KARDIGAN berwarna biru
gelap itu ditarik rapat ke dadanya. Rambut yang perang itu disisir dengan jari,
kemudiannya ditarik dan diikat menjadi ekor kuda. Mata menala ke segenap
penjuru Sydney Harbour itu.
Indah, sangat indah. Tapi sejuk
hingga menusuk tulang.
“Here,
your cappucino.” Suara berpelat Australia itu menegurnya. -Sebuah senyuman
manis ditarik dan dia mengambil cepat-cepat cawan kopi tadi.
“Thanks
Lui!Here, have a seat.”
Punggung dianjak ke tepi agar
memberi ruang kepada wanita bernama Lui itu. Lui menyertainya. Pandangan turut
ditala ke arah laut yang terbentang luas itu.
“Mar...” Panggil Eloise perlahan.
Dia menghirup sedikit kopi dari cawannya. Pandangan matanya pula menyorot jatuh
ke arah bayi yang berada di dalam buggy
di sebelah kerusi bangku itu.
“Are
we doing the correct thing?” sambung Eloise lagi. Maria memandang ke arah buggy itu dan dia mengeluh hebat. Jarinya menyentuh perlahan bayi
perempuan yang sedang dibuai lena itu.
Hatinya kembang setiap kali melihat
bayi tersebut. Namun, apabila teringatkan beberapa hati yang telah dilukai,
terus rasa bersalah menjengahnya.
“I
love her, Eloise. You can’t expect me to return her to him now, do you? Lova is mine. Never his,” balas Mar.
Bayi di dalam buggy itu menggeliat kecil. Sebuah senyuman manis terbit pada wajah
Mar.
Ya, mulai sekarang. Lova ni anak
dia. Hanya kepunyaan dia. Dan tiada sesiapa pun dapat pisahkan dia dari Lova,
kecuali Tuhan.
Dia akan sayang Lova, besarkan Lova,
dan berikan kasih sayang kepada Lova selayak mana seorang ibu memberikan kasih
sayang kepada anaknya. Lova adalah anak dia.
“But
Mar, he will come to know this. Sydney is not that big!” Eloise
menyuarakan kegelisahannya. Dia takut, dia takut kalau suatu hari nanti lelaki
itu akan tahu apa yang Mar telah lakukan. Dia takut nanti Mar akan terseksa kerana
lelaki itu mampu hancurkan hidup Maria.
“I’m
going to bring her home, Lui. I’m going back, for good.”
Ucap
Mar, nekad. Ya, benar kata Eloise. Kalau dia duduk sini, Gabriel akan tahu.
Gabriel akan rampas balik haknya. Dan Mar tidak mahukan perkara tersebut
berlaku.
Mata Mar meneliti wajah polos Lova.
Lova
sayang, mummy akan jaga Lova sampai bila-bila. Lova saja yang mummy ada. Lova
saja yang boleh gantikan Marsha. Mummy buat semua ni kerana terpaksa sayang,
Mummy terpaksa. Mummy tak boleh lepaskan Lova. Mummy minta maaf sayang...getus
hati Mar perlahan.
Memang dia tak dapat bayangkan
hidupnya tanpa si kecil ini. Kosong dan tidak bermakna, barangkali. Kerana
itulah, dia sanggup melanggar segala janji, segala amanat dan menjadi
pentingkan diri sendiri. Semuanya kerana Lova.
“But
she still has a father, Mar...”
Maria kalih memandang Lui. Tangan
Lui dipegangnya. Dia mendongak mencari anak mata wanita tersebut. Ya, Mar tahu
yang Lova masih ada ayah. Tapi, Lova juga perlukan seorang ibu, bukan? Mar sanggup
jadi ibu Lova. Malah, Mar yakin yang Lova perlukan seorang ibu lebih dari
seorang ayah. Dia nekad!
“Lui,
promise me. Promise me you won’t tell him this? Don’t tell him that he has a
daughter. Promise.”
Mar nekad. Tangan Lui dipegang
kejap. Lui serba salah. Apa yang patut dia buat. Marsha kawan dia, Maria pun
kawan dia. Suami Marsha pun kawan dia. Namun, pada siapakah yang patut dia
patuh sekarang ni?
“Lui,
please?Promise me?” rayu Maria. Matanya bergenang. Dia mengharapkan budi
Eloise. Kalau Eloise buka mulut, hidupnya akan kelam. Semua orang akan membenci
dia.
Eloise mengeluh berat. Bahu Maria
diraih.
“I
promise, Mar.” Berat hati Eloise untuk memeterai janji tersebut. Namun,
apabila terkenangkan nasib Maria, dia tahu Maria perlukan Lova dalam hidupnya
juga. Lova, buah hati ulam jantung Maria.
“Thank
you, Lui. Thanks...”
Ohhh >_< best nyee! !
ReplyDelete-fz-
alahai pendek nye
ReplyDeletebest..
ReplyDeletebest...tapi pendek sgt...part two..please...
ReplyDeleteBest....sambung ye...nak lagi..^_*
ReplyDeleteBila nak sambung ni.....
ReplyDeleteOh yeahh..feels like Mills & Boon already..hehe.. can't wait!
ReplyDelete