Special
Entry
HOPELESS ROMANTIK:
Oh...boy!
“Min
oi! Hang ni memang desperate...”
We sometimes encounter
people,
even perfect strangers,
who begin to interest
us at first sight; somehow suddenly, all at once,
before a word has been spoken.
NGKAT kaki awak tu. Saya nak tengok teruk mana
terkehel ni.”
Jaz
masih terpegun melihat jejaka taf
tahap Kellan Lutz’s tough yang sedang
bercakap sesuatu kepadanya. Apa yang dia cakapkan pun Jaz tak dengar, yang pastinya
sekarang ni...jantungnya sedang berdegup kencang. Masa si kacak ini dengan
gagahnya mengangkat dia dari tengah-tengah gelanggang beach ball tadi, jantung
dia ni sudah dupdap dupdap.
Sampai sekarang jantungnya berdegup
kencang. Benjamin dengan Kay pun tak mampu buat jantung dia berlari sekencang
kini. Dengan hanya mendengar suara si tampan taf ni saja dia macam nak pengsan.
Kacaknya
dia...kenapa selama ni aku tak pernah nampak pun dekat hospital tu?Tanya
Jaz di dalam hati. Tiba-tiba si kacak merenungnya tajam, eeek!!
Jaz cepat-cepat tunduk. Malulah
pula. Bibirnya digigit dan wajahnya yang dibasahi peluh itu tiba-tiba terasa
hangat. Tiba-tiba si taf mengangkat
kaki kirinya yang terkehel itu dengan kasar dan meletakkan ke atas lututnya. Jaz terjerit kecil.
“Shhh. Sikit aja ni. Hang tahan la
sikit sakit tu.” Aku suruh dia angkat
kaki dia tak angkat. Bila aku angkat dia dok jerit-jerit pulak. Dok pikiaq apa
lah tu agaknya. Mengelamun jauh nampak. Johan merungut di dalam hatinya.Habis
terkeluar bahasa utaranya. Tangannya pula masih memegang pergelangan kaki Jaz
dan dia tekan pada tempat yang sudah mula membengkak itu.
“Attt! Ta...ta...ta, sakit sakit.”
Jaz menjerit. Kakinya ditarik kasar. Saat kakinya memijak lantai, terus urat
badannya terrasa seakan-akan terkena
renjatan elektrik.
“Maaaak!!!” Raung Jaz kesakitan. Dia
membongkokkan badannya sedikit dan memegang kaki kirinya itu. Johan sudah
menggeleng kepala. Kerusi plastik biru itu ditolak ke belakang dan dia bersila
di atas tanah. Tangan Jaz ditepis dan dia memegang kejap tempat yang Jaz
terkehel tadi.
“Tahan la sikit Jasmin oi! Awak ni
sikit-sikit nak terjerit lepastu bila yang saya nak betulkan urat awak ni?”
Johan menegur Jaz. Jaz sudah membulatkan matanya. Walaupun namanya disebut
secara salah, tetapi si Kellan Lutz
wannabe ni tahu nama dia? Macam mana dia boleh tahu nama aku? Aku tak
pernah tahu pun kewujudan dia selama ni, dia boleh tahu nama aku? Oh...boy! This tough man knows my name! Nak
pitam boleh idak?
Jaz kembali ke alam realiti apabila
kakinya lagi sekali terasa seperti dipanah elektrik. Bibirnya diketap kejap.
Tak nak dah menjerit, nanti tough guy
ni marah dia lagi sekali. Makinlah bertambah rasa malu tu. Jaz terasa tubir
matanya menjadi hangat tiba-tiba. Setitis air matanya menitik jua ke pipi. Lama
kelamaan makin lebat tangisannya. Dia teresak-esak di kerusi itu sambil menahan
sakit setiap kali tangan kasar itu melalui buku lalinya.
Johan yang mendengar esakan kecil
Jaz itu terus mendongak ke atas. Dahinya dikerutkan. Macam ni punya sakit pun nak menangis ke? Lembik betul... Johan
berhenti mengurut kaki Jaz lalu dia bangkit. Belakang seluarnya dikebas-kebas,
takut ada pasir pantai yang terlekat. Poket seluarnya diseluk dan dia
mengeluarkan sehelai sapu tangan. Sapu tangan tersebut disuakan ke arah Jaz.
Jaz terkedu seketika. Dia memandang Johan dengan muka yang penuh dengan
kekeliruan itu.
“Take
it. Hingus dah meleleh tu.” Kata Johan dengan selamba. Jaz terus meragut
sapu tangan itu dari tangan Johan dan cepat-cepat menghembus hidungnya. Johan
sudah membuat muka gelinya. Jaz kemudiannya menyuakan balik sapu tangan itu
kepada Johan. Johan cepat-cepat mengangkat tangannya, kepala digelengkan
laju-laju.
“Tak apa, awak simpan aja. Bakteria
penuh tu. Saya gerak dulu na. Kaki tu awak jaga, bengkak tu kejap lagi surut
lah tu. Jangan banyak gerak sangat, put
your foot up for a few hours.”
Jaz sekadar memandang sepi pemergian
si Kellan Lutz wannabe itu. Bibirnya
diketap.Alahai, nama dia apa?
“Jaz! Kau okay dah? Johan mana?” Jaz
memandang ke arah suara yang memanggilnya itu. Ita rupanya. Ita ni adalah salah
seorang doktor di hospital yang boleh tahan rapat dengan si Jaz ni. Jaz sudah
merenung muka Ita dengan riak yang keliru.
“Ni kenapa tarik muka keliru depan
aku ni? Kaki kau okay ke tidak?” Ita bertanya lagi, sambil menunduk sedikit
untuk melihat kaki Jaz yang sudah berbalut itu. Jaz mengangguk lambat-lambat.
“Kaki aku okay, tapi kau tanya aku
apa tadi? Johan? Johan tu siapa pulak?” Jaz bertanya, binggung sekejap
dibuatnya. Ita sudah bercekak pinggang. Tangannya naik ke dahi Jaz dan
menjentik sedikit di situ.
“Engkau ni, mentang-mentang couple dengan Khayrel dulu, lelaki lain
pun kau tak pandang dah. Lepas putus dengan Khayrel, kau pandang Benjamin tu
aja. Memanglah kau tak perasan kan kalau ada intern masuk! Johan tu dah tiga tahun dekat hospital kita tau, ortopaedics. Dari dia housemanship, sampai dah jadi residence pun. Lebih dari tiga tahun dah
dia kat hospital tu, kau masih tak boleh kenal dia?” Ita sudah melalut ke
hujung dunia dengan penjelasannya yang langsung tidak menjawab soalan Jaz tadi.
Jaz mengerutkan dahinya. Ita direnung tajam.
“Ita, kau boleh tak jawab soalan aku
tu dalam satu ayat aja? Johan itu siapa? Kenapa kau tanya aku pula Johan tu
pergi mana?” Jaz bertanya lagi sekali. Ita sudah menarik muka menyampahnya ke
arah Jaz.
“Ni, ni...Johan la yang angkut kau
tadi, yang balut kaki kau tu, itulah Johan! Dia budak ortopedik.” Ita menjawab
geram, Jaz tergelak. Oooo...nama dia
Johan...Jaz-Johan; Johan- Jaz...masuklah pula nama aku dengan dia.
“Ahh...nama dia Johan ek? Aku tak
tahu nama dia tadi. Aku ingat kau tanya siapa dah tadi.” Selamba Jaz menjawab
sambil melihat kakinya yang terbalut itu. Kemas betul Johan buat, sesuai lah
jadi doktor! Kemudian, Jaz tersenyum sendirian. Ita yang melihat Jaz tersenyum
penuh makna itu terus menegakkan jari telunjuknya.
“A’a’ah Jezamine. Aku tahu sangat
apa yang tengah fikirkan bila kau senyum macam tu.” Kata-kata Ita membuatkan
Jaz kembali mendongak memandangnya. Jaz tersenyum sampai ke telinga, matanya
sudah bersinar-sinar.
“Apa? Aku senyum pun tak boleh.”
Balas Jaz, pura-pura geram. Ita mengeluh kecil.
“Jaz sayang, dia tu pangkat adik
kita tau. Dia baru nak masuk 30 tahun tu. Kau tu dari Januari lagi umur kau dah
masuk 33 tahun. Sedar la Jaz, orang muda macam tu nak ke dekat kita ni? Lagipun,
dia tu memang bukan taste kau lah.”
Jaz memuncungkan bibirnya apabila mendengar komen Ita yang tidak menggalakkan
itu. Age is never a matter! Lagi satu,
Johan tu bukan taste aku? Badan sebijik macam Kellan Lutz tu minah ni boleh
kata bukan taste aku? Kalau datang sepuluh Benji pun aku sanggup tepis untuk
Johan ni.
“Mana kau tahu dia bukan taste aku?” Jaz bertanya. Ita
membeliakkan matanya. Tangannya sudah mendarat ke atas paha Jaz dan dia
mencangkung di hadapan kerusi Jaz. Matanya menikam wajah Jaz.
“Sebab, dia tu tak romantik
langsung. Poyo lebih, cakap aci lepas, dahlah cakap bahasa utara pula tu,
kekadang aku nak faham pun kena korek telinga dulu, baru boleh faham dia cakap
apa. Kau kan nak yang romantik-romantik aja.” Bersemangat betul Ita memberikan
segala karakter negatif Johan tu. Jaz mencebik.
“Kau ni...aku tengok dia elok aja
cakap dengan aku tadi. Cuma satu aja, dia sebut nama aku salah. Tak mungkin lah
kau ni, aku nampak dia tak macam poyo
pun.” Jaz menyangkal kata-kata Ita dengan mudah.
“Itu sebab kau jumpa dia tak sampai
pun sejam tau. Aku ni dah puas jumpa dia, aku tahulah perangai dia tu macam
mana. Kau tak caya, cuba kau pergi buat kawan dengan dia.Lepas tu kau tengok
sendiri betul ke salah apa yang aku cakapkan ni.” Ita mencabar Jaz. Jaz sudah
tayang muka hebatnya. Mata menikam mata Ita.
“Challenge
accepted.Aku bukan setakat nak buat kawan, aku nak buat laki terus. Kau
jangan ternganga nanti kalau aku dapat tundukkan mamat yang kau cakap poyo tu.”
Jaz berkata yakin. Ita sudah tergelak kecil.
“Okay, kalau kau kata macam tu, aku
tunggu dan lihat ajalah.” Ita pasrah dengan Jaz yang sudah nekad itu.
“Barulah betul macam tu, kawan! Ini,
tolong papah aku balik chalet.” Jaz
berkata sambil tersenyum sungging. Ita membantunya seperti yang di pinta. Dalam
hati Jaz, sudah tiada lagi bayangan Benji, mahupun Kay. Yang ada sekarang, si
kacak Kellan Lutz wannabe tadi...yang
bernama Johan.
Johan,
simple nama tu, sesuai dengan si tuan badan yang taf tu.
JAZ
yang terjengket-jengket berjalan dari chaletnya ke tempat barbeku sudah
menarik nafas sedalam yang mungkin. Baru dia tahu rasa orang yang sakit kaki
macam mana, nak bergerak dari titik A ke titik B pun dah rasa macam maraton
pusing padang bola tiga pusingan. Sakit, lelah, penat...semuanya ada.
Jaz terlihat Benji bersama seorang
wanita yang bertudung litup lalu menghampiri mereka. Punggung dilabuhkan pada
kerusi di sebelah Benji.
“Hai Ben. Tumpang duduk sini kejap.
Sakitlah kaki ni.” Julia berkata sambil memicit sedikit betisnya. Kemudiannya,
dia menegakkan badan dan memandang sekilas ke arah Benji dan juga wanita di
hadapannya tika itu. Amboi, tinggi dia
angkat kening. Eleh, aku tak nak dah aih sama Benji kamu tu...I sudah ada
Jo.Jo.Johaaaaaaaaaan. Wee...tapikan Jaz, kau kena minta maaflah sama Benji
sebab kau pernah kejar dia dulu tu. Kesian dia. Getus Jaz di dalam hatinya.
“Ben, I wanna tell you something. Can you please look here?” Jaz menegur
Benji yang masih tidak kalih memandangnya itu. Jaz mendecitkan bibirnya geram,
lalu tangan kirinya naik ke lengan Benji. Tangannya ditepis kasar.
Okay,
memang aku tak patut pegang dia tadi...Benji! Aku nak explain aja ni...aku tak
nak dah sama kau! Ish...Gumam Jaz lagi.
Tiba-tiba Benji bersuara, sinikal.
"Shido
fedido, ada orang tengah cakap dengan saya ke?" Jaz melihat Benji bertanya
kepada wanita yang dipanngil ‘Shido fedido’ itu seolah-olah dirinya itu
halimunan. Jaz menarik nafas dalam-dalam.
"Beben sayang, ada nyamuk
cikugunya tu ha tepi awak, saya ni kan rasa macam nak spray je dengan bom aerosol
tu ha. Nak makan pun tak senang." Jaz yang mendengar balasan terlebih
pedas dari Shida itu sudah terasa telinga seakan-akan berasap. Sabar Jaz, sabar. Memang diorang layak layan
kau macam ni. Jaz kembali bertenang.
“Hai, awak girlfriend Ben ya?” Tanya Jaz, ceria. Senyuman 700 megawattnya
ditayangkan ke arah Shida yang masam cemberut itu.
“Tak Jaz, she’s my wife to be.” Pintas Benji cepat-cepat sebeluk Shida sempat
menjawab. Mendengarkan ulasan Benji, Jaz terus mengangguk kepalanya laju-laju.Wah, not bad la taste Benji ni. Cun!Jaz
memuji Shida di dalam hatinya.
“Wah, lucky you.She is pretty and nice. Saya tahu saya tak patut kejar
awak macam tak cukup tanah.” Puji Jaz ikhlas, nadanya sedikit menyesal. Matanya
lagi sekali memerhatikan wajah Shida yang bersih tersebut. Tiba-tiba Shida
merenungnya tajam, terus Jaz tertunduk menekur meja.Uih, seram juga teman wanita Benji ni.
“And your point being is...” Tanya Benji
tiba-tiba. Jaz mengangkat kepalanya dan memandang Benji kembali. Bibirnya
dimuncungkan sedikit.
“Saya tak
patut buat macam tu. Saya promise, saya
tak akan kacau awak lagi. So, can we be
friends again, Ben?” Ikhlas, Jaz merayu. Dia sedar kesilapannya, dan dia
harap Benji dapat memaafkan perbuatannya dahulu. Dia tidak mahu kehilangan
persahabatan dengan Benji. Dia mahu Benji berkawan balik dengannya.
“Kejap,
saya nak tanya awak sesuatu Jaz, sebelum Benji jawab.” Lagi sekali tumpuan Jaz
teralih ke arah Shida. Jaz mencarikkan senyum lalu mengangguk. Mata memandang
Shida tepat. Wajah Shida ketika itu serius, I
mean business punya serius!
“Tanyalah.”
Sepatah yang terkeluar dari mulut Jaz. Tiba-tiba dia terasa cuak dengan aura
singa yang mengelilingi Shida itu. Dia ni
kan yang lawan beachball dengan aku tadi? Aku terkehel pun sebab nak sambut
bola yang dia hantar tu kan? Hurm...
“How will you ensure that you will no longer kacau
my Benjamin?” Jaz tergelak setelah
mencerna soalan yang diutarakan Shida tadi. Memang
aku tak akan dah sentuh perihal Benjamin tu, sekarang dalam hati ni...ada nama
Johan aja.
“Huu...awak
tak perlu risau sebab someone else
already swept me off my feet. Itu lagi satu sebab saya datang sini, saya
nak berterima kasih pada awak. Kalau saya tak cuba nak tepis bola awak tadi,
saya tak akan jatuh. Kalau saya tak jatuh, saya tak terkehel kaki, dan yang
paling penting, Johan tu tak akan rawat saya.” Jaz berkata sambil memandang
tepat ke dalam anak mata Shida. Memang, kali ini...Johan adalah cintanya.Final and last love.
“Johan, orthopaedic?” Benji bertanya mudah
apabila mendengar Jaz menyebut nama Johan tadi.
“Yep! That
Johan.” Jawab Jaz sambil tersenyum manis. Hatinya sudah berkocak hebat,
dengar nama Johan aja dah rasa melayang ke angkasa lepas. Tak kisah lah Johan
tu macam mana pun perangai dia, biarlah kalau apa yang Ita cakap tadi tu benar,
yang Jaz pasti, dia hanya mahukan Johan sebagai suaminya, sebagai cintanya.
Jaz, Jaz,
kalau dah gatal tu...macam kucing kurap tak cukup bulu engkau ya? Jangan kau
buat si Johan tu macam Benji dan Kay sudahlah! Jangan last minute kau cakap tak sedia, cukup! Kalau kau buat perangai
macam tu, ada juga kau tu digilis dengan mesin gilis tar tu.
“Awak dah
tak cintakan saya?” Jaz kembali ke dunia nyata apabila Benji bertanya. Jaz
tergelak kecil. Kalau dah ada Johan, tak dapat Benji pun tak frust menonggeng aih!
“Saya
cintakan Johan aja. Okay lah, saya cari Johan dulu. Bye-Bye you lovely people.” Jawab Jaz ceria, dia sudah tidak
sabar-sabar ingin mencari Johan dan memulangkan kembali sapu tangan yang
dihulur Johan tadi. Sempat pula kering ya dia basuh? Balik chalet tadi, dia celup-celup dalam air, perah sampai semua air dia
turun, lepas tu letak direct bawah kipas. Akhirnya, dia sembur sedikit perfume dia dan menggosok sapu tangan
itu dengan saterika.
Nampak tak
usaha si Jaz ni nak pikat anak teruna orang yang satu tu? Kalau Johan pun
bolayan dia , memang dia meroyan sekejap lagi.
Jaz yang
sedang terjengket-jengket itu ternampak satu susuk tubuh yang sudah dikenalinya
walaupun baru berjumpa tak sampai sejam. Johan sedang bersila di atas kerusi
batu yang agak tersorok itu. Ketika dia ingin bergegas ke tempat Johan, dia
berselisih dengan Kay. Jaz memandang ke arah Kay yang sudah memberikannya
sebuah senyuman sarkastik itu. Namun Jaz tidak ambil kisah dengan apa yang
Kay fikirkan tentang dirinya, bila dia dah nampak kelibat Johan tadi, moodnya serta merta menjadi super duper ceria! Dia menghadiahkan Kay
sebuah senyuman paling manis.
“Hye
Kay, Bye Kay!” Tegurnya dengan ceria, kemudian dia cepat-cepat berjengket
ke arah Johan.
“KAU
yang rawat si Jezamine tu ek tadi?” Mad berkata kepada Johan. Johan sekadar
menjungkitkan keningnya sahaja, kemudian, sebuah senyuman nakal tercarik pada
wajahnya itu.
“Ha’ah.
Ita panggil aku, kebetulan aku memang
standby kat tepi tu pun.” Johan
membalas komen Mad tadi. Tangan mencapai sekeping lagi paha ayam dari dalam
pinggan lalu dicubit dan disuapkan ke dalam mulutnya.
“Kau
tahu tak cerita si Jaz tu?” Tanya Mad lagi. Johan sekadar menggelengkan
kepalanya. Cerita apa pula ni?
“Kau
tak layan locker room gosip ke?” Geleng lagi.
“Daripada
aku layan orang mengumpat, baik aku layan pesakit aku. Hang bajet macam aku ni
tadak kheja nak pi layan gosip.” Johan mula berleter. Mad ketawa kecil. Bahu
Johan ditolaknya.
“Bukan
gosip pun. True story. Kau kenal kan
Dr. Khayrel?”
“Aku
cam dia, nama aku kenal...tak pernah berbual tapi dengan dia. Awat pulak?”
Johan meletakkan kembali tulang ayamnya ke dalam pinggan. Jarinya dijilat.Yum, sedap!
“Kalau
kau nak tahu cerita, Jaz dengan Khayrel tu pernah nak kahwin dulu. Tapi tak
sempat nak sampai hari kahwin, Jaz tu tiba-tiba minta putus tunang. Lepastu,
dengan kepakaran kaki-kaki gosip tegar dalam hospital tu, entah macam mana
diorang korek tup-tup dapat tahu yang sebelum ni si Jaz tu pernah couple dengan Benjamin tu. Dia
tinggalkan Benjamin untuk Khayrel, lepas tu dia tinggalkan Khayrel untuk
Benjamin.” Bersemangat Mad bercerita. Johan sudah menjungkitkan sebelah
keningnya. Awat aku duk rasa yang dia ni
pun termasuk dalam senarai kaki gosip tegar hospital tu ja? Hish mamat ni...
“Habis
tu Mad, why are you telling me all these?”
Kan dah terkeluar bahasa omputeh tu.
Mad terdiam seketika, berfikir barangkali. Johan menggelengkan kepalanya.
“Hang
pikiaq, aku pi buang sampah sat.” Kata Johan sebelum berlalu ke tong sampah.
Mad masih terlongo, a’ah kan, motif aku
cerita semua tu kat Johan tu kenapa ek? Oh well! General knowledge aja lah!
“Mad,
Johan mana? Tadi aku nampak dia duduk sini.” Mad yang sedang hanyut di dalam
fikirannya sendiri kembali berpijak pada alam realiti apabila seseorang
menegurnya. Mad berkalih ke kiri dan dia nyaris terjatuh dari bangku apabila
melihat Jaz yang menegurnya tadi.
“Kau
ni Jaz! Buat aku terkejut aja!” Ish minah
ni, baru sebut nama dia, dia muncul! Seram betul! Gumam Mad di dalam
hatinya. Mata masih memandang ke arah wajah Jaz yang kelihatan ceria itu.
“Kau
tu yang mengelamun panjang. Johan mana?” Sekali lagi Jaz bertanya kepada Mad.
Mad mendengus geram.
“Kau
ada hal apa dengan Johan?” Soalan
berbalas soalan. Jaz sudah melayangkan sapu tangan Johan tadi ke hadapan muka
Mad.
“Aku
nak pulangkan ni.” Sejurus Jaz habis berkata, Mad terus meragut sapu tangan itu
dari tangan Jaz. Jaz tergamam. Dia menarik balik sapu tangan itu dari tangan
Mad. Akhirnya mereka bermain aku tarik
kau tarik aku tarik kau tarik dengan sapu tangan tersebut.
“Ish!
Kau kenapa nak rebut hanky ni ha? Bak
sinilah! Aku nak bagi sama Johan.” Jaz sudah geram dengan perangai
mengada-ngada Mad tu. Dia bercekak pinggang apabila Mad menghidu sapu tangan
tersebut. Mad sudah merenung Jaz tajam.
“Kau
sembur perfume kau dekat sapu tangan
Johan kenapa? Kau nak jadikan dia mangsa kau lagi satu ke?” Pedas ayat sinis
Mad menusuk hati Jaz. Jaz terkesima.
“Maksud
kau?” Tanya Jaz, keceriaannya tadi sudah menghilang entah ke mana. Sekarang ni dia rasa macam nak cekik si Mad
ni pun ada.
“Benjamin,
Khayrel...next? Johan? Kau nak
lukakan hati berapa orang ni Jaz?” Jaz terkedu. Tangannya merampas balik sapu
tangan Johan dari tangan Mad. Kasar.
“Kau
tak perlu sibuk nak tahu hal peribadi aku, Mad.” Balas Jaz dengan suara yang
dalam. Tubir matanya tiba-tiba terasa panas.
“Tak
peribadi dah pun, satu hospital dah canang kau, Jaz. Heartbreaker number one.Selepas ni diorang nak tengok pula hati
siapa yang kau akan hancurkan.” Mad dengan toya memberitahu Jaz. Jaz menelan
kesat liurnya. Adakan ini balasan yang
dia terima? Semua orang sudah bercakap di belakangnya. Tak apa Jaz, be strong,
mulut orang kita memang tak boleh tutup. Kau ikut kata hati kau, jadi kau tak
salah. Kalau kau salah pun, you can always learn from the mistakes, right?
“Tak
apa lah Mad, aku cari Johan lain kali aja. Thanks
ye sebab bagi aku input tu.” Jaz berlalu sebelum air matanya menitis.
Kenapa dia sedih pula? Dia tinggalkan Kay, Benji sudah terang-terang tak
mahukan dia...Johan pula...Johan pula...mesti dah tahu apa yang dia pernah buat
sebelum ni. Mesti susah nak buat Johan sukakan dia. Oh Jaz, macam mana kau nak raih cinta Johan tu? He is your prince
charming...tapi kalau tak workout, habis memang satu hospital akan riuh.
No Jaz! Jangan mudah
berputus asa. Kalau kau betul-betul pasti Johan tu cinta hati kau yang kau
tercari-cari sebelum ni, kau kena kuat. Kau kena usaha lebih dan buktikan pada
semua orang yang kau bukannya heartbreaker yang diorang canang-canangkan
tu.Yosh!
“Jasmin!”
Jaz mematikan langkah kakinya apabila terdengar suara Johan memanggilnya. Dia
kalih ke belakang. Air mata yang nyaris menitis itu diseka cepat-cepat sebelum
ada sesiapa perasan.
“Ya...”
Jawab Jaz sambil mencarikkan senyuman buat Johan. Johan pula sudah berjalan ke
arahnya. Senyuman Jaz makin lebar, manakala detak jantungnya juga bertambah
kencang. Dia dapat menghidu semburan pewangi yang dipakai oleh Johan dengan
jelas. Sedap betul bau dia.
“Jasmin
cari saya ke? Mad kata Jasmin nak bagi benda tadi.” Johan berkata lembut. Jaz
sudah tersenyum dari telinga ke telinga. Kan
dah kata, apa yang Ita cakap tadi tu tak benar. Johan ni gentle aja. Dahlah
kacak, baik pula tu...sweet je. Tapi, dia panggil aku apa tadi? Jasmin?
“A’ah.
Saya cari awak, Johan. Tapi sebelum tu, nama saya Jezamine, bukannya Jasmin.”
Sempat lagi Jaz membetulkan kesilapan Johan tadi. Johan sudah menaikkan
keningnya sebelah. Tangan disilangkan ke dada.
“
Jezamine ke, Jasmin ke, Mina Kumari ke, saya apa kisah? Saya panggil awak
sahut, saya anggap dah betul lah tu nama awak. Kalau awak tahu saya salah
sebut, jangan sahut lain kali bila saya panggil, Jasmin. Awak ingat saya ni ada
mikrocip ke dalam hemosfera otak saya ni? Ingat saya boleh ingat nama semua
orang?” Jaz hampir ternganga apabila terdengar balasan dari Johan itu. Hidung
sudah kembang kempis. Aku tegur sepatah
aja, sepatah, dia bagi aku balik berkajang-kajang. Banyak mulut betul si kacak
taf ni. Nasib aku nakkan kau, sebab tu aku diam. Kalau tak, dah aku cilikan
mulut kau yang nipis comel tu. Okay, nampaknya Ita betul. Heh! Joey
sayang...takmo lah cakap kasar-kasar. Patient lari nanti tau...
Jaz
mengetap bibirnya.
“Itu,
pandang saya macam tu, tak puas hati lah kan, Jasmin?” Johan berkata lagi. Jaz
sudah membeliakkan matanya ke atas. Eee
lah budak ni kan...Jasmin lagi yang
dia panggil aku. Nama aku tu bukannya susah mana pun!
“Johan,
for god’s-sake my name is frickin'
Jezamine!” Jaz sudah mengangkat tangannya. Jari menekan pelipis mata. Pening,
pening! Niat nak bagi sapu tangan tadi pun sudah hilang sebab pening dengan
penangan mulut machine gun si Johan
itu. Petang tadi mulut dia tak macam ni pun, kena angin malam dia jadi macam ni
pulak! Adui...kepala sakit, kaki berdenyut...Johan,
awak ni dahlah buat saya jatuh cinta dengan awak, lepas tu satu badan saya yang
sakit kena serang dengan ayat awak tu.
“Okay,
if you say so, frickin' Jezamine. Nak bagi apa tadi.” Selamba Johan membalas.
Jaz mengeluh geram. Ya Allah...Johan ni
kan, aku botolkan buat cencalok nanti baru dia tahu. Walaupun agak mustahil nak
sumbat badan tegap macam tu ke dalam botol...
“Min! Saya
dah mengantuk ni, nak balik tidoq. Hang nak bagi aku apa? Nak suruh urut kaki
lagi ka?” Jaz nyaris pengsan. Homai...lagi
sekali Ita betul. Keluar dah bahasa utara dia yang pekat tu. Homai...homai...Jaz, kau tak was-was kan?
Mamat Poyo ni yang swept you off your feet petang tadi kan? Kau pasti ni nak
jadikan dia last love kau ni?
“Okay,
okay. Ni, saya nak bagi balik hanky
awak petang tadi. Dah, goodnight.”
Jaz menyerahkan sapu tangan tersebut kepada Johan dan dia cepat-cepat berlalu
dari situ. Kalaulah Johan buka lipatan sapu tangan tu di situ juga, Jaz tak
akan mampu memandang Johan. Bukan pada waktu ini, terutamanya. Malulah pula.
“Wey Min!
Jadah apa ni? Hang contiang handkerchief aku
dengan gincu hang? Wey, mai balik sini Min! Aku tak habis cakap lagi ni! Min!”
Jaz memekakkan telinganya. Terjengket-jengket dia berlari selaju mungkin. Kan
dah kata, kalau Johan tengok apa yang ditulisnya di atas sapu tangan itu, mesti
Johan berasap satu badan. Itulah Jaz,
drastik sangat kau ni, sua muka pun tak sampai satu jam, kau dah pergi tulis I
Love You atas sapu tangan dia, siapa tak mengamuk! Lari cepat!
SELEPAS kejadian
tempoh hari di Port Dickson itu, Jaz tidak cepat-cepat memburu Johan di
hospital. Dia mengambil masa hampir
sebulan untuk memastikan bahawa dirinya betul-betul mencintai si Johan itu. Dia
pun tidak mahu mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini. Kali ini
dia pasti, she is in love and she wants
to get married for real! Bukan lagi main-main. Dan dia akan pastikan dia
dapat tawan hati Johan itu, walaupun first
impression dan second impression Johan
terhadapnya sudah hancur.
Setelah
soksek-soksek bertanya dengan Ita, akhirnya Ita mengalah juga dan
memberitahunya sedikit sebanyak maklumat tentang diri Johan. Johan ni asal
Jitra, Kedah; anak kedua dari tiga adik beradik; ayah dia sudah meninggal, mak
dia masih ada; mulut tu main cakap lepas; sayang gila dengan mak dia. Kalau mak
dia cakap apa, Johan mesti ikut. Oleh itu Jaz sudah mencapai satu keputusan.
Jaz nak Johan bawa dia, pergi jumpa maknya. Senang cerita sebab kalau Jaz
terus-terang dengan mak Johan tu terus, mesti mak Johan akan suruh Johan kahwin
dengan dia. See, smooth and simple.
Tapi Jaz,
macam mana kau nak suruh Johan tu bawa kau balik kampung? Ha! Idea datang! Jaz sudah tersenyum simpul. Dia memanjangkan
langkah ke arah bilik Johan. Kali pertama nak jumpa balik selepas hari itu,
agak-agak apalah ya respon Johan tu nanti? Terkejutkah? Geramkah? Atau tiada
perasaan?
Setibanyanya
di hadapan pintu bilik Johan, Jaz mengetuk-ngetuk beberapa kali.
“Dr. Jaz,
Dr. Johan sedang ada appoinment dengan
patient tu.” Tegur jururawat yang
membuka pintu bilik Johan itu. Jaz memuncungkan bibirnya lalu mengangguk.
“Kak Ani
pesan dekat dia, saya nak jumpa dia sekejap. Lama lagi ke dia nak habis tu?” Jururawat
yang Jaz panggil Kak Ani itu sudah menunduk memandang jamnya.
“Lagi
sepuluh minit agaknya.” Jaz mengangguk.
“Okay,
saya tunggu dekat luar ni aja.” Kak Ani
kembali menutup pintu bilik Johan tersebut. Jaz pula sudah menghampiri sofa
yang tersandar pada dinding lalu melabuhkan punggungnya di situ. Kaki yang
tersarung kain baju kurung itu disilangkan. Nampak tak betapa hebatnya cinta
dia kepada si Johan tu? Selama ni memang baju kurung pun ada sehelai dua aja
dalam almari, sekarang ni dah ada separuh almari dia penuh dengan baju kurung.
Semuanya gara-gara persediaan untuk menawan hati Johan tu. Pakai baju kurung
barulah nampak stok-stok ayu sikit.
Jaz
merenung dinding sambil merencanakan apa yang akan dicakap pada Johan nanti.
Apa yang pasti, dia nak Johan setuju juga bawa dia jumpa bakal mak mertua dia
tu. Amboi Jaz, belum apa-apa pun dah
panggil bakal mertua? Nama mak dia pun kau tak tahu lagi, dah pasang
angan-angan.
“Dr. Jaz,
dia dah free tu.” Pesan Kak Ani apabila berlalu keluar dari
bilik Johan. Jaz tersenyum kepada Kak Ani lalu cepat-cepat mengetuk pintu bilik
Johan. Setelah mendengar suara garau itu cakap ‘masuk!’ baru Jaz membuka pintu.
Senyuman sehabis manis ditayangkan ke arah Johan yang sedang menulis sesuatu di
mejanya itu. Alahai, comelnya dia bila
pakai cermin mata. Macam profesor pun ada. Hurm...alahai bakal laki aku
ni...muka matang, memang orang tak akan pertikaikan pun kalau aku kahwin dengan
dia.
“Hang nak
apa Min? Kaki patah ke sampai mai jumpa aku ni?” Johan bertanya sambil mata
masih menekur kertas di hadapannya itu. Jaz menarik kerusi di hadapan Johan
lalu dia duduk di sana. Senyuman masih belum hilang dari bibirnya. Johan
mengangkat wajahnya lalu menangkap Jaz yang sedang merenungnya dengan penuh
perasaan cinta itu.
“Hang
kalau mai bilik aku nak buat senyap baik hang tak payah mai.How can I help you?” Johan bertanya
lanjut, cermin mata sudah ditanggalkan dari batang hidung dan kini dia
tersandar pada belakang kerusinya. Jaz menggigit bibirnya.
“Urm...I datang sini sebab...sebab...awak ingat
tak saya tulis apa atas sapu tangan awak itu hari?” Jaz bertanya. Segan pula
dia rasa. Tapi, tak ada guna kalau dia malu tapi mahu, baik dia buat muka tak
tahu malu terus, mahu cakap mahu!
Jaz dapat
mendengar Johan mengambil nafas dengan dalam. Tangan kirinya sudah naik ke
dahi, mata memandang Jaz tajam.
“Hang dah
rosakkan sapu tangan aku Min. Sampai ke sekarang tak tanggal gincu hang tu.
Hang tenyeh satu batang lipstik tu kot? Hang buang tebiat eh malam tu?” Bedil
Johan senada. Jaz sudah tayang giginya.
“Baguslah,
sengaja saya tenyeh kuat-kuat sebab saya nak awak tahu betapa dalamnya cinta
saya buat awak.” Jaz menjawab selamba. Johan sudah mengerutkan dahinya, si Jasmin ni memang psycho ke? Cinta? Heh,
masa tu dia baru jumpa aku, takkan dah jatuh cinta? Sewel punya minah!
“Min. Hang
salah makan ubat ka? Hang demam panas ka? Hang tak sihat ek? Hang nak aku
tolong telefon Tanjung Rambutan untuk hang? I’ll
ask them to reserve a bed for you,
just in case.”
“Johan.
Saya sihat. Saya cakap benda betul ni, saya dah jatuh cinta pada awak. Cinta
pandang pertama, kedua, ketiga dan sekarang...keempat. Dah empat kali saya
nampak awak, saya yakin saya dah jatuh cinta dengan awak.” Tulus Jaz menjawab.
Selama ini, dia tidak pernah buang tebiat macam ni. Tak pernah lagi dia jatuh
cinta pandang pertama. Well, there’s always
a first time for almost everything, right?
“Urm
Min...hang ni tengah ada middle age
crisis ka? Aku kenai hang pun idak,
hang pun tak kenai aku, tiba-tiba macam tu ja boleh jatuh cinta? Berapa minggu
dah aku tak jumpa hang, tup-tup hang mai bilik aku hari ni pastu hang cakap
hang jatuh cinta dengan aku? Hang memang tak sihat ni, Min. Hang pi check nuh. Hang tak waras ni.” Johan
beralasan. Jaz menggelengkan kepalanya.
“Come on Johan, love at first sight happens
all the time.I happened to fall for you.”
“If you say so, it might happen to you but
I’m not buying any of that crap. Aku tak cinta kau pun. Bukan masalah aku
kalau kau cintakan aku sekalipun.” Senang Johan menepis perasaan Jaz sebegitu
sahaja. Jaz menggigit bibirnya.
“Tapi saya
nak kahwin dengan awak...” Rayu Jaz manja. Johan terus bangkit dari kerusinya.
Muka paling jelik ditayangkan kepada Jaz.
“Hish...tadi,
hang cakap yang hang cintakan aku. Sekarang, ungkit hal nak kahwin dengan aku
pulak? Min, hang nak aku tolong pikul hang
pi wad gila ka? Aku tak nak pun kahwin dengan kau, awat hang duk cerita
semua benda ni kat aku? I’m just 30...you
are what? 37? Nope, no one is getting married.” Lagi sekali angan-angan Jaz
dimusnahkan. Jaz masih tersenyum. Mata masih memandang Johan tanpa lepas.
“Saya baru
33 tahun okay, lagipun, saya cakap aja sebab saya nak awak tahu yang saya dah
jatu suka pada awak.” Jaz masih lagi tahan dengan muka selambanya. Johan pula
sudah seakan-akan mati akal dengan kehadiran Jaz di biliknya itu. Tak pernah
lagi ada orang segila Jaz ni.
“Aku tak
tahu pun tak apa aih. Tak penting pun. Sebab aku memang tak sukakan kau pun.”
Belum sempat Jaz membalas, se-seorang mengetuk pintu bilik Johan. Johan
mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek lalu meletakkan pada permukaan meja.
Kemudian, dia menyuruh siapa-siapa di sebalik pintu itu masuk.
“Min, hang
boleh keluaq.” Katanya kepada Jaz apabila seorang jururawat muda yang Jaz
kenali memasuki ruangan bilik itu. Jaz buat-buat pekak aja dengan arahan Johan
itu.
“Tak apa,
saya tunggu sini diam-diam.” Kata Jaz penuh makna. Matanya kini sudah tertancap
pada Samsung Note di atas meja itu. Mindanya sudah kembali memasuki mode overdrive. Apabila Johan tidak
membalas apa-apa, dia anggap Johan sudah bersetuju dia turut berada di dalam
bilik itu.
“Thanks beautiful.” Kata Johan sambil
mengambil laporan X-Ray dari tangan jururawat tadi. Jaz
pula hampir ternganga mendengar apa yang Johan katakan kepada si
jururawat yang bernama Syuhada itu. Syuhada pula sudah tersipu malu, amboi,
sama naik kegatalannya ya? Johan terus menyelitkan film X-Ray itu untuk diperhatikannya.
Jaz,
apabila terlihatkan Johan sudah ralit dengan kerjanya, cepat-cepat mengambil
telefon Johan. Contacts dibuka, dan
dia mencari nama ibu, mama, ma,wan,umi,
mak...untuk mendapatkan nombor bakal mertuanya. Kalau anak dah keras,
harap-harap mak si Johan ni lembut selembut lembutnya dan membantunya dalam
plan mendapatkan hati anaknya ni!
Ha! Jumpa pun! Jaz
mencapai sebatang pen di atas meja itu lalu cepat-cepat menyalin nombor telefon
yang sedang dibacanya itu. Kemudian, dia cepat-cepat meletakkan balik telefon
Johan ke tempat asal. Dalam hati, dia sudah tersenyum lebar. Johan akan jadi
miliknya, inshaAllah.
“Siapa
dia pada awak?” Jaz bertanya sepatah, bibir sengaja dimuncungkan. Johan yang
sedang menilik film X-ray itu kalih
memandangnya sekilas. Keningnya sudah terjungkit sambil hujung bibir ternaik
sedikit.
“
Siapa? Jururawat tadi ke? Itu kalau nak kenal, calon menantu untuk mak saya.”
Selamba Johan bertutur. Jaz sudah mengetap bibirnya.Ish dia ni...memain pula.
“Tapi
saya nak jadi calon menantu mak awak juga.” Jaz sengaja memanjangkan perbualan
itu, masih tak puas dengar suara Johan. Lama kut dia tahan diri tak nak jumpa
Johan sampai dia betul-betul sudah pasti yang memang dia nakkan si Johan tu
sebagai suami. Johan pula sudah tergelak kecil.
“Sorry, saya tak nak bawa balik calon
yang lebih tua dari saya.” Makin cemberut muka Jaz. Matanya sudah dibeliakkan.
Main cakap lepas betul Johan ni.
“Ala, tua tiga tahun aja pun.
Bolehla awak...kita kahwin okay?” Jaz memujuk. Johan sudah tidak tenang menilik
X Ray di hadapannya itu. Kacaulah
perempuan ni...
“Siapa nak kahwin dengan hang? Saya
lagi suka budak perempuan tadi tu...alahai, lupa pula nak tanya nama dia apa. Hang
kenai dia?” Jaz mengetap bibirnya lagi sekali.
“Syuhada tu pun awak nak? Awak tahu
tak dia...”
“Syuhada ek?Sedap nama tu, sesuai
dengan aku...hang ada nombor dia ada?” Tanya Johan lagi. Jaz bangkit dan terus
menghentak meja Johan. Johan tergelak kuat. Tahu
pun aku dah naik serabut dengan hang ni Min oi! Hang pi la bawak gila meroyan
hang tu kat tempat lain. Sakit otak aku layan hang ni.
“Awak! Kenapa awak suka sangat buat
saya macam ni?”
“Aku buat hang macam mana?” Johan
cuba membuat bodoh. Jaz sudah terbakar hatinya. Eee Johan, siap awak bila saya dah dapat awak nanti...saya pulas
telinga awak tu cukup-cukup.
“Awak sengaja nak toreh-toreh hati
saya kan?” Jaz cuba membuat ayat sedih, namun Johan sekadar mencebik.
“Tak ada maknanya saya nak toreh
hati awak tu.” Tepisnya tanpa perasaan.
“Awak...saya nak kahwin dengan
awak.” Jaz memulakan lagi sekali pujuk rayunya. Johan menghela nafasnya dengan
kasar.
“Tapi aku tak nak kahwin dengan hang,
macam mana tu? Cuba hang fahamkan ayat aku ni. Aku. Tak.Nak. Aku kenal hang pun
tak cukup 24 jam lagi. Aku tak segila hang nak kahwin saya kahwin dengan orang
yang aku tak kenai. Buang tebiat dah hang ni. Dah, shooh. Aku nak buat kerja dengan tenang.” Johan dengan selamba
menolak Jaz keluar dari biliknya. Jaz mendecitkan lidahnya, tak apa Jaz, nombor telefon mak kan dah ada.
Hehe, bodek la mak dia pulak!
MALAM
juga Jaz menghubungi mak kepada Johan di Kedah. Dia agak cuak pada awalnya,
namun apabila mendengar suara Mak Johan yang ramah itu, hatinya menjadi terbuka
sedikit.
“Assalamualaikum...mak
cik ni mak Johan ke?” Ayat pertama yang ditanya kepada mak si Johan. Dada Jaz
boleh tahan cuak. Dia pun tak tahu bagaimana respon mak Johan tu nanti.
“Waalaikumussalam...makcik
ni mak Johan. Johan kenapa? Dia kemalangan ke?” Ada nada risau pada suara tua
tersebut.
“Eh tak tak makcik...saya ni memang
nak cakap dengan makcik pun. Saya ni Jezamine, rakan sekerja Johan.”
“Ooo, Jasmin. Doktor jugak la ni?” Jaz sudah tersenyum. Like mother like son betul rupanya?
Setelah bersuai kenal secara biasa,
Jaz terus melompat ke niatnya yang sebenar
apabila dia menelefon mak Johan tadi.
“Mak cik...sebenarnya kan, Jaz nak
bagitahu makcik sesuatu. Tapi makcik kena janji yang kita dua saja yang tahu hal ni. Johan tak
boleh tahu langsung.”
“Iya, makcik janji.” Mak Johan
berkata di sebelah talian. Jaz menarik nafas dalam-dalam.
“Mak cik, Jaz sebenarnya kan, Jaz
cintakan anak mak cik...Jaz nak kahwin dengan dia. Tapi dia tak nak kahwin
dengan Jaz...”
Dari situ, perbualan mereka
berterusan sehingga larut ke tengah malam. Jaz menceritakan bagaimana dia boleh
jatuh cinta dengan Johan dan apa rancangannya. Yang paling membuat hati Jaz
mencecah ke bintang adalah apabila Mak Johan bersetuju dengan ideanya. Malam
itu, Jaz tidur dengan lena yang amat. Johan...tak lama lagi, awak pun akan saya
pikat!
JOHAN
menekan-nekan pelipis matanya yang terasa perit itu. Telefon masih lagi
dilekapkan pada telinganya, sudah hampir setengah jam dia mendengar leteran si
ibu. Balik-balik soalan yang sama yang
diajukan.
“Angah. Hang bila nak kahwin ni? Hang
tu dah masuk 30 tahun tau. Tak elok kahwin lambat. Kamu tu anak jantan mak!
Waris bapak hang tu! Cepat-cepat lah kahwin, mak nak cucu!” Ayat biasa yang
selalu maknya akan ajukan apabila dia menelefon. Sebab itulah Johan tak mahu
kahwin, memberontak!
“Mak, Angah tak ada masa nak
bercinta ni mak. Angah nak fokus dengan kerja Angah dulu. Lagi lima tahun Angah
kahwin la.” Seperti biasa juga, dia akan memberikan alasan yang sama.
“Tak ada. Mak dah fed up dengan alasan hang tu Ngah!
Haritu hang habaq kat mak yang dua minggu lagi hang cuti kan? Masa hang balik
nanti, mak nak bawa hang pi masuk meminang anak Pak Midin tu. Si Nita tu, dah
lama berkenan kat kamu. Sesuai lah korang kahwin!” Selamba mak mengeluarkan
kuasa vetonya. Johan terkelu seribu bahasa.
“Mak...tapi Nita tu...macam saiko la
mak...Johan tak nak...” Johan sudah mula menggelabah. Dia mana boleh tolak apa
yang mak dia kata! Dia kan anak mak!
Mak Johan di sebelah talian pula
sudah tahan gelak. Padan muka hang, Jaz
tu hang tak nak, Nita tu lagilah hang tak nak kan?Aku pun tak nak bermenantukan
si Nita tu! Gedik melebih!Hish!
“Mak, kalau...kalau Angah bawa balik
calon menantu untuk mak macam mana? Tapi mak kena janji dulu jangan paksa Angah
pergi minta tangan Nita tu.” Johan sudah terdesak tika ini. Mindanya tadi
tiba-tiba terbayangkan muka Jaz, Min
cakap dia cintakan aku kan hari tu? Dia nak jadi menantu mak sangat kan? Dia
kena ikut aku balik Jitra! Yes, that’s it. Kalau si Min tu saiko, si Nita tu
dua kali lagi saiko dari Min tu!
“Kalau Angah cakap macam tu awal
–awal lagi jimat bil telefon mak ni! Bawak balik lah calon menantu mak tu. Nak
tengok jugak hebat tagha mana berbanding si Nita tu.” Johan menghembuskan nafas
leganya apabila maknya memberi kelonggaran.
“Okayla mak, Angah letak dulu. Nak
pi cari menantu mak ni.”
“Habaq kat dia mak tak sabaq nak
jumpa dia na Ngah oi.” Sempat lagi mak dia berpesan. Johan mencampakkan
telefonnya kasar ke atas meja. Kepalanya semakin kencang berdenyut.
Alahai...kat mata ni tak nampak orang lain dah yang dia nak heret balik Jitra
tu, nampak muka Jaz saja.
“HANG
nak jumpa mak aku sangat kan? Nak ikut aku balik Kedah minggu ni?” Tanya Johan
sambil menghirup air milo dari cawannya. Nak tak nak, dia terpaksa juga
mengajak si Jaz ni makan tengah hari bersama untuk memaklumkan mandat yang maha
mulia maknya di kampung itu.
Jaz pula, setelah mendengar soalah
Johan tadi terus cerah matanya. Bibirnya sudah mencarikkan sebuah senyuman yang
mekar. Hatinya melonjak girang.Mak, I
love you lah! Superb betul mak ni! Petik jari aja, anak mak ni tunduk macam
kucing jinak!
“Nak!” Jaz menjawab dengan penuh
semangat.
“Aku habaq awai na, rumah mak aku tu
kampung ja. Mandi ayaq telaga. Hang bawak kain batik hang tu siap-siap. Kalau
dak hang tak payah mandi. Rumah aku tak ada line
internet, betul-betul kat ceruk hutan. Mak aku suka nature.” Panjang lebar Johan menjelaskan. Jaz masih setia
mengangguk, apa-apa sahaja untuk Johan
tersayang!
“Wah, saya tak pernah lagi mandi
telaga.Kain basahan ek? First thing I’m
gonna pack!” Jaz sudah membuat checklist
di dalam kepalanya. Tidak sabar nak tengok kampung si Johan taf ni!
“Lepastu sampai aja kat rumah tu,
hang kena habaq kat mak aku, hang cakap hang yang nak kahwin dengan cheq. Hang
pujuk mak cheq sampai dia tak jadi nak pinang anak Pak Midin tu.” Johan sudah
menjatuhkan bom hang nak sangat aku hang
bagitau sendiri mak aku! kepada Jaz. Jaz mengerutkan keningnya, padahal
dalam hati sudah melayang-layang. Misinya hampir berjaya dah ni nampak gayanya.
“Kenapa saya pula yang kena
bagitahu?” Jaz bertanya, wajah sedaya upaya di buat serius.
“Dah bukan ke hang yang nak sangat
kahwin dengan aku? Aku tak mboh kahwin dua. Either
you or Nita. I’d rather choose you.”
“Nita tu teruk sangat ke?” Jaz
bertanya lagi.
“Kalau aku rasa hang tu dah gila,Nita
tu dua kali lebih gila pada kau.” Jelas
Johan, yakin dengan keputusannya.
“Homai...teruk la juga. Tapikan
Johan, kiranya lepas jumpa mak awak ni, kita nak kahwin la?” Jaz bertanya lagi,
meminta kepastian. Johan sudah mengerutkan hidungnya.
“Iye lah kut. Aku serah semua dekat
mak.” Selamba ayat Johan, Jaz sudah menghembus nafasnya geram. Dasar anak mak, nak kahwin pun macam tak
semangat aja aku tengok! Mak, mak pesan tau kat anak mak ni supaya cintakan Jaz
pun, kut-kut la dia tak mahu cintakan Jaz selagi mak tak pesan!
MINGGU
yang ditunggu-tunggukan Jaz muncul jua. Sedar tak sedar, dia sudah berada
di Jitra pun, dan betul kata Johan, rumah mak dia ni betul-betul di atas bukit
dan di ceruk hutan. Nak naik rumah mak dia pun Jaz kena panjat batu-batu kecil
beberapa langkah. Entah mana silapnya, Jaz nyaris tergolek jatuh.
“Hish...kalut memanjang hang ni.
Sini beg tu.” Johan yang berjalan di belakangnya terus merampas beg di tangan
Jaz. Jaz, tanpa memegang beban beg itu, dengan mudahnya mampu memanjat naik
tangga yang dicangkul dari sebahagian tanah bukit itu.
“Nah, ambik balik.” Johan
mengunjurkan beg Jaz tadi kepada tuan badan. Jaz mengambil balik begnya,
kemudian dengan maconya, Johan mengusung begnya dengan sebelah tangan sambil
menaiki bukit kecil itu. Sekali lagi jantung Jaz jatuh ke tanah. Homai...macam tengok cerita koboi pun
ada...Cuma ni koboi Jitra yang tak pakai topi dan tak ada kuda. Macam hebat aja
Johan ni, duduk dalam kampung, sayang mak dia gila-gila, dengar cakap mak...haih,
sejuk perut mak dia mengandung dulu.
“Assalamualaikum! Mak, Angah balik
ni.” Laungan Johan dari muka pintu rumahnya menyedarkan Jaz. Jaz mengetuk
dahinya, lagi sekali dia mengelamun di hadapan lelaki yang dia cintakan itu.
Haila...parah dah ni Jaz. Pintu rumah dibuka dan Jaz tersenyum lebar apabila
melihat tubuh tua yang kenit itu. Alahai,
comelnya mak Johan ni!
“Anak mak! Makin gemuk hang ni Ngah!
Ini menantu mak ya?” Jaz tersenyum lebar apabila Mak sudah memandangnya. Jaz
diraihnya ke dalam pelukan, dan dipeluk erat.
“Calon menantu, mak...” Johan membetulkan
ayat mak nya tadi. Maknya hanya tayang sengih.
“Ish, duduk depan muka pintu pula.
Mai la masuk. Mai mai...Jaz, rumah mak ni kecik aja, mak minta maaf la ya.
Johan ni dah ajak mak banyak kali supaya duduk dengan dia kat sana tu, tapi mak
tak mahu, mak suka duduk rumah sendiri.” Mak Johan menjelaskan kepada Jaz. Jaz
sudah telan liur awal-awal apabila Mak tersasul menyebut namanya tadi. Johan
pula sudah merenungnya tajam. Beg di tangan di letak ke lantai dan tangannya
sudah bercekak ke pinggang.
“Mak, mak habaq apa tadi?” Tanya
Johan tegas, mata masih belum lepas dari memandang Jaz. Jaz tiba-tiba terasa
dirinya kecil di bawah renungan maut Johan
tersebut. Dahinya tiba-tiba rasa berpeluh.
“Hah? Mak habaq apa pulak? Mak cakap
kat Jasmin ni ja. Pasaipa dengan hang ni Ngah?” Mak bertanya kepada Johan
kembali. Kemudian, selepas beberapa saat...mak sudah menepuk dahinya.
“Haa...mak minta maaf Jasmin. Mak
lupa hat mak patutnya tak tahu nama kamu. Ish, nyanyuk dah mak ni. Takpa, kamu
duduk bincang dulu, mak pi hidang nasi na? Angah, hang jangan mengamuk dengan
bakal menantu mak ni! Bincang elok-elok.” Cepat-cepat mak meminta diri apabila
terasa aura di situ sangat tegang. Jaz sudah memandang mak dengan pandangan
meminta simpati. Mak...jangan tinggalkan
calon menantu mak ni...cheq takut! Tiba-tiba Jaz pun jadi pandai cakap
bahasa utara, kuat penangan renungan tajam Johan taf ni rupanya!
“Awak terus terang dengan saya,
Jezamine.” Jaz membulatkan matanya. Oh? Tengah marah dia pandai la pula sebut
nama aku betul-betul? Ish Johan ni!
Jaz
tanpa dipinta, terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi rotan di ruangan
tersebut. Nafasnya sudah ditarik dalam-dalam, buku limanya dikepal-kepal,
mengharapkan Johan sedia menerima alsannya kali ini.
“Spill
it, you’ve planned this ahead? Tricking me into this?” Johan masih
bertanyanya bertalu-talu. Jaz mengangguk perlahan-lahan.
“Saya akui, saya bersepakat dengan
Mak. Saya nak sangat kahwin dengan awak, saya cintakan awak Johan. I’m getting older by the second, I want to have
my own family.” Johan tergelak mendengar ayat dari mulut Jaz itu.
“Hang? Bukan dulu memang hang dah
nak kahwin pun kan? Hang lari kan? Why
all of a sudden huh? Why me?” Jaz menekur lantai. Sudah kata, dia tak boleh
elak. Apa yang dia telah buat pada Kay mesti orang tak akan habis ungkit sampai
ke bila-bila.
“Saya tak lari dulu. Saya dah sedar
yang saya tak cintakan Khayrel, jadi saya layak mencari kebahagiaan saya
sendiri.” Senang, Jaz menjawab. Johan sudah menggelengkan kepalanya.
“Owh really? If that’s the case
then, aku memang tahu aku tak cintakan hang...aku bolehlah tak kahwin dengan
hang kan?Aku pun nak cari kebahagiaan aku sendiri kalau lagu tu!” Johan selamba
badak memulangkan paku buah keras kepada Jaz. Jaz termati akal. Dia tidak
terfikir pun pasal kebahagiaan Johan...
“Ya, awak layak dapatkan kebahagiaan
awak. Saya minta maaf Johan, saya terdesak sangat sampai melibatkan mak awak
pula dalam rancangan ni. Saya minta maaf...” Kata Jaz sebak. Kenapa selama ini
dia fikirkan dirinya sendiri sahaja? Dia langsung tidak fikirkan kemahuan
Johan. Dia terlampau taksub dengan cintanya sendiri.
Orang kata, cinta sejati itu
sepatutnya bukan berkisar pada kebahagiaan diri sendiri, cinta sejati
sepatutnya membuatkan orang yang kita cintai itu bahagia. Nampaknya, lagi
sekali dia tersalah hitung lah ni? Jaz...apa kau dah buat ni. Tapi hati kau
memang pada Johan kan? Dia bolayan kau pun kau masih rasa sayang dekat dia kan?
Walaupun kau tak kenal dia...tapi kau tahu apa yang kau rasa ni betul! You love him...don’t ruin this one too...
“Min, cuba hang khabar sikit kat aku
ni, pasaipa hang boleh suka kat aku? Aku layan hang habis teroq, habis
poyo...hang tak give up lagi na?
Memang hang cinta gila kat aku ek sampai sanggup libatkan mak aku yang gian nak
ada menantu perempuan tu?" Johan bertanya sambil giginya diketap kasar.
Dia sedaya upaya menahan amarahnya, tidak mahu pula maknya pening kepala nanti
tegok anak dia bergaduh dengan calon menantu tersayang.
"Iya
Johan, saya cinta gila kat awak ni. Kenapa susah sangat awak nak percaya?"
Jaz berkata, nadanya sudah ceria. Serasanya, dia sudah tahu hala tuju hubungan
yang belum sempat di bina ini. Memang selepas ni, Johan akan hantar dia ke
stesen bas, dan dia akan pulang ke rumahnya. Tamat cerita. Johan tu bukannya
nakkan dia pun. Dia aja yang bertepuk sebelah tangan.
"
Aku tak percaya lah sebab sebelum ni hang dah tinggai dua orang jantan yang
kata hang cinta. Mau aku nak percaya hang? Hish...simpang malaikat la!"
Agak kasar ayat Johan itu, namun Jaz telan sahaja. Memang betul apa yang Johan
katakan itu. Selama ini dia menghancurkan hati dua orang jejaka, dan apabila
tiba masanya untuk mendapat balasan, dia sudah rasa keperitan yang dibawa
bersama perasaan cinta itu. Untuk tidak dapat orang yang kita cintai adalah
sesuatu yang sangat sakit, sehingga mampu membuat hati ini hancur.
"Well please trust me this time Johan? I really am in love with you. Be my third
and final love please, Johan?” Jaz sudah sampai ke tahap merayu. Ya Allah,
dia tak nak kehilangan cinta dia kali ini. Dia sudah betul-betul pasti yang dia
cintakan Johan, dan dia tak mahu kehilangan Johan.
“Min...hang
ni memang desperate sangat ke?"
Ayat pertanyaan dari Johan itu membuat Jaz mendongak memandangnya. Kenapa macam
lembut aja nada Johan tu?
“Does
desperately in love counts?” Jaz bertanya takut-takut.
"Hang
janji lepas ni hang tak cabut lari na...kalau hang cabut lari, siap hang aku
ajaq." Jawapan Johan itu membuat Jaz terkeliru sejenak.Maknanya apa?
“Maksud awak?” Jaz meminta
penjelasan. Johan melutut di hadapan Jaz lalu mukanya yang serius itu memandang
Jaz tajam.
“Maknanya, since hang dah all out bersepakat
dengan mak aku suruh hang bawa balik rumah ni, aku rasa hang deserve a chance. Aku bagi hang satu
peluang, kalau hang buat nanar dengan peluang ni, aku dah tak akan pandang hang
Min.” Johan berkata serius. Jaz sudah mampu tersenyum. Matanya memandang Johan.
“Terima kasih Johan. Terima kasih.
Satu peluang pun dah cukup buat saya. Kali ini saya betul-betul pasti...awaklah
orangnya. I will not bail on you. Never!”
Jaz berkata dengan penuh semangat. Johan tersenyum sejenak dua.
“Hang ni memang biol Min, dengan
aku-aku jadi biol. Kalau orang lain, memang aku tak bagi dah peluang, entah
kenapa dengan hang ni aku jadi terbuka hati.” Johan merungut perlahan namun Jaz
masih mampu menangkap apa yang dikatakan tadi.
“Mungkin Allah memang nak satukan
kita kut?” Jaz bercadang. Johan memandangnya sejenak. Bahu diangkat.
“Entah. Wallahualam.” Balas Johan selamba. Dia bangkit dan berlalu ke
dapur.
“Mak, tak payah pura-pura buat macam
mak tak dengar. Angah lapaq ni, nak makan.” Tanpa riak, Johan berkata kepada
Mak nya. Mak sudahpun tersenyum lebar sambil memegang senduk nasinya. Dari tadi
rupanya orang tua kenit yang comel ni mengintai dari dapur apa yang dua orang
dara dan teruna tu tengah bincangkan.
Mak memandang Johan dengan senyuman
manis.
“Angah...amacam. Mak perlu pergi
pinang anak Midin tu ka?” Sakat Mak selamba. Sama selamba macam anak teruna
dia. Johan tarik muka jeliknya.
“Mak jangan mengada...calon menantu
mak yang ini...” Kata Johan sambil menunjukkan ke arah Jaz yang turut mampir ke
dapur itu. Jaz sudah mampu tersenyum.
“Oh...boy...mak
tak sangka berjaya juga rancangan kita ya Jaz?” Mak berkata apabila Jaz sudah
membantunya mencedok nasi ke dalam pinggan. Johan pula sudah tarik muka masam,
masih tak percaya dia buta-buta kena pedajal oleh mak dan juga Jaz.
“Mak dah rosakkan rancangan kita
awal-awal lagi mak.” Jaz berkata sambil tergelak kecil. Mak sudah
terkekek-kekek di meja.
“Mak dah tua sayang...sebab tu kamu
dua-dua ni kena cepat-cepat kahwin, lepas tu...bagi mak cucu.” Jaz terus terasa
pipinya berbahang setelah mendengar komen Mak itu. Johan masih dengan muka
tiada perasaannya.
“Mak, bagi Angah cintakan dia dulu
mak, baru kahwin mawen bagai tu.”
“Ala...cinta lepas kahwin pun okay
apa, Angah.”
“Tak ada tak ada...”
“Tak apa mak, nanti Jaz menuntut
dengan mak macam mana nak bagi dia dengar kata Jaz.” Jaz mencelah. Mak sudah
memberi thumbs up kepada Jaz.
“Mana boleh macam tu...mak...” Johan
merungut, tidak puas hati mak menyebelahi Jaz. Jaz sudah tersenyum puas.
Selepas ini, Johan tak boleh lari dari dia dah nampak gaya ni. Mak dah
bersepakat dengan dia, kuasa veto ada di tangannya.
“I’m
your mother, I can do whatever I please...” Habis bersepah keluar BI mak.
Jaz tergelak melihat muka Johan seperti tapai basi itu.
“Tak apa awak...nanti saya bluetooth rasa cinta saya ni dekat awak
ye hari-hari, lama-lama, awak mesti boleh sayangkan saya juga.Kan mak kan?” Jaz
bekata yakin. Johan sudah terdiam.
“Awak jangan pergi bluetooth kat jantan lain sudah ye Min.
Satu peluang sahaja.” Johan bertegas. Jaz mengangguk laju-laju.
“Saya janji. I’m hooked to you, dah tak boleh lari dah pun. Saya dah jatuh
sayang dekat Mak dah pun. Saya janji saya tak lari.”
“Dan saya janji saya akan bukakan
hati saya untuk awak...” Johan berkata dengan lembut kali ini. Rahang Jaz
hampir mencecah lantai.
“Hang habaq apa?” Jaz berjenaka.
Johan menolak sedikit dahi Jaz. Ada hati nak ikut dia cakap utara. Pelat semacam
bunyi!
“Cheq
habaq cheq akan cuba sukakan hang!”
TAMAT
Reminder : No proofread has been done. This is just for fun :)