“Shh...diam sekejap.” Si baju merah
berseluar putih bersuara. Tiga lagi pasang mata bundar memandangnya dengan
penuh tanda soal.
“Bulu
roma aku...menegak...” Kata si baju merah seluar putih tadi. Tuan milik tiga
pasang mata tadi sudah menarik nafas dalam-dalam. Uh-oh!
Kemudian,
mata si baju merah sudah tertancap ke arah pemilik mata bundar pertama yang
memakai cermin mata. Pandangannya tajam.
“Dia
ada kat te...tepi...kau...” Si specky sudah
menelan liur. Jantungnya berdetak hebat. Bibirnya diketap kejap dan dia dapat
rasakan renik-renik peluh membasahi dahinya. Hatinya tidak habis-habis membaca
doa agar benda di tepinya itu pergi main jauh-jauh.
Lagi
dua pasang mata sudah cepat-cepat merayap ke atas katil. Si specky di tinggalkan keseorang di atas
lantai itu.
“Dia...dia
ada kat mana???” Dia bertanya kepada si baju merah tadi, yang juga sudah
memanjat ke atas katil di hadapannya itu.
“Kanan
kau, 45 darjah ke belakang. Kau, pergi ambil selipar jepun kat luar. Kau pulak,
ambik penyapu.” Arah si baju merah kepada dua kekanak ribena di atas katil,
belakang si specky.
“Aku
takut...nanti dia terbang camna?” Si mata coklat bertanya. Si baju merah sudah
mengangkat bahu.
“Selagi
dia tak terbang, baik kau cepat. Aku cuak ni wey!!” Si specky berkata sambil mengetap giginya. Bergegar satu bilik itu
dengan raungan si specky tadi.
“Penyapu
kau bukan kena curi ke?” Si papan bertanya kepada si specky. Si baju merah sudah mengetap bibirnya. Si specky sudah pucat mukanya.
“Kau
capai ajalah apa-apa pun! Cepatlah! Nanti dia lari tak lena aku nak tidur!” Si specky meraung.
“Ok-ok!”
Lalu si mata coklat dan si papan berlalu mencapai apa yang disuruh si baju
merah tadi. Si specky sudah tidak
keruan di atas lantai itu, si baju merah tidak tahu bagaimana lagi caranya
ingin membantu si specky itu.
“Dia
kat mana dah tu?” Tanya si specky,
badan masih keras kejung ditempatnya, takut jika bergerak sedikit benda itu
akan pergi ke arahnya.
“You don’t wanna know that.” Kata si baju
merah dengan nada yang menyeramkan. Si specky
menelan liur kesat. Homai...homai!!
Mak!!!!
“Selipar
siapa nak guna ni?” Tanya si mata coklat dari luar bilik.
“Aku
punya. Berat sikit. Senang dia nak mampus.” Jawab si baju merah, konfiden. Si
mata coklat cepat-cepat menghulurkan selipar jepun putih biru yang dibeli di
kedai runcit Pak Ali itu ke tangan si baju merah yang sudah menunggu di muka
pintu itu.
“Aku
tunggu luar.” Kata si mata coklat. Si baju merah sudah mengangguk laju-laju.
Matanya tajam memandang ke benda yang berada di belakang si specky tadi. Selipar jepun di tangan kanannya di
angkat tinggi-tinggi.
“Bila
aku kata lari, kau lari.” Kata si baju merah tegas. Si specky angguk laju-laju. Nyawanya sudah di hujung tanduk.
Si
baju merah menyalurkan semua kuasanya ke selipar jepun itu. Mata tepat pada
benda berwarna coklat macam buah kurma itu. Adrenalinnya mengalir lancar ke
tangan kanannya.
“Lari!!”
“Arghhhhhhhhhhhhhhh!!!” Serentak itu si specky
memanjat naik ke atas meja studi. Matanya memandang si baju merah yang
sudah dirasuk jin pembunuh itu. Aura psycopathnya tersebar ke seluruh ruangan bilik itu.
“Hamek
kau! Warghhh! Mati! Mati! Nah!! Masuk lagi bilik ni! Rasakan!!! Grrrr!!!” Mulut
si baju merah tidak berhenti dari meluahkan rasa geram terhadap benda yang
menjadi mangsa selipar jepunnya itu. Selipar jepunnya itu bertalu-talu
dijatuhkan ke tubuh lipas yang mengacau ketenteraman awam bilik tersebut.
“Pheww...dah,
angkat buang Mr. Roach tu. Penat aku, adehh.” Kata si baju merah sambil
mencampakkan selipar jepunnya tadi kembali ke luar bilik. Si mata coklat sudah
cepat-cepat masuk dan mencari kertas. Kertas dijumpai dan diserahkan kepada si
papan. Si papan dengan beraninya menarik badan yang sudah tiada rupa itu lalu
digumpal bersama kertas tadi. Kertas itu dicampakkan ke dalam tong sampah.
Si
specky turun dari meja studinya dan
mencapai sehelai kain buruk. Lantai ‘tempat kejadian’ tadi dilap dengan penuh
semangat, menghilangkan segala jenis bukti bahawa telah terjadinya suatu
pembunuhan kejam oleh si baju merah tadi. Kemudian, mereka kembali membuat
bulatan yang terpecah tadi.
Kisah
si benda merayap berwarna coklat seperti warna kurma itu dilupakan. Kalau dia
muncul lagi, maka lagi sekalilah rutin tadi akan diulangi. Muahahaha...
P/S : Saya paling anti lipas! Yucks!
Deme sume bersubahat dlm pembunuhan terancang... kikiki~
ReplyDeletehaha, kisah benar?
ReplyDeleteTang selipar jepun and psycopath tu yes, very very very true!
ReplyDeleteLorh...kesahnya...hehehehe
ReplyDeleteHaha..ingat ape laa tadi..lipas upeynye..
ReplyDeletewas reading half way and kind of dah dapat agak... since baca status fb semalam pasal lipas tu... hehehe
ReplyDeletewhen you mention selipar jepun and macam mana kalau dia terbang? tu dah jadi sangat obvious yang bende tu memang lipas.haahaa.
ReplyDeletebut good try then ;)
asalamualaikum....comel n funny.he3
ReplyDeleteingatkan hantu....sbb part yg ckp ''bulu roma aku menegak''
ReplyDelete