TANGAN rancak bermain dengan kubik.
"Sometimes...I feel like I want out of this
life." Rayyan berkata tenang. Mata masih fokus pada kubik di tangan.
"You
can't run from wanting out, Ray. Trust me, saya doktor, I got paid less than my energy burnt doing
shifts and rounds. " Adryan tersenyum senget, tangan laju merampas
kubik pada tangan Rayyan. Jari-jemarinya lancar memadankan sisi-sisi kubik
tersebut, dan di bawah masa seminit...setiap sisi kubik tersebut sudah tersusun
mengikut kod warnanya.
"Tapi ingat, once you are out of this life, there's no
way getting back here."
Kubik dilempar pada Rayyan. Senyum
senget masih terhias di bibir. Dia dapat mendengar Rayyan menarik nafas dalam-dalam.
Tough kid...lots of money, lacks of love.
Tough kid...lots of money, lacks of love.
"I
know..."
"Here.
Saya share sedikit dengan awak.
Macam kubik ni...hidup kita ada pelbagai sisi. Kalau awak rasa sisi ini tak
bagus, sadistic yadayada...jump to the
next angle. Dieing wont solve anything. Sekurang-kurangnya, bila awak
pandang dari sisi lain, awak view hidup
ni dengan kaca mata yang baru. Get it?"
Rayyan
mengangguk. Matanya kembali dipejam. Kubik di tangan digenggam erat.
Adryan yang memandang, mengeluh.
Kalaulah
dia ada di tempat gadis muda itu...dia juga yakin dia akan rasakan sedemikian.
Lumpuh, tidak bermaya, tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya menjadi beban kepada
orang sekeliling.
“Saya
janji saya akan bantu awak, Rayyan...”tekadnya di dalam hati. Ya, dia ingin
membantu gadis malang ini.
You know it can
get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel alive…
It is the only thing that makes us feel alive…
MATA dipejam rapat sambil telinga berdentum dengan suara Ed
Sheeran. Bantal di sisi ditarik dan dibawa ke dada. Tanpa dipinta, setitis air
mata mengalir ke atas bantalnya. Beberapa saat kemudian, titisan tersebut
menjadi cucuran. Buku lima dikepal dan dibawa ke bibir, digigit perlahan...cuba
menahan esakan yang mula menghantui segenap ruangan bilik itu.
Mindanya
kembali mengulang tayang perkataan yang sepatutnya sudah sebati di dalam
dirinya. Ayat yang telah meragut senyuman serta harapan yang ada di dalam
dirinya. Titik hitam yang menjadi permulaan hidup ‘barunya’ ini.
“Tengku...Rayyan
dah sedar, good thing is, dia tak ada
amnesia.”
‘Tengku’ yang digelar doktor itu culas memandang ke
arahnya. Dalam beberapa saat, Tengku yang juga ‘papa’nya sudah berada di sisi
katil.
Mahu
tidak mahu, Rayyan mengalihkan pandangan. Mata menekur selimut berwarna koko
itu. Tangan juga kuat menggenggam cadar katilnya.
“The bad news, however...” Doktor muda
itu mencelah. Suaranya jelas menggambarkan dia seorang tegas, walaupun masih
muda.
Pandangan
papanya sudah kembali bertemu dengan mata doktor muda yang jelas lebih tinggi
dan sasa dari papanya.
Tiada
senyuman pada raut doktor tersebut.
“Say it, Adryan. Say it as it is.” Tegas suara papanya.
Adryan mengangguk sekali. Fail di tangan dibuka, kemudian
ditutup kembali.
Rayyan masih menekur selimutnya. Tahu apa yang bakal
dikatakan Dr. Adryan kepada papanya tika itu.
“Rayyan
disahkan lumpuh pada kedua-dua belah kakinya.”
Rayyan dapat rasakan air matanya mengalir. Sungguh, ujian
kali ini amat berat baginya. Di saat dia mahu pulihkan situasi keluarganya,
ujian ini menimpa. Di saat papanya ingin menerima kehadirannya, dia sudah
terlantar di hospital.
Sepanjang
hayat dia,inilah ujian yang terbesar. Hakikatnya, dia bukan dari keluarga yang
bahagia. Ketika dia kecil, papanya sangkakan dia anak luar nikah. Dia dihalau
keluar bersama ibunya. Dia terpisah dari abangnya.
Beberapa
tahun kemudian, rahsia terbongkar. Dia masih anak yang sah, bukan salah mamanya
semua ini berlaku. Bukan salah sesiapa, Cuma perselisihan faham antara pasangan
suami isteri. Namun, hakikatnya, apabila papanya kembali menerimanya, papanya
sudah mempunyai isteri baharu.
Ya, dia ada mak
tiri. Ada adik tiri. Dan hatinya sangat terbelah bahagi melihat kasih sayang
papanya kepada si adik tiri tidak setanding dengan kasih sayang yang
dinafikannya bertahun-tahun dahulu.
Walaubagaimanapun,
mamanya tidak kisah bermadu. Dia pun tidak kisah ada mak tiri, asalkan papanya
masih sanggup menerimanya sebagai anak yang sah. Dari kecil, dia dahagakan
kasih sayang seorang ayah. Dia inginkan sebuah keluarga yang sempurna, tidak
mengapa ada dua emak sekalipun...dia tidak kisah, asalkan papanya dapat
sayangkannya sebagaimana dia menyayangi papanya.
Tetapi, di saat dia
ingin meraih kasih sayang tersebut...dia kemalangan. Dia cuba menyelamatkan
adik tirinya dari dilanggar, dan lihatlah sekarang...a twist of plot...dia pula yang tersadai di atas katil hospital
ini.
Dia yang lumpuh..
Dia yang sentiasa
malang...
“Rayyan...”
Dia mengangkat
kepalanya. Mata bertemu dengan sepasang mata coklat milik Tengku Aidi Zafran.
Kalau dahulu dia
sanggup gadaikan apa-apa sahaja, agar papanya lihat dia sebegini...namun
sekarang, dia rasa kosong.
Kenapa sekarang
baru papanya ingin jadi prihatin? Kenapa tidak sebelum ini?
“Ray...anak
papa...”
Zup!
Rayyan terus
terkaku di situ. Kalau dahulu dia ingin sangat menjadi ‘anak’ kepada papanya
ini, namun sekarang...segala-galanya berbeza.
“I want to be alone,”katanya senada.
Riak muka Tengku
Aidi Zafran tika itu sungguh tidak disangka. Dia terkelu sendiri. Namun,
mengenangkan si anak yang sudah tempuhi banyak dugaan, dia turutkan juga.Lambat-lambat,
dia mengheret kakinya untuk keluar dari bilik itu.
Rayyan mengeluh
berat setelah bayangan papanya hilang dari ekor mata. Kejam, ya...dia tahu dia
kejam. Namun dia tidak mahukan sebarang simpati dari papanya tika itu. Apa yang
dia mahukan adalah kasih sayang dari seorang ayah, bukannya simpati.
Adryan yang melihat
Rayyan yang sudah zoned out itu
berdeham kuat. Apabila Rayyan memandangnya, dia bercekak pinggang.
“Apa jua masalah
awak dengan dia...dia masih ayah awak.”
Rayyan mengetap
bibirnya. Kata-kata Dr. Adryan itu menusuk hatinya sendiri. Lama kemudian, dia
tersenyum sinis.
“Ayah? Twenty-two years ago, dia tak mengaku
saya ni anak dia. Saya baru kenal dia setahun...baru hari ini dia akui yang dia
ayah saya...baru hari ini dia cakap saya anak dia...”
Rayyan menikam mata
Adryan. Senyum sinis masih terhias di bibir.
“Incase you missed the memo, I want to be
alone.”
Lagi sekali dia
tegaskan kepada doktor muda tersebut.
Doktor Adryan
sekadar membalas senyuman sinis ke arahnya. Dia melangkah ke arah pintu, namun
sebelum dia menutup pintu tersebut, sempat lagi dia lontarkan jawapan yang
membakar hati Rayyan.
“Sepatutnya, orang
yang baru sedar dari koma macam awak ni, sedar apa yang penting dalam hidup ni.
Manusia tidak boleh lari dari kesilapan, belajar cara nak memaafkan orang.
Jangan sibuk nak jaga ego tu.”
Pap!
Baru sahaja Rayyan
ingin membalas, pintu sudah ditutup. Kalaulah dia boleh gerakkan kakinya, sudah
pasti dia akan menghentak-hentak lantai ini. Namun apakan daya, lumpuh.
Tangan terus mencapai
sebiji bantal dan dicampakkan kuat ke arah pintu.
“Ini bukan pasal
ego, ini pasal hati!”
Sesaat kemudian,
tubir matanya sudah terasa panas.
Bibir dikemam
ketat.
It was never about ego...it is about my heart. Gumamnya di dalam hati. Pilu, sendu...
Esakan terlepas
jua.
“Siapa yang mampu
tahan kalau ayah sendiri buat anaknya seakan-akan tidak wujud selama ini? Cakap
senanglah...cuba rasa sendiri. Pedih, tahu...pedih. Ya Allah...”Rayyan menarik
sebiji lagi bantal dari bawah kepalanya dan ditekap ke muka.
Sungguh, dia sedih
sangat-sangat tika ini. Ray sayangkan papa, tapi kenapa baru sekarang papa nak
kisahkan Ray...kenapa bila Ray dah tak berdaya baru papa tunjuk yang papa ni
prihatin?
Sebak dadanya tika
itu. Persoalan demi persoalan membuatkan dia penat untuk berfikir. Sedikit demi
sedikit, dia rasakan dirinya sudah hilang disebalik tragedi ini. Tiada lagi
kasih sayang buatnya, hanyalah simpati...
“Rayyan Azalea...”
suara garau tersebut memanggilnya. Sebelah earphone
ditarik keluar.
Rayyan terus membuka
matanya. Segala memori tadi kembali bersepai apabila matanya memandang wajah
kacak di hadapannya kini.
“Bangun pun...time for your therapy session.”
Rayyan mendengus
kasar. Bosan dengan rutin barunya ini. Kalau dah lumpuh tu, lumpuhlah. Doktor
ni sendiri kata yang potensi dia nak elok balik tu sangat tipis, habis tu apa
gunanya dia bertherapy sesion bagai
ni?
Macam pointless!
“Bangun...awak
ingat saya ni tak ada pesakit lain ke tuan puteri?” Adryan berkata sinis.
Sungguh dia tidak ada masa nak bercakap elok-elok dengan budak baru lepas akhil
baligh yang ada masalah hormon macam si Rayyan ni.
Muka tu masam.
Kalau asam jawa tengok pun mesti menangis! Tak pernah nak senyum, tak pernah
nak cakap elok-elok...Moody! Orang
lain pun lumpuh juga, tapi tak adalah sampai bermusuhan dengan dunia ni.
Teenagers!
“Baguslah awak ada
pesakit lain. Saya pun tak adalah seronok sangat jadi pesakit awak ni. Apa kata
awak pergi rawat pesakit awak yang lain tu, Dr. Adryan.” Sinis sekali Rayyan
mencantas.
Rambutnya disisip
ke belakang telinga. Tangan kembali menyumbat earphone ke lubang telinga.
Namun, sebelum
sempat dia menekan butang ‘Play’, earphone,
sekali dengan MP3nya sekali dirampas kasar.
“Hey!”
Dia menjerkah
Adryan, yang sudah tayang muka marah.
Rayyan mendengus
kasar. Apa si Adryan ni ingat kalau tayang muka marah tu...dia akan kecut?
Tolonglah...yang
mudah kecut adalah dia sebelum lumpuh. Sekarang ini...tidak lagi.
“You brat! Dengar sini...aku dah tak
tahan dengan perangai mengada kau ni.” Adryan meletup di situ.
Rayyan menegakkan
badannya. Matanya masih berlaga dengan mata Adryan.
“Baguslah! Aku pun
tak tahan dah dengan kau. Leave-me ALONE!”
suara Rayyan sudah naik seoktaf.
Api di dada Adryan
semakin marak. Sungguh, dia sudah tidak mampu bertahan dengan perangai sejuk
beku si Rayyan ini. Bikin panas hati!
“Aku akan biarkan
kau bila kau dengar cakap aku. Get up and
get into the wheelchair.”
Rayyan masih
berdegil. Giginya sudah diketap kemas.
“Apa? Tak cukup
dengan aku lumpuh, kau nak suruh aku naik kerusi roda pula?”
Adryan menarik
nafas dalam-dalam dan beristighfar. Stetoskop di leher ditarik dan disisip ke
dalam poket.
Rayyan di atas
katil dipandang kecil besar. Seumur tiga puluh tahun dia berkhidmat, tidak
pernah lagi dia jadi lost control
macam ini.
Tangan yang
memegang stetoskop di dalam poket digenggam kemas.
“Fine. Do as you wish...” Adryan
mengalah. Kalau orang tak mahu dengar kata, sah-sah dia buang masa dengan
Rayyan.
Dari minggu lepas
sepatutnya Rayyan memulakan sesi terapinya, namun hingga ke hari ini, tiada
satu pun progres.
Adryan melangkah
pergi. Lagi lama dia di sini, dengan budak degil bernama Rayyan ni...lagi tipis
kesabarannya.
Rayyan terus
menjadi histeria apabila Adryan tidak menjawab balik. Dia rasa ingin menangis.
Bantal diambil dan
di campak ke lantai. Tangan mencapai gelas air, dan gelas air tersebut di
baling ke lantai.
“Baguslah, semua
orang tinggalkan Rayyan. Semua tak suka Rayyan. I’m the bad person. I can’t
help myself. I’m invalid!”
Pedih telinga
Adryan mendengar bentakan dari Rayyan, namun dia masih menonong ke muka pintu.
Buat apa nak duduk sebilik dengan orang yang sah-sah sudah berputus asa.
“Look Dr Adryan. Aku boleh jalan balik,
tak perlu kau tolong pun lah!”
Rayyan menarik
kakinya dengan kasar. Kakinya yang dia tidak mampu gerakkan itu dilepaskan ke
lantai. Apabila matanya lihat kakinya sudah berada di atas lantai, dia cuba
bangkit cepat-cepat.
Namun...dia tidak
mampu rasakan apa-apa pada kakinya. Sah-sah kakinya tidak mampu menampung berat
badan bahagian atas. Sebalik berdiri, Rayyan jatuh tersungkur ke lantai.
Adryan yang
mendengar bunyi orang jatuh itu lekas memandang ke belakang. Seluruh darahnya
turun ke kaki apabila melihat Rayyan yang sudah meniarap di lantai.
Gadis itu sedang
menangis teresak-esak. Ibarat orang kurang waras...
Tidak dapat
dinafikan, Adryan turut terasa sayu dengan dugaan yang sedang dilalui gadis
muda tersebut.
Dia mendapatkan
Rayyan dan diangkatnya gadis itu ke katil. Rayyan yang sedang menunduk, yang
masih menangis hiba itu dipandang penuh simpati.
Bahu Rayyan
ditepuk-tepuk perlahan...
“Semua tinggalkan
Rayyan...bila Rayyan dah ada di sini...boleh kira dengan jari sahaja berapa
kali mereka lawat Rayyan...kalau dulu papa yang hiraukan Rayyan...sekarang
mama, abang, Isya...semua lupakan Rayyan...”
Tanpa dipinta,
Rayyan meluahkan rasa hatinya.
Adryan yang
mendengar, mengeluh. Dia berpaling ke arah Rayyan, tangan menarik dagu gadis
itu supaya memandangnya.
Apabila Rayyang
memandangnya...dia menggelengkan kepala.
“Kalau mereka
datang, Rayyan suruh mereka keluar.”
“They should try harder then...”
“Rayyan...you are making it hard for them.”
Rayyan tersedu.
Matanya dialihkan ke tempat lain apabila kata-kata Adryan itu memang ternyata
benar.
“Saya cuma tak nak
mereka bersimpati...”
Kejujuran Rayyan
mengundang tawa dari Adryan.
Rayyan mendongak
dan memandang tajam Adryan yang tergelak kecil itu. Kening ternaik tinggi.
Tangan naik ke pipi untuk mengelap saki-baki air matanya.
“Apa yang lucu?”
soalnya tegas.
Adryan sekadar
jungkit bahu.
“Dr. Adryan.”tegas
lagi.
Adryan tersengih
lebar.
“Awak ingat saya
melawak ke?”
Geleng.
“Adryan!”
Lagi kuat tawa dari
Adryan. Akhirnya, Rayyan mendengus. Tangan memeluk dada, dan rambut di dahi
ditiup kasar.
“Brat!”
Rayyan menjeling
Adryan yang sudah bangkit berdiri.
“Okey...frankly speaking, mereka datang jenguk
you Rayyan sayang, bukan sebab
bersimpati. Mereka keluarga awak. They
care for you, they love you as you are. Cuma awak yang ego, awak yang
degil...open your heart, sweetheart.
Jangan sebab awak rasa awak lumpuh, mereka akan simpati dengan awak. Don’t be too shallow.”
“Oh jadi saya yang shallow,sayalah brat?”
Adryan sekadar
angguk.
“I hate you.”
Adryan senyum
sekilas.
“Itu ego awak yang
bercakap, sebab awak tahu apa yang saya cakap tu betul. Awak ada masalah dengan
diri awak, sebenarnya. Awak nakkan perhatian, tapi bila orang nak berikan awak
perhatian, awak tolak mentah-mentah sebab ego awak tu. You are better than that Rayyan. You are still young...do not be so bitter with life.” Panjang lebar
Rayyan memberi ceramah. Harap-harap, Rayyan sedar dan berubah.
Kalau tidak...
“Awak lupa sesuatu.
Ya, saya masih muda...tapi saya lumpuh. Hidup saya ni, memang akan bergantung
pada orang lain. Orang yang pernah saya tagihkan kasih sayang dari dulu
lagi...”
Adryan mengeluh
hebat. Payah betul nak fahamkan si Rayyan ni.
“Kalau awak rasa
macam tu, awak berhenti dari bayangkan yang awak ni lumpuh, so hopeless and helpless. Awak kuat,
Rayyan. Dan saya nak awak juga jadi yakin yang awak mampu atasi semua ini dan
mula berjalan balik. One step at a time...awak
rasa awak mampu?”
Adryan merenung
tajam Rayyan.
Rayyan tarik nafas
dalam-dalam. Bibirnya yang kering, dijilat.Dia kemudiannya mencari anak mata
Adryan...
Dan apabila mata
bertemu mata, dia yakin yang harapan yang ditabur Adryan kepadanya bukanlah
sekadar harapan palsu.
Akhirnya, dia
memberanikan diri untuk bertanya.
“Will you be there for my every steps?”
Adryan mengangguk
laju, Hujung bibirnya sudah ternaik. Yakin bahawa apa bakal ingin didengarinya
ini positif!
“Each and every steps taken...saya di
sisi awak. Saya doktor awak, saya juga trainer
awak.”
Rayyan mengangguk
sekali.
“Sampai saya boleh
berlari...janji?”
Adryan angguk lagi.
Namun, apabila Rayyan menyuakan jari kelingkingnya, dia rasakan tubir matanya
menjadi panas tiba-tiba.
Adryan, seorang
doktor yang serba kacak, serba taf...nak menangis sebab tersentuh dengan Rayyan
yang degil ni?
Jari kelingking
bertaut.
“Janji. Sampai awak
boleh kejar saya...I’ll be there for you.”
“Good enough.” Rayyan menarik kembali
jarinya. Entah kenapa sesaat tadi dia rasakan seperti direnjat elektrik apabila
Adryan memautkan kelingkingnya.
Perasaan saja tu...
Mata kembali
memandang Adryan.
“Rayyan...”Adryan
menyeru.
Rayyan
menjungkitkan keningnya.
“Keluarga awak
sayangkan awak, faham?”
Rayyan angguk.
“Tapi awak kena
sayangkan diri awak dulu, faham?”
Rayyan angguk lagi.
“Do this for yourself, not for anyone else, faham?”
Rayyan menggeleng,
apa yang Adryan cuba cakapkan ni? Serius semacam.
“Dalam dunia ni,
tiada apa yang lebih berharga dari diri kita sendiri. Kalau kita sayang diri
kita sendiri, maknanya, kita mampu nak sayang orang lain pun.”
Rayyan dengar
dengan teliti. Namun, keningnya naik tinggi apabila tangan Adryan sudah melekap
pada betisnya.
Mata Rayyan terus
membulat apabila melihat ada darah dan calar pada betisnya.
“Love yourself, then people will
automatically love you,Ray.”
Tanpa memandangnya
Adryan kembali berkata.
Rayyan menggigit
bibirnya. Entah mengapa kata-kata Adryan itu menusuk hatinya. Sungguh dalam dan
bermakna.
“Kalau saya jadi
ayah awak, saya yakin saya merana seumur hidup sebab sudah lepaskan 22 tahun
dari hidup saya, tanpa mengenali awak. You
are a precious gem, Rayyan. Awak buat perangai, bukan sebab apa...sebab
awak takut.”
Rayyan masih diam.
Mata kembali memerhatikan darah yang sedang mengalir dari betis.
Kalau dia dapat
rasa...sudah pasti dia meraung kesakitan.
“Awak tak perlu
takut lagi, Rayyan. Saya ada, keluarga awak pun ada. We are here to help you walk again.Saya pergi panggil nurse. Luka awak ni agak dalam, kena
jahit.”
Kemudian, Adryan
terus berlalu meninggalkan Rayyan sementara.
Rayyan pula menekur
tangan di paha. Kata-kata Adryan tadi terngiang di telinga. Tiba-tiba, hatinya
terasa ringan.
Kenapa dia rasa
macam ni bila Adryan cakap elok-elok dengan dia?getus hatinya.
Adryan pula,
apabila keluar dari bilik itu, terus dia menghembus nafas leganya. Hatinya
seakan-akan connect dengan Rayyan.
Tiba-tiba dia dapat faham apa yang sedang Rayyan lalui. Dan entah bagaimana,
dia inginkan yang terbaik buat Rayyan. Sekiranya dia ditempat Rayyan, dia juga
memerlukan orang yang benar-benar yakin bahawa dia mampu pulih seperti
sedia-kala.
Namun, Adryan dapat
rasakan perasaan dia ketika ini sedikit lebih dari apa yang seorang doktor
perlu rasa ketika merawat pesakit.
What is this that you are doing, Adryan? Soalnya di dalam hati sambil tangan bersiap-sedia
untuk merawat luka Rayyan.
Namun, soalan itu
tidak mampu dijawabnya. Mungkin apa yang dia rasa tika ini adalah ambil berat, caring...
Atau mungkin juga
perasaan yang lagi satu tu...
“Sakit ke
nanti?”Soalan Rayyan membuat Adryan tersedar.
Kaki kiri menyepak betis kanan. Apa ni Ad...nak jahit ke
nak mengelamun ni?
Adryan
memandang Rayyan, sambil tersenyum sebaris.
“Kalau
awak boleh rasa, perit sedikit.”
Rayyan mengetuk kepalanya sendiri. Adryan tergelak
melihat gelagat Rayyan tika itu. Cantik pun kalau senyum, ini tidak,murung saja
selama ini.
“Untuk
kali pertama sejak beberapa minggu ni, saya lupa yang saya ni lumpuh.”Akui Rayyan.
Apabila dia lihat Adryan sudah mula menjahit lukanya, dia kalih ke tempat lain.
Memanglah tak rasa sakit, tapi gerun juga nak lihat tu.
Adryan
yang mendengar pengakuan Rayyan tersenyum lebar sambil mata meneliti jemarinya
yang bermain di atas betis gebu Rayyan itu.
Hatinya
girang mendengar suara Rayyan yang semakin ceria itu.
“Kan dah
cakap saya ni doktor yang bagus. Ini baru sehari awak berbaik dengan saya, dah
lupa awak lumpuh. Kalau sebulan agaknya, awak lupa semua masalah awak agaknya.”
Rayyan
tersenyum lebar. Hatinya bersetuju dengan apa yang dituturkan Adryan. Bukan
setakat masalah, mungkin nama sendiri
pun turut dilupakan. Eh...Ray, kau fikir apa ni? Rayyan dapat rasakan pipinya
menjadi merah.
Kebetulan,
Adryan juga turut merenungnya tika itu.
Bibir
Adryan sudah tersenyum nakal.
“Merahnya
pipi, macam epal.”
Rayyan cepat-cepat menutup pipinya dengan kedua-dua
telapak tangan.
“Mana
ada.”
“Ada.”
“Awak
salah nampak.”
“Saya
tak salah nampak. Vision saya 20 per
20. Okey...just leave it Epal. Suture
awak dah siap, tapi nanti saya pesan pada nurse
supaya salin dressings awak nanti.”
Mudah Adryan mengalih topik.
Rayyan
menghembus nafas leganya. Tidak sangka kantoi dengan Adryan tadi.
“Esok
sesi kita ya. Ingat tu, Epal.” Dan dengan itu, Adryan keluar dari bilik Rayyan.
Rayyan pula sudah tersenyum sampai langit.
Benar,
tidak cukup sebulan pun, semua masalah dia sudah dilupakan. Hatinya dari tadi
melayang-layang...tambah-tambah apabila Adryan membahasakan dia, Epal.
“Memandai
panggil aku epal...” gumamnya perlahan. Tangan mencapai telefon bimbit di meja
sebelah.
Aplikasi
kamera di buka, dan front kamera
ditekan.
Apabila
Rayyan melihat sendiri wajahnya tika itu, dia terus tergelak kuat.
Patutlah...wajar kena panggil epal pun. Pipi sudah merah ibarat
epal merah yang masak ranum!
Semua
ini Adryan punya pasal!
SEMENJAK konfrontasinya bersama Adryan, Rayyan melapangkan
hatinya. Dia tidak lagi bersikap baran dengan keluarganya. Malah, apabila
keluarganya di sisi, dia rasa bahagia sangat. Terutamanya, apabila papanya
ternyata sudah mampu menerimanya. Dari situ dia pasti yang papanya turut
menyayanginya sebagaimana kasih seorang bapa terhadap kesemua anak-anaknya.
Fair and square.
Namun,
apabila hari-hari dia bersama dengan Adryan, ada suatu rasa yang semakin
menghantuinya di dalam jiwa.
Rasa
cinta. Dan dia takut sekiranya rasa tersebut semakin mekar. Kalau Adryan cakap
dia seorang profesional, tidak pernah ada rasa yang pelik-pelik ketika
bersama-sama membantu Rayyan, mana Rayyan nak sorok muka ni?
‘Tak!”
Petikan
jari di hadapan mukanya mengembalikannya ke alam realiti. Wajah tidak berpuas
hati Adryan dipandangnya.
Alahai...mengelamun
pula sewaktu terapi.
“Awak
dah boleh berdiri. Bagus. Tapi kalau awak tak fokus, sampai bila awak nak
berdiri saja? Bila awak nak mula melangkah tanpa bantuan railings dan tongkat?”
Rayyan
telan liur. Adryan kalau masuk mode
doktor dan juga trainer, memang
tegas.
“Remember, Epal. How much you are willing give, that is what you earn.”
Rayyan mengangguk laju. Namun, Adryan masih tidak
menjumpa perkataan ‘the end’ kepada
sesi ceramahnya.
Yang
jadi mangsa, Rayyan. Kena tadah telinga luas-luas.
“Saya
rasa awak pun tahu yang nak mula jalan balik tu susah dan mencabar. Tapi jangan
menyerah kalah, jangan hilang fokus. Thomas Edison, dia gagal banyak kali, tapi
dia tidak putus asa. Kalau dia putus asa, sampai sekaranglah kita bergelap
tanpa cahaya lampu agaknya.”
Rayyan
masih angguk, mulut ibarat dizip. Diam. Sekadar mendengar apa yang buah hati
pengarang jantung yang tidak tahu yang dia menjadi buah hati pengarang jantung
buat seorang Rayyan ini, bercakap petah.
Adryan
pula menarik nafas dalam-dalam. Termasuk kali ini, sudah banyak kali dia
perhatikan Rayyan ni hilang fokus. Macam mana nak pulih kalau asyik hilang fokus?
Sabar
Ad...sabar...pesannya kepada diri sendiri. Agak marah apabila dia
bermati-matian inginkan Rayyan pulih seperti sedia kali, namun Rayyan ibarat
ambil acuh tidak acuh sahaja.
Matanya
menikam mata Rayyan.
“Janji
dengan saya, Epal?”
Rayyan terus mendongak apabila mendengar nama samaran
khusus yang digunakan Adryan untuk membahasakan dirinya itu.
Hatinya
kembali girang. Dia mengangguk.
“Tolak
semua masalah yang sedang mengganggu fikiran awak ke tepi. Fokus untuk belajar
berjalan dengan stabil dulu, boleh?” Jelas, Adryan berpesan.
Namun,
Rayyan terus terkelu. Hanya seorang sahaja yang sedang mengacau fikirannya
ini...dan orangnya adalah manusia di hadapannya kini.
Bagaimanakah
dia ingin berbuat demikian?
“Boleh
tak, Epal?”
There
you go again! Lemah lutut
aku bila dia panggil Epal! Urgh!
Gumam hati Rayyan geram. Lambat-lambat dia mengangguk.
“Good, saya dibayar gaji untuk tolong
awak. Dan saya tak mahu saya disoal nanti di akhirat kalau saya tidak mampu
buat tanggungjawab saya sepenuhnya. I’m professionally
trained to help you. Tapi awak pun kena tolong diri awak.”
Dalam
kata-kata itu menusuk hati Rayyan.
Rayyan mengeluh berat. Nampaknya...segala bunga-bunga
cinta yang ingin mekar tadi terus layu.
Rayyan...he is your doctor and trainer...fokus!
Jalan pun tak betul lagi, jangan menggatal nak bercinta...walaupun tidak
bertepuk mana-mana tangan, jangan gatal nak cintan –cintun!
Rayyan
tarik nafasnya dalam-dalam. Fokus! Fokus! Fokus!
Tangan yang memegang rel perlahan-lahan dilepaskan sambil
dia melangkah perlahan. Adryan di hadapan dipandang,
Tangannya,
melepas rel.
Dia cuba
menapak selangkah. Kaki kanan dahulu...kemudian kaki
kiri...kemudian...kanan...kiri...dan apabila dia cuba untuk melangkah lagi
sekali, lututnya terasa lembik.
Dia
terjatuh melutut.
Tetapi,
apabila dia mendongak...senyuman penuh gusi yang dihadiahkan oleh Adryan
berjaya meragut keseluruhan oksigen dari jantungnya.
Wajah
Adryan tika itu ibarat wajah seorang ayah yang baru lihat anaknya melangkah
buat kali pertama.
Purely proud!
Adryan bangga dengan dirinya! Rayyan berasa seperti ingin
meloncat ke langit!Dia berjaya mengambil beberapa langkah tanpa bergantung pada
rel.
Adryan
menarik Rayyan bangun, senyuman masih pada bibir.
“I always knew you could do it, Epal.
Balik rehat...esok datang lagi. Bulan depan saya nak awak dah boleh lari.”
Bisik Adryan, masih tersenyum.
Rayyan
juga tersenyum lebar. Kepalanya mengangguk laju seakan-akan belatuk. Sumpah,
dia rasa bahagia sangat tika ini. Tidak sabar untuk memberitahu seluruh
keluarganya yang dia sudah mampu melangkah beberapa tapak tanpa bantuan
sesiapa.
RAYYAN
memeluk erat papanya. Mamanya,
adik tirinya, serta abangnya turut ada tika itu. Hari ini, entah mengapa, semua
orang hadir untuk menyokongnya. Walaupun ini bukan pertandingan yang mempunyai
persaingan, namun mereka semua hadir untuk memberi sokongan moral. Hari ini,
adalah hari terakhir sesi terapi Rayyan.
Sedar
tidak sedar, sudah hampir setahun dia menjalani sesi terapi ini. Sudah berbakul
kata-kata motivasi dan nasihat yang dicurahkan oleh Adryan kepadanya.
Namun,
hari ini...Adryan menukar sedikit rentak terapinya. Beg sandang Rayyan diambil,
dan dijadikan umpan buat Rayyan.
Rayyan
mendengus.
“Hari ini...special.
It is your last day here, so you have to work harder.” Adryan mengumumkan.
Ahli
keluarga yang ada di ruangan bilik itu sekadar tersenyum simpul. Diam
memerhatikan gelagat Rayyan dengan doktornya.
“Saya
dah penat kejar awak, Rayyan. Kali ini, awak kejar saya, boleh?”
Rayyan angguk dalam senyum. Walaupun dia masih tidak
mampu berlari, namun dia sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Guna tongkat pun
sebelah sahaja.
“Good.See you on the roof. Kalau you tak
datang...saya simpan beg awak ni sampai bila-bila.”
Dan
sejurus itu, Adryan keluar dari bilik itu. Rayyan tersenyum, mata masih melekat
pada belakang pintu itu.
Sejenak,
tangannya dikuis dari sisi. Matanya terus memandang wajah Isya, adik tirinya.
Isya
sudah tersenyum penuh makna.
"Dia dah pergi, kenapa kakak
tenung pintu tu lagi? Tak nak kejar dia?"
Rayyan gigit bibir dengan persoalan dari adik tirinya
itu. Kenapa ek?
"Kak Ray...Kak Ray ada rasa
geli-geli perut eh dengan Dr Adryan tu?"
Gulp.
Rayyan terus menggeleng laju.
Oh-hell-no! Jangan cakap satu dunia nampak cara dia memberi reaksi ketika bersama Adryan?
Rayyan terus menggeleng laju.
Oh-hell-no! Jangan cakap satu dunia nampak cara dia memberi reaksi ketika bersama Adryan?
Mata
Rayyan memandang ke arah keluarganya yang sudah tersenyum penuh makna.
Apabila matanya bertemu dengan mata papanya...papanya
mengenyitkan mata kiri kearahnya.
“Ada
orang tengah berbunga-bunga cinta...” sakat Tengku Aidi Zafran. Balasannya,
mama Rayyan di sebelah mula mencubit perlahan lengan suaminya.
“Dik...go for it! Kejar dia.” Si abang pula
mencelah, wajah Rayyan pula semakin merah. Nampak sangat semua orang tahu rasa
hati dia selama ini.
Apabila Rayyan kembali memandang Isya,
Isya sudah tersenyum penuh makna. Bahu kakak tirinya dipeluk erat.
"Admit it...Kak Ray rasa geli-geli dalam perut tu. Isya tahu. I even caught you smiling sambil tenung
pintu tu, FYI."
Rayyan tarik nafas dalam-dalam. Oh damn.Isya dengan serkap jarangnya...crap.
"Isya, sepatutnya sebelum datang
sini, Kak Ray kena bawa epal
banyak-banyak tau."
Giliran Isya untuk keliru.
Epal? Kenapa?
Epal? Kenapa?
Seakan-akan dapat meneka soalan yang
bermain di minda Isya, Rayyan sambung lagi...
"An apple a day, keeps Dr. Adryan away."
Isya terus tergelak besar. Semudah
itu?
"Trust me Kak Ray, it takes more than apple to keep that hot doctor
away. Kalau kakak tak nak, Isya nak..." Isya mula menyakat. Ayatnya
itu membuat semua orang gelak kecuali Rayyan.
Rayyan tarik
muka masam.
“Tak
boleh. Adryan tu Rayyan yang punya.”
Isya
senyum lebar.
“Pergilah
cakap dekat dia. Dia tunggu kakak tu.”
Rayyan
mengangguk. Perlahan-lahan, dia melangkah...tongkat di tangan digunakan, namun
apabila tiba di tangga, dia melepaskan tongkat tersebut.
Satu
persatu anak tannga itu dipanjatnya. Walaupun lambat, Adryan cakap dia akan
tunggu di atas bumbung.
Adryan
tidak pernah mungkir janji...
Selama
setahun...Adryan di sisinya...mengajarnya bertatih kembali.
Apabila
tiba dipuncak, Rayyan menolak pintu ke bumbung hospital tersebut. Susuk tubuh
Adryan yang sedang bersandar pada railings
dipandang.
Nafasnya
ditarik dalam-dalam.
Adryan
mengangkat tinggi beg Rayyan.
Perlahan-lahan, Rayyan menarik kakinya ke arah Adryan.
Adryan tersenyum penuh gusi apabila Rayyan tiba juga di hadapannya.
“About time,Epal. Ingat sejuk ke atas ni?
Terik tahu matahari hari ni. Lapar saya tunggu awak.” Seloroh Adryan sambil
menyerahkan kembali beg milik Rayyan.
Rayyan
tersenyum manis. Zip begnya dibuka. Segala koleksi sneknya ada di dalam beg
itu.
“Nak Mars?"
Adryan geleng kepala.
Adryan geleng kepala.
"Cadbury?Toblerone?"
Geleng lagi.
Geleng lagi.
Rayyan
tarik muncung sambil tangan mengorek lagi beg yang penuh dengan coklat.
Rambut hadapan ditiup kasar. Mata memandang Adryan yang statik memandangnya sambil memeluk tangan ke dada.
Rambut hadapan ditiup kasar. Mata memandang Adryan yang statik memandangnya sambil memeluk tangan ke dada.
"Saya
bagi makanan dalam beg ni kepada orang yang saya rapat saja tau." Rayyan
cuba memancing perhatian Adryan sambil tangannya mengorek lagi isi di dalam beg
tersebut.
Tiba-tiba
tangannya menarik keluar sebiji epal merah. Eh...sejak bila ada kat sini ni?
“Saya pun bagi epal kepada orang
yang saya rapat saja tau.” Selamba, Adryan berkata. Epal ditangan Rayyan
diambil dan digigit sedikit. Kemudian, epal tersebut disua ke arah Rayyan yang
sudah terlopong itu.
“ Kalau saya kongsi epal
tu...bermakna memang awak tu dah paut hati saya,”
Adryan
mengenyitkan matanya.
Rayyan pula, tidak tahu untuk
berbuat apa-apa. Dia gigit jua epal yang disua.
“So...”
Rayyan memandang Adryan yang sudah
tayang muka nakal itu.
“You
love me, or not?”
Adryan ni...sengal! Tak romantik!
“Whatever
Epal, yang pasti saya cintakan awak. Dari zaman awak buat perangai
lagi...saya dah suka awak. Sebab saya tahu awak ni kuat orangnya. You were just hurt, and I wanted to be the
one there, to help you heal. And from what I see...awak dah sembuh.”
Tenang,
Adryan memberitahu. Bibirnya mekar tersenyum.
Rayyan menggigit lagi epal tersebut.
Seketika, dia juga mencuri pandang ke arah Adryan di sisinya.
Sungguh dia tidak sangka...
“Saya...juga sayangkan awak.”
Akhirnya, Rayyan memberitahu.
Adryan
mengangguk perlahan.
“Saya dah agak dah. Awak asyik
hilang fokus...”
“Why
wait?”
Adryan angkat bahu dengan soalan
Rayyan. Kenapa dia tunggu?
“Supaya awak tahu yang saya cintakan
awak bukan sebab kerja, mahupun simpati, I
love you for who you are. Tak kira awak lumpuh ke, awak boleh jalan
ke...saya cintakan awak. The real you.
Rayyan.”
Rayyan mengangguk. Sumpah dia tidak
tahu untuk memberi reaksi yang macam mana tika ini.
Suka, ya dia tersangat suka. Kalau
boleh hendak melompat ke langit.
Sungguh dia tidak sangka...
“Kenapa panggil saya Epal?” itu juga
yang ditanyanya.
Adryan menoleh, memandangnya dengan
pandangan yang redup.
“Epal, sebab you are the apple of my eye. Tapi yang penting...epal pun, kalau
dia terjatuh, dia akan lebam. Tapi lebam-lebam dia pun, dia masih nampak segar
sebab dia terlampau merah sehinggakan lebam pun tidak dapat orang lain lihat. But I saw you through your bruise which no
one ever seen through it...and all I want to do was to protect you.”
Setitis air mata menitis jua dari
tubir mata Rayyan.
Tersentuh dengan pemerhatian
Adryan...
“Man...you make me fall for you again,
Adryan!”
Dan
tangisan, bertukar menjadi gelak tawa...sungguh bahagia.
Beberapa
tahun kemudian...
SEBALIK dari yang dipesan, jari telunjuknya rancak menguis-nguis
tapak kaki halus bayi yang sedang lena dibuai mimpi itu. Sudah berkali-kali
bayi tersebut menggeliat kecil, geli dengan perilaku ayahnya, namun terlampau
mengantuk untuk membuka mata dan memberi respon dalam bentuk tangisan.
Si
isteri yang dapat meneka helah jahat si suami, mula menggeleng kepala. Tangan
si suami yang masih degil ingin mengacau lena si anak dipegang.
“Sayang...jangan
kacau dia.”bisik isterinya tegas.
“Saya
geramlah. Tengok pipi dia, macam epal. Menurun dari awak. Geram saya nak
gigit.”
Balasan si suami sekadar mendapat jelingan tajam.
Si suami
menggigit bibir. Oops.
“Bagilah
dia tidur.”
“Tidur
saja kerja dia. Habistu, bila nak main dengan ayah?” Serentak itu, dia menunduk
nak melampiaskan ciuman pada segenap pipi gebu anaknya.
Si
isteri sudah menjegilkan mata. Cepat-cepat badan suaminya ditarik dari terus
mencium anak yang baru tidur itu.
“Janganlah
cium-cium dia. Nanti dia bangun. Awak bukannya rajin nak tidurkan dia, main
saja tahu.” Isteri sudah tarik muncung.
Si suami
tersenyum lebar. Pinggang isteri diraih erat. Pipi isteri dikucup, kemudian
digigit kecil. Geram.
“Epal ni
lagi sedap.”
“ADRYAN!”
Serentak itu, bayi yang lentok dibuai lena terus membuka
mata. Dek terkejut, dia pun mula menangis.
Rayyan
sudah merenung tajam Adryan yang sudah tarik muka bersalah tika itu. Terus,
pinggang Rayyan dilepaskan dan dia mengangkat anaknya dari baby cot.
Kemudian,
dengan muka innocent, dia gelak kecil
kepada Rayyan yang sudah cemberut tika itu.
“Awak
juga yang buat dia nangis, bukan saya, Epal.”
Rayyan
mendengus. Cubit karang sengal seorang ni!
“Awak ni
saja aja tau...”
“I would do anything to see you become as red
as an apple, my dear.” Selamba jawapan diberi.
Kemudian,
lagi selamba, dia tinggalkan si Rayyan keseorangan. Nak main dengan epal nombor
dua dia ni pula. Epal nombor satu dah terkena tadi...
Loving can heal...
Loving can mend the soul.
TAMAT