Sunday, July 28, 2013

Geng Budak Bawah Tangga : Step 6



Only after the last tree has been cut down,
 Only after the last river has been poisoned,
 Only after the last fish has been caught,
 Only then will you find that money cannot be eaten.

Manusia, dan ketamakkan, tak dapat lari jauh.  Mereka ingat, duit itu segala-galanya. Heh, sadisnya. Reader’s Digest itu ditutup lalu diletakkan di atas pahanya. Sebuah keluhan dilepaskan. Kepala masih disandarkan pada  dinding. Yuyi, Wanda , Ciku dan Yidd pula memandangnya hairan. Iya, kesemua budak bawah tangga mengambil keputusan untuk lepak di bilik Yidd dan Wanda pada malam ini. Jarum pendek  jam yang sudah menginjak ke angka 1 turut dihiraukan. Esok kelas pukul 10 pagi, apa mau kisah? Boleh bangun lewat sikit.

“Fish...”
Yidd menghampiri Nafisha yang sudah kelihatan berair mata itu. Iyalah, tadi Wanda dengan Yuyi menangis sebab rindukan bilik masing-masing di rumah, takkanlah Fish macam mereka juga? Bukan ke minah ni hati kental?

Tangan Yidd melingkar pada bahu teman sebiliknya itu. Fish diraih ke dalam dakapan. Wanda, Ciku dan juga Yuyi turut berhenti dari berborak lalu terus menumpukan perhatian kepada Fish yang tiba-tiba sahaja berubah setelah membaca RD itu. Kenapa dengan Fish ni?

“Guys...nak nangis boleh tak?”

Perlahan Fish bersuara. Empat-empat lagi kepala mengangguk. Dan, Fish pun meminjam bahu Yidd lalu mencurahkan air matanya yang ditahan dari tadi lagi, dari awal Wanda dan Ciku, dan Yuyi membuka cerita ‘happy family’ mereka itu.

“Tak apa Fish, jangan malu, aku pun menangis apa tadi? Bukan kau sorang  yang homesick. Biasalah, first time nak tidur hostel, mesti teringat rumah.”

Yuyi bersuara bagi menyedapkan hati Fish. Fish yang sudah kekeringan air mata itu kembali membetulkan posturnya. Tangan rakan-rakannya diraih.

“Aku tak homesick, dan tak akan pernah homesick. I’m...I was...I was disowned by my parents.”
Sepatah ayat itu membuatkan empat yang lain tarik nafas dalam-dalam. What!?? Dibuang keluarga?  Fish angguk, walaupun tiada siapa yang bertanya lanjut.

Disowned? Geez, are you serious mate? What did you do? You slept with a guy, or were you knocked up by a guy?”
Fish memandang Wanda dengan sebuah jelingan tajam. Sebuah senyuman sinis dilemparkan kepada gadis Eurasian itu. Nama saja Eurasian, tapi otak Wanda tu dah stereotaip Malaysia.

I am not that cheap, Wanda. Aku dibuang keluarga sebab aku gagal, menjadi anak perempuan mereka.  I failed to be like my ‘ideal’ brother  yang sembahyang pun aci ciku-cak. Failed to be their good little girl who follows  each and every word they adhered me to, even to dress like a slut and entertain their party guests. Gagal ikut gaya ala-barat mereka; whenever  there’s a celebration, bukannya orang surau dijemput untuk doa selamat, tetapi botol-botol champagne yang dibuka. They wanted to drag me along that route, but I withstand.  Aku tak ikut apa yang mereka lakukan, tapi aku siap nasihatkan diorang baik-baik, siap cakap kat nenek aku , dan sebab itulah dorang marah agaknya. Aku dibuang, tapi nenek ambil aku duduk dengan dia. She’s a rich lady, richer than dad, and she is nicer than them. She never did these to me for sure...”

Fish berkata selamba sambil menyelak belakang bajunya. Kaki seluar juga disinsing ke paha, dan mereka yang lain terkejut, buat ke berapa kali entah. Terkejut apabila mengetahui Fish yang baru dikenali sehari ini, dan dianggap gila-gila, rupa-rupanya telah mengalami suatu waktu silam yang kelam.

“ Oh my...”
“Ya Allah!”
“Christ!”
“Astaghfirullah hal azim!!”


 Fish kembali membetulkan pakaiannya yang diselak tadi.
“Semua...semua tu parents kau buat?”
Fish angguk.

Just because you don’t wanna be like ‘em doesn’t mean they could hurt you!Nor they could coerce you into doing something you don’t want to! Even my dad didn’t force me to drink because I chose not to drink, even on Christmases!”

Wanda bersuara lantang sambil menyelak kembali kaki seluar Fish dan melarikan jarinya di atas parut-parut yang ada pada kaki Fish. Mulut minah Eurasian itu masih terkumat-kamit menyumpah seranah perbuatan keji ibu bapa Fish.

“Kau report tak Fish?”
Fish menggeleng kepalanya.

“Kau ingat ni America? Anak boleh saman bapak macam main guli je? Aku tak laporkan, cuma nenek saja tahu tentang hal ini, dan bila nenek masuk campur, dorang disinherit aku. Masa aku tinggalkan rumah itu, aku dapat rasa betapa indah dan bahagianya dunia ini. And that is why I care so much about this earth...it is indeed beautiful, tapi disebabkan orang macam immeadiate family aku yang terlalu kejarkan kebendaanlah dunia ini semakin hancur.”  Fish berhujah sambil tersenyum sedikit.

 Sungguh, sewaktu neneknya menarik tangannya untuk keluar dari Villa itu, dia rasakan hidupnya tidak lagi dibelenggu dugaan. Dia ada nenek, tapi jauh di dasar hatinya juga dia inginkan ibubapa dan abang yang sanggup tinggalkan semua maksiat itu dan memberinya kasih sayang yang dia selayaknya dapat. Kalau ibu bapa orang lain mungkin dah meloncat ke bulan apabila anak mereka menutup aurat, dan dia juga inginkan ibu bapa seperti itu, but you do not always get what you wished for. Kalau Allah tahu dia tak boleh lalui dugaan yang pernah dia lalui itu, tak mungkin Allah SWT menduganya sebegitu sekali, kan?

Fish...my mom will be proud to have another daughter.”  Ciku mencelah sambil memeluk Fish dari sisi.
Mine too!”
“Mine three!”
“Mine four!” Yuyi yang terakhir, memberi kucupan pada pipi mulus Fish. Fish tergelak. Pipinya disapu. Yuyi ni eksaited sangat!

“Yelah-yelah, nenek aku pun suka tambah lagi cucu-cucu perempuan dia ni...”

Fish berseloroh. Syukur, beban didada berjaya dilepaskan. Selepas ini, tiada lagi rahsia dari Fish kepada mereka berempat.

“Sisters?”
Yidd bertanya kepada semua.

“SISTERS!” keempat-empat suara menjawab soalan Yidd tadi.

“Okay, tutup alkisah ‘happy family-homesick-whatever’ ni...sekarang ini aku ada gosip.”
Ciku berkata sambil tersenyum gatal ke arah Fish. Fish angkat kening. Kenapa tu main senyum kucing kurap dengan aku ni? Gosip?

“Cakaplah! Kau tersenyum sama Fish kenapa?”
Wanda menyiku perut Ciku disebelahnya itu. Ciku menjeling tajam ke arah Wanda.

“Minah, bawak bersabar. Ini ha...tadikan, masa habis Christian Society tu, aku gerak dulu dari Wanda, lepastu aku lalulah kawasan Surau, nak tahu tak apa yang aku nampak?”

Ciku bertanya, mengada-ngada. Fish pula sudah tahu ke mana arah tuju Ciku terus mencapai bantal goleknya dari atas katil lalu ditujukan ke arah Ciku. Bantal itu selamat menimpa wajah Ciku, yang sudah tergelak sakan itu. Muka Fish sudah merah.

“Ish...Ciku! Abang Yidd bagi aku makanan pun kau nak kecoh!”

Lagi tiga kepala semua ternganga dengan pengakuan tuan badan sendiri.

WHAT???” Tiga-tiga suara bertanya serentak. Sumpah tak percaya.

“Yep. Tengku Hayder bagi aku makanan...”

Fish berkata sambil tertunduk, sumpah malu walaupun dengan geng sendiri. Tak pernah lagi dia ‘terjatuh’ sebegini parah.

“Whoaaa...kau sure tu abang aku?”
Yidd bertanya. Fish memandang Yidd lalu mengangguk laju-laju.

“100% pasti.  Lagi satu guys...”

Fish menggigit bibirnya. Nak bagi tahu ke tidak ni? Hmmm....bagitahu jelah. Habiskan terus cerita.

“Apa lagi yang dia buat? Bukan calang-calang orang abang aku belanja makan, dengan aku pun dia sengkek...”

Yidd mengolah ayatnya. Fish tersenyum lebar. Bukan calang-calang orang eh? Memang kiranya dia ada peluang lah ni?

“Dia kan...dia panggil aku...Fish-y...”
Sehabis sahaja ayat Fish, Yidd menjerit kegembiraan. Fish dipeluknya erat.

“Fishy!!! Fishy Fishy Fishy!! Bukan calang-calang orang jugak dia nak bagi nickname. Kiranya tu, dia dah recognise kau, dan dia tengah slowly nak kenal kau dengan lagi rapat. Wahhh, my akak ipar!!!”

Yidd pula yang lebih-lebih. Wanda, Ciku dan Yuyi pula sudah tersenyum meleret. Thumbs up dihadiahkan kepada Fish yang wajahnya sudah berubah menjadi warna kulit tomato itu. Sat lagi, adalah orang tu jadi sasaran panah arjuna  sang ketua pengawas ni. Erk...ke sang ketua pengawas yang dah terkena panah arjuna si Ikan atas darat ni? hehe


 =)


Cheers to those who requested GBBT, sorry for the late entry.Was darn busy. It is not that shocking right, Fish's situation?

P/S : Okay back to my assignments, at least got this one out of my system! And right after purchasing additional topup quota too, sebab dah tak tahan! Hope you guys be patient for the next entry, child's lit and pelan rumah for Maths pun belum siap ni. XD




Sunday, July 14, 2013

K.I.A.H : BAB 12



“Kay...kenapa sampai macam ni sekali Kay? Apa Kay dah buat sampaikan Jaz minta putus ni? Cerita sama Mama.”


Datin Zu menyoal anak terunanya itu bertubi-tubi. Khayrel Reza hanya mampu mengeluh. Discovery Channel itu hanya dipandang tanpa memahami apa yang sedang ditayangkan. Mamanya di sebelah dibiarkan sahaja. Papanya pula masih setia menilik NST di tangan. Kenapa mesti mama dia tuduh dia yang membuat silap dalam hubungan dia dengan Jaz. Memang semua orang tuduh dia ni kenapa?


“Ish anak teruna ni, Kay, jawab mama tanya ni! Sedar tak lagi few days korang punya majlis akad, dan hari ni baru Kay ceritakan yang korang dah putus?”
  

Suara Datin Zu naik seoktaf. Mukanya sudah merah, marah. Siapa tak marah kalau anak sendiri buat hal? Kahwin...bukan benda yang dibawa bermain. Kalau majlis akad itu tidak berlangsung, mana dia nak letak muka dia ni? Malu dengan kaum kerabat, malu dengan kawan-kawan. Anak teruna dia ni pun satu, boleh buat muka tak heran. Ish, anak siapalah Kay ni! Tengok, bapak dia pun sama saja, buat tak hirau.


“Ma...Kay tak kisah. Mama nak batal ke, nak apa-apa ke, Kay dah tak kisah. Buatlah apa mama suka. I don’t give a care any longer. Do as you wish. Kay naik dulu. Luth balik nanti inform Kay. Stress dengan semua jenis wanita kat atas dunia ni.”


Kay angkat kaki dari ruang rehat itu. Datin Zu terlongo. Budak bertuah ni, aku tarik jugak telinga dia ni. Tak kisah lah dah besar panjang pun. Apa dia kata tadi? Tak kisah? Do as I wish? Aku kahwinkan juga buta-buta dengan mana-mana perempuan baru dia tahu. Haish, apa nak jadi teruna ni sorang. Ingat jaga anak perempuan susah, rupanya nak jaga lelaki bernama Kay ni berganda susahnya.


“Abang! Apa kita nak buat ni? Takkan nak batalkan plan kita ni?”


Datin Zu beralih kepada suaminya apabila Kay sudah hilang dari pandangan. Suaminya yang tadi ralit menela’ah NST sudah meraih isterinya ke dalam dakapan. Wajah Datin Zu dipandang sayang. Kesian isteri dia ni, pening kepala fikirkan masalah yang baru timbul ini.


“Awak ni Zu...interrogate Kay macam orang special branch, bertubi-tubi, memanglah dia tak jawab. Cuba awak releks, tanya satu-satu. Ini tidak, ada jugak awak punya bloodpressure tinggi, tak pasal-pasal masuk hospital.”


Tangannya dilarikan pada dahi datin Zu yang berkerut. Datin Zu menjuihkan bibirnya. Eih orang tua ni pun satu hal.


“Awak nak saya masuk hospital lah tu?”


“Ke situ pulak dia...saya  sayang awak la Datin. Ini ha, kalau ikut jawapan si Kay tu, dia kata apa tadi? Dia tak kisahkan kalau kita carikan calon.Kita carikanlah bakal menantu kita tu.”


Dato’ menjongketkan keningnya kepada sang isteri. Datin Zu mengerutkan hidungnya. Yelah...tapi takkan lah kot buta-buta nak suruh Kay kahwin macam itu saja? Sebijik macam cerita novel.


“Tapi Dato’, Datin ni tak nak lah Kay itu merana pulak nanti kalau Datin yang pilih isteri, Dato’nya. Saya sayang anak lelaki saya tu, tak mahu saya dia hidup merana sebab kahwin bukan atas dasar cinta.”


Datin Zu membuka logik. Kali ini giliran suaminya pula yang mengeluh. Pinggang Datin Zu dipeluk. Datin Zu pula menyandarkan kepalanya pada bahu Dato’.  Masing-masing terdiam. Apakah jalan yang perlu mereka ambil ni? Kalau teruskan majlis, nanti Kay yang tak bahagia. Kalau batalkan majlis, jatuh aib pada nama mereka?


“Payah kan sayang? Kita doa lah, InshaAllah Allah tunjukkan jalan.”


Datin Zu angguk. Sebelum sempat dia berkata apa-apa, loceng rumahnya berbunyi. Datin Zu bingkas bangun dari sofa itu lalu memandang suaminya. Dato’ pun buat muka terkejut. Takkan Luth dah balik kut? Benjamin ni selalunya malam-malam baru hantar cucu dia pulang, awal pula hari ni.


Datin Zu menghampiri tingkap lalu mengintai siapa yang diluar.


“Khairina?”

“Huh? Khairina mana?”

Sang suami bertanya balik. Siapa?


“Anak Maimunah..”


“Ouh...yang Luth suka tu?”


Datin Zu angguk. Suaminya sudah tarik muka manis. Dia memandang suaminya, dan suaminya memandang dia. Butang pagar ditekan. Masing-masing tersenyum penuh makna.


***


“Assalamualaikum aunty, uncle...”


Datin Zu menjawab salam dari muka pintu. Kiah dijemput masuk bersama senyuman yang melebar pada wajanya. Anak dara Maimunah ni sangatlah lawa. Puji Datin Zu di dalam hati.


Kiah menyalami Datin Zu, dan mencium kedua-dua belah pipi nenek Luth itu. Luth pula dari awal-awal lagi berlari ke dalam pelukan atuknya. Rindu lah tu setelah beberapa hari tak jumpa atuk dan neneknya.


“ Kiah datang ni sebab Benjamin minta tolong hantarkan Luth. Dia tiba-tiba pula ada emergency call dari hospital tadi. Kebetulan pula kami tengah lunch sama-sama.”


Kiah berkata sambil menghirup kopi yang dihidangkan oleh bibik. Datin Zu angguk sahaja. Namun, di dalam kepalanya tengah tertanya-tanya sejak bila Benjamin dengan Kiah ni mula kenal, mula rapat? Mereka berdua tu ada apa-apa ke?


“Ouh...Khairina sihat? Lama aunty tak tengok Khairina. Mama, abang semua sihat?”


Datin Zu memulakan sesi temu ramahnya. Iyalah, nak tanya perihal anak dara orang, kita tak boleh terus lompat to the point,  nanti dia kata apa pulak, iya ke tidak?


“Semua sihat aunty. Aunty sihat?”


Datin Zu tarik muka sedihnya. Tapi dalam hati, sudah bersorak-sorak si datin ni. Yes, the fish has taken the bait! Termakan juga Khairina ni dengan jeratnya. Sesi lakonan datin Zu bermula! Tangan mulus Kiah diraihnya dan dielus-elus. Wajahnya dimuramkan sehabis muram.


“Entahlah Khairina. Dua tiga hari ni aunty stress sangat. Rasa macam nak pitam pun ada. Hati aunty ni resah dengan anak lelaki aunty tu, Kay tu.”


Kiah membulatkan matanya. Apa yang Kay dah buat sehinggakan aunty Zu ni sedih sangat ni? Selama dia pernah jumpa aunty dia ni, selalu saja mood aunty Zu ceria-ceria, gembira, dan tak pernah semurung ini. Kiranya, apa sahaja si ayah Long Luth dah buat tu sangatlah mendukacitakan aunty ni.


“Kenapa aunty? Kenapa nak risau sampai macam tu sekali? Bukan ke anak aunty tu dah nak kahwin ke? Tunggu tunang dia balik saja kan?”


Kiah  cuba untuk bertanya lanjut. Kenapa dengan Kay? Namun Datin Zu hanya berdiam diri. Dia memandang Kiah tanpa kelip. Kiah pula serba-salah. Aiyo, salah tanya ke? Macam mana ni, mesti Datin Zu dah cop aku ni jenis suka jaga tepi kain orang...


“Eh, hiraukan saja apa yang aunty cakap tu. Sekarang ni Khairina cerita sama aunty, Kiah dengan Benjamin itu...ada apa-apa ke?”


Datin Zu melepaskan nafas lega. Dah, dia sudah tanya benda yang dia nak tanya dari tadi lagi. Iyalah, siap pergi makan sama-sama Benjamin, lepak dengan Luth, entah-entah mereka ni tengah hangat bercinta. Kiah pula sudah tergelak perlahan. Datin Zu angkat kening, apa aku tanya soalan lawak ke?


“Aunty ni ke situ pula, Kiah dengan Benji tu dah macam kawan rapat saja aunty. Dia kawan dengan Kashaff dah lama, dia pun selalu lepak dekat rumah akhir-akhir ni sejak jumpa balik Kashaff tu, lepas tu masa dia tahu Luth tu senang dengan Kiah, dia ajak la keluar sama-sama. Kiah pun bukan ada buat apa-apa dekat rumah tu.”


Wajah Datin Zu semakin bercahaya apabila mendengar apa yang Kiah katakan itu? Oh, kawan baik sahaja...maknanya...


“Khairina, jadi menantu aunty?”


Kiah yang baru menghirup air dari cawan itu terus tersedak. Nasib dia tak tersembur ke atas muka aunty Zu ini. Datin Zu pula cepat-cepat menepuk perlahan belakang Kiah. Kiah memandang aunty Zu tanpa kelip. 


Whoaaaa....aku tak mimpi kan? Ke aunty ni jenis macam Benjamin jugak? Jadikan proposal sebagai satu jenaka? Oh tidak....


Kiah  meletakkan cawan kembali ke atas meja. Wajah Datin Zu dipandang. Bibirnya digigit perlahan. Sah, memang Kay ada buat masalah ni dengan Jaz...


“Aunty...apa yang aunty cakap ni? Bukan Jaz dengan Kay tu dah tunang ke? Nak kahwin dah pun kan? Aunty jangan bagi harapan palsu sama saya. Saya tahulah saya sukakan Kay tu tapi aunty janganlah bagi saya harapan. Saya tak mahu orang cakap saya ni perampas ke perempuan ketiga ke. Saya ada maruah juga aunty.”


Kiah sudah mula membebel. Mukanya pucat. Jantungnya berdegup pantas. Oh no, Oh no...satu-satunya perkara yang dia mahukan menjadi nyata di dunia ini, dan takkan semudah itu dia boleh dapatkan? Macam tak lojik pun ada. Sah Kiah, sah kau tengah mimpi ni, Kau tengah tidur ni Kiah. Sat lagi kau bangun, tengok-tengok ada siling, ada kipas dan ada novel Aa+Bb kat tepi bantal kau.


Namun, Kiah sedar bahawa dia tidak bermimpi apabila aunty Zu memegang wajahnya. Wajah aunty Zu itu bercahaya macam lampu pada pokok Krismas. Lip lap lip lap.


“Suka? Kiah sukakan Kay? Serius ni? Sejak bila Kiah sukakan dia, padahal korang jumpa pun baru sekali dua?”


Dah, dia dah mula balik soalan latihan tubi dia tu. Inilah dia, Datin Komando wannabe...kekuatan, boleh menyoal sedas soalan sehinggakan orang pun tak tahu nak jawab yang mana satu. Kiah pula tercengang. Dalam kekalutan dia dengan proposal  aunty ni tadi,habis terkeluar bahagian yang dia sukakan Kay. Kiah termalu sendiri. Dia hanya tundukkan kepalanya. Hai anak dara jenis apa ni cakap main lepas saja.


“Entah...kalau dah suka tu, suka jelah kan, betul tak aunty? Kita tak boleh halang kita nak suka sama siapa, it sorts of appeared out of nowhere...


Kata Kiah perlahan. Datin Zu hanya angguk. Betul tu, kalau nak suka, on spot  boleh suka.


“Khairina...better the devil you know, then you don’t? Setuju tak?”


Datin  Zu bertanya tanpa sebab. Kiah termangu. Devil pulak? Maksud aunty ni apa? Boleh buntu aku sekejap. Hish, tak mahu lama-lama lah kat sini. Nanti entah apa pulak dia masukkan dalam otak aku ni. Karang tak pasal-pasal aku making duduk mengharapkan si Kay itu.


“Urmm...kurang jelas aunty?”


Kiah berterus terang dengan sopan. Jam di tangan dikerling, nak blah balik rumah menyorok bawah katil. Aunty dah tahu dia sukakan Kay, dan sekarang aunty ni agaknya tengah main matchmaker. Sebab utama, mesti nak suruh majlis yang dirancang diteruskan. Aiyo aiyo...


“Macam ni lah. Kay kenal kamu, kamu pun kenal Kay...”

“Kenal gitu-gitu je aunty...”

“Gitu-gitu ke apa ke, asal dia kenal kamu. Dah cukup. Cinta boleh datang kemudian. Sekarang ni, apa yang aunty nak...kamu yang sesuai jadi menantu aunty.”


Kiah menggigit bibir. Alahai...kalau tanya hari lain, tentu Kiah kata ok. Tapi hari ini entah kenapa rasa berat pula hati nak kata iya? Muka aunty Zu dipandang lagi sekali. Think Kiah, kau kahwin dengan Kay, ada benda ke yang kau rugi? Tak ada kan? Mama pun dapat menantu, kau dapat suami macam Benz Aliff tu yang dari dulu kau suka dia sampai Benjamin yang dah cukup kacak pun kau anggap picisan  saja, dapat rapat-rapat dengan Luth, hah, kan dah cukup tu?


Tapi hati ini merasa berat untuk terima. Iyalah, Kay tu baru putus tunang, nanti dia kata aku ni gelojoh pula?

“Aunty bawa rombongan esok ya? Setuju ye, Khairina? Dari airport haritu lagi aunty berkenan sama kamu,  tapi masa tu Jaz masi ada dalam kamus hidup Kay. Sekarang Jaz dah kena delete. Kamu tak nak ke kahwin dengan orang yang kamu suka? Serius Kiah, lama-lama kalau dah duduk sebumbung, tidur sekatil, dia akan sayang jugak kamu tu.

Kiah buntu. Hujah aunty sangat menarik. ‘lama-lama kalau dah duduk sebumbung, tidur sekatil, dia akan sayang juga’ . Kalau jawab ya, dia yang untung tapi Kay tu nak ke dekat dia? Kalau tolak dia rugi tapi peluang macam ni datang sekali saja. Agak-agak dalam perkahwinan ada tak istilah to give it a shot? Boleh tak kalaulah dia dah cuba sedaya upaya untuk buat Kay pun sukakan dia, tapi Kay masih tak mahukan dia, boleh tak dia tarik diri?


 Hurmmm? Kalau dia tempat Addin, dan Kay itu Benz, agak-agak apa yang Addin buat? Tapi si Addin tu musuh Benz, dan dia ni kipas susah mati Kay. Dua situasi yang berbeza. Haih, memang hidup ni jadi senang kalau ada plot macam novel tu je.


“Okay aunty...Kiah...Kiah se...setuju.”

Kiah berkata. Peluang sudah ditayang di hadapan mata, kita rebut saja. Padahnya, belakang kira. Jaz hilang, Kiah datang.


Namun, tanpa kedua-duanya sedari, Kay sudahpun mendengar perbualan mereka. Tadi dia terdengar bunyi loceng, dan dia tahu mesti Luth yang dah balik. Dia turun ingin berjumpa anak saudara tersayang tapi dia terdengar pula perbualan mamanya dengan Khairina.


Kay sandar pada dinding. Buku limanya dikepal-kepal. Apa mereka ingat aku ni boneka? Mama pun satu, macamlah teruk sangat kalau batalkan saja majlis itu. Arghh...Khairina ni pun satu spesies. Merenyam sangat ke nak kahwin dengan aku. Cik Khairina nak Dr Khayrel ya?


“Khairina, saya nak cakap sekejap...”


Kay memutuskan untuk menonjolkan dirinya. Sudah tak tahan mamanya merayu dengan Khairina itu. Macam terdesak sangat.

Kiah dan Datin Zu memandang serentak ke arah suara itu. Oh-oh! Bala sudah datang. Kiah pandang datin, datin pandang Kiah. Busted! Kay senyum senget. Olla ladies, saya dah dengar apa plan awak dua. Dan...



***


“Saya dah dengar apa korang bincangkan tadi. So , impulsively you said yes?”


Kay bertanya terus terang. Kolam ikan mama di pandang tanpa perasaan. Kiah yang sedang bersila di sebelahnya hanya mengangguk. Setuju.


“Dia tinggalkan saya. Sebab saya tak romantik macam ex dia dulu. Dia menyesal. Kalau awak kahwin dengan saya, awak jangan ingat saya ni jenis hero-hero novel yang sweet. I’m practical, sarcastic and a very difficult man to live with...itu konklusi yang saya dapat buat dari penilaian Jaz.”


Kay membuka ceritera lama. Kiah hanya diam mendengar. Botol kacang butir yang sempat dicekau dari meja tadi dibuka penutupnya. Oh, Jaz yang tinggal dia. Bukan dia yang tinggalkan Jaz.


Trust me awak, saya dah banyak kali hancur hati. I know how you feel. My case, abang saya kata I’m too romantic. And too optimistic. So, we kinda matched you know. You’re realistic, I’m romantic, my say is, we can survive a marriage together.”


Kiah berkata konfiden. Kay mengeluh. Nanti kalau dia terhancurkan hati anak dara orang lagi sekali macam mana? Kalau dia masih tidak up to her expectations?


I’m a baggage, awak tak nak kahwin dengan saya, Khairina. Nanti  awak menyesal. Saya tahu awak nak lelaki macam mana, the one who sweeps you off your feet! And I am not that person Kiah! Dulu saya nak kahwin dengan Jaz sebab saya sayangkan dia, dan saya nak bagi Luth rasa kasih sayang seorang ibu, and I did love Jaz. But not anymore. Still, saya berpisah dengan dia sebab saya tak berjaya sweeps her off her feet.  Dan sekarang awak, awak rapat dengan Luth, tapi saya tak rasa saya boleh kahwin dengan awak, you are a nice girl. I do not want to destroy your view of a man. It’s just that, the man is not me.”


Panjang lebar Kay berdalih. Kiah hanya mampu tersenyum sedikit. Kalau tadi dia rasa nak tolak saja bila aunty Zu melamar dia, tapi sekarang tidak lagi. Hatinya tekad, Kay...ini Kiah. Hopeless romantik punya Kiah. One day, you will be glued to me macam Gam cap Gajah. Jaz belakang kira, I’ll show you what love is!


“Dah habis cakap kan?”

Kiah bertanya malas. Kay angguk.

“You do have a problem mister.”


Selamba Kiah bertutur. Kay angguk lagi. Iya, dia ada masalah. Dia dah tak berani nak percayakan wanita. Tak berani. Sekali Jaz buat alasan haprak nak berpisah, jangan haraplah dia nak lalui lagi detik macam tu dalam hidup dia ni. Sekali alasan bodoh minta putus itu sudah cukup.


" Here’s a deal. I can't promise to fix all your problems, but I can promise you won't have to face them all alone... I’m not an ordinary girl. Analisis saya, awak tu kata saja Jaz tinggalkan awak,dan awak dah tak sayangkan dia. Tapi...dekat sini masih ada dia kan? Itu masalah utama awak.”


Kiah berkata sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah dada Kay. Kay terdiam sendiri. Tepat sekali tekaan Kiah. Dekat mulut saja yang kata Jaz itu dah tak ada dalam hati dia, tapi kalau duduk dalam bilik sorang-sorang, segala jenis SMS Jaz dia pergi baca balik. Aiseh, Kay oh Kay. Hopeless jugak mister realistik ni.  


“Sekarang kan awak...ganti nama Jaz tu dengan Kiah. Nothing harmful kan? And believe it, you can never hurt me. I know what I’m in for. Kita kahwin, make your mom happy, and have some beautiful babies.”


Kiah berkata selamba sambil mengunyah kacang butir itu. Langit dipandangnya. Awan kepul-kepul, ada tanda nak hujan malam ni.


" Heh. Cakap memang mudah, kan?"


 Kay bersuara sambil mengeluh berat. Betul abang Kiah kata, Kiah yang optimistik. Wajahnya diraup sedemikian kali. Buntu, kacau, serabut, macam-macam perasaan ada. Semuanya sebab wanita bernama Jezamine itu. Haih, dasar pentingkan diri sendiri betul sehinggakan perasaan orang lain dibuat seolah-olah mainan sahaja. Memang Jez tu layak diselam dalam air clorox. Kasi cuci sikit otak karat dia tu. 


"Oh memang mudah, tapi cuba bayangkan, cantik apa, Kiah-Kay, Kay Kiah. Jaz tu, kambus dalam tanah la... biar dia peningkan kepala lelaki lain pulak." Kiah berfalsafah. Kesian sama Kay, tapi masa inilah juga kalau dia nak masuk line yang diberi oleh aunty Zu itu. Opportunity comes  once in a blue moon, one must know when to grab it!


"I think this is too fast Khairina. Saya masih tak kenal awak .Please, don't take me as a charity case, whatsoever, I have  no need for a rebound relationship. Mama pun satu, ambil serius pula bila saya suruh dia buat apa yang dia suka. "


Kay menolak. Kiah ni...kahwin dia buat macam kacang butir. Memang dia suka aku sangat-sangat ke sampai dia boleh terima buta-buta je cadangan mama? Ada jugak manusia macam ni.


"Not a rebound, awak.  Saya volunteer ni. Saya dah terima lamaran mama awak. Esok mama awak bawa rombongan ke rumah saya. That majlis  akad nikah is still on. " Kiah mendesak. Alahai, say yes la Kay oi!!


"Khairina...saya bagi peluang awak lari dari blackhole ni, awak faham tak?”


Kay berkata geram. Dia rasa nak goncang-goncang saja Khairina ni. Karang aku cakap aku tak nak kahwin dengan dia terang-terang, dia juga yang terasa. Tapi, kenapa perlu dia jadi seikhlas ni? Sampai aku pun terasa macam nak give a shot saja untuk cuba kenal siapa Khairina aka Kiah ni.


“Ouh awak ni...awak tak tahu ke blackhole punya tarikan graviti sangatlah tinggi, saya takkan boleh lari dari awak. Even kalau awak kahwin dengan Jaz pun, saya rasa saya akan admire awak dari jauh. Yeah, spooky kan?


Dan...tanpa sebarang warning, ketawa Kay meletus. Wajahnya memandang Kiah tajam. Bibirnya mengukir senyuman manis. Gadis yang polos, mampukah dia mengekalkan kepolosan Kiah setelah berkahwin nanti? Mampukan dia membahagiakan wanita yang sangat penyayang ni? Will her eyes still be that starry when they are married? Will she still have that bright smile on her face everyday? Now that Kay, adalah perkara yang kau akan dapat tahu bila kau kahwin dengan dia.


“Ok.”


Kay bersuara sepatah. Kiah menjungkitkan keningnya.

“Apa yang ok?”

Blur. Kiah pandang Kay.

“Esok, pakai cantik-cantik untuk rombongan. Lusa, kita fitting baju. Minggu depan, kita kahwin.”


Dan dengan itu, Kay berlalu ke dalam rumah. Kiah menjadi patung di tepi kolam ikan itu. Lama-lama bibirnya mengukir sebuah senyuman yang manis. Yeah! Kiah nak kahwin! Mama!


Dari dalam rumah, Datin Zu menitiskan air matanya. Kiah ternyata mampu meleburkan ais. Kay yang berdiri di hadapannya dipeluk sayang. Kedua-dua belah pipi anak terunanya itu dikucup sayang.


“Betul keputusan anak mama buat. Terima kasih, sayang. Mama doakan kamu bahagia sepanjang hayat. Love can come later, Kay. Trust mama.”


Kay hanya memeluk mamanya erat. Ya, dia pun harap dia membuat keputusan yang betul. Khairina...bear with me for a while. Just, bear with me...


Kiah masih tersenyum. Ok? Dia kata okay...okay!!! The best OKAY ever!


=)





p/s : How was it? drastic right? But I do hope that this story wouldn't be as cliche.  





Tuesday, July 9, 2013

Mr Kerek (cerpen) : Part 1




Buku  setebal empat inci di hadapannya itu ditutup kasar. Rambut yang menutupi matanya diselak ke belakang. Pelipis mata ditekan-tekan. Ini kalau dapat air kopi sedap ni.


Roomate, aku give up! Seriously, aku dah tak sanggup nak hadap calculus ni. Sakit otak kau tahu! Apa dia ingat aku ni Einstein hah?”



Gee merungut kepada Rowena a.k.a teman sebiliknya itu. Rowe yang tengah sesedap hati menatap buku resipi datuk nenek dia itu menarik muka bosan dari sebalik buku bacaannya itu. Mahu tak bertaik telinga dia mendengar alasan yang sama setiap hari dari Nur Jehan ni.  Asyik-asyik ‘Rowe I tak tahan la,Rowe I nak tukar kos la, Rowe I stress tau!’, macam tak ada modal lain. Rowe mengeluh.



“Berapa kali nak cakap benda yang sama? Tak tahan then tukar kos. Be like me, chef wannabe, kerja kau masak je 24-jam. Kenyang pun kenyang.”



Rowe berkata selamba. Muka surat buku resipi itu dibelek. Dia kena teliti cara nak membuat soufflé, esok ada skills test!


“Kau ni sama macam Jo lah. Senang je kalau bab cakap. Huuuh.”



Gee mencapai botol air mineral lalu duduk di hujung kaki Rowena. Tudung botol dibuka lalu dia meneguk air mineral itu. Ahhh, sejuk tekak.



“Jo classmate kau, aku roomate kau. Mana sama. Eh, alang-alang kau duduk dekat kaki aku, cuba kau picit sikit. Lenguh tahu berdiri lama. Bila lagi kau nak buat baik sama aku?”


Rowe berkata selamba. Kakinya selamba badak diletakkan pada ribaan Gee. Tangan Gee otomatik memicit kaki teman sebiliknya itu.


“Kau ni... Jo pun suruh je aku tukar kos. Tapi aku tak beranilah nak cakap dekat papa aku. Lagipun tinggal lagi dua semester, rugi pulak aku rasa. Sabar je lah,  Rowe, lagi dua sem aku serabutkan kepala, lepas tu pandai-pandai la aku buat second degree dalam apa-apa , literature ke?.”


Gee berkata senada. Memang dia ambil kos akaun ini pun sebab papa dia, kalau ikutkan hati dia memang nak lari dari segala benda yang berkaitan nombor. Otak dia otak bahasa, bukan otak numeriks. Tapi macam mana dia boleh kekal dapat cemerlang selama dia ambil jurusan ini pun wallahualam. Miracle agaknya.


“Anak bapak. Baguslah, kau jaga hati papa kau. Accounts pun in demand apa sekarang, keluar je tentu ada kerja. Kau pun boleh kerja bawah papa kau. Entah-entah Bank Negara nanti pun nak kau kerja dengan dorang. Rezeki kan, mana-mana ada.”


Gee angguk. Betul tu, selagi jadi tanggungan papa, kita sejukkan saja hati dia. Nanti kalau papa tak restu, Allah pun marah. Iyalah, dari kecil sampai sekarang, papa yang besarkan dia, didik dia, beri dia kasih sayang. Mama? Mama pergi tinggalkan dia semasa dia berusia 14 tahun. Dia terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama dua bulan. Mama meninggal ketika tengah koma. Tak sempat Gee nak minta halal semua benda, tak sempat nak pandang mata mama, mama pergi ketika dia pejam mata. Sedih.


“Hurm...eh, kaki kau ni kasar gila. Kalah kaki nenek aku ha. Jagalah sikit kaki ni, berus dengan dawai tu masa mandi. Barulah smooth.”


Gee menukar topik. Nasib baik Rowe ni sama kepala dengan dia, jenis tak kisah kalau dia nak mengadu ke apa ke, kiranya tak adalah rasa sangat beban belajar tu.


“Suka hati lah kaki aku! Dear, nak dengar cerita tak? Ini coursemate I cerita. Sepupu dia ada kawan baik. Kawan kepada sepupu dia ni, baru kahwin masa cuti haritu. My coursemate ni pergilah sponsorkan dia mini cupcakes you know, for doorgifts.”


Rowe sudah meletakkan buku disebelahnya. Rambut diikat kuda. Badan ditegakkan, semangat nak cerita ni.


“Eh pause, pause. Kawan you ada sepupu. Sepupu dia ada kawan baik, dah kahwin? Okay, baru faham.”


Gee mengulang balik apa yang Rowe ceritakan tadi. Iyalah, cara Rowe nak kaitkan kawan kepada sepupu kawan dia tu macam pusing satu Malaysia. Terbelit sana-sini. Guna perkataan ‘acquaintance’ kepada kawan dia pun dah cukup lah. Hee-yee!


“Ish otak lembab lah you ni Gee.”

“Ah lembab tak lembab, sambung!”

“mana dah tadi? Oh...cerita dia, budak tu kahwin dengan lecturer sama Uni dengan dia. Sweet je kan?”


Rowe sudah tarik muka dreamy nya...Ahh so sweet kan. Tapi geli pun ada. Tapi tetap comel ja, student-teacher relationship. Macam dalam novel pun ada, novel Suami Aku Ustaz.


“Motif kau Rowe, kalau macam tu lah cara kau nak cerita, memang epic fail! Baru nak feel, terus the end? Even Grimm Brothers pun reject lah.”


Perli Gee. Bukan dia tak tahu yang sememangnya Rowena ni tak pandai nak bercerita. Kalau dia baca novel yang tebalnya 400 muka surat, si Rowe ni boleh tolong ringkaskan menjadi 2 -3 baris ayat sahaja. Nak kata betapa kritikalnya kemahiran bercerita Rowena ini.


“Grimm tak Grimm. Eh, kau punya faculty takkan tak ada lecturer yang still single, ready to mingle?”


Rowe memasang idea. Gee tarik muka. Terbayang satu persatu wajah pensyarah di jabatan perakaunan itu. Semuanya sudah tak ada rambut di atas kepala, padah menghadap nombor agaknya.


“Semua dah kerepot lah. Anyways, aku tak hingin lah nak cari educator sebagai laki. Tak sama jiwa, beb.”


Rowe hanya mengangguk mendengar alasan Gee. Baiklah, Gee. Aku saja tanya, manalah tahu kan, tersangkut dengan pensyarah kat sini ke kan.


“Eh? Bukan fakulti kau ada  lecturer yang baru ke? Abang Jo kalau tak silap aku. Jo tak cerita ke? Aku terserempak dengan dia dua minggu lepas, lepas tu aku nampak dia tolong angkut kotak-kotak, aku tanyalah dia kotak apa, dia pun cakap dia tolong abang dia kemas bilik kerja. Abang dia baru balik overseas dan terus dapat offer mengajar kat sini.”


Rowe semakin rancak bercerita. Gee tayang muka selamba. Jo, aka rakan yang paling dia ngam di kelas, ada juga cakap haritu, tapi dia buat tatau pun. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Gee pun tak ada kehendak untuk menggali dengan lebih dalam tentang abang si Jo itu.


“Hrmm...apa-apa je lah. Wey, aku nak tidur kejap, nanti nak turun cafe bagitahu.”


Kata Gee sambil berlalu ke katilnya. Hal Jo dan abangnya ditinggalkan begitu sahaja. Rowe yang sudah memahami perangai Gee itu terus mematikan cerita. Suis pendingin hawa dicapai lalu dinaikkan. Brr..sejuk! Nasib lah kelas hari ni batal, kalau tidak...tak ada peluanglah dia nak membuta siang-siang ni.


“Aku ada discussion lah lepas ni, kau pergi sorang-sorang eh. Before aku gerak aku kejut kau.”


Balas Rowe. Dia pun turut menarik selimut. Pejam mata 15 minit, nak restore tenagalah katakan.



***


Gee terkocoh-kocoh menyarungkan jeansnya. T-shirt hitam yang tergantung di belakang pintu disarungnya. Tudung merah yang dipakainya semalam disarungkan kembali ke kepala. Tak sempat dah nak gosok ke apa ke, Mr Samy Subramaniam a.k.a pensyarah management accounting tiba-tiba nak jumpa dia. Dah dia wakil kelas, kenalah pergi.


Terngiang-ngiang lagi tadi ketika dia tengah syok beradu, Mr Samy telefon dia dua tiga kali baru dia angkat. Kali pertama, dia masih tak sedar dari lena. Kali kedua, suara dia garau bangun tidur, kali ketiga baru okay. Sampai panjang lebarlah Mr Samy minta maaf dengan dia sebab ganggu waktu tiada kuliah.


“Hallo! Hallo!Girl! You asleep ah? I’m very sorry to disturb you. But this is urgent. Can you come and collect some tutorial questions for day after tomorrow’s session? I won’t be coming in but this tutorial is worth two  hours period. So later on there’ll be no replacement class. ”


Gee mengiakan sahaja. Sanggup dia tunggu bas untuk mengelakkan daripada kelas berganti. Sebab itu dia terus kelam kabut. Dia mengejutkan Rowe supaya bangun, nanti Rowe tercari-cari pula dia.


“Aku nak pergi jumpa lecturer.Bye!”


Omel Gee sambil menyilang beg sandangnya itu. Sony diklipkan pada poket jeans, dan telinga disumbat earfon.  Baik jalan sambil dengar lagu, boleh perasan macam dalam video clip.



***



Anak-anak tangga seakan-akan batu Caves itu dipanjat laju. Ambil je soalan dari Mr Samy, dia nak pergi makan. Perut dah macam orang kebuluran, dari tadi ‘grrrr’ ‘grrrr’ saja bunyinya.


“Apa ni mak! Kenapa tak cakap awal-awal Abang pergi fetch abah? Abang punya kelas sampai malam hari ni. Lepas tu nak semak thesis budak degree lagi, haiyo! Suruhlah anak manja mak tu pergi ambil abah.”


Gee yang sumbat telinga volume hampir nak penuh pun dapat dengar dengan jelas lelaki yang laju mendaki turun anak tangga itu. Gila kemas cara dia pakai. Selama ni tak pernah nampak pun? Dah dua minggu dia tak naik bilik pensyarah, ada pensyarah baru yang masuk pun dia tak sedar. Langkah kaki Gee diperlahankan. Iyalah, yang sebelah sana pun laju, yang nak naik ni pun laju, kalau terlanggar mahunya patah tulang punggung kalau jatuh.



Gee masih sempat memerhatikan lelaki yang berada 10 kaki di hadapannya itu. Slacks fitting, baju putih slimcut memang melekat kat badan, nampaklah jugak ketul-ketul dia yang tak berapa berketak tu kat tangan. Kasut, mak aih, berkilat.Cermin mata hitam tersangkut pada leher kemeja yang tidak bertali leher dan terbuka dua butang atas itu. Rambut in place, semula jadi perang ke dia dye? Air rumah dia karat agaknya.



“Ish mak ni. Ke situ pulak. Suruh je adik tu. Dia free lah mak. Mengada saja lebih dia tu, kalau tak apa susah, mak bukan tak boleh bawak kereta, mak pergi je lah airport tu. Suruh bibik teman sama.”



Langkah kaki jejaka itu makin laju. Tangga itu dahlah agak licin dan curam, karang ada yang tersungkur. Gee berhenti sebentar di tengah tangga. Penat berlari dari stesen bas ke sini, lepas tu lari lagi panjat tangga, orang masuk Olympics saja tak rasa penat.



“ Maaaaaaak. Abang malas nak ganti kelas hari lain. Lepas tu nak redah jem sebab  nak balik tukar kereta, satu! Leceh lah mak. Ish mak, dengar abang nak cakap ni. Sibuk nak marah abang pulak. Itulah tak cakap awal-awal.”



Lelaki itu sudah meninggikan suaranya. Cakap orang duduk seribu batu pun boleh dengar, cakap dengan mak kenalah lembut-lembut, ini tidak, gaya dia macam singa nak telan rusa.



Dan, tanpa ada ribut taufan, si dia tersungkur dek tersalah footing di hujung anak tangga itu. Betul-betul di depan Gee. Gee yang tadi khusyuk memandangnya terus mengelak ke tepi. Kalau tidak dia dah turut sama jatuh dek tertolak oleh lelaki itu. Lelaki itu sepantas kilat kembali berdiri. Telefon yang tercampak ke lantai dipungutnya, kembali diletakkan ke telinga. Shades yang tadinya tersangkut pada leher kemeja yang turut terjatuh juga dipungut kembali.



Gee ingin membuka langkah kembali memanjat anak tangga ke bilik Mr Samy terhenti apabila ada tangan yang menarik poket beg sandangnya. Uh-oh.



“Hallo? Ya mak. Abang cakap dekat dia nanti suruh fetch abah. Hrmmm...yelah yelah. Nak pergi jumpa dia lah ni. Hrmm...bye! See you.”


Telefon dimasukkan ke dalam poket belakang seluar. Shades di tangan disapukan pada dada. Mata memandang wanita itu. Rian menarik muka serius dia. Budak perempuan depan dia ni dipandang atas bawah. Pendek nak mampus!


“Kau nampak apa tadi?”

Adrian bertanya serius. Budak di hadapannya itu mengerutkan hidung. Amboi, ingat cantik ke buat macam tu, kenit?


“Nangka jatuh ...” Gee bersuara perlahan. Mana tak perlahannya, telinga masih tersumbat dengan earphone.


Rian menadah telinganya dengan tangan. Apa dia cakap?? Tu berbisik ke cakap?


Gee menggigit bibirnya. Lelaki ni tak dengar ke? Tangan mencapai MP3 Sony dari poket seluar lalu butang off ditekan. Mata kembali memandang lelaki itu.


“Saya cakap saya nampak awak jatuh. Kena tulah emak eh? Tinggi lagi suara dengan emak, Allah balas cash terus.”


Poyo saja Gee menjawab. Wajah Rian sudah memerah. Dahlah dia nampak aku jatuh, lepas tu dengar pulak apa yang aku cakap dengan mak. Penyibuk lah budak kenit ni. Turun saham hero Malaya ni. Dayumm!


Bagus,kau  tak nampak apa-apa.”


Selamba Rian bertutur macam dia tak dengar apa yang dikomen Gee tadi. Gee mengerutkan keningnya. Pekak ke abang stylo?


“Saya cakap saya dah nampak encik jatuh. Dengar tak?”


Gee meninggikan suaranya, sebab dia ingatkan Rian ada masalah pendengaran. Rian pula mengepal buku limanya. Geramnyaaaa dengan budak ni.


“Hish! Tahulah kau nampak pun, tapi cakap jelah tak nampak apa-apa. Hiyeee, itupun tak reti. Good for nothing lah kau ni. Dah, shoo! Bawak malang saja.  Dahlah kenit.”


Rian memarahi Gee. Gee tarik muka masam. Apa kes dia ni ha? PMS ke nak menopause? Orang cakap benda yang betul dia marah pulak. Malulah tu, jatuh lepas tu ada orang nampak. Apa dia panggil aku? Kenit?


“erh helo? Mister Kerek, I am not kenit okay, you are the one who is too tall. Hish...semak semak!”


Dan Gee pun melangkah pergi. Rian mendengus kasar. Budak kenit nih, aku cili jugak mulut. Tak pandai jaga adab dengan pensyarah ke? Memang budak sekarang pandai menjawab agaknya. Shades yang sudah bersih dilap tadi disauk ke batang hidung. Panas cuaca dan panas hati.


Really Rian? Kau tu yang tak jaga adab, jangan harap orang nak jaga adab dengan kau. You were first to be rude, not her.



***


“ Abang tak kira, kau kena juga fetch abah.”


Apa masalah Johanna ni? Mak pun sama, dia yang sibuk juga yang disuruh ke airport. Johanna, ataupun Jo, dipandangnya kecil besar. Orang siap belanja Nandos lagi pun dia masih tak mahu tolong abang dia ni. Haiyo...


“Please la Jo. Serius abang sibuk ni. Abang ada lecture malam ni, lepas tu nak semak thesis diorang lagi. Can’t you please sympathise me a little?”


Johanna tarik muncung. Mata ralit mencari ruangan kosong untuk turunkan abang dia ni. Jumpa pun ha, nasib Viva comel ni kecil, sumbat mana-mana pun muat! Jo memalingkan mukanya ke tepi setelah membuka tali pinggang keledar. Ohoh! Aisehman, abang Rian dia ni dah tarik muka paling comel lah pulak. Tak padan dah usia nak masuk mid 30’s.  Jo mengeluh. Tengok muka sepuluh sen abang dia tu membuatkan dia rasa tidak sanggup pula untuk menolak.



“Adik kureng lah bawa kereta malam-malam, abang. Silau...”


Rian masih dengan muka comelnya. Alahai....aku sepak-sepak jugak jantan ni. Nasib pangkat dia abang, kalau adik aku, haaa...dah jadi belacan pipi tu.



“Okay fine!fine! Jo ambil abah. Bak sini duit minyak 100 ringgit!”


Kata Jo selamba sambil menadah tangan. Dah, nak muntah hijau tengok muka abang dia tu. Rian pula menghadiahkan adiknya jelingan tajam, namun poket belakang seluar masih dicapai. Dompet dibuka lalu dua keping duit berwarna unggu diserahkan kepada adiknya. Jo makin bersinar-sinar matanya.


“Wah wah, thank you brother! I minta a hundred, I get double.”


“Diam sudah. Ini kali je, lain kali jangan harap. And Jo, kalau boleh kau bawak kawan sorang, and drive kereta aku. Viva kau ni sempit. Tahulah abah punya beg tu besar mana kalau pergi outstation. Tak muat bonet.”



Jo tarik muka sememeh mendengar kata-kata abangnya. Tahulah tuan badan ada Beemer X6, berbaloilah dengan PhD yang dia ada tu dan juga segala saham yang dia pegang dalam syarikat abah tu. Kita ni masih belajar, Viva lagi kurang kos, biarlah mak bapak kaya raya pun, takkanlah asyik nak mintak sponsor dengan mak bapak, betul tak?



“Kutuk lagi kutuk, ada Beemer tapi sekarang naik Viva adik! Ish, dah dah, keluar keluar.”

Gesa Jo sambil menolak bahu si abang. Rian senyum sumbing. Jarak umur hampir sepuluh tahun tidak mengecualikan mereka untuk mengacah satu sama lain.


“Hari ni turn my darling Hayabusa. Beemer kat rumah.”



Rian berseloroh. Jo buat gaya tangan ke bahu mata ke atas. Abang siapa yang kerek sangat ni? Mungkin sebab itu kut sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi.  Adrian pula suka sangat menyakat adik dia ni, dah anak manja, kenalah sakat. Kalau bukan abang yang nak sakat, siapa lagi kan?


“Isi minyak penuh-penuh tau. Beemer aku tu dah ‘E’. Tahukan aku letak kat mana kunci tu kat rumah?”


Adrian masih bertanya. Sebelah kakinya sudah berada di luar pintu kereta, keluar-keluar itu tidak. Jo mengangguk, sambil mengeluh.


“Dalam laci spender abang tuh! Ish, jijik! Luar alam punya perangai anak teruna bujang terlajak mak nih.”


Kutuk Jo selamba. Dalam kepalanya dia turut mencongak jadualnya malam ini. Aiyoyo, mahu balik rumah lagi, lepas tu tukar kereta, lepas tu balik rumah balik, ambil kereta dan baru boleh balik hostel. Agak-agak pukul berapa dia boleh tidur malam ni ha?


“Terlajak pun terlajak lah. Men, the older we get, the higher is our nett worth. Unlike you females. Dah, aku naik dulu. Bawak Beemer aku elok-elok. Ada calar satu cm pun siap kau.”


Pesan Rian sebelum menutup pintu kereta dengan kuat. Jo mendecit geram. ISH!!! Abang dia ni kan, kalau dengan Viva dia sehabis-habis abuse dan violence dia pamerkan. Kereta tu tak reti nak tutup perlahan-lahan. Cuba kita buat dengan X6 dia, dua hari pun tak habis membebel. Kerek punya abang!



***


Sir...I think you need to send this this baby to the clinic. Your hard disk is corrupted.”


Gee menyuarakan pendapatnya setelah mencuba sedaya yang boleh untuk memulihkan laptop Mr. Samy itu. Hampir dua jam dia berada di sini, tujuan asal datang sebab dia nak ambil soalan tutorial dari pensyarahnya itu, tup tup Mr Samy tersalah fotostat pula. Lagilah orang tua itu meminta ampun beribu-ribu ampun daripada Gee. Gee tarik senyum yang sangatlah tidak ikhlas ketika itu.  Mr Samy ni, ada saja yang dia nak tersalah buat. Memang Mr Samy tak boleh lari dari watak kalut dia itu.



Mr Samy pula suruh Gee tunggu sebentar, untuk dia printkan tutorial yang betul. Tetapi, masalah lain pula yang timbul. Laptop dia  pula kena hinggap virus, sehinggakan hard disk semua dah jadi kosong. Naik buntu Gee menekan itu ini, namun masih tiada apa-apa yang terjadi. Sodakallah dah laptop Mr Samy ni, memang kena hantar ke kedai. Gee ni, walaupun papa dia tauke besar barangan elektronik ni, dia bukannya pakar dalam virus-virus ni. Nampak lah yang Mr Samy ni pun sejak beli komputer riba dia tu, tak pernah hantar ke kedai untuk servis.



“ Aiyoo. Habislah I, semua presentation I, nota kuliah I, exam questions you people, dalam tu.”


Mr Samy bersuara sedih. Gee menayangkan muka simpatinya sahaja. Orang tua ni tak buat back up ke?


“Sir...don’t you have any backups?”


Gee bertanya. Tangannya menutup suis laptop itu. Mr Samy pula menggaru kepalanya. Tangannya pula sepantas kilat menggeledah laci meja kerjanya itu. Kemudian, Gee rasa seakan-akan ingin pengsan apabila melihat dua external disk berwarna putih yang baru dikeluarkan oleh Mr Samy itu.


Haiyo Sir... you are seriously going senile, truthfully speaking. Kenapa dari tadi tak cakap ada backup. Dua jam saya dekat sini, Sir. Kalau ada soalan tutorial tu semua saya dah boleh siap jawab.”


Perli Gee selamba. Nasib Mr Samy ni jenis boleh dibawa bergurau. Dari hujung mata Gee dah boleh melihat Mr Samy yang sudah sengih seperti kerang busuk itu.


“Sorry ah girl, I’m already old. You wait, I pergi print original dengan lecturer lain sekejap.”


Mr Samy laju mencari pensyarah yang bakal menjadi mangsanya kekalutannya itu. Hampir semua bilik pensyarah kosong, semua ada kuliah agaknya. Gee, walaupun disuruh Mr Samy untuk tunggu, namun dia tetap membontoti pensyarah favouritenya itu. Suka tengok Mr Samy menggelabah satu ofis.


Kaki Gee berhenti melangkah di hadapan bilik bernombor 49 itu. Eh? Bilik ni dah ada orang? Dulu kosong saja, lecturer baru lah kut? Gee tertanya-tanya di dalam hati.


Doc, luckily you are in. Can I use your desktop for a while? My laptop kena virus, I need to print something urgently. May I?”


Mr Samy bertanya dengan penuh berhemah. Gee masih menunggu disebalik pintu. Buang karan kalau dia pun nak masuk sekali. Dahlah pensyarah baru, tak kenal pulak tu. Segan!


“Eh sure sure. Saya pun baru nak penuhkan ink printer.”


Gee dapat mendengar perbualan mereka berdua dari dalam. Tapikan, suara ‘Doc’ tu macam pernah dengar saja sebelum ni. Deja vu kut? Hrmmm...


“Gee! Last lecture was on topic 3 right?? You need the lecture notes too?”


Mr Samy bertanya dari dalam. Gee nak tak nak munculkan dirinya dari sebalik pintu itu. Kaki dia melangkah menghampiri meja itu. ‘Doc’ itu pula membelakanginya, tengah isi dakwat printer. Tapi Gee macam pernah nampak baju putih slimfit dan seluar slacks hitam itu.


If you wanna give them then I’m cool with it, Sir. Yang extra notes last chapter pun seemed brilliant. If only you were kind enough to pass it...then we shall appreciate them.”


Gee berkata selamba. Hello, ini sudah ibarat kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan tahu. Nota pensyarah itu macam harta karun, semua soalan peperiksaan mesti keluar sama macam nota pensyarah. Dah dia tawarkan, orang tak waras saja yang tolak.


“Mr Samy, are you spoonfeeding them?”


Si Doc itu bertanya khuatir. Namun, badannya masih statik di hadapan printer itu. Mr Samy pula membuat muka ke arah Gee, memerli pensyarah baru itu agaknya.


“No lah Doc, bukan selalu. Ini sekali dengan soalan tutorial.”


Habis saja ayat Mr Samy itu, telefonnya berdering.


“Girl, you tolong I printkan satu original copy for tutorial questions. Lecture notes you masukkan softcopy dalam pendrive you. Could save some trees from being cut. I need to take this call.”


Gee angguk. Dia berlalu untuk membuat apa yang diarahkan tadi. Dan, tanpa disengajakan, dia terlanggar belakang badan si ‘Doc’ yang tiba-tiba mengundur itu.


“Shoot! Apa main langgar-langgar ni. Arhhh.”


Lelaki itu mendengus geram lalu pusing ke belakang.Nak tengok sikit ‘girl’ yang melanggar dia itu. Gee pula terkaku di tempatnya. La...si kerek ni rupanya.


“Doc. Sumpah, saya tak sengaja. Doc yang undur,  saya tak sempat nak elak.”


Gee menegakkan hujahnya. Muka Rian sudah merah. Siapa tak marah kalau tiba-tiba kena langgar, bukan setakat itu sahaja, kena langgar lepas tu habis baju terkena dakwat hitam printer itu? Geramnya! Asal jumpa budak ni, mesti ada saja bad omen yang akan berlaku pada dirinya.


“Alasan. Dah, print cepat. Then ikut saya.”



***


Gee nak tak nak terpaksa berulang-alik di hadapan bilik air lelaki itu. Nasib baik ramai pensyarah yang tiada, kalau tak, entah apalah yang dia ingat Gee buat tu. Tup tup kena chop jadi stalker.


“Ish dia ni, tukar baju pun kalah perempuan.”


Kutuk Gee geram. Selepas insiden tadi, dia diheret ke sini, kerek tak kerek Mister Kerek itu sorang. Haih.


“Siapa suruh kau rosakkan baju aku? Ini ha, basuh dengan tangan. Sental sampai hilang kesan. Baru pulangkan balik. Faham?”


Gee terkejut dengan Rian yang tiba-tiba menerjah dari sebalik pintu tandas lelaki itu. Hish kus semangat. Tangan Gee otomatik mencapai paperbag dari Rian lalu baju itu dibeleknya. Ini rendam clorox pun belum tentu hilang. Belikan yang baru sajalah! Senang kerja.


“Faham ke tidak, girl?”


Rian bertanya geram. Baju kesayangan rosak dek dia ni, hish...kecil besar je aku pandang si kenit ni. Tenyeh jugak karang. Tengok tu, boleh pulak dia buat muka bosan dia kat sini. Kalau student aku lah, dah lama aku brainwash.


Gee pula menayangkan muka tidak puas hatinya kepada Rian. Apa girl-girl? Favourite lecturer saja boleh panggil aku girl. Ish, geramnya tengok muka bangga si kerek ni. Grrr...tumbuk karang haaa, ada pulak masuk berita muka aku ni.


“Ye, faham. Saya sental sampai hilang daki-daki ‘doc’ yang berkurun dah ada dekat sini pun hilang ha. Bye!”


Dan Gee terus berambus dari situ. Hey...panas weyh jumpa seteru kat sini. Lecturer tak lecturer, musuh tetap musuh. Ya idak?


Rian pula hanya senyum sumbing melihat Gee melangkah dengan penuh kemarahan itu. Amboi, sentap ye kenit? Cari lagi pasal dengan aku ha...







P/S : Part One done. Part two, is to be continued. Ramadhan Mubarak people. Hope all of us are blessed with Rahmat and Rezki throughout this Holy month.