P/S: karang aku hantuk gak kepala dua malaun ni haaa...ish
Thursday, March 27, 2014
Wednesday, March 19, 2014
Announcement : HOPELESS ROMANTIK
First off, Alhamdulillah.
Secondly, ehem! KIAH is in the house yaw. Tajuk baru though, Hopeless Romantik.
And it's coming to you this march, under IKP publication.
Therefore, to those interested...
Therefore, to those interested...
You may read the blurb first, and also a few 'raw' chaps in this blog, and for novel version, you may visit here : Blog Idea Kreatif Publication / Hopeless Romantik
and for teasers, you can join my closed group too : Lala~land
BLURB :
Banyak baca novel, Khairina aka KIAH mengimpikan calon suami ala-ala
hero novel. Kacak, maskulin, romantis dan beriman. Tapi, wujudkah lelaki
sebegitu di alam realiti?
“Nonsense! Kalau I nak romantik-romantik, baik I jadi Romeo. Bukan doktor kanak-kanak!”- Mohammad Khayrel Bin Mohammad Reza aka KAY
Okey! Kali pertama tengok KAY, dia dah jatuh suka. Tak tahu celah mana yang dia nampak si KAY tu macam hero novel impiannya. Cuma masalahnya, lelaki tu tunang orang.
Tapi, siapa sangka tiba-tiba saja dia diberi peluang menggantikan tempat si tunang KAY yang belum bersedia untuk berkahwin. Boleh ke dia main ganti tempat macam tu?
“I’m a baggage, awak tak nak kahwin dengan saya, Khairina. Nanti awak yang menyesal. Saya tahu awak nak lelaki macam mana.” - KAY
Tapi, hatinya nekad. KAY, ini KIAH. Hopeless romantik punya Kiah. One day, you will be glued to me macam gam Cap Gajah.
“Saya perlukan masa, Khairina! For God’s sake, jangan goda saya!”- KAY
“Bantal lebih letak tengah please, untuk keselamatan abang. Saya dah rasa lain macam ni...” perli Kiah.
Kay mendecitkan lidahnya. Dia masih buat tak tahu dengan permintaan Kiah. Kenapa perlu dia takutkan Kiah? Dia yang lelaki, bukannya Kiah yang lelaki. Lelaki, takkan nak takut dengan isteri sendiri, bukan?
Mampukah KIAH menjadi api mencairkan ais di hati si suami atau adakah api cintanya terpadam disirami ais?
“Nonsense! Kalau I nak romantik-romantik, baik I jadi Romeo. Bukan doktor kanak-kanak!”- Mohammad Khayrel Bin Mohammad Reza aka KAY
Okey! Kali pertama tengok KAY, dia dah jatuh suka. Tak tahu celah mana yang dia nampak si KAY tu macam hero novel impiannya. Cuma masalahnya, lelaki tu tunang orang.
Tapi, siapa sangka tiba-tiba saja dia diberi peluang menggantikan tempat si tunang KAY yang belum bersedia untuk berkahwin. Boleh ke dia main ganti tempat macam tu?
“I’m a baggage, awak tak nak kahwin dengan saya, Khairina. Nanti awak yang menyesal. Saya tahu awak nak lelaki macam mana.” - KAY
Tapi, hatinya nekad. KAY, ini KIAH. Hopeless romantik punya Kiah. One day, you will be glued to me macam gam Cap Gajah.
“Saya perlukan masa, Khairina! For God’s sake, jangan goda saya!”- KAY
“Bantal lebih letak tengah please, untuk keselamatan abang. Saya dah rasa lain macam ni...” perli Kiah.
Kay mendecitkan lidahnya. Dia masih buat tak tahu dengan permintaan Kiah. Kenapa perlu dia takutkan Kiah? Dia yang lelaki, bukannya Kiah yang lelaki. Lelaki, takkan nak takut dengan isteri sendiri, bukan?
Mampukah KIAH menjadi api mencairkan ais di hati si suami atau adakah api cintanya terpadam disirami ais?
Details :
Tajuk : Hopeless Romantik
Penulis : Shamien A. Basit
ISBN No : 978 967 12267-8-0
Muka Surat : 628
Harga Sebelum Diskaun : RM 25(Semenanjung)/
RM28(Sabah/Sarawak)
* Diskaun RM2 untuk Pembelian Online
* Pos adalah Percuma(Dalam Malaysia)
Siapa nak order, you can follow these steps in the pic below :)
* Penghantaran akan dibuat bermula 30 mac 2014 # Order akan dibuka secara rasmi di web bermula 24 Mac 2014
Stay tuned for more of Lala~Land
Love,
Shamien.
Sunday, March 9, 2014
Special Entry : Aku Memang Heartless
35 tahun lalu...
"Zev Sulaiman!" Teacher Mariam bersuara keras kepada kanak-kanak lelaki yang diam menekur meja di sudut kelas itu. Kanak-kanak berumur 9 tahun itu mendongak lalu tersenyum senget kepada guru Bahasa Inggeris yang sudah bercekak pinggang di hadapan kelas itu.
"Yes teacher?" jawab Zev selamba sambil kembali menyambung lipatan kertas yang sudah membentuk ciri-ciri sebuah jet.
"Did you hear my question?" Tanya Teacher Maryam tegas. Zev menggeleng kepalanya laju-laju. Soalan apa pula ni? Manalah nak dengar kalau aku ni asyik lipat kertas ni. Bosan la teacher Maryam ni.
"What do you want to be when you grow up?" Teacher Maryam mengulangi soalannya. Zev memandang wajah gurunya lalu tunduk menyentuh kapal terbang kertasnya. Kapal terbang tersebut diangkat lalu ditunjukkan kepada Teacher Maryam.
"Pilot, teacher." jawabnya yakin. Dia memang mahu menjadi seorang juruterbang. Papanya selalu belikan dia replika kapal terbang. Memang minat dia cenderong ke arah kapal terbang. Suatu hari, dia ingin berada di awan biru, terbang bebas bersama burung-burung. Suatu hari nanti, impiannya akan tercapai.
"A pilot? Why a pilot, Zev?" tanya Teacher Maryam lagi.
jemari Zev yang kecil dilalukan halus ke atas kapal terbang kertasnya. Dia berfikir sejenak.Kemudiannya dia tersenyum manis, sebuah memori lama berlayar di benak fikirannya.
"I like flying. If I become a pilot, I can always fly in the skies. The big wide sky." konfiden balasan yang diberikan Zev. Teacher Maryam juga sudah mampu tersenyum mendengar jawapan dari Zev itu.
"Very good Zev. But remember, being a pilot is never easy. When you are a captain, you hold a big responsibility. Everyone's life is on your shoulder. So you should be responsible. Starting from now. You have to pay attention in class, be a responsible student, then only you can grow up and be a responsible pilot. Okay, Zev?"
Zev mengangkat bahunya sebelah. Tangan naik ke kepala dan dahi yang tidak gatal itu digaru-garu. Alamak, kan dah kena sebijik atas muka sendiri.
"Okay...teacher."
***
25 tahun lalu...
"If your flight made an emergency landing..." Kamal bertanya kepada Zev yang sedang baring di atas katil sambil bermain rubrik dadu.
"I'll run and take my life jacket and save my self first." jawab Zev selamba.
"Wey mangkuk! Serius la, esok exam." marah si teman sebilik. Zev tergelak jahat.
"Aku buat lawak jelah. Passengers first, then the crews, then me. I'll be the last person. I'm responsible for their safety and I would do everything in my control to ensure they are safe."ujar Zev setelah beberapa minit ketawa.
"Bodoh la kau." ujar Kamal lagi.
"Bukan bodoh. Saja nak cheer up kan kau. Kau tu stress sangat."
"Tapikan Zev, kau remember tak Tanjung Kupangpunya tragedi? What if that happened again. What if that happened again while we were flying?" pertanyaan itu membuat Zev meletakkan rubrik dadu ke lantai dan duduk tegak memandang Kamal yang juga sudah menutup bukunya itu.
"Entahlah Kam. Aku pun tak tahu nak describe perasaan semua mangsa atas flight tu masa tu. I guessed, kalau Allah dah takdirkan kita lalui benda tu, kita ni siapa nak elak kan? Kita ada dekat sini pun dah takdir, ajal dan maut kita pun dah ditetapkan. Kalau kita ditakdirkan habiskan sisa hidup kita dalam kapal terbang, kita nak buat macam mana? Kita tak boleh persoalkan apa yang Allah dah tetapkan. We can just pray that He eases our path, that's it."
"You surely are a heartless yet calm person dude. You'll make a great captain one day." Puji si Kamal. Zev membeliakkan matanya sambil mengangkat bahu.
"Kau pun lah. Brainiac. Kalau apa-apa jadi masa airborne, neuron kau konfem akan tahu apa nak dibuat tanpa cepat panik."
"But still Zev, we are doing the impossible here."
"Yep, the impossible." Akur Zev sambil mengangguk berkali-kali.
"So if the plane crashes..."
"I'll fly every moving bits of it then only I will say the word crash when I have lost every single hope of keeping it in midair."
"That's the spirit!"
"That's our responsibilty, Kamal. Our responsibility to do the best of what we could bila kita airborne." Jawab Zev, kali ini dia yang serius.
Kamal tersenyum dalam diam.
Zev kembali bermain dengan rubrik dadunya. Dalam diam dia mula sedar sesuatu, semua yang nak ambil exam esok juga sedar, dalam mereka belajar terbang, nyawa penumpang dan juga nyawa mereka terletak di dalam tangan dua orang yang berada di dalam kokpit.Tak semua orang berani mengambil cabaran tersebut. Hanya yang terpilih mampu menggalas tanggungjawab yang terlampau berat itu.
*The end*
Tribute to MH370 * I know this is my lousiest piece, but I am not at ease to write a good piece yet. But I hope, the message would pass through.
P/S : The ultimate responsibility of the pilot is to fulfill the dreams of the countless millions of earthbound ancestors who could only stare skyward and wish.-Unkown
Dearest captain, if you are still breathing, please do not lose hope. Our prayers are with you and all your passengers onboard. Please return. We are waiting, no matter how long it takes, we will still wait for a miracle to happen. You are the soul of the flight, one can never lose hope, unless the soul is detached from the body.
#Pray for MH370
If you do not know who Zev is then you may want to read this? I don't know, it's okay to not read also, but if you do wanna read then click : Aku Memang Heartless
Subscribe to:
Posts (Atom)