apa yang Jan cakap ni? Selama ni Jan elok aja? Lagipun, mana ada Jan hiraukan abang, Jan kan buat tak tahu aja dengan kewujudan abang selama ni?” dia bertanya, sambil meminta pencerahan dari Jannah. Mata Jannah sudah berair. Tekanan betul!
            “Saya memang buat awak tu macam tak wujud, tapi mak saya suka saya berkawan dengan awak . Saya tak suka awak , faham tak? Mak...bila apa saja yang saya buat, dia akan ungkit nama awak dulu. Dari sekarang, saya akan buktikan pada mak, yang saya cemerlang pun, bukan sebab awak! Never because of you! Awak jangan tegur saya lagi lepas ni, kalau jumpa saya pun, jangan cakap dengan saya. Saya tak suka bila mak nampak awak aja. Saya boleh berdikari lah! Saya tak perlukan awak pun tahu. Selama ni pun saya tak perlukan awak. Mulai hari ni, saya tak kenal awak, dan awak pun tak kenal saya, faham? 
            Dengan itu, Jannah berlalu meninggalkannya. Dia terkedu sendiri.
            “Jan...selama ni pun Jan tak pernah nak layan abang bercakap. Tapi jangan ingat abang berputus asa ya? One day, you will come to accept me, Jan. ” gumamnya sendirian.
             Mata memandang susuk tubuh Jannah yang semakin menjauh itu. sekarang dia akan turutkan permintaan Jannah, tapi bila tiba masanya...dia akan tuntut balik Jannah tu. Mana mungkin dia buat tak kenal dengan bakal menantu mama dia ni!


Present...

           
            AKU menekur meja makan di hadapan aku ni, lama. Apa yang dikatakan mak sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan sahaja. Kenapa mak nak sangat bermenantukan Shanaaz tu? Dari aku sekolah rendah, sampai sekolah menengah, tak habis-habis mak nak sanjung anak kawan baik dia tu tinggi-tinggi. Nasib baik aku tak masuk Uni sama dengan Shanaaz tu, kalau tidak, aku rela pergi tukar tempat dengan Shanaaz, bagi dia jadi anak mak, aku pula pergi jadi anak Makcik Pisah.
            “Boleh tak ni, Jan?”
Soalan dari mak itu membuat aku memanggung kembali kepala aku ni. Ha? Apa dia mak cakap tadi? Boleh apa pula ni?
            “Boleh apa lagi ni mak?” Aku tanya dengan malas. Mak sudah menarik muka cemberutnya.
            “Sakit hati mak ni cakap dengan kamu, Jannah! Mak cakap dia mengelamun. Mak tanya ni, boleh ya kahwin dengan Naz tu. Mak teringin nak bermenantukan dia. Dari kamu kecik lagi, mak dah rancang.”
            “Maaaaak, Jan tak nak. Shanaaz tu bukan taste Jan. Jan tak suka dia.” Aku tegar membantah. Mak mendengus geram.
            “Ih, mak tak faham lah kamu ni Jan? Naz tu bukan main baik, kaya, kacak, segak, beriman lagi pun kamu tak nak? Nak kata tak kenal, dari kecik lagi kamu kenal dia.Cerita sikit kenapa kamu tak suka dia?”
            “Sebab...mak selaluuuuuu kaitkan Jan dengan nama dia masa Jan sekolah dulu. Jan rasa inferior tau mak? Jan tak suka, Jan rasa macam mak ni lebihkan dia pada Jan, padahal Jan ni anak kandung mak. Dari situ Jan dah mula benci dia. Mak pun mempengaruhi Jan untuk makin tak suka dengan Shanaaz tu.”
            Aku pandang muka mak yang sudah merah itu. Sah, mak dah marah tu. Aku gigit bibir sendiri.
            “Jannah! Mak tak kira kau benci ke, kau tak suka ke, mak nak kau pergi jumpa si Shanaaz tu esok, dan bincang pasal kahwin. Ingat, mak nak kamu kahwin dengan Shanaaz aja. Shanaaz pun Makcik Pisah kata memang sukakan kamu, jadi kamu jangan banyak songeh!”
            Mak sudah keluarkan aura singanya. Aku sudah menjadi semakin geram dengan perangai mak yang suka merancang masa hadapan aku ni. Kiki elok aja kahwin dengan lelaki yang dia suka, kenapa aku yang tak mahu kahwin lagi ni kena paksa kahwin dengan calon menantu kesayangan mak tu? Geramnyaaaa!!
            “Mak...Jan tak mahu...”
            “Mak dah janji dengan Makcik Pisah, Jannah! Mahu tak mahu, kamu kena juga terima Shanaaz tu. Mengada tak mahu pulak ya? Masa kecik-kecik dulu elok saja main dengan dia, bila dah besar jadi kacang lupakan kulit pula. Bukan orang lain pun Jan oi! Mak nak kamu bahagia, bukan jadi macam mak ni tahu? Kena tinggal dengan suami sendiri.”
            Mak sudah buka balik kisah lama dia. Aku mengeluh kasar. Maaaaaaaaaaak! Tak semua lelaki kat luar tu perangai macam suami mak tu tahu? Dan tak semestinya mak kenal si Shanaaz tu,  tak semestinya dia tu seperti yang mak nampak!
            Tapi, tak guna kalau aku cakap macam tu. Bagi mak, tak ada lelaki lain sesempurna anak Makcik Pisah tu. Ish! Geramnya aku dengan tikus mondok bernama Shanaaz tu! Geram tahu tak, geram! Kalau dia tak wujud, tak perlu aku peningkan kepala fikirkan helah nak lari dari perkahwinan paksaan mak ni!
            Fine! Jan jumpa dia.” Aku mengalah. Nampaknya, kalau mak dah memang dead set nak aku kahwin dengan tikus tu, hanya ada satu aja helah aku yang boleh dikira pakai ni. Aku kena buat Shanaaz tu tak jadi kahwin dengan aku. Tapi...macam mana ya?
            “Bagus, mak dah suruh Naz jumpa kamu esok,” kata mak sehabis selamba.
Aku sudah beristighfar panjang-panjang dalam hati. Memang aku dah tak boleh elak lah kan?


            PAGI KEESOKANNYA itu, aku bersiap ala kadar. Alaa, nak jumpa orang yang aku tak suka, tak perlulah aku nak bersiap lagak diva. Aku mencapai kunci kereta lantas mencari kelibat mak.
            “Mak!”
            Aku menegur mak yang sedang menjahit manik di lengan baju kurungnya itu. Mak angkat kepala dan memandang aku. Matanya membulat.
            “Jannah! Pakai macam ni nak jumpa Naz? Pakailah yang manis-manis sikit.” Mak dah buka mulut dia untuk mengomen aku ni.
            Aku mencebik, ada-ada aja mak ni!
            “Lantak dia lah mak, Jan selesa macam ni. Dia nak jumpa Jan, bukannya nak nilai cara Jan berfesyen.”
            “Kamu ni Jan, suka menjawab. Kamu dah 30 tahun tahu? Tak manis menjawab mak ni.”
Aku sudah membeliakkan mata apabila mendengar ayat mak itu.
            “Yelah yelah. Ni, Makcik Pisah ada cakap tak anak dia tu nak jumpa Jan kat mana?”
Aku bertanya sambil memusingkan kunci kereta di tangan aku. Mak sudah pandang aku pelik.
            “Naz datang ambil kamu kat sini. Mak pun ada nak kirim benda dekat dia nanti bila dia hantar kamu balik karang.”
Sehabis mak cakap tang tu, aku dengar ada kereta masuk ke halaman rumah. Setelah itu bunyi pintu kereta ditutup, kemudiannya suara orang lelaki bagi salam. Aku mengeluh hebat. Oh tidak...dia dah sampai.
            “Waalaikumussalam! Naz, masuklah.”
            Laung mak dari dalam rumah. Aku pula sudah menala siling apabila hujung mata ni menangkap bayang-bayang calon menantu kesayangan mak tu masuk ke dalam rumah. Tak kuasa aku nak pandang dia, tahu?
            “Nak pergi dah ke?” Mak bertanya kepada Shanaaz. Shanaaz pandang ke arah aku sekilas lalu dia mengangguk ke arah mak.
            “Nak pergi dah mak cik. Hari minggu ni, Naz takut jem jalan.” Katanya.
            “Ha, eloklah. Jannah, dah...pergi cepat. Kesian pula Naz ni kalau sangkut tengah sesak tu.”
            Nak muntah aku dengar ayat mak tu. Kan dah cakap, kalau si Shanaaz ni wujud depan mak, segalanya akan jadi kesian Naz, pandai Naz, hebatnya Naz...mak dah takkan nampak aku ni. Bukannya mak nak kesiankan aku yang terpaksa rela naik satu kereta dengan musuh ketat ni!
           

            “SAYA TAK NAK kahwin, terutamanya dengan awak!”
            Sepatah ayat penyata aku kasi pada Shanaaz setelah sekian lama berdiam diri di dalam restoren itu. Sua tak sua, jangan ingat pendirian aku dah berubah sebab aku tak jumpa dia selama ni. Kalau waktu sekolah dulu dia ni boleh tahan kacak, tapi sekarang ni memang bertambah kacak. Enam tahun kena angin sejuk Edinburgh agaknya, makin putih je aku nampak. Tapi, like I said, I don’t like him and also his type of guys!
            Shanaaz pula menarik muka pekak bisunya apabila aku keluarkan ayat penyata tadi.
            Aku semakin terbakar dengan reaksi dia. Dahlah dari dalam kereta lagi dia tak habis-habis mencicit macam tikus, cakap pasal kerja dialah, study dia lah, tournament yang dia pergilah...macamlah aku nak tahu semua benda tu. Lagipun, mak dah pernah cerita semua benda tu sama aku, memandangkan memang dari dulu sampai sekarang Makcik Pisah sering memberi inside scoop tentang bakal menantu mak ni.
            “Kenapa? Abang tak menepati ciri-ciri yang awak nak ke Jan?”
            Dia bertanya kembali. Aku merengus geram. Memang idak ler! Kau tu pilihan mak aku, bukannya pilihan aku!
            “Langsung tak kena dengan choice saya.” Aku menjawab ringkas. Air di atas meja aku hirup rakus. Ais ketul aku capai sebiji dan aku kunyah, mata masih memandang tempat lain, tak sanggup nak pandang muka kacak dia yang aku benci habis tu.
            "So...any specifications?" Si kacak bergaya sudah bertanya.
            Aku menelan liur. Mak, kenapa Jan boleh wujud kat tempat ni? Mak punya pasal la ni. Mak nak sangat Shanaaz ni, mak ajalah kahwin dengan dia! Jan tak mahu...nanti bila Jan dah bawa dia masuk dalam keluarga, mak nampak dia aja, mak tak nampak dah Jan ni!
“Jan...abang tanya ni.”
Dah lima belas tahun tak dengar dia bahasakan diri dia abang, hari ni dah mula balik ya? Ya Allah, meluatnya aku ni! Meluat! Kalau aku bawa kereta sendiri tadi kan dah boleh cabut balik ni!
Aku memandang juga dia, nak tak nak. Kening dia sudah terjungkit tinggi. Haih, bang oi, tinggi sikit lagi sah cium siling hang punya kening tu. Dia tanya aku apa tadi? 'Specifications? Of course, definitely, I have a million of things that I want in a husband! Sat na, Jan tunjuk Jan punya list sat gi.
            "Awak betul nak tahu ni? Ciri awak tu memang tak ada dalam senarai saya tahu." Aku tanya dia lagi.
 Dia mengangguk laju-laju.Aku tarik sengih lalu mengeluarkan list yang tiba-tiba aku tergerak hati nak buat semalam dari dalam beg.
            Senarai itu diserahkan kepada dia.
            Dia melihat tulisan aku lalu matanya terbuntang luas. Aku tersenyum bahagia. Kan dah kata...aku kalau aku tak nak satu benda tu, aku akan pastikan yang aku tak akan end up dengan perkara tu. Dan Shanaaz, aku kena kahwin dengan kau...itulah perkara yang paaaaling aku tak suka!
            "Whoa whoa ... luar alam Jannah punya senarai ni. Memang tak ada ciri-ciri abang langsung!"
            Aku tersenyum herot memandang si kacak bergaya yang sudah sepich- less itu. Mati kutu dah lah tu!
            "Kaaan...saya tahu saya ni memang tingtong. Awak dah tak nak kahwin dengan saya lah tu kan...my pleasure too. Sekarang ni...kita balik rumah, awak terangkan elok-elok sampai mak saya faham yang awak tak nak kahwin dengan saya jugak."
            Hati aku sudah ada bunga-bungaan. Nasib baik si Shanaaz pun tak suka dengan senarai aku tu, dan kalau dia spesies yang boleh pakai, dia akan kasi aku ruang untuk aku cari sendiri calon lelaki yang aku tahu takkan wujud pun tu. Bolehlah aku beli masa untuk lari dari perkahwinan paksaan mak ni! Bijak tak aku?
Tiba-tiba Shanaaz gelak kuat sehingga menampakkan lesung pipit dia yang dalam tu. Aku mengerutkan dahi aku, aik? Sawan dah sebab baca senarai aku?
            "Jannah...saya tak ada masalah pun dengan senarai awak ni. Saya tahu saya tak tersenarai pun, tapi  saya tetap nak kahwin dengan awak."
 Komen dia ternyata buat aku sentap. Tak ada masalah ya? Kau tahu tak betapa susahnya aku perah kepala otak untuk datang dengan idea mengarut ni? Nak kahwin dengan aku kenapa? Tolonglah faham yang aku tak sukakan kau, dari dulu, sekarang...dan selama-lamanya!  
            Aku ambl balik kertas itu dari tangan dia dan aku capai pula pen merah dari beg, lepastu aku tambah besar-besar dua lagi point khusus dalam senarai tu. Khas... untuk dia.
Kemudian, aku serahkan balik kertas itu untuk dia update apa yang dia baca.
            Aku sudah bersorak di dalam hati apabila melihat mukanya yang sudah berkerut seribu itu. Baru kau tahu...
            Mata Shanaaz kembali membaca apa yang aku tulis di atas kertas itu.

1)      Pandai panjat pokok kelapa
2)      Kerja biasa-biasa aja.
3)      Tak ada ijazah tapi general knowledge dia hebat.
4)      Pandai mengail di bendang.
5)      Tinggal di kampung aja.
6)      Pandai kerja buruh-buruh, hands on
7)      Tak pernah pergi luar negara
8)      Dia kenal aku tak lebih dari 3 tahun
9)      Tak ada lesung pipit
10)  Nama dia bukannya Shanaaz

             "Aww come on Jannah! No dimples? Saya lahir dengan benda ni tau, tak boleh letak tepi dah. Consider lah sikit." rungutnya.
            Aku buat bodoh, siapa yang nak kahwin dengan dia? Aku awal-awal lagi tak hingin, mak je yang teruja lebih nak suruh aku dengan dia. Not my taste la ada lesung pipit ke lesung batu ke, lesung apa jenis sekalilah!
            Tak mahu kahwin, faham tak! tambah-tambah lagi dengan pakcik kacak gila depan ni! Hish, ngeri! Karang, kalau kahwin dengan dia...mak tatang dia lebih!
            “Kalau awak respek saya, awak akan hormat saya dan tarik balik niat awak tu untuk kahwin dengan saya. Saya masih tengah cari lelaki idaman saya tu.”
            Aku tipu dia buta-buta. Lelaki idaman lah sangat, padahal escape route aja tu. Gila ke apa, kalau tu betul-betul senarai aku, celah kampung mana aku nak pergi cari lelaki tu? Wujud lagi ke? Budak-budak kampung pun semua dah berhijrah ke bandar, pokok kelapa pun semua monyet yang panjat...Ya Allah! Bodoh juga aku punya senarai tu kan? Dia ni percaya ke tidak?
            “Saya rasa awak dah boleh buang senarai ni jauh-jauh. Saya masih nekad nak kahwin dengan awak.”
            Shanaaz berkata tegas. Aku mengetuk dahi sendiri dengan buku lima. Jan...pelan kau gagal! Apa kata kau larikan diri aja masa hari nikah tu...
            “Awak ni memang tak faham ke Shanaaz? Kenapa awak nak sangat kahwin dengan orang yang ternyata tak sukakan awak?” Aku bertanya, geram.
            Shanaaz memandang aku sambil tersenyum herot.
            “Sebab saya cintakan awak. Dari dulu sampai sekarang, saya sukakan awak, mama saya sukakan awak...tak salah kalau saya nak kahwin dengan awak,”jawab Shanaaz selamba.
            Aku rasa darah aku naik ke kepala. Kau cinta ke apa ke, aku ni tak sukakan kau, kau faham tidak Shanaaz oi? Ke nak aku cakap bahasa tikus baru kau nak faham?
            "Plan me no plans...please. Saya tak nak kahwin." Aku sudah menggigit bibir bawah. Tikus tu masih membuat muka toya. Eee...geramnya hati aku ni!
            "Am I that bad Jannah? Teruk sangat ke saya ni?" Dia bertanya pula.
            Aku sudah menghantuk kepala aku ke atas meja. Manalah tahu dapat ilham lain nak bagi alasan apa-apa untuk halang benda ni dari terjadi. Kenapa aku yang kena kahwin dengan dia ni? Mak ni pun satu! Pasal mak yang bias lah Jan jadi tak suka dengan tikus ni tahu tak? Semua ni salah mak!
            " Saya tak mahu kahwin lagi."
            Aku jawab setelah rasa terasa pening dek hantukan bertalu tadi. Bebal pula otak aku ni.
            "Tapi abang nak kahwin." Dia cakap lagi.
            Aku tarik nafas dalam-dalam. Hey! Tikus! Ko nak kahwin ko kahwin ajalah, heret aku ni kenapa? Aku bukannya kenal kau pun! Zaman purbakala dulu tu memanglah aku kenal kau, tapi bila dah besar panjang ni aku dah tak tahu perangai kau tu macam mana, tau idak tikus? Kalau tak tahu...kau nak aku simbah ayaq asam dulu kaaaaa Hish!! Payah bahasa betul! 15 belas tahun aku elak kau, sia-sia lah usaha aku tu kalau aku tetap kena kahwin dengan kau!
            "Pergilah kahwin dengan wanita lain. Saya tak nak awak, awak faham tak ni!"
            Hah, kan aku dah tinggikan suara aku ni. Sebijik macam aku buat dengan budak-budak ada masalah disiplin di sekolah tu.
            "Saya tak nak awak, saya tak nak awak , saya tak nak awak! Awak nak saya ulang sampai berapa ratus kali baru awak nak faham ni! Saya tak nak kahwin dengan awak! No marriage no nothing with you!"
            'Preeeeeeeeeeeeet!'
            Bingit tetiba telinga aku ni. Aku pandang dia kecil besar. Sejak bila tikus ni bawa wisel? Kurang asam, dia tiup wisel ya suruh aku diam? Siap kau tikus! Siap kau! Bajet mandat dia sebagai captain basketball sekolah menengah aku dulu tu besar sangatlah? Tu cerita zaman purbakala dulu tawu!
            Hish, mak la ni! Pandai je dia main matchmaker!  Matchmaker dari masa aku kecik-kecik lagi pula tu! Mak...kenapa mak buat Jan macam ni mak? Jan tak rela...
            "Kalau Jan buat bising lagi, abang tiup je lagi wisel ni." Ugutnya.
            Aku tarik muka habis masam. Aku jadikan three blind mice satgi tikus depan ni baru tahu tinggi rendah tapak kasut aku ni ha! Jangan cabar aku okeh!
            "Annoying giles! I hate you forever okay."
            Aku tegaskan perkataan hate tu. Eh ena, dia ni boleh lagi tayang lesung pipit batu belah batu bertangkup dia tu depan aku ni. Hish, makin berasap aku ni.
            "Hate tak hate, mak Jan dah berkenan sama abang ni tau. Jan tak boleh lari dah  dari abang kali ni!"
            Ayat penyata dia ni memang bikin aku paneh satu badan. Aku dah tak boleh lari ye? Watch me Mr! Okay...aku tak akan lari, tapi aku akan pastikan kau menyesal sebab gatal nak kahwin dengan aku. Jangan ingat aku tak mampu buat hidup kau merana ya?


            MACAM MANA?”
            Perkara pertama yang mak tanya bila aku masuk ke dalam rumah. Aku sedaya upaya cuba tarik senyum ke arah mak, padahal hati aku sudah berdongkol geram.
            “Jan setuju.” Aku berkata sepatah lalu terus berlalu ke dalam bilik. Apa yang aku lihat sebelum aku berlalu adalah wajah mak yang terlampau gembira itu. Aku mengeluh berat, Jan...apa kau dah buat ni? Betul kau nak kahwin ni Jan?
            Aku mencabut tudung dari kepala dan bersandar di kepala katil. Kipas yang sedang laju berpusing itu aku pandang lama. Fikiran aku sudah menerawang ke ayat Shanaaz sebelum dia balik tadi.
            ‘Jannah. Abang tak tahu Jannah tahu tak hal ni...tapi mama abang cerita yang mak Jannah ada pernah kena heart attack dulu. Masa tu Jannah pergi kursus. Kiki yang teman mak Jannah. Abang pun ada sama waktu tu. Abang harap, apa yang Jannah bakal beritahu makcik nanti, Jannah tak pentingkan diri Jannah sendiri. She wants to see you married. Kalau Jan tak nak kahwin dengan abang sekalipun, Jan bawa balik calon yang sesuai untuk makcik nilai. She is your mom Jan, she wants to see you happy... dan dia rasakan abang mampu bahagiakan Jan. Dan abang juga yakin dengan diri abang. Abang sayangkan Jannah.’
            Mak...Kiki...kenapa rahsiakan benda ni dari Jan? Kenapa mak tak cakap sama Jan yang mak ada sakit jantung?
            Jan akan cuba bahagiakan mak. Jan akan kahwin dengan Shanaaz tu, asalkan mak bahagia. Jan sanggup hidup dengan orang yang Jan paling tak suka tu demi mak. Jan tak nak mak sakit.
            Sebuah lagi keluhan aku lepaskan. Tanpa sedar, setitis air mata mengalir ke pipi. Jan sayangkan mak...Jan tahu mak tak nak anak-anak mak rasakan apa yang ayah dah buat sama mak dulu.
            Selepas mak berikan kata putus kepada Makcik Pisah, rombongan datang merisik, kemudiannya rombongan bertunang pula...tuptup, hari ni...rombongan kahwin Jannah dan Sharnaaz pula yang tiba.
            Aku nak tak nak, rela tak rela aja pakai baju kurung warna putih mutiara ni. Kiki sudah berkerut wajahnya suruh aku senyum, dari tadi. Aku tak nak senyum! Aku tak suka kena paksa kahwin ni. Aku tak suka Shanaaz. Jangan tanya kenapa, tapi memang aku tak boleh terima yang mak sanjung sangat anak Makcik Pisah tu.
            “Jan, senyum!” tegas suara Kiki memaksa aku. Aku menjeling ke arah kakak aku itu.
            “Kiki...aku tak boleh la...aku...aku...” kata-kata aku terus termati dan digantikan dengan esakan yang kuat. Tak pernah-pernah aku menangis macam ni.
            “Jan...janganlah menangis. Shanaaz tu baik, kita kan dah kenal dia dari kecik lagi. Kau ni kenapa Jan? Dah dah...jangan nangis.” Kiki pujuk aku sambil mengusap-usap belakang aku. Aku peluk erat-erat badan Kiki.
            “Kau senanglah cakap, kau kahwin dengan orang yang kau cinta.” Balas aku dalam esakan yang semakin menjadi itu. Kiki masih memujuk aku.
            “Kiki...aku nak duduk dalam bilik aja boleh? Kau buka pintu nanti...aku tak nak keluar. Aku tak boleh...nanti aku menangis teruk buat malu orang je.” Kiki sudah gelabah dengan permintaan aku itu.
            “Kau ni Jan...kejap, aku tanya mak.”
            “Kau pujuk mak Kiki...aku tak nak keluar.”
            “Iyaa...”
            Setelah itu, mak pula masuk ke dalam bilik aku. Mak duduk di samping aku. Kepala aku mak usap lembut.
            “Jannah tak nak keluar ke? Shanaaz dah ada kat depan tu. Kadi pun dah sampai.” Mak cuba memujuk aku, namun aku tetap tak mahu keluar.
            “Jan masih boleh jadi isteri dia yang sah mak walaupun Jan tak keluar masa akad, kan?”
Mak terdiam. Maafkan Jan mak...tapi ni memang dah last straw Jan. Jan takut kalau Jan keluar mengadap dia nanti, Jan buat benda bodoh macam larikan diri ke, apa ke...Jan tak nak mak kena serang sakit jantung pula nanti.
            “Baiklah. Mak teman kamu. Kiki...pergi bisik dekat Pak Ngah, suruh go on je dengan akad. Kamu tunggu situ sampai selesai, lepastu bawa Shanaaz ke sini lepas selesai akad. Mak teman Jan ni.”
            Kiki mengeluh dan menggelengkan kepalanya melihatkan perangai aku ni. Aku bersandar pada bahu mak. Serius, tak nak kahwin...tapi sebab mak punya pasal...aku tak boleh cakap apa-apa. Kalau mak sihat, memang aku sanggup je terang-terang bantah, tapi bila Shanaaz cakap mak aku ni ada pernah kena admit sebab jantung, aku tak berani dah nak bantah.
            “Jan...kenapa Jan tak suka sangat dengan Shanaaz?”
            Mak bertanya tiba-tiba. Aku duduk elok-elok sambil memandang mak. Setitis lagi air mata jatuh ke pipi aku. Mak tepis air mata tu lalu mengucup dahi aku. Syahdunya.
            “Mak selalu letak Jan second kalau dia ada dekat. Masa sekolah dulu, semua benda yang Jan buat mesti mak akan kaitkan dengan Shanaaz. Jan tahu dia tu pangkat abang Jan, tapi Jan tak suka hidup bawah bayang-bayang dia. Jan tak suka. Sebab tu Jan jadi benci dengan dia.”
Jelas aku sambil menekur katil. Aku dapat dengar mak mengeluh kecil.
            “Mak tak sedar pula mak yang buat kamu tak suka dengan Shanaaz tu. Mak salah sebab selalu buat macam tu dulu, tapi sekarang ni Jan tak bolehlah buat macam tu lagi, dia dah nak jadi suami Jan pun. Jan kenalah belajar sayangkan dia, macam dia sayangkan kamu...”
            Mak berkata panjang lebar. Tengok! Mak ni dah mengaku salah pun, tapi jawapan dia tu maaaasih berat sebelah, condong ke arah Shanaaz tu. Kalaulah mak tak ada sakit jantung...sekarang juga aku lari.
            Tiba-tiba sesuatu terlintas di kepala aku. Kenapa ya semenjak si Shanaaz tu beritahu aku yang mak ni pernah kena sakit jantung, aku tak tanya terus pun pada mak? Sedangkan aku sikit punya terkejut yang mak ada rahsiakan kondisi kesihatan dia pada aku, tapi kenapa aku tak tergerak hati nak tanya pada mak? Pada Kiki pun aku tak tanya, hairan!
            “Mak, Jan terkilan sebab mak tak cakap pun dekat Jan yang mak ada sakit jantung.” Aku tanya juga, sebab ya lah, sakit jantung mana boleh bawa main.
             Mak terus terdiam. Mukanya jelas terkejut dengan apa yang aku cakap tadi. Hah?
            “Mak! Mak rahsiakan dari Jan ya perkara serius macam ni? Sampai hati mak!” Aku berusara lagi apabila mak diam. Muka mak masih macam tadi, penuh kehairanan.
            “Jan, kamu ni mengarut apa pula ni? Mak mana ada sakit jantung? Ish budak ni, hari dia kahwin juga dia nak berhalusinasi. Mak punya health record tiptop Jan! Makcik Pisah kamu tu yang ada sakit jantung, bukannya mak. ”
            Jelas mak panjang lebar. Tetiba aku terasa muka aku jadi pucat. Maknanya...aku kena tipu dengan si tikus mondok tu lah ni? Aku masih boleh lari lah ni?
            “Mak!! Mak sihat lah ni? Mak tak ada sakit jantung? Sakit lain pun tak ada?” Aku bertanya meminta kepastian. Mak sudah tarik muka bosan dia, namun tangan mak masih sempat naik membetulkan veil di kepala aku.
            “Jannah, lutut mak ni aja yang sakit tahu. Kamu ni dengar dari siapa yang mak sakit jantung bagai ni? Nauzubillah!”
            Aku terus bangkit dari katil dan bergegas ke arah pintu bilik. Homai! Sempat lagi nak lari ni!
            “Jannah! Kamu nak ke mana tu?” Mak memanggil apabila melihat aku ingin keluar dari bilik itu. Aku buat tak tahu aja dengan mak. Yang aku nampak sekarang ni, aku kena halang majlis ni!
            “Ouf!!”
            “Adoi!”
            Aku terus mendongak memandang suara garau yang sudah memaut erat pinggang aku itu. Mata aku terus membulat dan aku cepat-cepat tolak dada dia.
            “Jan, kamu ni tak sabar sangat ke apa? Kan dah terlanggar suami tu.”
Mata aku makin membulat apabila mendengar apa yang Pak Ngah cakapkan itu. What? Suami? Dia dah sah jadi suami aku?
            Serentak itu aku rasa kepala aku berpinar. Kaki pun aku dah tak rasa seperti berpijak ke bumi. Tiba-tiba aja terasa ringan kepala ni. Macam nak...
            “Ya Allah! Jannah! Naz, sambut dia!”
            Itu yang terakhir yang aku dengar sebelum semuanya menjadi gelap.


            “JAN...JAN...BANGUN...” Aku dengar suara mak memanggil nama aku. Serentak itu ada benda sejuk mendarat di atas dahi aku yang tiba-tiba rasa seakan-akan terbakar tu. Aku demam ke?
Dengan susah payah, aku celikkan juga mata yang terasa sungguh berat ni.
            “Mak...”
Perit tekak aku tiba-tiba. Suara aku pun serak semacam. Aku lihat mak yang sudah tersenyum ke arah ku itu. Sah, tadi semua tu mimpi aja...aku tak kahwin lagi ni. Fuh lega...
            “Jan...rasa macam mana? Kenapa Jan demam pun Jan tak bagitahu mak?” Suara mak kedengaran sayu. Aku pula berkerut kening mencerna ayat mak tadi. Aku demam? Bila masa aku demam pun aku tak tahu. Mimpi yang Shanaaz tipu aku buta-buta tu takkanlah sampai demam ni? Ke sebab aku demamlah yang aku boleh bermimpi pasal aku kahwin dengan Shanaaz ni?
            “Nak air...” pinta aku sepatah. Namun aku hairan, kalau mak ada depan aku ni...siapa pula yang sedang usap dahi aku pada waktu ni? Kiki ke?
            “Nah sayang...”
            Suara garau tu cepat-cepat buat aku kalih ke sebelah kiri aku. Sebelah tangan dia ada atas dahi aku, sebelah lagi tengah pegang gelas. Kemudian, tangan dia yang diletakkan ke atas dahi tadi sudah beralih ke belakang tengkuk aku, menaikkan sedikit kepala aku supaya mudah nak minum air.
            Aku tak tahu nak bagi respon apa-apa dah. Jannah...kau tak mimpi tadi tu. Maknanya, memang kau pengsan selepas tahu yang si tikus mondok ni tipu kau buta-buta. Sekarang ni, kau dah tak boleh buat apa-apa dah! Kau dah kahwin...dengan dia! Homaigod!
            “Jan pengsan lama sangat tadi, sampaikan tetamu yang datang pun naik pelik. Datang makan terus balik, tak sempat nak tengok kamu. Mak pergi ambilkan bubur sikit ya? Jan tak makan apa-apa dari siang tadi.”
            Mak terus keluar dari bilik aku, siap tutup lagi pintu bilik tu. Aku rasa macam nak menjerit aja panggil mak balik. Tak nak duduk dalam satu ruang dengan penipu besar ni! Tak guna betul Shanaaz ni!
            “Kenapa Jan sampai pengsan tadi?”
            Suara lelaki tu buat aku rasa macam nak bunuh orang pun ada.
            “ Kenapa awak tipu?”
            Soalannya aku balas dengan soalan. Aku tepis jauh-jauh tangan dia yang cuba mendarat di atas bahu aku. Ish! Tak mahulah pegang-pegang!
            “Abang tipu apa sayang?”
Dia dah tarik muka baik dia tu. Aku mendegus geram.
            “Tipu cakap yang mak saya sakit jantung! Awak tahu tak, kalau tak disebabkan penipuan awak tu, saya takkan kahwin dengan awak tahu! Bila saya dah tahu yang mak saya tu sihat, semuanya dah terlewat! Urgh! I hate you even more now!” Aku membentak, geram. Shanaaz terdiam seribu bahasa.
            “Jannah...everything is fair in love. Saya cuma buat apa yang mak dan mama nak. Plus,  memang saya cintakan awak pun. Tipu sikit sebab nak suruh awak terima, nak suruh awak jaga hati mak dan mama, tak salah pun saya rasa. They want us to be together.
            Hati aku makin bertambah geram apabila dia dengan selamba mengaku yang penipuan dia tu sebenarnya satu perbuatan yang elok. Aku mengetap gigi. Kepala aku semakin berdenyut.
            I do not want to be together with you!” bisikku keras kepada dia. Dia tarik muka ketatnya. Tangan aku dipegangnya erat, sampaikan aku cuba tarik pun tak boleh. Kalau aku tak demam, dah lama makan penampar mamat penipu ni!
            “Tak boleh patah balik dah Jan, we are legally married now.
Aku mendecitkan lidah. Sungguh, aku rasa meluat dengan ayat dia tu.
            “Saya tak akan,sama sekali jadi isteri awak, awak faham tak?!”
            “Tak faham, dan tak nak faham. Awak isteri saya, dan saya akan pastikan awak jadi isteri saya sampai bila-bila, get that into your mind.”
            Aku kalih memandangnya. Tangan kanan aku laju menampar pipi dia, spontan. Beberapa saat kemudian, aku sendiri terkedu dengan apa yang aku dah lakukan.
            Shanaaz pula dah pandang aku dengan perasaan marah. Tangannya naik meraba pipi yang kemungkinannya terasa pijar dek perbuatan aku tadi. Aku memejamkan mata apabila dia mendepakan tangannya ke arah aku. Badan aku terkebelakang sedikit, dia nak tampar aku balik ke? Pecah rekod hari pertama kahwin, dah ada adegan tampar-menampar ni.
            Tiba-tiba aku rasa kepala aku diusap-usap, kemudian aku rasakan ruangan katil di sebelah aku sudah kembali kosong. Aku terus membuka mata dan memandang ke arah Shanaaz yang sudah berdiri membelakangi aku itu. Aku gigit bibir sendiri, mati-mati aku ingat dia nak tampar aku balik tadi, rupa-rupanya dia usap kepala aku aja.
            “Bangun, pergi mandi.Isya’ dah nak masuk ni. Lepastu Jan qadha’ balik solat Jan tadi. Abang tunggu, kita jemaah. Jan dah siap nanti panggil abang kat luar. Abang tahu Jan masih tak biasa dengan abang...abang tak akan kacau privacy Jan.” Selepas itu Shanaaz keluar dari bilik.
            Aku diam memerhatikan lagak dia yang tenang itu. hati ni masih keras, aku nak tengok sampai mana kau boleh maintain kau punya cool tu Shanaaz. Tak lama lagi, kau pun akan menyampah dengan aku! I will ensure that that day comes soon enough!


Dua bulan kemudian...


            BOTOL mayonis itu aku keluarkan dari perut peti sejuk lalu dibawa ke meja makan. Aku letak botol tadi ke atas meja makan lalu aku buka pula laci kabinet, mencapai sebilah pisau roti. Selepas aku jumpa apa yang aku cari tadi, aku kembali ke meja makan. Perut sudah berkeroncong, lapar!
            Tangan aku selamba memutar tudung botol mayonis lalu pisau roti tadi aku celupkan ke dalam botol tersebut. Owh nikmatnya ada mayonis! Dap dap dap! 
            Mayonis tadi aku keluarkan banyak-banyak, selepas itu aku calitkan puas-puas ke permukaan roti bakar. Ini kalau dapat ratah mayonis pepagi buta pun nikmat tak terhingga ni!    
            Kenapalah aku kahwin dengan mamat tu? Oh lupa...aku kahwin pun sebab tikus mondok ni tipu cakap yang mak aku sakit jantung, kalau aku buat keputusan mendadak, takut nanti terkesan pula pada mak. Tapi, mak tak sakit pun pada azalinya! Aku yang bodoh termakan tipu si dia ni!
             Kalau tak dah boleh aku cari calon owner kilang mayonis. Bahagia pun bahagia. Ini tidak...mak ni pun, tak ada taste betul lah! Jan tak suka tau jenis-jenis Shanaaz ni, macam hipokrit pun ada. Jenis tak berputus asa...Jan buat macam mana pun, dia masih boleh tenang dengan perangai Jan ni!
            Dia pakai doa apa agaknya? Tenang semedang...aku buat bisu dengan dia pun dia buat tak tahu aja. Aku hambat dia keluar dari bilik pun dia diam lagi. Tebal sangat ya lapisan ketenangan dalam hati dia tu? Crack will you, Shanaaz! Aku nak sangat tengok kau melenting ni!
            Sedang aku siapkan roti sandwic, ada figura lagi satu muncul di ruangan dapur itu. Figura yang aku tak suka, tak minat, dan juga tak mahu wujud di dalam kamus hidup aku ni kalau boleh. Namun, apa yang boleh aku lakukan? Figura tersebut adalah orang yang digelar suami, secara paksa rela. Oh hidup...
            Aku  memerhatikan apa yang si figura sedang lakukan dengan ekor mata. Seperti aku  tadi, si figura turut membuka peti ais, namun kali ini dia mencapai botol yang memngandungi spread keju. Hidung aku terus berkerut, geli-geleman.
            Yeks! Keju?  Woohoo, aku paling anti keju! Sah dia ni tikus, tikus aja kan yang suka makan keju!
             Mak, Jan kahwin dengan tikus, mak! Tikuih! Masa inilah Jan perlukan kucing-kucing kurap yang mak jaga tu, Jan lagi rela tikus besar ni kena makan dengan kucing mak tu tau! Tak sanggup nak habiskan hidup dengan dia! Eee...kalau tikus macam ratatouille  tu boleh la tahan juga, ini tidak! Tikus gatal merenyam slash  penipu besar yang aku dapat!  
            Oh...nasib!
            “Jannah, bakarkan abang roti dua keping. Abang dah lewat ni,” arah si figura tadi.
             Badan si tikus itu masih menghadap peti sejuk, tangannya mencapai botol jus oren pula. Pinggulnya menutup pintu peti, lalu dia mampir ke sebelah tempat aku.
            Aku yang masih statik pada tempat duduk itu sekadar membuat pekak sahaja. Mulut ralit mengunyah sandwic. Permintaan si figura a.k.a tikus tadi dibiarkan di angin lalu sahaja.
   Helo bhai, nak makan, buatlah sendiri! Apa ingat kau tu mandat sangat ke? Jangan ingat aku dah kahwin dengan kau, aku akan habis protes aku ni tau.
Reality, aku kahwin dengan kau pun sebab terpaksa tau! Sebab aku masih sayangkan mak aku tahu walaupun dia sayangkan encik suami ni lebih pada anak kandung dia sendiri.
 “Jannah...”
Dia panggil aku lagi sekali, namun aku masih me-noyakan muka aku yang kiut miut ni. Apa aku heran ke bhai ko makan ke tak? Like before, you are not in my dictionary!
“Nur Jannah binti Mat Daud!”
 Kali ini suaranya sudah naik seoktaf, namun ada aku kesah?
             Oh tidak, tidak tidak! Aku sangatlah tak kisah, kalau boleh nak nak je suruh dia tinggikan suara dia tu, kalau boleh nak suruh dia naik tangan dia tu, boleh aku mintak cerai ke , repot polis ke...apa-apa sahaja asalkan aku tak lagi duduk sebumbung dengan tikus ni!
Lagipun, what Jannah, Jannah huh? what? Tangan ada, buatlah sendiri. Bakar roti pun tak reti ke? Aku bini kau , bukan kuli kau! Geram aja aku nak cakap  sebegitu kepada lelaki berlesung pipit tu.Aku kahwin dengan kau pun sebab mak tau, mak! Kalau tidak, simpang malaikat lah!
“Jan...sampai bila sayang nak buat pekak dengan abang ni?” tanyanya sambil mencapai bungkusan roti Gardenia itu.
Aku sekadar mencebik. Malas aku nak jawab apa yang dia tanya, tak ada faedah apa pun kalau aku jawab. Aku dah terang-terang cakap yang aku tak nak kahwin dengan dia, dia berkeras juga nak kahwin dengan aku ni, siap menipu aku lagi tu. Sekarang, padan muka dia. Kau cakap lah puas-puas dengan dinding tu encik tikus! I’m not gonna talk to you!
“Jannah...abang ni keji sangat ke?” Pertanyaan dia itu aku biarkan sahaja di angin lalu. Macam tadi juga, tak ada faedah apa-apa kalau aku jawab. Lagi sekali aku dengar dia mengeluh.
Aku tersenyum sinis sambil mengunyah roti sandwic aku. Pergilah berambus ke tempat kerja kau tu, Shanaaz.  Buat menyemak aja kau ada kat rumah ni.
“Jannah sayang...”
“Sikap suka menipu tu teramatlah keji...tak kiralah, menipu sebab nak jaga hati orang tua pun, liar liar...pants on fire...” jawab aku sepatah sambil berlalu ke dalam bilik. Dia aku tinggalkan sendirian di dapur. Baik aku bersiap nak pergi sekolah. Pergi awal, dapat siap semak esei budak-budak tingkatan empat tu.
Aku menyarungkan baju kurung ke badan, serentak itu pintu bilik terbuka. Aku terjerit kecil dan cepat-cepat tutup apa yang patut. Mata memandang geram ke arah Shanaaz yang sedang melilit tali leher di tengkuknya itu.
Kalau aku nak bunuh dia, aku akan pastikan aku cekik-cekik dia dengan tali leher tu. Masuk bilik orang tak pernah nak reti ketuk! Bilik anak dara ni tahu! Kesian bakal suami nombor dua aku yang masih belum aku sempat cari tu nanti...
“Jan, hari ni abang drive awak ke sekolah. Petang ni abang ada game dengan budak-budak awak tu. Lagipun, tadi lepas subuh abang pergi jogging,  abang tengok kereta sayang dah pancit tayar.”
“Ke-lu-ar! Keluar! Orang nak pakai baju ni!”
Aku buat tak tahu dengan apa yang dia cakap, nak cakap apa-apa, bagi aku sudah bersiap dulu. Dengan selamba aku menghempas pintu bilik di hadapan mukanya. Ceroboh masuk lagi bilik aku! Karang, tak sempat aku jumpa suami nombor dua, yang ni dah rasmikan! Hu! Seramnya! Tak rela ai!
                Lagi satu, apa benda dia cakap tadi? Tayar kereta aku pancit? Tapi...
            “Sayang...abang tunggu dekat carpark. Foreman dah sampai, nak tarik kereta awak masuk bengkel.”
            Aku cepat-cepat buka pintu bilik. Tali leher dia aku tarik, membuatkan dia tertunduk memandang aku.
            “Semalam baru saya isi angin kereta tu. Takkan dah pancit? Awak buat apa dengan kereta saya hah?”
            Aku bertanya tegas. Dia tersenyum sinis sambil memegang tangan aku yang mencengkam tali lehernya itu.Dengan selamba dia membawa tangan aku ke bibirnya dan mengucup lembut. Aku tarik muka jelik. Ish la!
            “Abang toreh tayar guna pisau. Sini payah nak dapat teksi, kalau sayang tak nak sampai lewat...baik naik kereta dengan abang. Nanti, students sayang cakap apa pula kalau sayang lewat ke sekolah. Not a good image, right?Tambah-tambah lagi sayang pun alumni sekolah tu. Lagilah...tsk tsk tsk. Katanya, sambil menepuk perlahan pipi aku. 
              Aku termati akal untuk menjawab. Mak! Tengok tu mak, tu lah dia, menantu kesayangan mak kalau mak nak kenal! Dia dah pandai nak buat Jan ni makin bengang! Uwarghh...Jan nak cerai!!!! Dah dua bulan Jan tahan dengan dia mak, tapi Jan dah tak mampu, dia makin menjadi mak!


           Kalau dulu dia tenang... tapi sekarang ni dia dah pandai jadi tenang, tapi dia balas balik ikut lain. Jan makin menyampah dengan dia mak! There’s no future for this, mak!No future at all!

  
  .... TBC...


P/S : terpaksa stop sat...panjang lah pulak cerita ni...part cheesy dia tu mostly kat part 2 , then only the title will make sense. Sort of.

P/S/S: If you wanna read some teasers then REQ for this blog's group at FB; click here : Lala~land Readers