Once you've had a taste of her you'll never be the
same ,
she'll make you go insane.
she'll make you go insane.
“Hurmph...”
Keluhan berat terlepas dari bibirnya. Pen di atas
meja dipusing-pusing beberapa kali. Mata ralit memandang belakang tubuh genit
cik setiausahanya. Sopan, cantik, berbudi bahasa, tapi kenapa dia tak pilih si
Sabrina ni aja jadi isteri dia dua tahun lalu?
Kenapa? Sedangkan dia tahu Sabrina
pun ada hati sama dia, dia pun ada la juga terasa elektrik kadang-kadang
apabila Sabrina wujud di dalam ruangan yang sama dengan dia. Oh lupa, dia tolak
Sabrina ke tepi sebab dia memang berpegang dengan prinsip no funny business with own staffs. Dia tak nak membuat urusan
kerjanya semakin semak dan rimas apabila bercinta dengan staf sendiri.
Namun
sekarang, lihatlah apa yang terjadi? Kahwin dengan yang bukan staf pun, hidup
dia bukan kurang rimas, bertambah rimas adalah! Tambah-tambah lagi, apabila si
Zandra tu berperangai seperti jembalang tanah! She-devil! Makin membuat hidup Karl ni kusut lebih dari biasa.
“Karl...your wife is on the line...”
Suara lunak Sabrina memecah masuk
melalui interkom.
Karl mengetap giginya. Pen tadi
dicampak kasar ke permukaan meja lalu dia mengeluh kasar lagi sekali. Zandra tu
nak apa lagi kali ni?
“Okay,
Sab. Cakap dengan dia saya dalam bilik mesyuarat.” Katanya hambar. Dia dapat
mendengar Sabrina yang tergelak kecil di
sebelah sana.
Padan muka kau Karl, padan muka.
Dapat bini perangai macam hantu. Masa Sab nak sama kau, kau tak nakkan dia.
Sekarang, kau dapat bini macam tu, kau yang menyesal, kan?
“Ah,
Karl. Tak tak tak...ni dah lima kali dia telefon. Mood dia bebal sikit tu. Marah-marah
sebab you tak on phone. Be prepared.
Saya dah tak boleh tipu dia. Sorry bos.”
Tuntas Sabrina mudah.
Dosa dia dah menimbun agaknya asyik-asyik kena
taburkan penipuan bagi pihak si Karl tu. Talian Zandra disambungkan ke bilik
Karl dan Sab bersandar pada kerusinya. Mata ditala ke arah siling. Kepala
digeleng-gelengkan berkali-kali.
“Itulah
bos, kalau tahu dah tak cintakan si dia tu, kenapa nak kahwin juga? Berpegang
pada pendirian konon. Sekarang, jiwa sendiri yang sengsara, bukan? Lepas tu, aku
pula yang jadi mangsa kena reka penipuan supaya dia dapat mengelat dari bini
dia tu. Ergh! Menyusahkan hidup!” ujar Sabrina sendirian sambil memerhatikan
wajah Karl yang sudah kusut dari sebalik cermin bilik.
KARL sekadar mengeluh sahaja. Sedihnya
hidup...kalau boleh berpatah balik, memang dia tolak Zandra tu jauh-jauh. Tak
mahu kahwin dengan Zandra. Sumpah menyesal! Ah...rimas rimas!
“Doodle bug...kenapa you tak jawab handphone tu? Saya ada benda penting ni
nak pesan sama you, honey bunch! Can you
please be more responsible? Perangai tu tak semenggah tahu, ni buat I benci
dengan sikap you ni, cherry bear!”
Sedas Zandra bagi apabila Karl menjawab panggilan. Geram betul hati dia apabila
berkali-kali tidak dihiraukan si suami. Payah betul!
Telinga
Karl pula berdesup setelah mendengar ayat pertama dari jembalang peliharaan dia
tu. Urghh...kalau ada putik kapas, dah lama dia sumbat-sumbat dalam telinga ni.
Membebel tak habis-habis Zandra ni.
Lagi
satu, dengan gelaran si Zandra bagi tu...yucks!
Doodle bug lah, honey bunch la, cherry bear la...tak sesuai okay! Cuba
panggil abang, sedap aja telinga ni nak dengar.
“Baby boy...dengar ke tak saya cakap ni?”
Heee...baby boy la pulak dah! Badan taf macam aku ni boleh dia panggil
baby? Balik ni aku sumbat juga kamus Thesaurus tu dalam kepala otak dia. Baby, baby.
Suruh buat baby betul; Zandra juga yang tak mahu
anak lagi. Lepastu, dia pula yang dipanggil baby.
Oh...sakitnya hati. Kalaulah masa boleh diputar, memang dia sanggup ketepikan
kerja dan dahulukan Sabrina tu dulu.
Terkenangkan
Sabrina, suara bebelan si isteri sudah menjadi kabur. Matanya memandang tepat
ke arah cermin biliknya yang memisahkan ruangan dia dan juga Sabrina. Ralit dia
memerhati gelagat cik setiausaha yang lemah lembut itu. Kalau masa boleh
diputar, tentu dia berbahagia dengan Sabrina kan sekarang?
Sabrina
tu memang calon sesuai untuk dijadikan isteri. Bertudung litup, cakap lemah
lembut, sopan santun, berbeza betul dengan Zandra. Zandra...tudung pun main
letak aja atas kepala, lemah lembut? Sama sekali tidak. Zandra jenis berdikari,
kalau boleh semua benda dia nak buat sendiri selagi boleh. Kasar. Kalau sekali
dah gelak, bergegar satu rumah.
Kalau Sabrina pula, gelakpun
tersipu-sipu, sampai cair hati ni tengok dia gelak. Sabrina tu sekali pandang
macam helpless, mungkin itu yang
membuatkan dia sukakan personaliti Sabrina barangkali. Sabrina boleh buat dia
rasa superior dalam hubungan, manakala
Zandra buat dia rasa inferior. Lelaki
mana yang suka rasa kerdil depan isteri
sendiri?
“Sayang!
Dengar tak apa yang saya tanya ni?”
Suara Zandra memecahkan kepompong halusinasi
Karl. Lagi sekali Karl mengeluh. Tangan kirinya sudah naik memicit pelipis.
“Apa
dia lagi ni? I ada banyak kerja ni,
kalau you telefon sebab nak membebel,
tunggu I balik ajalah.” Gerutu Karl,
bosan. Zandra ni, makin hari makin buat darah dia naik pun ada. Ceraikan baru
tahu, aman sikit dunia ni.
“Lailahaillallah! Sayang! Saya
membebellah sebab awak tu susah sangat nak angkat telefon. Kalau awak balik pun
tak sempat lah saya nak bebel, balik pun tengah malam buta.”
“Cukup
Zandra. You ni bising lah. Pening
kepala I ni.”
“Sayang...okay
okay...saya tak marah dah sama awak. Saya nak ingatkan sayang ni, malam ni
balik awal sikit ya.” Nada suara Zandra sudah berubah menjadi lunak, namun
lunak tak lunak, Karl tetap rasa menyampah. Kalaulah boleh pita mulut Zandra
tu, tentu dia akan aman bahagia selama-lamanya.
"Zandra,
malam ni I balik lewat. Ada kena attend client dari..." Karl mencongak di
dalam otaknya...nak kelentong dinner
dengan klien mana pula kali ni ya? Rasanya, sudah hampir satu dunia punya klien
dia sebut untuk mengelat dari Zandra.
"Apa?Balik lewat lagi? Tapi sayaaang...malam ni kan sayang dah janji nak celebrate birthday Ren! Mama dah tunggu ni..." rengek Zandra.
"Apa?Balik lewat lagi? Tapi sayaaang...malam ni kan sayang dah janji nak celebrate birthday Ren! Mama dah tunggu ni..." rengek Zandra.
Karl membeliakkan matanya. Ren tu adik kau, bukan adik aku...kau
sambutlah puas-puas dengan adik kau tu. Nak aku ada sama kenapa?
"Tak boleh I kata.This is one huge merger, tolong lah faham!" Karl mula melantangkan suaranya apabila Zandra masih kekal merengek. Geramnya hati ni.
"I tak nak faham. Sayang, baby boy...listen up. Sayang ni asyik kerja kerja kerja...bila sayang nak rehat-rehat, teman saya shopping ke? Mama pun dah bising sebab sayang tu asyik tak ada aja." celah Zandra apabila sempat.
"Buang masa nak teman you shopping." Sinis balasan Karl.
"Tak boleh I kata.This is one huge merger, tolong lah faham!" Karl mula melantangkan suaranya apabila Zandra masih kekal merengek. Geramnya hati ni.
"I tak nak faham. Sayang, baby boy...listen up. Sayang ni asyik kerja kerja kerja...bila sayang nak rehat-rehat, teman saya shopping ke? Mama pun dah bising sebab sayang tu asyik tak ada aja." celah Zandra apabila sempat.
"Buang masa nak teman you shopping." Sinis balasan Karl.
Agaknya, berapa lama lagi dia akan
bertahan dengan Zandra ni? Kalau failkan perceraian, mesti kecoh mama dah ayah dia bantah. Mereka kan
sayang gila dengan menantu mereka ni. Ya Allah, buntunya hidup ni!
"Okay...tak payah teman saya shopping. Tapi kalau ya pun sayang, baliklah rumah awal sikit..."
"Not today...not this month.I sibuk." Keras Karl.
"Okay...tak payah teman saya shopping. Tapi kalau ya pun sayang, baliklah rumah awal sikit..."
"Not today...not this month.I sibuk." Keras Karl.
Zandra di sebelah talian terdiam
sejenak. Keluhan dikerongkong ditahan dari terhambur. Sabar Zandra, sabar.
Tangan ditekapkan ke atas perutnya. Senyuman cuba diukir pada wajah.
Dia bukan bodoh, dia tahu Karl tak
sayangkan dia pun. Dia tak buta, dia boleh nampak dan menilai cara Karl layan
dia, dan juga cara suami kepada kawan-kawannya melayan isteri masing-masing.
Sangat berbeza. Tapi, dia sayangkan Karl, dan dia mampu Karl mampu sayangkan
dia lebih dari kerja di pejabat itu.
"Baliklah sayang...kesian mama dengan Ren tunggu awak tau.” Cuba Zandra lagi sekali.
"Baliklah sayang...kesian mama dengan Ren tunggu awak tau.” Cuba Zandra lagi sekali.
“Zandra, kenapa suka sangat paksa
saya lately ni?” Soal Karl tidak
berpuas hati. Kalau ikutkan hati, dia nak aja hempas telefon ini.
“ Lagipun, saya ada good news ni nak cerita sama awak,”
jawab Zandra seolah-olah tidak mendengar bantahan keras dari Karl tadi.
Kalau ikutkan hati dia, memang dia nak
sekolahkan balik Karl hati kering tu. Apa dia ingat Zandra ni anak patung yang
tak ada perasaan? Minta maaf bebanyak, Zandra bukan tempat pijak kaki sesiapa
pun ya! Jangan sebab kita sayangkan dia, dia boleh buat kita sesuka hati aja.
Cinta pun ada had, kalau cinta tu
akhirnya dipermainkan macam bola, boleh sepak sana sini, cinta tu sendiri akan
rasa tawar setawar tawarnya. Itu bukan cinta, tapi menyiksa diri namanya.
Tapi...apapun, kita mesti sabar, ya tidak?
"Goodnews apa?" tanya Karl nak tak nak.
"Balik baru saya cakap...ya sayang? Meeting dengan klien sayang tu boleh habis awal kan? Saya dah check schedule awak dengan Sabrina tadi. Sayang jangan mimpi ya nak mengelat."
"Goodnews apa?" tanya Karl nak tak nak.
"Balik baru saya cakap...ya sayang? Meeting dengan klien sayang tu boleh habis awal kan? Saya dah check schedule awak dengan Sabrina tadi. Sayang jangan mimpi ya nak mengelat."
Zandra menggigit bibirnya ketika
mengucapkan ayat itu. Macamlah dia tak tahu yang Karl tak ada meeting pun pada malam ini. Semuanya
penipuan semata-mata.
"Hint sikit la pasal apa?" Tahap kebosanan Karl sudah meningkat. Nak main teka-teka pula dah? Me-nyam-pah!
"Ok ok. Klu dia...kita dah bertiga. Bye sayang.Jumpa malam ni.Love you baby boy! Balik cepat-cepat lepas awak punya meeting tu ya?" Pesan Zandra sebelum meletakkan telefonnya. Sebuah keluhan dilepaskan berat.
"Hint sikit la pasal apa?" Tahap kebosanan Karl sudah meningkat. Nak main teka-teka pula dah? Me-nyam-pah!
"Ok ok. Klu dia...kita dah bertiga. Bye sayang.Jumpa malam ni.Love you baby boy! Balik cepat-cepat lepas awak punya meeting tu ya?" Pesan Zandra sebelum meletakkan telefonnya. Sebuah keluhan dilepaskan berat.
“Sampai bila kau nak tahan, kak?”
Ren merenung tajam Zandra.
Zandra tersenyum hambar sambil
mengangkat bahunya.
“Aku sayang dia, Ren. Sayangkan
dia.”
“Tapi...kau kahwin dengan dia sebab...”
“Tak ada tapi, dik. I love him.”
“Zandra, kau tak perlukan dia kalau
dia layan kau macam ni. Jangan seksa diri kau lagi, kak! Aku dah 20, aku dah
mampu sara kau.”
“Ceh. Nanti kau pun akan ada anak
bini, lepastu aku kau nak campak mana Fahrin? Kau belajar aja dulu, dik.”
Zandra menolak manja bahu adik tunggalnya.
“Aku nak tengok kau bahagia kak.”
Ucap Ren perlahan.
Zandra memeluk adiknya erat,
kepalanya disandarkan ke dada si adik. Keluhan yang berat dilepaskan.
“Kakak bahagia dik. Kakak ada mama
dan ayah yang baik, Ren ada tempat berteduh, ada mama dan ayah angkat, ada
abang...”
“You sure know how to manipulate words,kan
kakak?”
“Adik kena
ingat, mama dan ayah yang jaga kita masa kita terkapai-kapai. Hutang nyawa tu
dik. Bawa sampai mati.”
“Karl tu
akak dapat sebagai bonus, la kan?”
“Yap! Bonus.”
“Amboi...anak-anak
mama ni berpeluk bagai kenapa?” Suara lunak ibu mertua Zandra menegur.
Zandra
tersenyum lebar, pelukan beralih kepada ibu mertuanya pula. Mama angkatnya
sebelum dinaik taraf sebagai ibu mertua.
“Saja
ma. Budak mentah ni nak manja pulak dengan kakak dia.” Sakat Zandra. Ren sudah
membuat muka meluat di sisi Zandra, namun wajahnya tersenyum manis pabila mama
puji dia adik yang sangat baik.
“Kalau Ren anak kandung mama, memang mama tak
kisah pun Ren nak peluk mama hari-hari. Nak harap abang Karl kamu tu nak peluk
mama? Dia nak peluk kakak kamu ni je...kan?”
Kata-kata
mama merentap lagi sekali hati Zandra, namun Zandra tersenyum sahaja.
Memang
dia nak peluk sangat mama, malam Jumaat aja dia nak peluk pun. Kenapalah anak
mama tu tak nak curahkan kasih sayang dia pada Zandra ni mama? Kenapa dia
kahwin dengan Zandra kalau dia tak sayangkan Zandra?
“Dahlah,
Ren...mama nak pinjam kakak kamu, nak siapkan makanan untuk kesyukuran malam
ni. Tak sangka anak mama ni bijak, sunyi mama bila kamu fly nanti. Umur baru nak
masuk 20 tahun hari ni, minggu depan dia dah nak pergi Ireland.” Rintih mama sayu.
Ren
menghampiri mama lalu menepuk perlahan bahu mama yang berlapik baju itu.
“Ren
akan tetap sayangkan mama, tahu. Forever!”
Kemudian, dia mengucup pula kepala kakaknya.
“You too darling,adik sayang kakak,
selama-lamanya,” ucapnya, sebelum dia berlalu ke tingkat atas.
Zandra
tersenyum manis. Manalah nak cari adik yang baik gila macam tu? Kalaulah Karl
tu pun ada sifat penyayang macam Fahrin tu, makin berbunga-bunga hidupnya
barangkali.
KERUSI HITAM itu dipusing berkali-kali. Kakinya
dinaikkan ke atas meja, mata menekur cermin biliknya itu, namun fikirannya
menerawang ke tempat lain.
"Bertiga???Jembalang
tu mengandung ke? Macam musykil aja tu...hish...rimas! Suka hati aku lah nak
balik pukul berapa pun. Dia duduk ajalah diam-diam kat rumah tu.Ini
tak...tapikan...kalau dia memang mengandung? Seronoknya kan kalau ada baby? Mini Karl harap-harap.Nak balik
awal ke tak agaknya ni?"
Jam
Tag Hueur ditangan dikerling. Pukul 9 malam.
“Tak
mungkinlah Karl...Zandra nak mengandung? Kiamat dulu agaknya,” ujarnya, namun
kaki sudah dijatuhkan dari meja dan tangan sibuk mengemas beberapa perkara
mustahak ke dalam briefcase kulit berwarna
coklat gelap.
“Pecah
rekod balik rumah pukul sembilan, mama mesti terkejut ni.” Katanya lagi sebelum
menutup suis lampu bilik kerjanya. Sebelum dia menaiki lif, sempat lagi dia
mengintai meja Sabrina yang dari pukul 6 lagi kosong.
Matanya
terbuntang luas apabila melihat sekuntum ros merah di dalam cawan yang
terisi air di sudut meja Sabrina tadi.
Tangannya pantas mencapai ros tersebut. Kemudian, matanya tertancap pada
sekeping kad ucapan yang dilekatkan ke atas papan lekat milik si Sabrina tadi.
“Dinner with me tonight, Bree?” Karl
membaca setiap patah ayat itu dengan perasaan yang geram. Bree? Hanya seorang
manusia dalam pejabat ni yang panggil Sabrina dengan nama Bree.
“Sabrina...dengan
Anuar?” Fikirnya sejenak. Keningnya yang tebal itu nyaris tercantum.
“No way in hell that’s happening!”
Malam
itu, dia pulang dengan hati yang terlebih panas dari biasa. Sabrina dah tak
cintakan dia ke? Sabrina dah jumpa orang lain? Perlukah dia cakap pada Sabrina
yang dia juga sayangkan Sabrina? Tapi Zandra tu nak buat macam mana? Ceraikan?
Ya
Allah...! Buntu! Buntu! Buntu!