“Line
clear! Go go go!” Yidd yang sedang menjaga line di depan ruangan mandi itu berbisik kepada Fish. Fish terus
menuju ke kubikel yang menempatkan sinki. Aha, cantik. Dia tak bawa bakul mandi
dia masuk shower. Fish tersenyum
lebar sambil memandang shower yang
tertutup langsirnya itu sekilas. Bagus, mandi lagi lama-lama. Senang kerja aku.
Botol
berisi Veet itu dipicit perlahan. Bekas bulat di dalam bekas alatan mandi yang
mengandungi krim muka itu dibuka penutupnya. Matanya ligat memandang ke arah pintu
bilik mandi, takut-takut ada orang lain yang masuk. Kedengaran tuan punya bekas
alat mandian sedang menikmati showernya.
Fish tersenyum jahat. Krim pencerah L’oreal itu dituangkan ke dalam sinki. Paip
dibuka lalu dia membiarkan air melalukan krim tadi. Veet dipicit ke dalam bekas
yang sudah kosong tersebut. Tudungnya kembali ditutup dan diletak kembali ke
tempat yang diambilnya tadi. Dia tersenyum puas.
“Baik poie mampuih dari susah'an
semuo urang,polik bona bilo pikir orang tuduh bukan-bukan. Ekau boleh poie
jalan...” Lirik lagu Waris tersebut bermain di bibirnya yang sedang tersenyum
sinis itu. Ini Fish, bila orang cari pasal dengan Fish, Fish boleh bertukar
menjadi the Great White Shark dalam
sekelip mata. Padan muka kau Kartini, licin muka kau lepas ni. Setelah siap
projek membalas dendam, Fish dengan bangga mencalit ibu jarinya dengan ibu jari
Yidd. Senyuman lebar terukir pada wajah masing-masing. Malam ni, tidur mesti
lena punya!
***
“Nafisha!!! Ooo, kau ingat
kau boleh lari ke dari aku ha?? Sini kau bedebah, dasar bitch!” Fish yang baru ingin menyuap nasi ke dalam mulutnya itu
terus berpaling ke arah suara nyaring yang bagaikan histeria itu. Nasi disuap
dengan selamba ke dalam mulut sambil matanya memandang ke arah kawan-kawannya
yang turut terhenti dari makan itu. Seluruh dewan makan yang tadinya gamat
serta merta terdiam. Nak tengok juga apa bakal berlaku apabila senior gaduh dengan junior.Bakal ada scene
tarik-tarik rambut kah?
“Kau cakap bahasa apa tu ah? “ Tanya
Kartini geram, tak suka lah tu orang caci dia balik tapi dia tak faham. Tangan
di cekak ke pinggang. Fish menjungkitkan keningnya ala-ala gangster.
“Got
no brain ah? Can’t even see people eat peacefully, can you?” Fish
bertanya lagi, hujung bibir ternaik apabila melihat wajah Kartini itu. Fullamak,
kening pun tinggal halus saja, tapi Kartini tu tenyeh make up tebal-tebal bagi
tutup balik kerosakan yang telah berlaku.
“Ini..ini kau punya kerja kan? Kan??”
Teriak Kartini, sambil tangan naik ke mukanya. Jari telunjuk betul-betul pada
keningnya yang macam tak wujud aja itu. Fish menarik senyuman paling sinis. Dia
memandang ke arah kawan-kawannya yang sedang membuat muka pura-pura simpati
itu.
“Amoi,
lu cukur kening, lu tuduh wa pulak? Kau ingat aku nak sangat cukur kening kau? No thanks.” Acuh tak acuh sahaja Fish
membalas. Kartini semakin terbakar dengan Fish. Dia tahu sangat Fish yang buat
semua ni.
“Mengaku lah cepat, bodoh!” Serentak
itu, tangan Kartini hinggap pada wajah Fish. Kepala Fish terteleng ke kiri.
Fish tunduk sambil ibu jarinya mengelap hujung bibir yang berdarah akibat
tamparan itu. Kemudian, tangannya naik ke pipi yang sudah tercalar dek kuku
panjang si pontianak itu. Matanya tajam menikam wajah Kartini.
“Ouh,
you are messing with the wrong choice Kartini. I’m no longer that silent
Nafisha. You beat me now, I’ll make your life a living hell.” Nafisha
menelan liur mendengar amaran keras Fish itu. Sahkan Kartini, Wanda, Ciku, Yuyi
dan Yidd pun meremang bulu roma mendengar suara Fish yang rendah itu.
Tiba-tiba Kartini ditarik dari
belakang dan sebuah tamparan hinggap balik pada pipi penuh bedak dia itu. Yang
lain tergamam, dah...siapa pulak yang join
perang dunia ketiga ni? Fish memandang ke arah gerangan perempuan tinggi yang segak berseluar jeans hitam dan
ber-t-shirt hitam itu. Rambutnya yang berwarna koko terang itu beralun-alun
seperti iklan syampu tetapi celak tebal di bawah matanya membuat semua orang
menikus. Jarinya yang dihiasi dengan pewarna kuku merah diperhatikan. Choker hitam di leher yang bercorak
bunga ros itu turut dilihat sekilas.
Yidd pula sudah ternganga. Dia cam siapa
budak perempuan tu! Abang dia selalu cerita pasal budak paling bermasalah di
dalam kampus itu, tapi pihak pentadbiran tidak mampu membuang dia dari kampus
sebab dia bijak tahap genius! Si perempuan misteri yang terkenal
dengan gerangan Black rose...
“Kau nak blah dari sini atau kau nak
aku pang lagi sekali muka bodoh kau tu? Kau halang jalan aku, nenek kebayan.”
Kartini terus menikus dan mencicit lari apabila perempuan misteri itu
memandangnya dengan pandangan membunuh. Black rose kemudiannya memandang ke arah
Fish sambil mengelipkan matanya berkali-kali. Fish turut memandang wanita di
hadapannya itu dengan riak yang sukar ditafsirkan.
Yidd yang sedar akan ke “tensionan” suasana itu terus menarik
Fish supaya kembali duduk. “Jangan cari pasal dengan dia ni, nanti kau pula
dapat masalah besar.” Bisik Yidd di telinga Fish namun Fish hanya mengerutkan
keningnya. Mata masih pada wajah Black rose
itu.
“Kau
okay?” Black Rose bertanya kepada
Fish. Haaa? Ke-empat-empat rakan Fish ternganga. Perempuan aura serial killer ni kenapa tetiba buat baik
dengan Fish. Saku seluar diseluk dan dia mengeluarkan sekeping band-aid dan dihulurkan ke arah Fish.
Fish angguk.
“Thanks.”
Jawab Fish sepatah sambil tangan mencapai band-aid
yang diberi itu. Black rose masih
memandangnya tajam.
“Kawan kena bantu kawan. Aku Mona.”
Lagi sekali watak-watak sampingan yang empat orang itu ternganga. Black rose iktiraf Fish kawan dia?
Pengsan!! Lagi satu, nama dia apa tadi? Mona?? Macam nama serial killer pun ada.
“Aku Fish. Yang ni semua...kawan aku.”
Ujar Fish, sambil menjungkitkan kening ke arah Yidd, Yuyi, Ciku dan Wanda yang
sudah menikus di tempat masing-masing itu. Mona memandang mereka sekilas sambil
tersenyum ke arah Fish.
“What
a fun colourful group.Kalau korang ada masalah apa-apa, cari Mona. Kawan
Fish kawan Mona juga. Fish,tanya kawan kau yang tepi kau tu kalau kau nak cari
aku, abang dia tahu mana port aku.
Kau nak aku jadikan hidup perempuan tadi haram, sekelip mata aku boleh buat.” Yidd sudah cuak. Mak ai!! Dia tahu aku adik
Hayder! Mati!! Uwaaaa....Mona ni buat gerun aja!! Fish pula mengangguk kecil,
bibirnya flat, mafia habis muka.
“No
hal.” Balas Fish, mudah. Mona angguk lalu berlalu. Fish kembali memandang
ke arah kumpulannya. Semua mata tertumpu ke arahnya tika itu.
“Mona macam baik je aku tengok...”
'Baik?' In what sense?Komen spontan dari Fish itu membuat Yidd menghantukkan kepalanya bertalu-talu
ke meja. Ciku pula sudah memegang bahu Yidd, manakala Wanda dan Yuyi masih
terpinga-pinga.
“Wey, tadi tu siapa?” Tanya Yuyi.
Wanda juga menganggukkan kepalanya, siapa dia tu?So scary...
“Mona lah...” Acuh tak acuh Fish
jawab. Yidd berhenti dari menghantuk dahinya lalu menghentak meja sedikit kuat.
Kini, semua mata memandangnya.
“Dia tu, gangster kampus kita ni, senior.
Pemegang rekod tegar pelajar bermasalah. Abang aku punya highest rank dalam list most wanted dia tu. Tapi, satu bukti pun
tak ada untuk singkirkan dia dari sini, tambah-tambah lagi dia tu genius.Kalau HEM orang takut, dengar
nama Mona aka Black Rose, HEM tu pun
orang nampak macam kucing jinak aja tau. Ini singa, dan Fish, si singa dah iktiraf kau dan kita semua jadi kawan dia. Dia
nak cari pelapis dia agaknya.” Panjang lebar Yidd memberi penerangan. Fish
sekadar memuncungkan bibirnya. Black rose
huh? Tapi dia tu macam aku pernah
tengok aja...macam pernah jumpa...
“Aku rela kawan dengan singa dari
kawan dengan Kartini sewel tu.” Ujar Yuyi.
“Mona tu macam boleh masuk je dengan
kita...” Tambah Ciku.
“I
like her hair colour...” Komen ntahpape Wanda itu membuat semua orang di
dalam kumpulan itu menjelingnya.
“Mati aku kalau abang aku tahu...”
Keluh Yidd, tapi hatinya ingin juga mengenali siapa Mona itu.
“Set
then. Yidd...abang kau ada pernah cerita tak mana Mona selalu lepak?” Tanya
Fish teruja. Yidd telan liur, ini macam nak buat perjanjian dengan devil je...alahai, geng...black rose tu bukan calang-calang orang yang
kita buat kawan tau! Dia tu tak ada
kawan pun dalam tempat ni! Tapi Yidd tidak mampu meluahkan kata
hatinya itu.
“Blok lama...tempat yang ada pokok Jacaranda
tu...” Abang...sorry...
awesome... ermm citer ni habis kat sini ke eh? peace (^_^)V
ReplyDeleteyang ini mmg habis kat sini...main merapu je tulis pun XD
ReplyDeleteWah menarik mona pulak.muncul tapi apa motip gangster sekolah buat baik ni mesti kagum dengan aura fish hahahaha....nice reading dear
ReplyDeleteHahahaha... Aku mmg suka cta geng budak bwah tangga ne. Sbb prange dorang sbjik mcam prange aku ngan kekwan aku wak2 SM... Tbaik laa shamien..
ReplyDeleteoit gempak..
ReplyDeleteuii sukee ada en3 tebru...smbg lgii,diharapkan dhabiskan cerita ni kt blog saya peminat setia cerita nii
ReplyDeleteBest...best sgt2...
ReplyDelete- ila
.cannot wait 4 next n3. .
ReplyDelete.thumbs up. .
giler best!!! 2 thumbs up....next n3, cant wait...
ReplyDeleteasalamualaikum.serius best...der nk lg bleh x?erk!sory klu agk kasar
ReplyDeletebest ah nk lagi
ReplyDeletesambunggg pleaseee
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesis sambung plezz....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete