Sunday, May 31, 2015

Cerpen : Epal ( Kerana Rayyan Tribute)


TANGAN rancak bermain dengan kubik.
            "Sometimes...I feel like I want out of this life." Rayyan berkata tenang. Mata masih fokus pada kubik di tangan.
            "You can't run from wanting out, Ray. Trust me, saya doktor, I got paid less than my energy burnt doing shifts and rounds. " Adryan tersenyum senget, tangan laju merampas kubik pada tangan Rayyan. Jari-jemarinya lancar memadankan sisi-sisi kubik tersebut, dan di bawah masa seminit...setiap sisi kubik tersebut sudah tersusun mengikut kod warnanya.
            "Tapi ingat, once you are out of this life, there's no way getting back here."
            Kubik dilempar pada Rayyan. Senyum senget masih terhias di bibir. Dia dapat mendengar Rayyan menarik nafas dalam-dalam.
Tough kid...lots of money, lacks of love.
            "I know..."
            "Here. Saya share sedikit dengan awak. Macam kubik ni...hidup kita ada pelbagai sisi. Kalau awak rasa sisi ini tak bagus, sadistic yadayada...jump to the next angle. Dieing wont solve anything. Sekurang-kurangnya, bila awak pandang dari sisi lain, awak view hidup ni dengan kaca mata yang baru. Get it?"
            Rayyan mengangguk. Matanya kembali dipejam. Kubik di tangan digenggam erat.
Adryan yang memandang, mengeluh.
            Kalaulah dia ada di tempat gadis muda itu...dia juga yakin dia akan rasakan sedemikian. Lumpuh, tidak bermaya, tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya menjadi beban kepada orang sekeliling.
            “Saya janji saya akan bantu awak, Rayyan...”tekadnya di dalam hati. Ya, dia ingin membantu gadis malang ini.

You know it can get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel alive…

MATA dipejam rapat sambil telinga berdentum dengan suara Ed Sheeran. Bantal di sisi ditarik dan dibawa ke dada. Tanpa dipinta, setitis air mata mengalir ke atas bantalnya. Beberapa saat kemudian, titisan tersebut menjadi cucuran. Buku lima dikepal dan dibawa ke bibir, digigit perlahan...cuba menahan esakan yang mula menghantui segenap ruangan bilik itu.
            Mindanya kembali mengulang tayang perkataan yang sepatutnya sudah sebati di dalam dirinya. Ayat yang telah meragut senyuman serta harapan yang ada di dalam dirinya. Titik hitam yang menjadi permulaan hidup ‘barunya’ ini.
            “Tengku...Rayyan dah sedar, good thing is, dia tak ada amnesia.”
‘Tengku’ yang digelar doktor itu culas memandang ke arahnya. Dalam beberapa saat, Tengku yang juga ‘papa’nya sudah berada di sisi katil.
            Mahu tidak mahu, Rayyan mengalihkan pandangan. Mata menekur selimut berwarna koko itu. Tangan juga kuat menggenggam cadar katilnya.
            “The bad news, however...” Doktor muda itu mencelah. Suaranya jelas menggambarkan dia seorang tegas, walaupun masih muda.
            Pandangan papanya sudah kembali bertemu dengan mata doktor muda yang jelas lebih tinggi dan sasa dari papanya.
            Tiada senyuman pada raut doktor tersebut.
            “Say it, Adryan. Say it as it is.” Tegas suara papanya.
Adryan mengangguk sekali. Fail di tangan dibuka, kemudian ditutup kembali.
Rayyan masih menekur selimutnya. Tahu apa yang bakal dikatakan Dr. Adryan kepada papanya tika itu.
            “Rayyan disahkan lumpuh pada kedua-dua belah kakinya.”
Rayyan dapat rasakan air matanya mengalir. Sungguh, ujian kali ini amat berat baginya. Di saat dia mahu pulihkan situasi keluarganya, ujian ini menimpa. Di saat papanya ingin menerima kehadirannya, dia sudah terlantar di hospital.
            Sepanjang hayat dia,inilah ujian yang terbesar. Hakikatnya, dia bukan dari keluarga yang bahagia. Ketika dia kecil, papanya sangkakan dia anak luar nikah. Dia dihalau keluar bersama ibunya. Dia terpisah dari abangnya.
            Beberapa tahun kemudian, rahsia terbongkar. Dia masih anak yang sah, bukan salah mamanya semua ini berlaku. Bukan salah sesiapa, Cuma perselisihan faham antara pasangan suami isteri. Namun, hakikatnya, apabila papanya kembali menerimanya, papanya sudah mempunyai isteri baharu.
Ya, dia ada mak tiri. Ada adik tiri. Dan hatinya sangat terbelah bahagi melihat kasih sayang papanya kepada si adik tiri tidak setanding dengan kasih sayang yang dinafikannya bertahun-tahun dahulu.
Walaubagaimanapun, mamanya tidak kisah bermadu. Dia pun tidak kisah ada mak tiri, asalkan papanya masih sanggup menerimanya sebagai anak yang sah. Dari kecil, dia dahagakan kasih sayang seorang ayah. Dia inginkan sebuah keluarga yang sempurna, tidak mengapa ada dua emak sekalipun...dia tidak kisah, asalkan papanya dapat sayangkannya sebagaimana dia menyayangi papanya.
Tetapi, di saat dia ingin meraih kasih sayang tersebut...dia kemalangan. Dia cuba menyelamatkan adik tirinya dari dilanggar, dan lihatlah sekarang...a twist of plot...dia pula yang tersadai di atas katil hospital ini.
Dia yang lumpuh..
Dia yang sentiasa malang...
“Rayyan...”
Dia mengangkat kepalanya. Mata bertemu dengan sepasang mata coklat milik Tengku Aidi Zafran.
Kalau dahulu dia sanggup gadaikan apa-apa sahaja, agar papanya lihat dia sebegini...namun sekarang, dia rasa kosong.
Kenapa sekarang baru papanya ingin jadi prihatin? Kenapa tidak sebelum ini?
“Ray...anak papa...”
Zup!
Rayyan terus terkaku di situ. Kalau dahulu dia ingin sangat menjadi ‘anak’ kepada papanya ini, namun sekarang...segala-galanya berbeza.
I want to be alone,”katanya senada.
Riak muka Tengku Aidi Zafran tika itu sungguh tidak disangka. Dia terkelu sendiri. Namun, mengenangkan si anak yang sudah tempuhi banyak dugaan, dia turutkan juga.Lambat-lambat, dia mengheret kakinya untuk keluar dari bilik itu.
Rayyan mengeluh berat setelah bayangan papanya hilang dari ekor mata. Kejam, ya...dia tahu dia kejam. Namun dia tidak mahukan sebarang simpati dari papanya tika itu. Apa yang dia mahukan adalah kasih sayang dari seorang ayah, bukannya simpati.
Adryan yang melihat Rayyan yang sudah zoned out itu berdeham kuat. Apabila Rayyan memandangnya, dia bercekak pinggang.
“Apa jua masalah awak dengan dia...dia masih ayah awak.”
Rayyan mengetap bibirnya. Kata-kata Dr. Adryan itu menusuk hatinya sendiri. Lama kemudian, dia tersenyum sinis.
“Ayah? Twenty-two years ago, dia tak mengaku saya ni anak dia. Saya baru kenal dia setahun...baru hari ini dia akui yang dia ayah saya...baru hari ini dia cakap saya anak dia...”
Rayyan menikam mata Adryan. Senyum sinis masih terhias di bibir.
Incase you missed the memo, I want to be alone.”
Lagi sekali dia tegaskan kepada doktor muda tersebut.
Doktor Adryan sekadar membalas senyuman sinis ke arahnya. Dia melangkah ke arah pintu, namun sebelum dia menutup pintu tersebut, sempat lagi dia lontarkan jawapan yang membakar hati Rayyan.
“Sepatutnya, orang yang baru sedar dari koma macam awak ni, sedar apa yang penting dalam hidup ni. Manusia tidak boleh lari dari kesilapan, belajar cara nak memaafkan orang. Jangan sibuk nak jaga ego tu.”
Pap!
Baru sahaja Rayyan ingin membalas, pintu sudah ditutup. Kalaulah dia boleh gerakkan kakinya, sudah pasti dia akan menghentak-hentak lantai ini. Namun apakan daya, lumpuh.
Tangan terus mencapai sebiji bantal dan dicampakkan kuat ke arah pintu.
“Ini bukan pasal ego, ini pasal hati!”
Sesaat kemudian, tubir matanya sudah terasa panas.
Bibir dikemam ketat.
It was never about ego...it is about my heart. Gumamnya di dalam hati. Pilu, sendu...
Esakan terlepas jua.
“Siapa yang mampu tahan kalau ayah sendiri buat anaknya seakan-akan tidak wujud selama ini? Cakap senanglah...cuba rasa sendiri. Pedih, tahu...pedih. Ya Allah...”Rayyan menarik sebiji lagi bantal dari bawah kepalanya dan ditekap ke muka.
Sungguh, dia sedih sangat-sangat tika ini. Ray sayangkan papa, tapi kenapa baru sekarang papa nak kisahkan Ray...kenapa bila Ray dah tak berdaya baru papa tunjuk yang papa ni prihatin?
Sebak dadanya tika itu. Persoalan demi persoalan membuatkan dia penat untuk berfikir. Sedikit demi sedikit, dia rasakan dirinya sudah hilang disebalik tragedi ini. Tiada lagi kasih sayang buatnya, hanyalah simpati...
“Rayyan Azalea...” suara garau tersebut memanggilnya. Sebelah earphone ditarik keluar.
Rayyan terus membuka matanya. Segala memori tadi kembali bersepai apabila matanya memandang wajah kacak di hadapannya kini.
“Bangun pun...time for your therapy session.
Rayyan mendengus kasar. Bosan dengan rutin barunya ini. Kalau dah lumpuh tu, lumpuhlah. Doktor ni sendiri kata yang potensi dia nak elok balik tu sangat tipis, habis tu apa gunanya dia bertherapy sesion bagai ni?
Macam pointless!
“Bangun...awak ingat saya ni tak ada pesakit lain ke tuan puteri?” Adryan berkata sinis. Sungguh dia tidak ada masa nak bercakap elok-elok dengan budak baru lepas akhil baligh yang ada masalah hormon macam si Rayyan ni.
Muka tu masam. Kalau asam jawa tengok pun mesti menangis! Tak pernah nak senyum, tak pernah nak cakap elok-elok...Moody! Orang lain pun lumpuh juga, tapi tak adalah sampai bermusuhan dengan dunia ni.
Teenagers!
“Baguslah awak ada pesakit lain. Saya pun tak adalah seronok sangat jadi pesakit awak ni. Apa kata awak pergi rawat pesakit awak yang lain tu, Dr. Adryan.” Sinis sekali Rayyan mencantas.
Rambutnya disisip ke belakang telinga. Tangan kembali menyumbat earphone ke lubang telinga.
Namun, sebelum sempat dia menekan butang ‘Play’, earphone, sekali dengan MP3nya sekali dirampas kasar.
“Hey!”
Dia menjerkah Adryan, yang sudah tayang muka marah.
Rayyan mendengus kasar. Apa si Adryan ni ingat kalau tayang muka marah tu...dia akan kecut?
Tolonglah...yang mudah kecut adalah dia sebelum lumpuh. Sekarang ini...tidak lagi.
You brat! Dengar sini...aku dah tak tahan dengan perangai mengada kau ni.” Adryan meletup di situ.
Rayyan menegakkan badannya. Matanya masih berlaga dengan mata Adryan.
“Baguslah! Aku pun tak tahan dah dengan kau. Leave-me ALONE!” suara Rayyan sudah naik seoktaf.
Api di dada Adryan semakin marak. Sungguh, dia sudah tidak mampu bertahan dengan perangai sejuk beku si Rayyan ini. Bikin panas hati!
“Aku akan biarkan kau bila kau dengar cakap aku. Get up and get into the wheelchair.
Rayyan masih berdegil. Giginya sudah diketap kemas.
“Apa? Tak cukup dengan aku lumpuh, kau nak suruh aku naik kerusi roda pula?”
Adryan menarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Stetoskop di leher ditarik dan disisip ke dalam poket.
Rayyan di atas katil dipandang kecil besar. Seumur tiga puluh tahun dia berkhidmat, tidak pernah lagi dia jadi lost control macam ini.
Tangan yang memegang stetoskop di dalam poket digenggam kemas.
Fine. Do as you wish...” Adryan mengalah. Kalau orang tak mahu dengar kata, sah-sah dia buang masa dengan Rayyan.
Dari minggu lepas sepatutnya Rayyan memulakan sesi terapinya, namun hingga ke hari ini, tiada satu pun progres.
Adryan melangkah pergi. Lagi lama dia di sini, dengan budak degil bernama Rayyan ni...lagi tipis kesabarannya.
Rayyan terus menjadi histeria apabila Adryan tidak menjawab balik. Dia rasa ingin menangis.
Bantal diambil dan di campak ke lantai. Tangan mencapai gelas air, dan gelas air tersebut di baling ke lantai.
“Baguslah, semua orang tinggalkan Rayyan. Semua tak suka Rayyan. I’m the bad person. I can’t help myself. I’m invalid!
Pedih telinga Adryan mendengar bentakan dari Rayyan, namun dia masih menonong ke muka pintu. Buat apa nak duduk sebilik dengan orang yang sah-sah sudah berputus asa.
Look Dr Adryan. Aku boleh jalan balik, tak perlu kau tolong pun lah!”
Rayyan menarik kakinya dengan kasar. Kakinya yang dia tidak mampu gerakkan itu dilepaskan ke lantai. Apabila matanya lihat kakinya sudah berada di atas lantai, dia cuba bangkit cepat-cepat.
Namun...dia tidak mampu rasakan apa-apa pada kakinya. Sah-sah kakinya tidak mampu menampung berat badan bahagian atas. Sebalik berdiri, Rayyan jatuh tersungkur ke lantai.
Adryan yang mendengar bunyi orang jatuh itu lekas memandang ke belakang. Seluruh darahnya turun ke kaki apabila melihat Rayyan yang sudah meniarap di lantai.
Gadis itu sedang menangis teresak-esak. Ibarat orang kurang waras...
Tidak dapat dinafikan, Adryan turut terasa sayu dengan dugaan yang sedang dilalui gadis muda tersebut.
Dia mendapatkan Rayyan dan diangkatnya gadis itu ke katil. Rayyan yang sedang menunduk, yang masih menangis hiba itu dipandang penuh simpati.
Bahu Rayyan ditepuk-tepuk perlahan...
“Semua tinggalkan Rayyan...bila Rayyan dah ada di sini...boleh kira dengan jari sahaja berapa kali mereka lawat Rayyan...kalau dulu papa yang hiraukan Rayyan...sekarang mama, abang, Isya...semua lupakan Rayyan...”
Tanpa dipinta, Rayyan meluahkan rasa hatinya.
Adryan yang mendengar, mengeluh. Dia berpaling ke arah Rayyan, tangan menarik dagu gadis itu supaya memandangnya.
Apabila Rayyang memandangnya...dia menggelengkan kepala.
“Kalau mereka datang, Rayyan suruh mereka keluar.”
They should try harder then...”
“Rayyan...you are making it hard for them.
Rayyan tersedu. Matanya dialihkan ke tempat lain apabila kata-kata Adryan itu memang ternyata benar.
“Saya cuma tak nak mereka bersimpati...”
Kejujuran Rayyan mengundang tawa dari Adryan.
Rayyan mendongak dan memandang tajam Adryan yang tergelak kecil itu. Kening ternaik tinggi. Tangan naik ke pipi untuk mengelap saki-baki air matanya.
“Apa yang lucu?” soalnya tegas.
Adryan sekadar jungkit bahu.
“Dr. Adryan.”tegas lagi.
Adryan tersengih lebar.
“Awak ingat saya melawak ke?”
Geleng.
“Adryan!”
Lagi kuat tawa dari Adryan. Akhirnya, Rayyan mendengus. Tangan memeluk dada, dan rambut di dahi ditiup kasar.
Brat!
Rayyan menjeling Adryan yang sudah bangkit berdiri.
“Okey...frankly speaking, mereka datang jenguk you  Rayyan sayang, bukan sebab bersimpati. Mereka keluarga awak. They care for you, they love you as you are. Cuma awak yang ego, awak yang degil...open your heart, sweetheart. Jangan sebab awak rasa awak lumpuh, mereka akan simpati dengan awak. Don’t be too shallow.
“Oh jadi saya yang shallow,sayalah brat?”
Adryan sekadar angguk.
I hate you.
Adryan senyum sekilas.
“Itu ego awak yang bercakap, sebab awak tahu apa yang saya cakap tu betul. Awak ada masalah dengan diri awak, sebenarnya. Awak nakkan perhatian, tapi bila orang nak berikan awak perhatian, awak tolak mentah-mentah sebab ego awak tu. You are better than that Rayyan. You are still young...do not be so bitter with life.” Panjang lebar Rayyan memberi ceramah. Harap-harap, Rayyan sedar dan berubah.
Kalau tidak...
“Awak lupa sesuatu. Ya, saya masih muda...tapi saya lumpuh. Hidup saya ni, memang akan bergantung pada orang lain. Orang yang pernah saya tagihkan kasih sayang dari dulu lagi...”
Adryan mengeluh hebat. Payah betul nak fahamkan si Rayyan ni.
“Kalau awak rasa macam tu, awak berhenti dari bayangkan yang awak ni lumpuh, so hopeless and helpless. Awak kuat, Rayyan. Dan saya nak awak juga jadi yakin yang awak mampu atasi semua ini dan mula berjalan balik. One step at a time...awak rasa awak mampu?”
Adryan merenung tajam Rayyan.
Rayyan tarik nafas dalam-dalam. Bibirnya yang kering, dijilat.Dia kemudiannya mencari anak mata Adryan...
Dan apabila mata bertemu mata, dia yakin yang harapan yang ditabur Adryan kepadanya bukanlah sekadar harapan palsu.
Akhirnya, dia memberanikan diri untuk bertanya.
Will you be there for my every steps?
Adryan mengangguk laju, Hujung bibirnya sudah ternaik. Yakin bahawa apa bakal ingin didengarinya ini positif!
Each and every steps taken...saya di sisi awak. Saya doktor awak, saya juga trainer awak.”
Rayyan mengangguk sekali.
“Sampai saya boleh berlari...janji?”
Adryan angguk lagi. Namun, apabila Rayyan menyuakan jari kelingkingnya, dia rasakan tubir matanya menjadi panas tiba-tiba.
Adryan, seorang doktor yang serba kacak, serba taf...nak menangis sebab tersentuh dengan Rayyan yang degil ni?
Jari kelingking bertaut.
“Janji. Sampai awak boleh kejar saya...I’ll be there for you.
Good enough.” Rayyan menarik kembali jarinya. Entah kenapa sesaat tadi dia rasakan seperti direnjat elektrik apabila Adryan memautkan kelingkingnya.
Perasaan saja tu...
Mata kembali memandang Adryan.
“Rayyan...”Adryan menyeru.
Rayyan menjungkitkan keningnya.
“Keluarga awak sayangkan awak, faham?”
Rayyan angguk.
“Tapi awak kena sayangkan diri awak dulu, faham?”
Rayyan angguk lagi.
Do this for yourself, not for anyone else, faham?”
Rayyan menggeleng, apa yang Adryan cuba cakapkan ni? Serius semacam.
“Dalam dunia ni, tiada apa yang lebih berharga dari diri kita sendiri. Kalau kita sayang diri kita sendiri, maknanya, kita mampu nak sayang orang lain pun.”
Rayyan dengar dengan teliti. Namun, keningnya naik tinggi apabila tangan Adryan sudah melekap pada betisnya.
Mata Rayyan terus membulat apabila melihat ada darah dan calar pada betisnya.
Love yourself, then people will automatically love you,Ray.”
Tanpa memandangnya Adryan kembali berkata.
Rayyan menggigit bibirnya. Entah mengapa kata-kata Adryan itu menusuk hatinya. Sungguh dalam dan bermakna.
“Kalau saya jadi ayah awak, saya yakin saya merana seumur hidup sebab sudah lepaskan 22 tahun dari hidup saya, tanpa mengenali awak. You are a precious gem, Rayyan. Awak buat perangai, bukan sebab apa...sebab awak takut.”
Rayyan masih diam. Mata kembali memerhatikan darah yang sedang mengalir dari betis.
Kalau dia dapat rasa...sudah pasti dia meraung kesakitan.
“Awak tak perlu takut lagi, Rayyan. Saya ada, keluarga awak pun ada. We are here to help you walk again.Saya pergi panggil nurse. Luka awak ni agak dalam, kena jahit.”
Kemudian, Adryan terus berlalu meninggalkan Rayyan sementara.
Rayyan pula menekur tangan di paha. Kata-kata Adryan tadi terngiang di telinga. Tiba-tiba, hatinya terasa ringan.
Kenapa dia rasa macam ni bila Adryan cakap elok-elok dengan dia?getus hatinya.
Adryan pula, apabila keluar dari bilik itu, terus dia menghembus nafas leganya. Hatinya seakan-akan connect dengan Rayyan. Tiba-tiba dia dapat faham apa yang sedang Rayyan lalui. Dan entah bagaimana, dia inginkan yang terbaik buat Rayyan. Sekiranya dia ditempat Rayyan, dia juga memerlukan orang yang benar-benar yakin bahawa dia mampu pulih seperti sedia-kala.
Namun, Adryan dapat rasakan perasaan dia ketika ini sedikit lebih dari apa yang seorang doktor perlu rasa ketika merawat pesakit.
What is this that you are doing, Adryan? Soalnya di dalam hati sambil tangan bersiap-sedia untuk merawat luka Rayyan.
Namun, soalan itu tidak mampu dijawabnya. Mungkin apa yang dia rasa tika ini adalah ambil berat, caring...
Atau mungkin juga perasaan yang lagi satu tu...
“Sakit ke nanti?”Soalan Rayyan membuat Adryan tersedar.
Kaki kiri menyepak betis kanan. Apa ni Ad...nak jahit ke nak mengelamun ni?
            Adryan memandang Rayyan, sambil tersenyum sebaris.
            “Kalau awak boleh rasa, perit sedikit.”
Rayyan mengetuk kepalanya sendiri. Adryan tergelak melihat gelagat Rayyan tika itu. Cantik pun kalau senyum, ini tidak,murung saja selama ini.
            “Untuk kali pertama sejak beberapa minggu ni, saya lupa yang saya ni lumpuh.”Akui Rayyan. Apabila dia lihat Adryan sudah mula menjahit lukanya, dia kalih ke tempat lain. Memanglah tak rasa sakit, tapi gerun juga nak lihat tu.
            Adryan yang mendengar pengakuan Rayyan tersenyum lebar sambil mata meneliti jemarinya yang bermain di atas betis gebu Rayyan itu.
            Hatinya girang mendengar suara Rayyan yang semakin ceria itu.
            “Kan dah cakap saya ni doktor yang bagus. Ini baru sehari awak berbaik dengan saya, dah lupa awak lumpuh. Kalau sebulan agaknya, awak lupa semua masalah awak agaknya.”
            Rayyan tersenyum lebar. Hatinya bersetuju dengan apa yang dituturkan Adryan. Bukan setakat masalah, mungkin nama  sendiri pun turut dilupakan. Eh...Ray, kau fikir apa ni? Rayyan dapat rasakan pipinya menjadi merah.
            Kebetulan, Adryan juga turut merenungnya tika itu.
            Bibir Adryan sudah tersenyum nakal.
            “Merahnya pipi, macam epal.”
Rayyan cepat-cepat menutup pipinya dengan kedua-dua telapak tangan.
            “Mana ada.”
            “Ada.”
            “Awak salah nampak.”
            “Saya tak salah nampak. Vision saya 20 per 20. Okey...just leave it Epal. Suture awak dah siap, tapi nanti saya pesan pada nurse supaya salin dressings awak nanti.” Mudah Adryan mengalih topik.
            Rayyan menghembus nafas leganya. Tidak sangka kantoi dengan Adryan tadi.
            “Esok sesi kita ya. Ingat tu, Epal.” Dan dengan itu, Adryan keluar dari bilik Rayyan.
Rayyan pula sudah tersenyum sampai langit.
            Benar, tidak cukup sebulan pun, semua masalah dia sudah dilupakan. Hatinya dari tadi melayang-layang...tambah-tambah apabila Adryan membahasakan dia, Epal.
            “Memandai panggil aku epal...” gumamnya perlahan. Tangan mencapai telefon bimbit di meja sebelah.
            Aplikasi kamera di buka, dan front kamera ditekan.
            Apabila Rayyan melihat sendiri wajahnya tika itu, dia terus tergelak kuat.
Patutlah...wajar kena panggil epal pun. Pipi sudah merah ibarat epal merah yang masak ranum!
            Semua ini Adryan punya pasal!

            SEMENJAK konfrontasinya bersama Adryan, Rayyan melapangkan hatinya. Dia tidak lagi bersikap baran dengan keluarganya. Malah, apabila keluarganya di sisi, dia rasa bahagia sangat. Terutamanya, apabila papanya ternyata sudah mampu menerimanya. Dari situ dia pasti yang papanya turut menyayanginya sebagaimana kasih seorang bapa terhadap kesemua anak-anaknya.
            Fair and square.
            Namun, apabila hari-hari dia bersama dengan Adryan, ada suatu rasa yang semakin menghantuinya di dalam jiwa.
            Rasa cinta. Dan dia takut sekiranya rasa tersebut semakin mekar. Kalau Adryan cakap dia seorang profesional, tidak pernah ada rasa yang pelik-pelik ketika bersama-sama membantu Rayyan, mana Rayyan nak sorok muka ni?
            ‘Tak!”
            Petikan jari di hadapan mukanya mengembalikannya ke alam realiti. Wajah tidak berpuas hati Adryan dipandangnya.
            Alahai...mengelamun pula sewaktu terapi.
            “Awak dah boleh berdiri. Bagus. Tapi kalau awak tak fokus, sampai bila awak nak berdiri saja? Bila awak nak mula melangkah tanpa bantuan railings dan tongkat?”
            Rayyan telan liur. Adryan kalau masuk mode doktor dan juga trainer, memang tegas.
            “Remember, Epal. How much you are willing give, that is what you earn.
Rayyan mengangguk laju. Namun, Adryan masih tidak menjumpa perkataan ‘the end’ kepada sesi ceramahnya.
            Yang jadi mangsa, Rayyan. Kena tadah telinga luas-luas.
            “Saya rasa awak pun tahu yang nak mula jalan balik tu susah dan mencabar. Tapi jangan menyerah kalah, jangan hilang fokus. Thomas Edison, dia gagal banyak kali, tapi dia tidak putus asa. Kalau dia putus asa, sampai sekaranglah kita bergelap tanpa cahaya lampu agaknya.”
            Rayyan masih angguk, mulut ibarat dizip. Diam. Sekadar mendengar apa yang buah hati pengarang jantung yang tidak tahu yang dia menjadi buah hati pengarang jantung buat seorang Rayyan ini, bercakap petah.
            Adryan pula menarik nafas dalam-dalam. Termasuk kali ini, sudah banyak kali dia perhatikan Rayyan ni hilang fokus. Macam mana nak pulih kalau asyik hilang fokus?
            Sabar Ad...sabar...pesannya kepada diri sendiri. Agak marah apabila dia bermati-matian inginkan Rayyan pulih seperti sedia kali, namun Rayyan ibarat ambil acuh tidak acuh sahaja.
            Matanya menikam mata Rayyan.
            “Janji dengan saya, Epal?”
Rayyan terus mendongak apabila mendengar nama samaran khusus yang digunakan Adryan untuk membahasakan dirinya itu.
            Hatinya kembali girang. Dia mengangguk.
            “Tolak semua masalah yang sedang mengganggu fikiran awak ke tepi. Fokus untuk belajar berjalan dengan stabil dulu, boleh?” Jelas, Adryan berpesan.
            Namun, Rayyan terus terkelu. Hanya seorang sahaja yang sedang mengacau fikirannya ini...dan orangnya adalah manusia di hadapannya kini.
            Bagaimanakah dia ingin berbuat demikian?
            “Boleh tak, Epal?”
There you go again! Lemah lutut aku bila dia panggil Epal! Urgh! Gumam hati Rayyan geram. Lambat-lambat dia mengangguk.
            “Good, saya dibayar gaji untuk tolong awak. Dan saya tak mahu saya disoal nanti di akhirat kalau saya tidak mampu buat tanggungjawab saya sepenuhnya. I’m professionally trained to help you. Tapi awak pun kena tolong diri awak.”
            Dalam kata-kata itu menusuk hati Rayyan.
Rayyan mengeluh berat. Nampaknya...segala bunga-bunga cinta yang ingin mekar tadi terus layu.
            Rayyan...he is your doctor and trainer...fokus! Jalan pun tak betul lagi, jangan menggatal nak bercinta...walaupun tidak bertepuk mana-mana tangan, jangan gatal nak cintan –cintun!
            Rayyan tarik nafasnya dalam-dalam. Fokus! Fokus! Fokus!
Tangan yang memegang rel perlahan-lahan dilepaskan sambil dia melangkah perlahan. Adryan di hadapan dipandang,
            Tangannya, melepas rel.
            Dia cuba menapak selangkah. Kaki kanan dahulu...kemudian kaki kiri...kemudian...kanan...kiri...dan apabila dia cuba untuk melangkah lagi sekali, lututnya terasa lembik.
            Dia terjatuh melutut.
            Tetapi, apabila dia mendongak...senyuman penuh gusi yang dihadiahkan oleh Adryan berjaya meragut keseluruhan oksigen dari jantungnya.
            Wajah Adryan tika itu ibarat wajah seorang ayah yang baru lihat anaknya melangkah buat kali pertama.
            Purely proud!
Adryan bangga dengan dirinya! Rayyan berasa seperti ingin meloncat ke langit!Dia berjaya mengambil beberapa langkah tanpa bergantung pada rel.
            Adryan menarik Rayyan bangun, senyuman masih pada bibir.
            “I always knew you could do it, Epal. Balik rehat...esok datang lagi. Bulan depan saya nak awak dah boleh lari.” Bisik Adryan, masih tersenyum.
            Rayyan juga tersenyum lebar. Kepalanya mengangguk laju seakan-akan belatuk. Sumpah, dia rasa bahagia sangat tika ini. Tidak sabar untuk memberitahu seluruh keluarganya yang dia sudah mampu melangkah beberapa tapak tanpa bantuan sesiapa.
           

RAYYAN memeluk erat papanya. Mamanya, adik tirinya, serta abangnya turut ada tika itu. Hari ini, entah mengapa, semua orang hadir untuk menyokongnya. Walaupun ini bukan pertandingan yang mempunyai persaingan, namun mereka semua hadir untuk memberi sokongan moral. Hari ini, adalah hari terakhir sesi terapi Rayyan.
            Sedar tidak sedar, sudah hampir setahun dia menjalani sesi terapi ini. Sudah berbakul kata-kata motivasi dan nasihat yang dicurahkan oleh Adryan kepadanya.
            Namun, hari ini...Adryan menukar sedikit rentak terapinya. Beg sandang Rayyan diambil, dan dijadikan umpan buat Rayyan.
            Rayyan mendengus.
“Hari ini...special. It is your last day here, so you have to work harder.” Adryan mengumumkan.
            Ahli keluarga yang ada di ruangan bilik itu sekadar tersenyum simpul. Diam memerhatikan gelagat Rayyan dengan doktornya.
            “Saya dah penat kejar awak, Rayyan. Kali ini, awak kejar saya, boleh?”
Rayyan angguk dalam senyum. Walaupun dia masih tidak mampu berlari, namun dia sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Guna tongkat pun sebelah sahaja.
            “Good.See you on the roof. Kalau you tak datang...saya simpan beg awak ni sampai bila-bila.”
            Dan sejurus itu, Adryan keluar dari bilik itu. Rayyan tersenyum, mata masih melekat pada belakang pintu itu.
            Sejenak, tangannya dikuis dari sisi. Matanya terus memandang wajah Isya, adik tirinya.
            Isya sudah tersenyum penuh makna.
            "Dia dah pergi, kenapa kakak tenung pintu tu lagi? Tak nak kejar dia?"
Rayyan gigit bibir dengan persoalan dari adik tirinya itu. Kenapa ek?
            "Kak Ray...Kak Ray ada rasa geli-geli perut eh dengan Dr Adryan tu?"
            Gulp.
            Rayyan terus menggeleng laju.
            Oh-hell-no! Jangan cakap satu dunia nampak cara dia memberi reaksi ketika bersama Adryan?
            Mata Rayyan memandang ke arah keluarganya yang sudah tersenyum penuh makna.
Apabila matanya bertemu dengan mata papanya...papanya mengenyitkan mata kiri kearahnya.
            “Ada orang tengah berbunga-bunga cinta...” sakat Tengku Aidi Zafran. Balasannya, mama Rayyan di sebelah mula mencubit perlahan lengan suaminya.
            “Dik...go for it! Kejar dia.” Si abang pula mencelah, wajah Rayyan pula semakin merah. Nampak sangat semua orang tahu rasa hati dia selama ini.
            Apabila Rayyan kembali memandang Isya, Isya sudah tersenyum penuh makna. Bahu kakak tirinya dipeluk erat.
            "Admit it...Kak Ray rasa geli-geli dalam perut tu. Isya tahu. I even caught you smiling sambil tenung pintu tu, FYI."
            Rayyan tarik nafas dalam-dalam. Oh damn.Isya dengan serkap jarangnya...crap.
            "Isya, sepatutnya sebelum datang sini,  Kak Ray kena bawa epal banyak-banyak tau."
            Giliran Isya untuk keliru. 
            Epal? Kenapa?
            Seakan-akan dapat meneka soalan yang bermain di minda Isya, Rayyan sambung lagi...
            "An apple a day, keeps Dr. Adryan away."
            Isya terus tergelak besar. Semudah itu?
            "Trust me Kak Ray, it takes more than apple to keep that hot doctor away. Kalau kakak tak nak, Isya nak..." Isya mula menyakat. Ayatnya itu membuat semua orang gelak kecuali Rayyan.
            Rayyan tarik muka masam.
            “Tak boleh. Adryan tu Rayyan yang punya.”
            Isya senyum lebar.
            “Pergilah cakap dekat dia. Dia tunggu kakak tu.”
            Rayyan mengangguk. Perlahan-lahan, dia melangkah...tongkat di tangan digunakan, namun apabila tiba di tangga, dia melepaskan tongkat tersebut.
            Satu persatu anak tannga itu dipanjatnya. Walaupun lambat, Adryan cakap dia akan tunggu di atas bumbung.
            Adryan tidak pernah mungkir janji...
            Selama setahun...Adryan di sisinya...mengajarnya bertatih kembali.
            Apabila tiba dipuncak, Rayyan menolak pintu ke bumbung hospital tersebut. Susuk tubuh Adryan yang sedang bersandar pada railings dipandang.
            Nafasnya ditarik dalam-dalam.
            Adryan mengangkat tinggi beg Rayyan.
Perlahan-lahan, Rayyan menarik kakinya ke arah Adryan. Adryan tersenyum penuh gusi apabila Rayyan tiba juga di hadapannya.
            “About time,Epal. Ingat sejuk ke atas ni? Terik tahu matahari hari ni. Lapar saya tunggu awak.” Seloroh Adryan sambil menyerahkan kembali beg milik Rayyan.
            Rayyan tersenyum manis. Zip begnya dibuka. Segala koleksi sneknya ada di dalam beg itu.
            “Nak Mars?"
            Adryan geleng kepala.
            "Cadbury?Toblerone?"
            Geleng lagi.
            Rayyan tarik muncung sambil tangan mengorek lagi beg yang penuh dengan coklat.
Rambut hadapan ditiup kasar. Mata memandang Adryan yang statik memandangnya sambil memeluk tangan ke dada.
            "Saya bagi makanan dalam beg ni kepada orang yang saya rapat saja tau." Rayyan cuba memancing perhatian Adryan sambil tangannya mengorek lagi isi di dalam beg tersebut.
Tiba-tiba tangannya menarik keluar sebiji epal merah. Eh...sejak bila ada kat sini ni?
            “Saya pun bagi epal kepada orang yang saya rapat saja tau.” Selamba, Adryan berkata. Epal ditangan Rayyan diambil dan digigit sedikit. Kemudian, epal tersebut disua ke arah Rayyan yang sudah terlopong itu.
            “ Kalau saya kongsi epal tu...bermakna memang awak tu dah paut hati saya,”
Adryan mengenyitkan matanya.
            Rayyan pula, tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Dia gigit jua epal yang disua.
            “So...
            Rayyan memandang Adryan yang sudah tayang muka nakal itu.
            “You love me, or not?”
            Adryan ni...sengal! Tak romantik!
            “Whatever Epal, yang pasti saya cintakan awak. Dari zaman awak buat perangai lagi...saya dah suka awak. Sebab saya tahu awak ni kuat orangnya. You were just hurt, and I wanted to be the one there, to help you heal. And from what I see...awak dah sembuh.”
Tenang, Adryan memberitahu. Bibirnya mekar tersenyum.
            Rayyan menggigit lagi epal tersebut. Seketika, dia juga mencuri pandang ke arah Adryan di sisinya.
            Sungguh dia tidak sangka...
            “Saya...juga sayangkan awak.” Akhirnya, Rayyan memberitahu.
Adryan mengangguk perlahan.
            “Saya dah agak dah. Awak asyik hilang fokus...”
            “Why wait?”
            Adryan angkat bahu dengan soalan Rayyan. Kenapa dia tunggu?
            “Supaya awak tahu yang saya cintakan awak bukan sebab kerja, mahupun simpati, I love you for who you are. Tak kira awak lumpuh ke, awak boleh jalan ke...saya cintakan awak. The real you. Rayyan.”
            Rayyan mengangguk. Sumpah dia tidak tahu untuk memberi reaksi yang macam mana tika ini.
            Suka, ya dia tersangat suka. Kalau boleh hendak melompat ke langit.
            Sungguh dia tidak sangka...
            “Kenapa panggil saya Epal?” itu juga yang ditanyanya.
            Adryan menoleh, memandangnya dengan pandangan yang redup.
            “Epal, sebab you are the apple of my eye. Tapi yang penting...epal pun, kalau dia terjatuh, dia akan lebam. Tapi lebam-lebam dia pun, dia masih nampak segar sebab dia terlampau merah sehinggakan lebam pun tidak dapat orang lain lihat. But I saw you through your bruise which no one ever seen through it...and all I want to do was to protect you.
            Setitis air mata menitis jua dari tubir mata Rayyan.
            Tersentuh dengan pemerhatian Adryan...
            “Man...you make me fall for you again, Adryan!
Dan tangisan, bertukar menjadi gelak tawa...sungguh bahagia.

            Beberapa tahun kemudian...

SEBALIK dari yang dipesan, jari telunjuknya rancak menguis-nguis tapak kaki halus bayi yang sedang lena dibuai mimpi itu. Sudah berkali-kali bayi tersebut menggeliat kecil, geli dengan perilaku ayahnya, namun terlampau mengantuk untuk membuka mata dan memberi respon dalam bentuk tangisan.
            Si isteri yang dapat meneka helah jahat si suami, mula menggeleng kepala. Tangan si suami yang masih degil ingin mengacau lena si anak dipegang.
            “Sayang...jangan kacau dia.”bisik isterinya tegas.
            “Saya geramlah. Tengok pipi dia, macam epal. Menurun dari awak. Geram saya nak gigit.”
Balasan si suami sekadar mendapat jelingan tajam.
            Si suami menggigit bibir. Oops.
            “Bagilah dia tidur.”
            “Tidur saja kerja dia. Habistu, bila nak main dengan ayah?” Serentak itu, dia menunduk nak melampiaskan ciuman pada segenap pipi gebu anaknya.
            Si isteri sudah menjegilkan mata. Cepat-cepat badan suaminya ditarik dari terus mencium anak yang baru tidur itu.
            “Janganlah cium-cium dia. Nanti dia bangun. Awak bukannya rajin nak tidurkan dia, main saja tahu.” Isteri sudah tarik muncung.
            Si suami tersenyum lebar. Pinggang isteri diraih erat. Pipi isteri dikucup, kemudian digigit kecil. Geram.
            “Epal ni lagi sedap.”
            “ADRYAN!”
Serentak itu, bayi yang lentok dibuai lena terus membuka mata. Dek terkejut, dia pun mula menangis.
            Rayyan sudah merenung tajam Adryan yang sudah tarik muka bersalah tika itu. Terus, pinggang Rayyan dilepaskan dan dia mengangkat anaknya dari baby cot.
            Kemudian, dengan muka innocent, dia gelak kecil kepada Rayyan yang sudah cemberut tika itu.
            “Awak juga yang buat dia nangis, bukan saya, Epal.”
            Rayyan mendengus. Cubit karang sengal seorang ni!
            “Awak ni saja aja tau...”
            “I would do anything to see you become as red as an apple, my dear.” Selamba jawapan diberi.
            Kemudian, lagi selamba, dia tinggalkan si Rayyan keseorangan. Nak main dengan epal nombor dua dia ni pula. Epal nombor satu dah terkena tadi...

Loving can heal...
Loving can mend the soul.

TAMAT

9 comments:

  1. what a nice story though its short but i love it . keep it up xoxo

    ReplyDelete
  2. alaaa, nape tetibe dh beberapa tahun kemudia... nk sweet2 byk..hehe
    btw best!

    ReplyDelete
  3. best...superbbbb..terbaikkkkkk

    ReplyDelete
  4. Hi,

    Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami berminat mengambil naskah novel anda yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

    Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

    Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

    Sekian.


    Hubungi Kami:
    novelmcdp@gmail.com


    Untuk Info:
    NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan TANPA HAD secara PERCUMA.

    Anda boleh memuat turun aplikasi Novel+ di

    Google Playstore:
    https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mmode.novel

    Apple Store:
    https://itunes.apple.com/my/app/novel+/id993607569?mt=8

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete