"ARRGHHH"
"Push lagi Lea...sikit lagi...I can see the head...a bit more, that`s IT!" Kata Dr. Hafetz.
Aku tersandar keletihan. Aku tersenyum apabila mendengar
tangisan yang bergema di dalam labour room itu.
Dari sini, aku dapat melihat puteriku itu diqamatkan oleh
abang Luth...sedikit-sebanyak aku berasa sebak... ...sepatutnya, Zafran yang mengqamatkan bayi ini...
Abang Luth kemudiannya meletakkan bayi itu ke dalam
pangkuanku...aku tersenyum...kelakar melihat Abang Luth
yang masih dengan stetoskop di leher dan kot putihnya
tersarung kemas di badan...ni mesti nurse yang beritahu kat
dia yang aku dah bersalin...
"Hai, anak mama...keciknya awak ni..."
Aku mengusap lembut pipi gebunya...
"Adik nak letak nama apa?" tanya Abang Luth.
"Nur Rayyan Azalea...binti Tengku Zafran Aidi..."
Nama yang pernah aku dan Zafran rancang semasa aku
mengandungkan Zariel...pergilah engkau kenangan, ...janganlah engkau halangi jalan yang bakal aku tempuhi ini...
**********
" Adeq, Abang dapat further studies dekat RCS,Ireland... Specialist...I was thinking of taking all of us there bila Reyhan dah bersalin nanti...adik ikut abang yea?"
Aku tahu memang dah lama abang Luth ingin menjejakkan
kaki ke RCS tu...ternyata hasratnya tercapai...
"Baiklah abang...adeq ikut aja...dapat kita jenguk negara
arwah mama,kan?"
Arwah Mama aku seorang muallaf...dia orang Irish...dia
telah dibuang keluarga setelah memeluk Islam ketika
berusia 17 tahun. Akhirnya, dia bertemu papa yang
kebetulannya melancong di sana, dan mengambil keputusan
untuk berkahwin.
"Baguslah kalau macam tu...Rayyan mana? Dah tidur?Mesti
penat dia main dengan abang tadi...comel betul!"
"Abang ni macam tak kenal budak tu...baru je 8 bulan
dah buat perangai gedik dia...mentang-mentang baru dapat kaki...seluruh rumah dia explore"...
Aku akur, Rayyan memang budak yang bijak...tak buat
banyak karenah...senang nak jaga dia...Zariel dulu pun tak
macam dia...Rayyan ni tau-tau aje yang papa dia tak ada
kat sini...
**********
Kak Reyhan berjaya melahirkan sepasang kembar,dua-duanya lelaki...tak cukup tangan nak jaga...Rayyan pun happy dapat dua adik baru...hari-hari dia datang dekat aku bila aku dukung si kembar tersebut...
"Lea...semuanya dah beres? Esok flight kita pukul 8 malam..
sempat lagi kalau nak keluar beli apa-apa..."
ujar abang Luth...
"Semuanya dah beres,abang...sekarang...abang pergi
rehat...adik ni dah umur 22 tahun...I can manage...Okay?"
Sebenarnya aku kesiankan abang Luth, letih dia
menguruskan persiapan kami ni.
**********
KLIA
Dah tiba masa untuk boarding...baru aja aku ingin
mematikan handfon,tiba-tiba ada call masuk...aku
mengangkat...dah lama aku tak dengar khabar si pemanggil
ni...
"Hello Zariel...sayang buat apa tu?"
aku bertanya dengan anak sulung aku...
"Mama...tsk...tsk...papa dah tau yang Ayiel call mama
selama nie...papa marah Ayiel, papa kata...kalau Ayiel call
mama lagi, Ayiel bukan anak papa...ni pun papa keluar
ni...sebab tu Ayiel telefon mama...Mummy Myra yang suruh
Ayiel call mama...dia cakap, kalau Ayiel terus aja tak call
mama, nanti mama runsing...Mummy cakap lagi yang sejak
dia lahirkan baby Esha, dia dah mula faham perasaan mama
bila mama terpaksa tinggalkan Ayiel..."
Sebak aku dengar celoteh Zariel.
"Tak apa sayang, mama sentiasa ada dalam hati Zariel kan?"
"Ya mama...Ayiel sayang sangat kat mama..."
"Mama pun sayangkan Zariel...Zariel, lepas ni kan...Mama,
dengan adik ikut Uncle Long pergi Ireland tau...lama lagi
mama nak balik Malaysia...masa tu Zariel dah besar...
sayang jangan risau ye...nanti mama akan cari Zariel bila Zariel dah besar nanti."
Aku memberitahu Zariel tentang hal tersebut.
"Zariel, tolong pass telefon kat Mummy Myra kejap."
Aku tahu tindakan aku ini betul.
"He..Hello?" suara wanita menyahut di sebelah sana.
"Myra?Akak ni...Myra, kakak dah maafkan kamu...kakak dah tak nak berdendam...lagipun kakak tau...kamu masih lagi
mentah masa tu..."
aku menarik nafas seketika...melepaskan beban.
"Akak...saya minta maaf kak! Saya tak sepatutnya fitnah akak! Saya baru sedar,kak! Besar dosa saya pada akak!"
Aku dapat dengar esakan Myra.
"Bagusla kalau kamu dah sedar...dah lama kakak maafkan kamu, ...satu aja,.. kakak nak minta tolong daripada Myra..."
"Apa dia akak...katakan sahaja...insyaallah saya tolong akak!" Myra kedengaran begitu bersungguh-sungguh.
"Tolong didik Zariel seperti kamu mendidik anak kamu ye...jangan sisihkan dia, jadilah ibu yang baik untu dia ye...kakak hanya harapkan dia jadi anak yang baik nanti,
janji dengan akak ye...Myra?"
Aku mengelap air mata di pipi...ibu mana yang tak sayangkan anak?
"Saya janji kak, saya janji..."
Lega hati aku setelah mendengar akur janji dari mulut Myra.
"Sampaikan peluk cium saya buat Zariel...Myra tolong jangan biarkan Zariel lupa akan kewujudan akak ye... Assalamualaikum..."
Telefon bimbit itu aku bawa ke dada...ya Tuhan, semadikanlah aku dalam hati Zariel ya Allah...janganlah biarkan dia lupakan aku...
Zariel...mama terlalu sayangkan kamu...
6 BULAN BERLALU...
DEAR DIARIE,
Hari ni dah genap 9 bulan aku mengusung baby ni dalam rahim...hmm...tak sabar rasanya...Abang Luth scan hari tue, dia kata kemungkinan besar aku dapat baby girl...syukur...
Abang Luth pun bahagia sekarang...ya lah...Kak Reyhan dah pregnant pun...akhirnya...dapat jugak aku anak saudara...
Sepanjang aku duduk dengan Abang Luth, memang mereka berdua melayan aku sebaik mungkin...segan pula aku rasakan...
Hmmph...baby aku ni pulak...memang nakal! Sebijik macam Zariel dulu...asyik-asyik nak tendang...semput aku! Talking about Zariel, Ya Allah...rindunya aku kat dia...aku dah belajar terima kenyataan...biarlah Myra sahaja yang menjadi mamanya...tapi Zariel, mama tetap sayang anak mama! I miss you so much...
Ana dah lama hilang diari, sekarang aku adalah LEA, aku nekad untuk melangkah ke hadapan...meninggalkan segala kepahitan...
Diari,
Aku mendoakan biarlah Zafran bahagia di samping Myra...aku cuba memaafkan kekhilafan dirinya...tapi...parut luka semalam masih dalam...aku redha dengan ujian ini!
Aku harap, Myra dapat membimbing dan mendidik Zariel supaya menjadi anak berguna
To Zafran, I will keep loving you until God says so!
Lea Dayana...
Diari hitam itu aku tutup. Kak Reyhan muncul di sebalik pintu.Aku tersenyum ke arahnya.
"Hai adik kakak! Macam mana hari nie? Jadi ke tak nak cari barang baby?"
Aku memandangnya.
"Jadi la kak...kan dah janji dengan Abang tadi..."
Reyhan hanya mengangguk. Telefon Reyhan berbunyi, menandakan ada mesej masuk. Reyhan membaca mesej itu. Dia mencebik.
"Siapa kak?" tanyaku...
"hmmph...orang tua tu la...dia cakap, kita pergi dulu, jumpa kat IOI nanti...okeylah...jom bersiap, at least boleh layan B&R kat sana sambil tunggu dia..."
Aku tersenyum melihat gelagat orang-baru-mengandung kat depan aku ni.
"Apa senyum-senyum Lea? Bukan akak yang nak, baby Abang awak ni yang mintak!"
Reyhan membuat mimik muka garang. Lagila gelak sakan aku ni...
'Lea,Lea...kau memang tabah deq! Baru umur 21, dah macam-macam kau lalui...kalaulah akak yang ada di tempat kau...boleh gila agaknya...one day, you will own your happiness, deq! Tuhan itu Adil...'
Reyhan memuji Lea dalam hati.
"Jom akak,"...
*************
"Alaa kak, Lea tertinggal handphone dalam kereta la, mintak kunci...Lea nak pergi ambil kejap..."
Aku meminta kunci CR-V kak Reyhan.
"Nak akak teman tak? Awak tu dah sarat tau, Lea."
Kak Reyhan bertanya.Mungkin khuatir dengan keadaan aku ni.
"No worries akak! I will be fine...Keys please!!"
Aku mendesaknya...
"Akak kat B&R tau..."
Aku mengangguk, sebagai tanda faham!
Sampai aja kat parking lot, aku membuka kereta dan mengambil handphone aku. Semasa aku berpaling, aku telah dilanggar seseorang...nasib baik aku tidak jatuh...la...budak kecik rupanya...
"Mama?Mama!!!"
Budak itu memeluk aku erat. Aku turut memeluknya.
"Zariel...how are you? Rindu mama tak?...Mama rindu sesangat kat anak mama ni!"
Aku mengucup wajah yang polos itu...
"Mestilah Ayiel rindu kat...mama...Mummy kata mama dah tak sayang Ayiel sebab tulah mama tinggalkan papa dan Ayiel,"
Ya Allah...sampai hati Myra menghasut budak ni sebegitu rupa.
"Tak sayang, mama sayang sangat-sangat kat Zariel..."
Aku memperbetul prasangka tersebut...
"Laa...mama ni, kalau mama tak cakap pun Ayiel tau, yang mama sayangkan Zariel...I love you too mama!"
Petah betul Zariel berkata-kata. Sebijik ikut perangai Zafran...Zafran, di manakah dia? Begitu tegar dia membiarkan Zariel keseorangan di sini!...
"Zariel...get into the car now!"
Zariel yang sedang memeluk aku tersentak. Pelukan dilepaskan. Aku dapat lihat muka Zariel seakan mahu nangis.
"Ala papa ni, biar ajela Ayiel dengan mama! Papa ni kacaula."
Zariel merungut...
" I said NOW means NOW! Jangan degil!"
Aku cepat-cepat memberi no. telefon aku kepada Zariel...
Aku memeluknya lagi sekali...
"Jaga elok-elok no. fon mama, jangan sampai papa tahu, nanti Zariel telefon mama senyap-senyap yea...dah...pergi kat papa...dia dah marah tue!"
Aku melambai tangan ke arah Zariel...lega siket hati aku...
"Hei perempuan, kau jangan berani ye nak tunjuk muka kau depan aku!"
Selepas itu, dia menutup pintu keretanya...dan berlalu pergi...
'Aku pun tak ingin nak tengok muka kau Zafran, aku just nak jumpa anak aku! So, kau tak payah perasan lah!'
Aku memaksa hati aku untuk berkata-kata sedemikian...Aku perlu bergegas...dah janji dengan kak Reyhan ni!
Tiba-tiba, aku terasa basah...Oh tidak!
"Hello, Kak Rey? I think I`m having the baby now!"
" Abang? Awalnya abang pulang hari ni..."
Aku menegur suamiku. Tangan dihulur untuk bersalam. Pelik. Kenapa dia tak menyambut salamanku seperti hari-hari sebelumnya?
Matanya tajam merenungku wajahku. Wajahnya bengis, apakah yang sedang mengganggu ketenteraman hatinya?
Aku gagahkan diri untuk bertutur.
" Abang, Ana...Ana ada perkara penting nak cakap ni." tuturku lembut.
Hatiku tertanya-tanya, adakah dia akan gembira menerima berita yang bakal aku khabarkan nanti? Aku berharap sangat dia akan gembira...yalah, anak sulung aku sudah pun mencecah usia tiga tahun. Zariel Zacquan memang dah lama merayu mahukan seorang adik...kali ini, permintaannya tertunai.
" Abang...Ana...seb...sebenarnya..." Aku menjadi gabra tetiba.
"SEBENARNYA apa??Huh..."
Aku tersentak apabila Zafran mengherdikku. Mengapa dia berubah dalam sekelip mata? Di manakah salahku?
Zafran mencengkam daguku. Kasar. Aku terdongak, aku dapat melihat mukanya yang merah...menahan marah.
" Kau nak cakap apa SAYANG? Atau...kau dah ada jantan lain.Kenapa? Kau dah fed-up dengan aku?"
Apa semua ni? Kenapa Zafran menuduhku sebegitu rupa...tidak pernah aku menduakan cinta Zafran...aku berteka-teki...riak terkejut aku tidak dapat disorokkan.
" Kenapa? Terkejut yang aku dapat tahu permainan kau?...Ana...Ana...Aku memang berterima kasih kepada orang yang menghantar gambar-gambar tak senonoh kau ni...J-I-J-I-K aku tengok!"
Zafran mencampakkan gambar-gambar tersebut tepat ke muka Ana. Ana mengutipnya...
Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini...sekarang dia ingat siapa dalang di sebalik fitnah ini...Myra...sampai hati kau!
" Abang,tolong jangan percaya dengan gambar karut ni...Ana masih setia pada abang...Ana masih taat pada abang, abang suami Ana."
Aku merayu kepadanya. Aku menangis...terlampau berat tuduhan yang dilemparkan Zafran itu.
" DON`T you dare not to admit, Ana! Bukti dah ada depan mata, apalagi yang kau tak puas hati? Kau memang kotor! Cakap kat aku Ana...siapa jantan tak guna ni? Apa yang HEBAT sangat tentang dia? Apa yang dia ada yang aku tak ada? Answer me DAMN IT!"
Suara Zafran sudah berada di oktaf tertinggi. Seraya itu...tangannya kasar menampar pipiku! Aku terduduk.
Pedihnya tidak usa aku katakan...namun, hatiku lagi pedih...insan yang telah aku cintai dari sekolah menengah sudah tidak mempercayaiku...apakah lagi sisa buat diriku?
" Abang...Ana kena perangkap, bang...Myra telah memerangkap Ana, bang...dia telah..."
Belum sempat aku menerangkan keadaan sebenar, aku dihadiahi pelempang buat kali kedua. Darah mengalir keluar dari celah bibirku.
" Hoi betina sundal! Jangan kau berani nak memburuk-burukkan adik aku! Biarpun dia hanya adik angkat, dia menghormati aku...dia mencintai aku! Bukan macam kau! Dasar tak sedar diri! Memang aku menyesal berbinikan kau...aku sepatutnya dengar cakap bonda untuk bernikah dengan Myra...tapi kau jerat aku dengan cinta palsu kau tu!"
Zafran menunjal kepala aku.
" Now, you get lost from my house! 15 minutes, kalau kau tak berambus dalam masa 15 minit tu, aku bunuh kau!"
Tangisanku semakin menjadi-jadi. Siapakah aku tanpa Zafran dan Zariel?
' Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini...'
"Apa lagi yang kau tercegat kat situ? Lagi cepat kau kemas, Lagi cepatlah kau berambus...tapi ingat...aku tak akan dan tak pernah sesekali akan menceraikan kau...kalau kau dah kejam dengan aku, aku pun boleh jadi lebih kejam daripada kau!"
'Ya Tuhan, apakah semua ini? Tenangkanlah hati ku dalam menghadapi hari-hariku, wahai Pencipta!'
Aku hanya mengemas beberapa helai pakaian. Pakaian mengandung juga aku bawa sama. Hatiku semakin pilu mengenangkan nasib anak yang dikandung ini...maafkan mama sayang, mama janji...suatu hari nanti, sayang akan berjumpa dengan papa...
Aku menghala ke bilik Zariel Zacquan. Begitu polos wajahnya ketika tidur. Aku mengucup dahinya lama...setitik air mataku menitis pada wajahnya...
Tiba-tiba, tangan aku ditarik kasar...Zafran sedang menahan amarah yang menggelodak.
Aku ditarik keluar dari bilik Zariel.
" Kau jangan berani nak dekat dengan anak aku! Kau tak layak! Ni, tandatangan borang poligami ni...aku dah cari mama yang sesuai untuk Zariel!"
Dia menggenggam tangan aku dan memaksa aku untuk menurunkan tandatangan.
"OK...kau dengar sini baik-baik, kami dah tak perlukan kau dalam hidup kami! Myra boleh jadi mama yang baik untuk Zariel dan juga bakal anak-anak aku! Kau boleh pergi mampus dengan jantan durjana tu! Aku tak HERAN...
Aku lagi suka kalau kau merana...hahaha"
Tajam sekali kata-katanya. Hancur berkecai hati aku...
" Abang, tolong jangan buat Ana macam ni bang, kesiankan anak dalam kandungan Ana ni bang...dia anak kita, bang"
Aku dah melutut di kakinya.
" Anak kita? You said t-h-a-t thing in your womb is our child?
Lawak betul kau yea? To HELL with it! Kau buat projek dengan jantan tu, kau suruh la dia tanggung his 'construction cost'...kenapa aku pulak? Dah...tak payah nak buat drama kat sini...kau KELUAR sekarang!"
Tengku Zafran Aidi mengheretku hingga ke pintu pagar...aku sudah lencun bermandi air hujan yang lebat, seakan-akan turut menangisi nasib diriku ini.
" ABANG!! Tolong jangan buat macam ni...PLEASE Bang, this baby needs you...I NEED YOU!"
"Lea Dayana, mulai saat ini, kau aku gantung tak bertali!"
Aku melalak macam orang histeria dari luar pagar yang telah dikunci...Zafran yang ketika itu ingin memasuki rumah, berpatah balik ke arahku!
" Aku lupa, mana kunci pendua rumah dan kad kredit yang under nama aku?"
Aku menyerahkan semuanya ke tangan lelaki itu.
"Jangan datang dekat dengan keluarga aku, kalau kau masih sayangkan nyawa kau!"
Setelah itu, Zafran menuju ke dalam rumah. Apakah lagi yang tinggal untukku?
Telefon bimbitku berbunyi...
" Assalamualaikum, Abang Luth?"
"Ana...sabar ye adik...mama dan papa kemalangan, mereka dah tak ada...abang on the way pick-up adik ni, dalam 2 minit lagi abang sampai...kita ke hospital sama-sama ye?Kak Reyhan kamu dah ada kat sana."
Kosong...hidup aku sudah kosong...sekaligus orang yang aku sayangi diragut sekelip mata...aku terjelupuk di tepi jalan...hujan pula semakin menggila...aku menangis sepuas-puasnya...
" Adik? Ya Allah...cepat masuk..."
Tengku Luthfy menarik aku ke arah keretanya...aku ibarat patung yang tidak bernyawa...
" Polis kata, kereta papa dan mama kena sabotaj, mereka putuskan brek...esok baru nak kebumikan...sabar ye adik...adik seorang yang kuat."
Maafkan adik abang, adik bukan lagi seorang yang kuat semangatnya...adik tak kuat...kenapa bang? Kenapa semua ni adik yang kena tanggung? Kenapa orang tak puas hati dengan kita, bang? Kenapa?
Rumahtangga yang dibina berlandaskan cinta akhirnya tersungkur disebabkan fitnah yang ditabur pihak ketiga.
Ana tabah mengharunginya walau di tuduh curang suami sendiri. Walau digantung tidak bertali...Ana masih setia kepada Tengku Zafran Aidi. Namun, plot yang dirancang pihak ketiga ternyata berjaya.Zafran meninggalkan Ana, dan kepangkuan Myra, adik angkatnya sendiri.Setelah beberapa tahun, Ana bangkit kembali...hidup matinya hanya kerana Rayyan. Apakah mereka akan bertemu kembali? Atau...kekal terpisah buat selama-lamanya? Semuanya akan terungkai