Thursday, March 10, 2011

Mr Perfectionist 8



 
‘Keletang...keletung...PPRAAANGG!’


Keadaan di dalam rumah banglo tersebut sudah berubah 360 darjah . Hanya dengan kehadiran sepasang kembar lelaki ini mampu mewujudkan kembali suasana Perang Dunia ke-2. Cuma yang tiadanya, bom, angkatan tentera, kereta kebal, jet pejuang dan senapang.


Daye dari tadi berkurung dalam biliknya, tidak mahu turun menemani Jazz bermesra dengan Alec dan Joshua. Tak sanggup katanya. Jazz pula tidak cukup tangan untuk memasak, serta menjaga kanak-kanak tersebut.


“Alec! Kasi balik frying pan Ucu. Ayah Su dah lapar tu, bila nak siap lunch kita kalau Alec dan Joshua kacau Ucu macam ni!”


Jazz yang selama ini amat berlemah-lembut dengan kanak-kanak memarahi budak berdua itu. Tidak disengajakan sebenarnya. Bayangkanlah, Jazz baru sahaja mengeluarkan kuali, dan dia berpaling sebentar untuk mengambil senduk tadi. Tengok-tengok kuali itu dah kena sambar ke Alec dan Joshua. Pada mulanya dia membiarkan lagi, namun kali ini, apabila Jazz mengeluarkan non-stick pannya, Alec dan Joshua turut mengebasnya. Buat macam harta sendiri. Kecik-kecik dah nak jadi chef!


Habis jahanam kuali tu kalau dibiarkan menjadi barang permainan Alec dan Joshua. Mereka mengetuk kuali itu sekuat mungkin ke lantai marmar itu. Jazz mendengus geram.


“Ucu kata bak sini! Jangan degil boleh tak? Nanti dengan kamu-kamu sekali Ucu telan! Ucu dah lapar ni!”


Jazz berkata sambil bercekak pinggang. Dia mendengus kasar apabila budak berdua itu membuatnya seakan-akan tak wujud. Tanpa disedari, setitis air matanya mengalir. Emo? Ya, memang dia emo sekarang ni. Bendera merah berkibar lol!


Jazz meninggalkan dua orang kanak-kanak itu di dapur. Dia berlalri memanjat tangga. Pintu biliknya dan juga Daye dipulas kasar.


Daye yang tengah syok melayan lagu dari laptopnya itu terkejut dengan kehadiran Jazz secara mengejut di sisinya.


‘WHAT the Fish? Kenapa serang abang ni? Dah siap masak?”


Daye hanya memeluk Jazz yang teresak-esak dalam pelukannya itu. Jazz hanya menggelengkan kepalanya untuk menjawab soalan Daye itu.


“Kenapa ni? Siapa buat?”


Daye bertanya lembut kepada Jazz yang sudah mengelap air matanya itu. Comel pula Jazz hari ini, macam kanak-kanak. Tocang dua diikat pada setiap belah kepala Jazz. Comel betul!


“Budak tu kacau Jazz! Bila Jazz nak masak ni? Abang pula berkurung dalam bilik aja! Bukannya nak tolong!”


Kata Jazz sambil memukul lembut dada Daye. Daye terbatuk kecil akibat menerima penangan isterinya itu.


Daye mengusap wajah isterinya.


“Fine, abang tolong jugak...jom turun!”


Jazz mengukirkan senyuman kecil. Senang aje nak kasi Daye cair, titiskan air mata sedikit sudahpun layu. Hahaha...kalau tak ada air mata, gunalah Eye mo! Pandai kau berlakon Jazz!


Jazz mengikut jejak langkah Daye yang menuruni tangga itu. Aik? Kenapa tak bunyi apa-apa? Jangan kata budak tu dah mati lemas sudah!


Jazz dan Daye melangkah memasuki kawasan dapur. Sunyi benar!


Gumam Jazz dalam hatinya. Tiba-tiba...


“Attack!!!!”


Belum sempat Jazz dan Daye memberi sebarang respons, Daye sudah jatuh menimpa Jazz. Jazz pula mengaduh sekuat mungkin. Semput dibuatnya apabila badan Daye yang tough ini menimpa badan kurus dan ramping miliknya.


Daye hanya memandang Jazz tanpa berkelip. Matanya menyorot pada bibir munggil yang berwarna merah milik Jazz itu. Tanpa sedar Jazz menjilat sedikit bibirnya itu, secara spontan.


Daye pula semakin terpaku. Nafasnya menjadi berat. Jantungnya berlari tidak mengikut detak. Indah betul ciptaan Tuhan.


“Ipin! Ikat tangan mereka!”


Alec mengarah adiknya! Bila lagi mahu mempraktikkan sedutan Upin dan Ipin yang ditontonnya sebelum datang ke sini dahulu. Yang scene Upin dan Ipin jadi lanun tu lah.


“Ai, Ai Ipin!”


Joshua hanya tersengih ke arah abangnya. Tangan Daye dan Jazz di tariklnya kasar dan diikat sekemas mungkin menggunakan tali.


‘Siap kapten! Sekarang apa kita nak buat?”


Joshua bertanya kembali kepada abangnya.


Alec seakan-akan berfikir . Daye hanya menyumpah mereka beberapa kali dalam hatinya. Memang dia tak suka kanak-kanak yang berperangai mentah ini! Tengoklah apa yang budak tu buat


“Sekarang? Kita campak mereka dalam laut, kasi ikan Josh makan!”


Ujar Alec selamba. Daye hanya menahan amarahnya yang tertahan-tahan itu. Nasib malang betul dapat anak saudara macam ni!Imaginasi tinggi sangat!
 
Daye dan Jazz tak mampu berbuat apa-apa. Tangan mereka masih terikat, so, Daye dan Jazz tidak punyai pilihan lain selain terpakse berlakon macam Upin dan Ipin!




***


Sorry lau ayat lintang pukang, ni x smpat nk edit!

9 comments:

  1. haha..main2 kuali pulak diorg ni..btw awin nk kemana yu smpia tak sempat nk edit? hehe :P

    ReplyDelete
  2. nk g tido!!huhu,,,mata dah kuyu..esok nk bgn pagi sbb nk taip Im urs 18!! huhu...

    ReplyDelete
  3. baru nak taip comment, tgk word verification kat bwh ni...smbg gelak balik... SUPIN...hehe... lbih kurang upin dan ipin dah...

    comel je budak2 tu... tpi kalau dah hyperactiive mcm ni, kdg mencabar kewibawaan jugak. sabo jela daye n jazz.

    ReplyDelete
  4. naughty lak ai bdak2 ni..
    xlame g hangus la rmah 2

    uncle daye pon naugthy ea!!!!
    *__*

    ReplyDelete
  5. ya allah... klo ak dpt dak2 ni mmg ak piat telinga! yg ayah cu ngn ucu tu tak wat pape ke? adeh~~ =="

    ReplyDelete
  6. memang nakal tahap gaban betul ni...hehehe

    ReplyDelete
  7. hehehe...nakal giler. kalo acik kompem dah jadi Hulk dah... ;p

    sweet aje citer ni.. =)

    ReplyDelete
  8. mula² igtkn rumah diorg ni bkalan tunggang terbalik sbb Daye dgn Jazz yg asyik gado.. rupanya Upin-Ipin ni yg buat huru hara.. haha :D

    ReplyDelete