“Yaya...mama tak marah ke nanti kalau tahu kau
guna oven dia without adult’s
supervision?” pertanyaan bernas dari si adik pada pukul 4.30 pagi itu
ternyata membantutkan pelan yang dirancang rapi oleh Nurul Liyana binti Khayrel
Reza itu.
Yaya mengeluh sambil pandang Luq
yang jelas mengantuk itu dengan penuh
kebuntuan. Kaki yang tersarung bunny
slippers di goyangkan. Jari mula menggaru pahanya yang tersarung yoga pants
berwarna hitam itu. Alamak...macam mana ni?
“Kenapa tak kejut je abang? Dia kan adult. So we would definitely not get into trouble.” Sambung Luq lagi.
Ternyata bernas cadangan si 15 tahun itu.
Apparently,
mama dengan papa dia punya definition
of being and adult is dah ada lesen
kereta, dah boleh mengundi dan dah 21 and
above . Yaya pula baru 18 tahun,
lesen kereta pun asyik sangkut masa nak naik bukit, sampai ke tua agaknya tak
jadi adult dalam mata mama dan papa
dia. Haila, nasib bila seorang sahaja anak perempuan dewasa dalam famili.
“Hoi. Nak kejut abang ke tak ni? Termenung
pulak kau.”
Teguran si adik mengembalikan dia ke realiti.
Lagi sekali, dia mengeluh.
“Kau pergi kejut dia Luq. Abang is not a morning person. Nanti dia
marah.”
Serentak
itu Luq menjungkitkan keningnya tinggi-tinggi. Kepalanya digeleng laju-laju.
Nak kejut singa muda tu? Pukul 4.30 pagi? No
way in hell!
“Alaaa dik!! Please please please? Kau kan adik favourite abang. Dia takkan mengamuk punya kalau kau kejutkan dia.”
“Eeesh favourite abang si kenit pelat yang umur lima tahun tu! Kalau aku
kejut lagilah dia mengamuk! Kau kejutlah dia. Kau punya pelan nak buat surprise ni kan? Dah shuuh shuuh.”
Senang
Luq menghambat Yaya keluar dari dapur. Yaya menunjal sedikit kepala adik dia
lalu mencebik geram. Dasar adik tak boleh harap! Sengaja aja suruh aku hadap
abang bila mood dia kelaut kan? Sengaja!
DIA
mengetuk pintu yang mempunyai emblem tengkorak dan juga bertanda ‘Do
not Disturb’ itu berkali-kali. Sudah hampir lima minit dia berbuat demikian
namun masih tiada respons. Rambut hadapannya ditiup kasar. Kalau lagi sekali
dia ketuk dan masih tidak bersahut, jangan marah kalau dia terjah masuk aja.
“Apa bising pagi-pagi ni? Orang nak
tidur lah!” Rungutan dari dalam bilik sudah buat dia tersenyum lebar. Bangun
pun dinosaur sorang ni.
Pintu bilik dibuka kasar dan dia
harus mendongak untuk memandang ‘dinosaur’ di hadapannya tika itu. Dari rambut
yang serabut, turun ke mata yang masih merah, kemudian ke badan sasa yang masih
tidak berbaju itu, semua dia pandang. Tiba-tiba dia terasa pipi dia panas.
Aiyak!
“Hmmm. 4.30 in the morning ni Liyana. Better
be something good.” Garau suara Luth menyahut telinga Yaya. Yaya menekur kakinya
lama. Hujung rambutnya yang melebihi
paras dada dipintal-pintal.
“Nurul Liyana!”
Suara kasar itu membuat Yaya
tersentak. Dia membulatkan matanya lalu memandang Luth lagi sekali.
“Hai abang!” nada suaranya
diceriakan. Tangan naik membuat simbol ‘peace’ di muka pintu dinosaur itu.
“Hai-hai
apanya? Aku baru nak lelap pun nak kacau.” Rungut Luth, geram. Badan masih
belum terbiasa dengan waktu Malaysia, susah nak pejam mata pun. Seksa satu
badan pusing kanan, pusing kiri atas katil.
Yang
dia ni pula, pagi buta pun duduk ceria lagi. Sebijik ikut perangai mama. 24 jam
ceria aja kerja.
“Yaya
nak mintak tolong...sekejaaaaap aja.” Halus, suara Yaya mencecah telinga Luth.
Ingatkan balik rumah summer holidays dapatlah
rehat dan Qada’ tidur, rupanya dua kali lima sahaja. Kalau dia tahu adik-adik
dia ni tahu nak ganggu tidur dia aja, baik dia ikut kawan-kawan dia pergi
melancong Eropah.
Tapi, mana boleh dia tak balik
jenguk mama tersayang. Habis SPM sahaja dia dah terbang. Ikut jejak langkah
papa dan Uncle Chap dia, nak jadi doktor, tapi doktor gigi. Mama dia kalau
boleh tak nak lepas dia pergi luar negara, tapi apabila papa dia pujuk punya
pujuk, terlepas juga. Betapa sayangnya mama dia pada dia.
“Pukul 4.30 ni. Tunggu matahari
terbit tak boleh ke? Abang jetlag lagi ni.” Rayunya. Memang, dah dua hari dia
balik rumah, tapi asal nak tidur mama ajak pergi tengok opah, asal nak baring
papa ajak keluar, asal nak lelap adik dia kejut suruh bangun sebab nak minta
tolong. Haduila, penat jadi anak sulong. Tapi, sepatutnya Yaya yang sulong
sebab dia anak angkat sahaja, tapi mahu mama dia pancung kepala dia kalau dia
mendiskriminasikan diri dari keluarga itu.
“Abang...hidup mati Yaya dengan Luq
ni. Please?”
“Gosh!
This better be worth my sleep, Liyana.”
“Abang ni cranky la! Lupa ke hari ni hari apa?” balas Yaya se-das. Kakinya
laju memanjat turun anak tangga.
Luth menurunkan tangannya dari
menggesel mata. Hari ni hari apa?
“Hari ni hari apa Liyana?”
Yaya
terhenti di hujung tangga. Dia bercekak pinggang dari bawah. Liyana. Dah lama
‘abang Fifi’ dia ni tak panggil dia Yaya. Sikit-sikit, Liyana. Dah tak ada
ruang nak bermanja rasanya bila abang ‘tercinta’ dia panggil dia Liyana. Tegas
semacam bunyinya.
Yaya pun nak bergurau dengan Luth
dia fikir dua kali. Sejak dah besar dewasa ni, jurang dia dengan Luth memang
terasa. Abang dia manja dengan mama, papa, dan Luq. Tapi bila dia nak manja
sikit, cepat-cepat kena tepis.
“Liyana, mengelamun tak habis.”
Suara Luth di hadapannya menyedarkan dia. Dia berdehem dan memandang ke tempat
lain selain wajah Luth.
“Hari ni kan father’s day!” jawab Yaya mudah. Dia melangkah ke dapur diikuti
Luth.
Yaya menolak pintu seret lalu
menyambung tugasnya yang tergendala tadi. Luq sudah susun tray elok-elok.
First batch ada tray chocolate chip
cookies with hazelnuts, second batch ada muffin coklat M&Ms kegemaran Luth
dan papa dia dan third batch ada cheese cake.
Mata Luth terus segar apabila
menghidu bau vanila dan coklat yang semerbak di ruangan dapur itu. Dia menepuk bahu Luq kemudiannya
menjungkitkan keningnya tinggi-tinggi apabila Yaya tidak berkata apa-apa.
Yaya masih belum memberitahu tujuan
dia dikejutkan seawal pagi ini.
“Kakak kau kejut aku kenapa Luq?”
tanya Luth sambil mengambil tempat di sebelah Luq. Yaya yang kelihatan sibuk
dengan trays dia itu dipandang
sekilas.
“Dia perlukan adult supervision untuk
guna oven mama.” Balas Luq mudah. Luth pula ternganga. Adult supervision? Itu
sebab mustahak hidup dan mati yang Yaya cakap tadi? Apa dia tak cukup adult
lagi ke nak guna oven tu?
“Just
to get off the leash, abang. Yaya nak buat surprise untuk papa. Masa kita kecil mama kan selalu bake things
for us, now we are returning the favour.” Ujar Yaya sambil menutup pintu
oven. Dia kemudiannya bersandar pada sinki dan memandang Luth yang merenungnya
dengan pandangan membunuh itu.
Alahai, marah ke?
“Abang, father’s day. Sekurang-kurangnya Yaya punya idea bernas. She does all the work, we just accompany
her.” Tokok Luq, nak kasi abang dia sejuk sikit apabila dipaksa rela bangun
dari tidur.
“Okay. I’ll supervise. Liyana, buatkan kopi secawan. Abang tak boleh buka
mata ni.”
Yaya
bergerak mencari balang kopi, namun hampa apabila melihat isinya yang sudah
tinggal kosong. Balang ditayang pada Luth dan keningnya dijungkitkan.
“Kopi habis.”
“Nescafe tak ada ke?”tanya Luth
kembali. Tangan ditongkatkan pada dagu, memandang si Yaya. Yaya kembali mencari
paket Nescafe.
“Hazelnut punya perisa aja abang.”
Jawab Yaya apabila menemukan apa yang dicari tadi. Paket Nescafe itu ditayang
pada Luth. Luth menggeleng laju-laju.
“Original tak ada ke?” kali ini dia
sudah bangun dan mendekati Yaya. Yaya cepat-cepat lari ke tepi apabila Luth
yang tak berbaju itu mendekati dia. Segan la pulak rasa.
“Teh ajalah Liyana.” Akur Luth
apabila jenis-jenis kopi yang dijumpainya tidak menepati cita rasa. Baik minum
teh, senang cerita.
Yaya tersengih dan menggigit bibir
bawahnya.
“Yaya tak reti buat teh tak instant. Mama beli teh serbuk aja.”
Pengakuan
Yaya membuat Luth memandangnya. Hujung bibir Luth sudah terangkat. Lengan Yaya
disiku dan balang serbuk teh dicapai dengan tangan kiri dari atas rak.
“Umur 18 tahun, buat teh pun fail? Tak kahwin sampai ke tua kau ni
Liyana.” Selamba, Luth mengusik. Yaya sudah tarik muka masam.
Kain buruk dicapai dan dia melibas
bahu Luth, geram. Ada ke patut cakap orang macam tu.
“Ala, I’ll find myself a coffee man ajalah. Bukannya dia risau pun kalau Yaya tak
boleh buat teh. As long as I make good
coffee, kan?”
“Mak mertua kau confirm bising nanti. Menantu tak pandai buat teh.”
“Abang ni nak mula balik lah kan?
Dari kecil sampai besar suka tease Yaya.”
“Eh, masa kecil Liyana yang suka
cari pasal dengan abang.”
“Abang ni...mana ada, Yaya kan good
girl.”
“Goodgirl
la sangat. Luq, macam ni ke goodgirl? Rambut warna warni, tindik dua tiga
kat telinga, kuku cat hitam, I do wonder
where the Princess Liyana that you used to be those days went.” Komen pedas
dari Luth setakat keluar telinga kiri sahaja.
Papa dia cakap, buatlah apa dia nak
buat pun masa muda ni. Mama pun setuju. Dia nak warna rambut, papa bagi. Nak
tindik lebih dari satu, silakan. Nak cat kuku setiap kali lepas solat, buatlah.
Asal tak lebih dari batas, sudah.
“Her
hair is cool though. And of course she’s a good girl.” Luq menjawab dengan
tenang.
Yaya berjalan ke arah Luq dan
memeluk bahu adiknya itu. Kemudian, pipi Luq dipegang dan Luq mula meronta
apabila dah dapat kesan apa yang Yaya nak buat.
“I
love you baby brotha!”
“Get
off me! Get off me! Abang!! Don’t let her smother me with her yuckie kisses!”
Luq menjerit dan sedaya upaya menolak muka Yaya menjauhi dari pipinya. Yaya masih
berusaha untuk mengucup pipi adiknya.
“But
you love my kisses, dik.”
“Helo, tu masa aku kecik okay. Masa
tu aku rendah pada kau, nak buat macam mana tak boleh nak elak. Now I’m waaay taller and I shall never let you kiss me again!
Geli tau.” Luq berdiri cepat-cepat apabila Yaya nyaris berjaya tadi.
Yaya bercekak pinggang. Kemudian,
dia melihat baki tepung gandum yang digunakan tadi. Dengan serta merta, dia
menggenggam sedikit dan membaling tepung itu kepada Luq. Luq terpana.
“Okay. Aku tarik balik. She’s a bad bad bad girl abang.” Ujar
Luq, sambil mencapai juga baki tepung itu dan baling ke arah Yaya.
Luth bersandar di tepi sinki. Mata
tidak lepas memandang permainan dua orang adiknya itu tanpa minat. Cawan yang
terisi air teh hangat dihirupnya perlahan-lahan.
“Wey bodoh!”
Jerit Luq geram apabila Yaya
mencurahkan kesemua gandum tadi ke atas kepala Luq apabila Luq terjatuh.
Yaya tayang senyum puas hati. Tangan
dihulurkan pada Luq, offer nak tarik Luq bangun. Luq sambut huluran Yaya.
Mata memerhatikan tangan Yaya yang masih menggenggam tepung dalam sebelah
tangan.
Dia
bangun, dan belum sempat Yaya buat apa-apa, Luq dah tolak Yaya ke belakang.
Yaya melepaskan tangannya untuk berpaut pada hujung island table, namun lantai yang licin dek tepung itu membuatkannya
semakin ke belakang dan akhirnya merempuh badan Luth. Cawan Luth di tangan
jatuh ke lantai. Akhirnya, Luth juga bermandi tepung.
Yaya
bangkit ingin menyerang Luq. Namun, Luth lagi pantas. Tshirt Yaya dipegang
kejap.
“Nurul
Liyana, enough.” Arahan sejuk beku
dari mulut Luth membuat Yaya terdiam. Luth sudah pandang dia macam nak telan.
Alamak, dinosaur datang balik dah.
“Tapi,
tapi...”
“No!”
“Padan
muka kau Yaya.” Luq menyambung. Bajunya yang penuh tepung dikebas-kebas. Lidah
dijelir ke arah Yaya.
“Kau
pun Luqman. Perangai macam budak-budak, kalah Wisya. Tengok dapur ni, bersepah
dengan tepung! Kalau mama turun macam mana? Mama tahan lagi, kalau papa turun?”
Semua
terdiam mendengar logik akal Luth. Yaya mengeluh, kemudian mencapai batang
penyapu dan dustpan. Luq pula
mencapai kain pengelap.
“Yaya
pergi mop, abang handle kaca ni.”
Arah Luth tegas sambil merampas penyapu dan dustpan dari tangan Yaya. Yaya
turut tanpa membantah. Mau kena bambu dengan Luth kalau dia bantah.
Sekali
pandang Luth, nampak sangat dia cuba tahan diri dari berleter lagi. Baru sahaja
mereka ingin memulakan kerja kemas mengemas, pintu dapur dibuka. Kesemuanya
membatu.
Mati
semua orang kalau mama atau papa yang turun. Memang hancur surprise.
Namun, kesemuanya melepaskan nafas
lega apabila melihat tubuh kenit yang muncul dari sebalik pintu.
“Kak Aya igi ana? Wicha impi oter!
Wicha akut” Si pelat bertanya kepada Yaya. Botol susu dimulut tidak dilepaskan.
Yaya
melepaskan batang mop dan mendokong si adik bongsu yang mendepakan tangan ke
arahnya. Besar panjang pun nak dokong lagi. Papa lah ni, ajar mendokong.
“Wisya mimpi monster ya? Mana ada
monster sayang.” Pujuk Yaya apabila Liliana Luisa mula buat muka sememeh nak
nangis. Rambut perang paras bahu Wisya diusap dan Wisya diletakkannya ke atas
bangku.
“Ada. Dia nak mam Wicha.” Budak
kecil itu berkata lagi. Kepalanya diangguk-angguk.
“Dia nak mam Wicha sebab Wicha ni
sedap!! Ho ho ho.” Luq mengusik Wisya dan tiba-tiba kepalanya diluku perlahan
oleh Luth.
Yaya terkekek-kekek ketawa apabila
Luq diluku Luth. Padan muka! Usik lagi Wisya.
“Abaaaang!!” Wisya yang ingin
menangis tadi terus tak jadi menangis apabila melihat Luth. Tangannya terus
didepakan supaya Luth dokong dia. Luth akur dan mendokong si comel itu. Adik favourite katakan.
“Helo
princess.Abang teman Wisya tidur ya?
Yaya kena kemas dapur, she’s been a bad
girl and she needs to clean up her mess.Luq too.” Luth berkata. Mata
memandang tepat pada Yaya dan Luq yang berdiri sebelah menyebelah.
“Okay!
Oter tak datang alau abang ada. Abang bg
and twoong! Like papa.” Serentak itu Wisya menyandarkan kepalanya pada bahu
Luth. Botol susu di mulut di lepaskan dan diserahkan pada Yaya. Ibu jarinya
dimasukkan ke dalam mulut menggantikan botol susu tadi. Matanya kembali kuyu.
Luth
menepuk-nepuk punggung Wisya dan berjalan keluar dari dapur. Sebelum itu,
sempat lagi dia memesan kepada Yaya dan Luq supaya mengemas semuanya sebelum
naik sambung tidur.
LUQ
melepaskan nafas lega apabila abangnya keluar dari dapur. Serentak itu, oven pun berbunyi ‘ding’ tanda sudah
siap.
“Luq,
kau mop. Aku nak check sana.” Kata Yaya. Batang mop diserahkan kepada Luq. Luq
tarik muka masam.
“Eh,
tak dengar ke tadi? quote‘Yaya kena
kemas dapur, she’s been a bad girl and
she needs to clean up her mess.’ Unquote.”
“Iya
aku dengar, kejap lah. Kau mula dulu, aku nak decorate muffin semua benda ni.”
“Okay
okay. Kau buat benda kau, aku kemas.
Deal.”
Sepuluh
minit kemudian...
Luq
menutup mulutnya yang sedang menguap itu. Mop diperah dan dibilas di dalam
sinki. Kemudian dia mengeringkan mop itu di luar dapur. Pintu belakang ditutup
dan dikunci.
“Kau
naik tidur la, dik. Aku dah nak siap ni.” Pesan Yaya. Kesian dia tengok Luq,
penat kena dera. Luq angguk kemudian menghampiri Yaya. Sebiji muffin dicuri dan
dia mengucup kepala Yaya yang sedang duduk itu.
“Nights kak. Sorok leklok nanti.”
Yaya
tayang sengih. Dia angguk. Kemudian, dia kembali fokus kepada kerjanya.
“Sikit
aja lagi, lepas tu boleh tidur.” Katanya pada diri sendiri. Piping bag dicapai dan dia mula membuat bentuk ros di
atas setiap cawan cheese cake.
Setelah
siap, dia simpan elok-elok kek itu. Dia kembali duduk di atas kerusi dan
kepalanya disandarkan pada island top
tersebut. Bibirnya tersenyum lebar. Selesai pun apa yang dia rancang. Lama-lama
matanya semakin kuyu.
YAYA berlari
sepantas mungkin sambil memegang tray
cheese cake itu. Tak akan sesekali dia menyerahkan kek cawan papanya kepada circus clown yang gila kek itu. Dia
harus selamatkan kek itu.
Namun,
malang tidak berbau, kakinya tersadung akar pokok ketika melarikan kek
itu.Clown tadi menghampirinya dan merampas kesemua cheese kek.
“Don’t take it!!” jerit Yaya. Serentak
itu bahunya disentuh. Yaya tersedar dari mimpinya. Dia memandang sekeliling dan
melihat Luq dan Luth yang sedang memandangnya pelik.
“Apa
pandang-pandang? Tak pernah mimpi kena kejar dengan badut ke?” tanya Yaya
selamba. Dia bangun dan mencuci muka di sinki. Tak sangka dia terlena di meja
dapur.
“Tak
pernah. Dah pukul tujuh ni, mama papa mesti bangun dah.Aku check nak gerak kau
kat bilik tengok-tengok abang yang tidur tepi Wisya.Aku pun kejut abang and
cari kau.” Jelas Luq. Yaya angguk sahaja walaupun dia masih mamai.
“So, shall we wake papa up or what?” soal
Luq. Yaya pandang Luth dan Luq,
kemudiannya angguk kepala.
“Abang
dah hantar Wisya suruh kejutkan papa dan suruh papa turun.” Jawab Luth tenang.
Yaya mengangguk.
“Luq,
ambil cupcake dari peti. Abang, passkan piring
satu.”
“PAPA!!
Good morning!” suara halus itu membuatkan Kay membuka matanya. Belakangnya yang
masih dibalut cadar dihenyak-henyak.
“Warghhh!!!
Papa no! Papa no!” Wisya ketawa terkekek apabila papanya menariknya turun dan
mula menggeletek badannya.
Kay
menggeletek kaki kecil Wisya dan semakin kuat puteri bongsu dia menjerit-jerit.
Nasib baik ada Wisya, anak-anak dia semua dah besar, Wisya buat teman main-main
macam ni. Kalau dulu Yaya, sekarang Wisya.
“Where is that little monster that woke me
from my sleep? I want to eat her for breakfast!” Kay membuat jenaka. Kaki
Wisya digigitnya perlahan. Semakin kuat anak gadisnya itu menggelupur di atas
katil.
“Mamaaaaa!!!”
jerit Wisya, minta pertolongan dari mamanya yang dari tadi hanya diam
memerhati. Kiah sekadar tersenyum.
“Olong
Wicha mama!!” rayu Wisya sambil gelak menahan geli.
“Mama
tak tahu. Wisya yang kejutkan papa. Mama tak boleh tolong.” Jawab Kiah selamba.
Wisya terjerit sekuat hati apabila Kay mula menggeletek perutnya.
“Bukan
Wicha sengaja, abang suruh.” Jawab Wisya. Bibirnya dimuncungkan. Dia hanya ikut
arahan abang. Tak pepasal kena attack
dengan papa macam ni.
Kay
mengucup muncung itik Wisya sebelum bangun. Wisya cepat-cepat turun dari katil
apabila papanya sudah tidak menggeleteknya.
“Mama
papa cepat-cepat. Abang suruh turun.” Pesan Wisya sebelum dia berlari keluar
dari bilik.
Kiah
memandang Kay dan Kay memandang Kiah. Muka mereka penuh dengan tanda tanya.
“Pagi
lagi ni sayang, anak-anak kita tu plan apa dah ni?” tanya Kay. Kiah mengangkat
bahunya. Dalam diam dia simpan senyum, hatinya kuat mengatakan ada surprise menanti Kay di bawah nanti.
“Huk!
Lupaaa!!” Yaya menarik rambutnya sedikit. Sumpah lupa. Luth memandang yaya
dengan kening ternaik. Luq pula sibuk menyusun kek cawan, dan segala mak neka
yang dibuat dini hari tadi di atas meja dining.
“Lupa
nak tulis wish.” Jawab Yaya, kalut.
“Tak dan dah. Cakap je kat papa nanti.”
Tokok Luth apabila melihat Wisya sudah melangkah turun.
“Papa coming!” Jerit Wisya teruja. Dia kemudian berlari ke arah Luth,
seperti biasa, nak minta dokong. Luth pun bukan nak menolak.
“Happy father’s day!!” jerit mereka
bertiga apabila Kay muncul dari atas tangga dengan Kiah disebelahnya. Kay
terpana. Dia memandang ke arah Kiah yang turut terkejut itu. Nampak sangta Kiah
tak tahu menahu tentang idea ini. Selalunya Kiah yang menjadi dalang.
“Wow. Thank you kids.” Ucap Kay
apabila sudah turun dari tangga. Pinggang Kay diraih Yaya dan dia dibawa ke
meja makan.
Kiah yang diiring oleh Luq itu terus
membulatkan mata apabila melihat apa yang terhidang di atas meja itu.
“ Yaya...”
“Abang supervise Liyana dengan Luq ma.” Cepat-cepat Luth mencelah sebelum
mamanya sempat bertanya kepada Yaya. Yaya tersenyum lebar. Selamat!
“Wow...sweet tooth papa dah berdenyut ni. Smells delicious.” Puji Kay,
matanya sudah rambang melihat cheese cake dan muffin yang terhidang.
“Yaya buat! And we all helped.” Luq
memberitahu papanya.
Kay
memandang Yaya dan mengucup pipi anak daranya yang dah besar itu.
“Wicha elped too! Wicha waked papa!”
Wisya juga nakkan perhatian. Mereka semua tergelak dengan telatah si comel itu.
“Love you Mr teddy. You are the best
dad in the world.” Yaya berkata. Kay tersenyum lebar sambil mengenyitkan
matanya kepada Kiah.
“You love me more because I convince
mama that you can dye your hair kan.”
Kiah
sudah menampar bahu Kay apabila Kay menayangkan muka nakalnya kepada Kiah. Mahu
dia pengsan masa Kay bagi kebenaran kepada Yaya itu hari. Ingatkan Yaya nak dye
warna biasa-biasa tapi sekali rambut perang dia diselang dengan beberapa
helaian yang warna warni, nyaris dia mengamuk.
“That makes me love you more, papa!”
balas Yaya sambil tergelak kecil. Ya, dia anak papa dari kecil. Tapi perangai
aja ikut mama dia.
“You are my idol, papa!” Luq
mencelah.
“Pa...Luth tahu Luth bukan anak
kandung papa, but you are the best father
figure I could ever asked for. Luth sentiasa akan sayangkan papa dan mama.”
Luth pula berkata. Semua yang ada di situ tiba-tiba menjadi sayu.
Kay bergerak mendekati Luth. Dia
memeluk Luth erat, dan Wisya menjadi sardin ditengah-tengah.
“Papa, Wicha loves you! You are my
king!” Wisya mencelah dengan ceria apabila pelukan dilepaskan. Dia memanjangkan
tengkuknya untuk mengucup pipi Kay.
Kemudian,
dia memegang pula wajah Luth.
“Abang my pwince!” dan sebuah
kucupan di hadiahkan juga kepada Luth. Luth tergelak senang, seiring dengan
papanya.
“Khairina loves you too, papa!” Kiah
mencelah dan dia membuat gaya peace di tepi Yaya. Dahla sama-sama kenit, wajah
pun nak sama.
“Arghh mama ni...janganlah kacau
daun.” Rungut Luq apabila Kiah mencelah.
“Eh biarlah. Mama nak ucap juga kat
papa.” Bantah Kiah, bibir dimuncungkan.
“Mama mana boleh panggil papa, papa.
Mama kan isteri papa. Kalau mama nak ucap, call la atuk.” Yaya menjawab pula.
Kiah makin membuat muka toya.
“Ala biarlah mama kamu nak perasan
muda.” Balas Kay senang. Kiah tersenyum gembira.
“Pa, kalau mama perasan muda, dan
kalau Khairina tu jadi kakak kiterang, mama baru kita nama apa ek?” Sakat Luth,
serentak itu Kiah terus mencerlung ke arahnya. Dia membuat muka hebatnya ke
arah mama tersayang.
“Abang! Jangan ajar papa kau
bukan-bukan.” Dengan geram Kiah berkata. Kesemua mereka tergelak melihat mama mereka yang berapi itu.
“Ala mama, chill la. Papa tak
pandang orang lain selain mama lah. Ingat kami tak tahu ke?” Luq menambah.
“Usik lagi mama kamu ni. Khairina
abang ni pun, cepat melatah.”
“Whatever, abang sayang. Happy
father’s day, darling! You have been the best husband, and the best father to
me and our children.” Serentak itu, sebuah kucupan singgah di pipi Kay.
“Wuuu!! Mama dengan Papa makan cepat
lepas tu boleh sambung geli-geli dalam bilik.” Selamba saja Yaya berkata.
Serentak itu, kepalanya disekeh
perlahan.Dia memandang Luth geram. Apa main sekeh-sekeh ni?
“Papaaaa...tengok abang ni, sekeh
Yaya.” Adu Yaya manja.
“Usik mama lagi, Liyana. Tak baik.”
Balas Luth selamba.
“Abang ni sengaja tau!”tokok Yaya
lagi.
“So?” Luth menjungkitkan kening.
Yaya bercekak pinggang.
“Mamaaa...tengok abang ni!” Yaya
memandang Kiah dengan penuh harapan agar mamanya itu marah kepada abangnya.
“Mama dah puas tengok, Yaya.”
Jawapan selamba dari Kiah membuatkan Yaya tidak berpuas hati.
“Papa...” Harapan Yaya hancur
apabila papanya juga turut menangkan si abang.
“Papa pun dah puas tengok Luth tu.”
Yaya
mencebik. Dia menghentakkan kakinya lalu duduk di atas kerusi.Sebuah kek keju
dicapai dan disuapnya ke dalam mulut. Baik makan kek dari tengok semua orang
geng dengan Luth.
“Yaya, asyik gaduh dengan abang tu
nanti berjodoh baru tahu.” Teguran Kiah membuatkan Yaya tersedak.
“Tak ada orang nak kahwin dengan dia
ma, pa. Buat teh pun tak lulus. Luth pun tak nak dekat dia tu.” Suara jengkel
Luth makin membuat darah Yaya mendidih. Sebiji lagi kek dicapai dan ditelannya
rakus.
Ingat aku nak sangat dekat dia? No
way! Never! Setakat ni perempuan yang boleh tolerate
dia pun mama sorang, entah-entah, dia yang tak kahwin sampai ke tua. Baru padan
muka. Tengok lah nanti abang, bini kau tu macam mana. Asyik mengata aku kan,
sekali dapat bini lagi teruk pada aku, baru tahu, getus Yaya geram.