Ada sawah ada bendang,
Ketua jenayah sudah datang.
Ketua jenayah sudah datang.
Fish.
Nama sebenar, Nafisha Ali . Dari tadi, setelah ditinggalkan kedua ibu
bapanya serta adik beradik, dia bersama 99 orang lagi pelajar dikuliahkan di dalam so called ucapan alu-aluan kepada
pelajar baru.
Alu-aluan my foot! PK HEM dari tadi tak
habis-habis tengah bentangkan guidelines berkaitan
perihal pelajar, bagaimana pelajar harus behave,
benda halal haram di asrama, MP3 , HTC, I-Phone, BB sebagainya diklasifikasi
sebagai haram, harap maklum, yang boleh bawa itu ha, telefon cap zaman batu,
yang Nokia 3310, telefon bimbit yang
hampir 99% pengguna mengakui kelasakannya.
Jenis yang fungsinya sekadar untuk SMS dan juga menelefon, tak ada MP3, kamera
yang sewaktu dengannya. Memang sedih! Macam mana aku nak hidup ni?
“Okay, itu sahaja dari saya...”
Hingar satu dewan dengan seretan kerusi
plastik warna merah biru itu. Kesian PK HEM gila mikrofon itu, dia tak habis
cakap semua yang lain dah bangun hendak berambus cepat-cepat dari dewan yang
sejuk beku ini.
“Nanti! Duduk balik!”
Kan dah cakap dia gila mikrofon. What a petty case. Lagi kesian,
budak-budak yang tadinya bagai mendapat kembali nyawa sudah kembali tayang muka
bosan. Dua jam setengah dengar perempuan gila mikrofon tu membebel, siapa yang
tak pedih telinga? Kalau minggu orientasi pun sudah membebel sebegini panjang,
agak-agak bernanah tak telinga bila dua tahun belajar di sini? Beberapa suara
memprotes kedengaran. Fish kembali bersandar pada kerusi lalu melipatkan tangan
ke dada. Boh-san! San-gat!
“Nanti, kamu akan dibahagikan kumpulan,
satu kumpulan sepuluh orang. Akan ada facilitator
yang akan assist kamu sepanjang
minggu ini. Kalau sesiapa nak jadi pengawas tu, mulai dari minggu inilah
kakak-abang kamu akan kenal pasti siapa yang layak, oleh itu, behave accordingly.Terima kasih.”
Semua orang kembali menolak kerusi. Sreet sret
sana sini. Fish bangkit lalu mencari siapakah gerangan facilitator dia. Dia kumpulan nombor 4, nombor yang malang bagi Chinese. Dia bergerak ke arah kakak dan
abang yang pegang nombor empat. Sekali pandang muka budak-budak sama kumpulan
dengan dia, macam skema tahap gaban! Apa barang skema-skema ni?
Mereka disuruh duduk di dalam kumpulan,
buat bulatan macam kanak-kanak ribena nak main lego, lalu memperkenalkan diri
masing-masing. Fish mencatat beberapa benda penting, dan kesemua benda penting
itu adalah doodles, tak ada masa nak
catat nama dorang ni semua. Dengar saja dah memadai nak ingat. Let the subconscious mind do it’s job.
Tiba-tiba Fish disiku dari sisi. Notepad ditutup dan dia merenung tajam
si dia yang berani menyiku tadi. Minah ni kan, aku buat sambal belacan baru
tahu. Habis satu buku tercalit dengan satu barisan pensel yang panjang mencecah
kedua paksi buku itu. Habis dah doodle
yang aku buat dari tadi. Grr.
“Nafisha... ralit dengan buku tu?”
Kakak muka doraemon itu bersuara. Fish
tutup buku. Sentap. Dia kemudiannya menghadiahkan kakak itu dengan kening
ala-ala Ziana Zain. Ralit tak ralit, buku aku, suka hati aku lah kan? Aku
dengar saja apa yang mereka bualkan, berbual entah apa-apa, langsung tak
berinformasi. Orang kalau masa icebreaking
tu tak boleh ke berbual perihal berkaitan
global citizenship ke, species polar bear yang dah nak pupus tu
ke? Ini tidak, balik-balik tanya asal mana, anak nombor berapa, itu kan benda
peribadi. Rasanya, tak perlu nak heboh satu dunia.
“Okay,
your turn. Share dengan kami your background.”
Kakak itu kembali bersuara setelah menelan
liur. Mak, budak Fish ni macam ada potensi saja jadi serial killer. Auranya sangat menyeramkan. Apalah nasib aku jadi faci dia ni?
“A
human, a very complex organism, tinggal di Malaysia,
sayangkan bumi, I support going green.”
Semua ternganga. Itu sahaja? Fish
membetulkan tudung di kepala. Sekali tengok wajah, macam suci saja, tudung pun
bulat saja berlipat, tapi sekali buka mulut, memang tak tahan dengan kesinisannya.
Sangat pedih menusuk dada.
Dia
kemudian menjatuhkan tangan ke bawah. Sebuah senyuman manis diberikan, sehingga
menayangkan kedua-dua belah lesung pipit di pipi.
“Ada apa-apa lagi soalan?”
Alahai, bipolar betul. Abang faci pun macam dah cair. Fish ni,
langsung tidak boleh dijangka. Benarlah, diakan a very complex organism. Semua kepala di dalam kumpulan itu
menggeleng, tanda tiada apa-apa soalan. Fish senyum lagi, bagus! Kalau ada pun,
aku tak akan jawab. My private matters,
stays with me. Buang karan nak cerita pada semua. Jaga tepi kain sendiri
okay, tak perlu lebih-lebih. My life is
top secret.
P/S : A very short first chap! haha, a brand new version of mine, regarding school days. Hope you too will enjoy this particular e-novel. Tell me what do you think about it yeah.
ade aura hlovate niii... wuwuwuwuuuu~
ReplyDeletehaaa..ade typo.. :p
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteOk, dah adjust =D
ReplyDeletePergh!!! dasat btol jwpn yg Fish bagi ni...
ReplyDeletehaha, I dream of doing just that bila orang suruh introducekan diri, tapi tak pernah buat, nnt kata kurang hajo lak
ReplyDeleteCite remaja yg Perasan bagus ke ?
ReplyDeleteBukan remaja perasan bagus... tapi jenis sinikal, kut.
ReplyDeletecter ni mcm ala2 novel TUNAS je...tp best...good job kak!..
ReplyDeleteI promise you that this is not tunas. hee, this one ada badgirls, not badboys ;)
ReplyDeleteCool giler fish nie....
ReplyDeletefirst chap yg best! *thumbs up*
ReplyDeleteredpepper said.
ReplyDeletelol. it is too much..so so so attractive.
dont let people assume this story is copied from tunas. really hope u'll do some diff. eh . lots of diff.
create ur own idntity.dont destroy ur potential.
there's only 1 hlovate. ^^ just make her/his ur idol n dont be her/his shadow.harap mklom.
Salam, wah hebat si Fish ni, no fishy with Fish okay hehhee, love it, nak lagi :-)
ReplyDeleteWah best...na na na lagi...
ReplyDeletedown memory lane....teringat zaman boarding skool :)
ReplyDeletebez cite ny...
ReplyDeletenk lgi...hehe
gila kentang bahasanya...!waaa....sambung!sambung!
ReplyDeletenape dulu ai xpenah terpikir nak introduce diri cmni eh.. hemmm
ReplyDeletei loike fish!! a lot!
ma~
the language used. perfect!
ReplyDelete