Sunday, March 10, 2013

Geng Budak Bawah Tangga : Step 2



Pengantin lelaki memakai tengkolok,
Jom kita main sorok-sorok.


Muka bosan tahap langit ketujuh ditarik. Sekarang, sesi meronda-ronda kawasan sekolah, kenal-kenal bilik itu, bilik ini, tadi sesi mengenal Aspura dan Aspuri. Alpha dan Beta, milik Aspura, Kappa serta Delta bagi Aspuri. Fish, dapat blok Kappa.


Apa-apa sajalah, Kappa ke, kapak ke, asalkan ada bumbung, ada katil, aku boleh tidur dengan lena, cukup. Sekolah ini pun satu, perlukah nama tu menggunakan bahasa Greek? Ingat ni negara Eropah ke nak buat ala-ala fraternity and sorority group tu? Please lah, tak perlu semua itu. Nama Melayu sudah tidak komersial ke? Dah tak ada orang guna Tun Teja, Tun Fatimah segala jenis Tun tu? Sudah hilang ditelan kemodenan barangkali.


Sambil mengekori orang di hadapan di dalam satu barisan yang lurus, Fish menoleh ke kiri dan kanan. Dia tertanya-tanya sendiri apabila matanya tertancap pada beberapa orang pelajar baru yang berselisihan dari arah hadapan. Kesemuanya basah kuyup bermandikan air entah apa-apa itu. Tiba-tiba mata Fish membulat. Basah kuyup?


Oh shoot! Dorang nak buat royal bath ke lepas ni? Shoot, shoot! Better aku larikan diri senyap-senyap, aku bukannya trainee pilot nak mandi air segala jenis bahan buangan tu. Entah apa-apa betul tradisi budak tinggal di asrama penuh ni. Ingatkan apabila sekolah swasta, tak ada semua benda mengarut macam ni, rupa-rupanya dua kali lima sahaja. Such a joke!


Perlahan-lahan, Fish menyelinap keluar daripada barisan kumpulan. Dia membelok ke kanan dan  melihat sebuah bangunan yang agak tercorok yang berselindung di sebalik rimbunan pokok.  Pokok apa? Pokok Jacaranda. Heh.


Jacaranda.Nama saintifik berbelit lidah mengklasifikasikan pokok berbunga ungu lavender ini sebagai Jacaranda Mimosifolia. Kalau nak lebih romantis, cuba pula sebut menggunakan l'accent français, yang memanggil Jacaranda sebagai flambouyant bleu.


Flambouyant bleu, bukan sacrebleu. Sacrebleu itu sejenis profaniti. Bahasa kesat. Tak elok kalau digunakan. Berbalik pada Jacaranda,nama komersial pokok ini yang lain adalah Brazilian Rosewood. Pokok ini boleh mencecah ketinggian sehingga 20 meter, dan berasal dari Argentina, Brazil. Jangan ingat Brazil hanya ada pemain bola sepak sahaja, pokok yang menjadi simbol romantis, tempat hero-heroin novel cinta memadu asmara juga berasal dari negara Latin tersebut.


Apa-apa pun, selain pokok Jacaranda yang merimbun di kawasan tersebut, ada sesuatu yang lain yang telah berjaya menarik perhatian Fish. Kaki dilangkah ke arah bangunan tersebut. Serasanya tadi, ketika dia asyik menghayati keindahan Jacaranda, dia ada terdengar suara dari arah bangunan yang kelihatan terpencil itu.


Suara, harap-harap bukanlah suara makhluk alah yang satu itu. Nanti tak pasal-pasal kisah hidupnya menjadi seperti perjalanan di dalam cerita Histeria itu. Mintak jauh beribu batu daripada tersampuk dek yang satu itu. Bismillahirrahmanirrahim! Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hambamu ini hanya mahu menyorok, tiada berniat untuk mengacau ketenteraman mana-mana pihak yang tak nampak dek mata kasar.


Semakin Fish hampir ke tangga bangunan itu, semakin jelas suara tadi. Aik, kalau makhluk yang satu itu, takkanlah menyanyi lagu dari kumpulan Poison tu kut? Hebat.


Just like eeeeeeevery night, has it dawwwn. Just like evvvry cowboy, plays his sad, sad song...every rose has it’s thorns.”


Fish memberanikan diri untuk menjenguk ke bawah tangga, punca arah suara itu. Kaki memijak anak tangga ketiga, badan dibongkokkan ke  atas railing, dan kepala diturunkan ke bawah. Ouh, manusia rupanya. Budak yang tengah khusyuk layan MP3 seorang diri di bawah tangga itu membuka matanya. Serentak itu juga...


“Boo!”


Fish sengaja menakutkan pelajar perempuan itu. Namun, output yang diharapkan tidak berhasil. Budak perempuan itu tayang muka neutral sahaja, langsung tidak terperanjat dengan kehadiran Fish secara tiba-tiba itu. Dia melurutkan earpiece dari telinga. Mata memandang tepat ke arah Fish.


At last! Another company. Hello there...care to join the partaay?”


Budak itu dengan tenang namun suara mencecah beberapa Hertz terlebih tinggi itu mempelawa Fish. Nampak sangat sumbat earphone dan  MP3 pada fullblast ni.


 Fish tarik senyum, exactly what she was searching for. Someone full of spontanity! Fish membetulkan postur badan lalu cepat-cepat merangkak ke bawah tangga tersebut. Lantai berdebu belakang kira. Sekarang, waktu untuk menghilangkan diri dari menjadi sasaran para senior untuk memandikannya dengan air entah apa-apa itu.


Badan disandar pada dinding di belakang. Reader’s Digest dikeluarkan dari beg sandang. Si gadis putih melepak rambut auburn di sebelah sudah memandang Fish semacam. Fish memandang kembali. Kening diangkat, problemo seniorita?


“Pengcahayaan kurang bagus di sini, saya sarankan awak untuk tidak baca dengan kondisi sebegini, tidak elok untuk mata.”


Gadis itu menasihati Fish. Bahasa Melayu yang digunakan juga agak baku,keras kaku, siap ada accent sedikit. Kalau aku tengok dari luaran, memang budak ni tak nampak muka Melayu. Mata dia pun, biru. Melayu, biru, eheh, it rhymes duh! Owh God Fish, baru separuh hari di sini kau dah nak jadi sewel iya? Fish berkira-kira di dalam otaknya sendiri.


Wanda.


Budak itu berkata. Kakinya sudah dilunjurkan ke hadapan. Fish pula yang tadi tengah khusyuk mendengar suara dalamannya mula hendak tayang muka tak faham dia. Wanda? Wanda what? I wanda how, I wanda why lagu Lemon Tree tu ke? Ke, saudara mara Willy Wonka Chocolate Factory tu? Wanda Wonka, anak sedara Willy Wonka...


You can call me Wanda.”


Ouh. Nama dia ghupenye. Wanda. Dia dah bagitahu nama, aku pun samalah kan? Fish menghulurkan tangan untuk dijabat.


“Nafisha Ali. Fish.” Wanda angguk. Fish senyum.


“Kalau macam tu, saya Wanda Merlis Kohl. Preferrably, Wanda. We cool?” Fish angguk. Definitely.


Setelah itu,Fish kembali menumpukan perhatian kepada RD di tangan. Namun, lagi sekali perhatiannya teralih apabila mendengar derap langkah seseorang menghampiri tempat persembunyian mereka. Wanda di sebelah masih menayangkan muka tenang. Fish mencuit Wanda.


“Kaki awak tu, tarik masuk dalam. Nanti  orang nampak.” Wanda senyum senget. Kaki masih dalam posisi berlunjur. Tak makan saman nampak, kalau kantoi, habislah kita. Hari first dah kantoi, apa kelas.


Apa sajalah. Biarkan dia, kita dah cakap sekali, cukup. Buang karan nak ulang banyak-banyak kali.


Derap kaki semakin kuat, tanda manusia itu sudah hampir tiba ke destinasi. Fish angkat RD itu tinggi-tinggi, kalau kantoi, biarlah kantoi bermaruah! Lari dari senior sebab nak membaca buku kat bawah tangga, kan sedap sikit bunyi dia tu. Cikgu pun mesti sejuk saja hati bila dengar, kan?


“Wanda... mana cekau tu?”


RD diturunkan sedikit apabila terasa diri diperhatikan. Hurm, padanlah Wanda tak tarik masuk kaki tadi, dia dah tahu yang itu bukannya pengawas tapi geng dia. Ciskek betul, bukan nak cakap awal-awal. Buat aku cuak semedang saja.


“Saya statik di sini, she was the one who found our spot...”


Dua kepala asing itu mengangguk. Reader’s Digest ditutup lalu diletakkan ke atas riba.


“Hallo, korang dua, aku kat tepi je ni. Tanyalah direct, pergi interrogate Miss Red Head ni kenapa? Ask away, at least I could do some buddies in this hell hole.”


Fish bersuara. Serentak, dua pasang mata menikam wajahnya. Senyum kekok ditarik mereka berdua. Kan dah kena sebijik atas muka. Tuan badan ada kat tepi, miang pergi tanya pihak ketiga kenapa?


“O-kay. First basis perkenalan, introduction. Amanda Saad.”


Katanya sambil mengeluarkan sesuatu dari poket jeans . Fish angguk. Mata memandang tindak-tanduk gadis itu. Apakah? Besar panjang pun kelek minyak angin Yuyi tu? Yang golongan mak-mak pakaikan pada bayi untuk elakkan kembung perut tu? Hurm...okay.


“Amanda ya? Aku panggil Yuyi je sebab kau ada tu.”Kening dijungkitkan ke arah botol minyak angin yang  sudah berada di dalam genggaman Amanda. Amanda mengangguk. Comel jugak panggil Yuyi.


“ Great! Aku Fish. Nafisha Ali. Fish.”

“Fish? Cool.  Kau ikan spesies boleh hidup atas darat eh?”

Fish gelak perlahan. Kepala digelengkan. Nope! Mata pula dialih ke arah sorang lagi di tepi Yuyi. Muka macam barbie doll, rambut pun dyed perang.


“Joan Khoo.”
Amoi itu senyum manis.


“Apa? Ciku?”

Joan tergelak. Dia pun dapat nickname ya? Tak pernah lagi tau ada nama lain selain Joan sebelum ni. Sukanya!


“Ciku pun bolehlah.”

Punggung dilabuhkan di sebelah Fish. Yuyi tadi sudah buat bersila di hadapan Fish.


“Wanda. Fish. Ciku. Got any food?”

Yuyi bertanya selamba. Wanda melurutkan earpiece lalu menggeledah beg pikul warna merah itu.


Let me see yeah? Tadi saya ada bawa tau, Hersheys. Aha, inipun dia. Nah.” Sepaket coklat itu di letak di hadapan Amanda. Amanda tarik senyum.


“Aku ada Rocky strawberry dua kotak.”

Fish meletakkan dua kotak waferstick Rocky itu bersebelahan dengan paket Herseys itu.


“Ciku? Kau tak ada makanan?”

Joan tarik muka paling manis. Beg galas dibelakang dibawa ke hadapan. Zip dibuka dan dia meletakkan beg itu ditengah.


Wanda menggeledah beg itu. Oh my, jajan penuh dalam ni. Super Ring, Rota, Bika, Corntoz, Mister Potato...macam-macam ada.


“Eheh. Buka lagi satu zip.” Joan berkata sambil senyum macam kera.
Wanda took charge. Zip kedua dibuka.


“Kau rompak dusun mana ni?”


Fish bertanya apabila melihat buah rambutan yang penuh di dalam compartment kedua beg itu. Kuning. Rambutan gula batu. Tentu manis ni.


“ Sekolah ni punya, tadi sebelum jumpa korang aku nampak, aku pun kutiplah. Pokok dia tak tinggi pun, senang panjat.”


Ciku tayang muka hebat. Amanda dah peluk beg Ciku. Wanda, masih dalam dunia musik dia. Fish pula melongo. Tak pernah lagi Fish jumpa budak Chinese yang perangai gila-gila macam Joan Khoo ni. Bukan nak kutuk, bukan nak jadi racist, tapi selalunya, Chinese kerja diorang belajar saja 24-jam. 


Jenis skema macam litar skematik itu. Satu suis off, semua yang lain off, tapi itu budak sekolah lama dia la. Nak cakap pun dengan geng sendiri sahaja. Tapi, nampak sangat yang generalisation yang dilakukan oleh Fish itu telah disangkal sepenuhnya dengan kewujudan Cik Joan Khoo ini.


“Hurm...kenal pun sudah, makanan pun dah ada, apa lagi? Dig in!”


Ciku berkata penuh semangat. Amanda awal-awal lagi sudah kerjakan Super Ring Ciku. Wanda, makan rambutan dengan penuh kesopanan. Fish pula menguyah Rocky strawberri dia dengan penuh nikmat. 


“Perasan tak, we are One Malaysia. The four of us.”

Fish angguk. Amanda senyum sesaat sebelum sambung memakan jajan hak milik Ciku. Ciku menggaru kepala.


“Indian tak ada. Tak cukup korum Wanda.”

Wanda pula yang tepuk dahi. Joan Khoo ni sudah lupa akan asal usul diri dia sendiri ya?


“Tadi sebelum kita jumpa tempat persembunyian ini, masa sesi icebreaking awak juga kata awak itu Chindian? Your mother is an Indian right?”


Wanda mengeluarkan hujah. Fish setia mendengar sebab dia tak tahu apa-apa. Amanda angguk tanda setuju dengan Wanda. Ciku senyum bersalah.


“Lupa pula! Dalam I/C saya dia tulis bangsa Cina. Dekat rumah I speak BM and English only. Sebab itu la boleh terlupa.”


Gamat mereka semua tergelak dengan telatah nyanyuk Ciku. Ketawa sehingga merah muka, sehingga senak perut, dan sehingga tidak perasan yang ada kasut hitam berkilat yang baru muncul betul-betul di hadapan ruangan bawah tangga itu.


“Eherm! Having fun, ladies?”


Terus mereka tersenyap apabila mendengar suara garau itu menegur mereka. Semua terdiam. Tangan masing-masing menekup mulut. Siapa yang tegur tu? Iyalah, muka tak nampak, yang nampaknya balley shoes yang berkilat bagai cermin sahaja. Sambil jalan boleh buat tilik muka.


“Keluar dari sana cepat.”


Suara itu semakin tegas. Cepat-cepat mereka berempat keluar dari ruangan sempit itu. Fish, yang terakhir keluar, boleh pula terhantuk kepala pada penghadang dinding.


“Ouch! Senget punya dinding.”

Getus Fish dek geram. Geram terkantoi, dan geram terhantuk pada dinding itu. Bibir dimuncungkan lalu tangan mengusap dahi yang pedih itu. Mesti dah merah dahi ni.


“Dinding tu memang dah senget pun.” Lelaki itu tolong jawab bagi pihak dinding non-living organism itu.


“Eh...mulut kau tu pernah ra...”


Fish merasakan darahnya semakin mendidih. Eh, siapa eh mamat mulut tak cukup  makan cabai ni? Kepala diangkat. Tak nampak muka lagi, baru nampak dada. Tinggi mamat ni. 

Kepala semakin didongak lalu rahangnya terjatuh. Dari perasaan nak marah terus tak jadi marah. Macam mana nak marah kalau lelaki sebegini kacak ada di depan?


“Ra...ra...ra...”


Fish tergagap serta merta. Budak lelaki itu menyilangkan tangan ke dada.Kening diangkat dan dia menghadiahkan Fish satu senyuman sinis. Wanda, Ciku, Yuyi masing-masing pelik dengan Fish itu. Yuyi yang bersebelahan dengan Fish menyiku perlahan bahu Fish.


“Ra ra ra ra ra aah... ramma ramma mamma ah...I wanna bad romance...oops!”


Fish menekup mulutnya. Ah sudah, bila Fish yang cool dan mulut sinis ni jadi nervous, memang mulut dia akan secara automatik akan menyanyi. Sekali dah menyanyi tu tak boleh berhenti. Kenapa dalam banyak-banyak masa, hari ni juga rasa nervous aku ni nak datang? Kenapa depan jejaka kacak yang bernama Hay...


“Eh, Ketua Pengawas! Lari!” Ciku yang terlebih dahulu memandang tag nama lelaki itu sudah membuka langkah seribu. Wanda juga menarik tangan Yuyi. Fish masih lagi meneliti tag nama lelaki itu.


Hurm, macam mana nak sebut nama dia ni? Tg. Hayder Luqman? Hey-derr? Haider? Hye-da? 


Tg.tu apa pula? Tanjong?


Eh, lupa, abbreviation for Tengku! Ouh, Tengku  rupanya mamat ni? Tengku Hey-derr Luqman? 


Wah, first class nama dia. Sesuai jadi ketua pengawas. Fish memandang ke kanannya untuk menegur kawan-kawan barunya, namun apa yang disapa hanyalah angin. Mata Fish membulat, choy! Dia khusyuk sangat teliti tag nama si Ketua Pengawas sampai lupa nak ikut sama cabut lari. Oh this is hell-ish!


Fish tarik senyum sumbing ke arah si Tengku Hay itu.

Tengku jerami, sebab hay dalam English bermaksud jerami.

Eh, boleh panggil dia Jeremy la Fish. Jerami dekat dah dengan Jeremy. 

Mangkuk! Kau tengah bersemuka dengan Ketua Pengawas, yang baru kantoikan kau ponteng sesi orientasi, sewel ke gila? Cabut cepat-cepat tu tidak, siap fikir nak bagi nama apa pada si Tengku kacak pula. Short circuit punya budak.

Fish tersedar dari lamunan. Tengku itu masih memandang Fish dengan muka tiada beriak. Poker face. Fish undur setapak ke belakang, si dia mara setapak.


Undur lagi.

Mara setapak.

Undur.

Mara.


Fish pandang kiri kanan. Badan dipusing sekilas lalu dia membuka langkah untuk lari. Kain baju kurung diangkat sedikit untuk memudahkannya memecut. 

Namun, belum sempat dia melangkah, dia rasakan badan sudah keterbelakang.

Dia tak  rasa sudah terlewat ke untuk melarikan diri? Ah, apa pelik, peluang datang sekali, ambil masa itu juga untuk elak diri kena soal-selidik dengan head prefect kacak tu.


“Nak lari mana?”


Si Tengku tanya dengan muka bosan. Muka masih lagi tidak ada riak. Fish pula mendengus. Ish, kacaulah tali sling beg ni. Kan dan kena tarik beg ni.  Hailorh!


“Awak bagi lah saya lari, awak kejar saya, baru awak tahu mana saya nak lari.”


Eh Fish? Dah tak gemuruh ke? Fish menekup mulutnya. Oops, itulah kau, selama ni suka hati saja main menjawab kan, hari ni terimalah padahnya. Selamba badak menjawab depan ketua pengawas. Kening lelaki itu pula makin meninggi. Terkejut agaknya dengan jawapan perempuan depan dia ni.


“Urm...arr... I tak sengaja...I...I..I don’t know why... you said goodbye, just, let me know, you didn’t go, forever my love...”


Lagi sekali tangan ditekup ke mulut. Hujung bibir si Tengku ganteng sudah ternaik sedikit. Dia nak gelak ke? Fish menggigit bibirnya. Takut nanti menyanyi lagi. Tengku Hayder Luqman menggaru dagunya. Mata memandang tepat pada tag nama Fish yang diberikan ketika pendaftaran tadi.


“Nafisha?”


Fish angguk. Tak berani bersuara nanti mengarut lagi. Makin turun saham.


“Kali ni saya buat tak nampak saja. The next time you and your geng bawah tangga create any ruckus, I am sending the four of you straight to HEM. Mark my words, I will be watching you four, especially you. Now, scram!”


Bagai lipas yang kudung sebelah kaki, Fish cepat-cepat lari meninggalkan tempat itu. Fuh, seram Ketua Pengawas sekolah ni. Baru saja ingat nak seronok-seronok di sini, tapi Head Prefect punya aura singa, dahlah kacak, spoil terus plan!


Budak bertiga tu pun satu, sampai hati tinggal aku seorang tadi. Aku jumpa diorang, siaplah. Aku sumpah jadi organik bag baru tahu. Sheesh! 


Aku ni pun satu jugak, depan orang lain boleh maintain cool, tapi kalau depan Ketua Pengawas, tak kisahlah sekolah mana pun, asal si pemegang jawatan Ketua Pengawas itu lebih cool daripada aku, mesti mula nak menggelabah tak tentu hala kan? Mesti nak rasa lemah kepala lutut depan Ketua Pengawas. 


Aigoo, payah betul. Macam mana nak jadi budak jenayah ni? Ketua pengawas cool, kacak, dengan poker face tu pun tak boleh handle, apa kelas, wey. Hancur hancur. Kalau jadi budak baik pula tak ada thrill, nak tak nak, kena usaha belajar cara nak handle headprefect tu.





 P/S: late night entry. What do you think about this one?


















 


15 comments:

  1. suka, suka. lama tak ngimbau zaman kenakalan time sekolah dulu. best2. :-)

    ReplyDelete
  2. seriously terasa macam time2 baca tunas... kalau tak pun YOYO series (by liana afiera malik)...

    tp hope ni ada kelainanlah.
    cerita remaja, best..dah lama tak baca novel macam ni rasanya..asyik baca pasal org kawin je, skali skala baca cerita budak sekolah best jugak. hehe..

    NICE

    ReplyDelete
  3. terbaek ! gelak sesorang baca . seronok time sekolah . nyesal pulak dlu x buat perangai macam nie . hhahahaha

    ReplyDelete
  4. best kak!!!..hehehe...bila baca cter ni rindunya time sekolah dulu...huhuu..

    ReplyDelete
  5. thumbs up...
    bezzzzzzz....
    huhu

    ReplyDelete
  6. Ahaks..kalau blh ku kenang time remaja dulu..uikks

    ReplyDelete
  7. haha. (redpepper)

    ReplyDelete
  8. fish da jumpa geng 1 Malaysia dia la eh... unik btol name head perfect tu... dia la hero cite ni eh?

    ReplyDelete
  9. poker face!!!!!!!haha,nie yg buat saya x sabar gile2 nie........you make me insane la,akak

    ReplyDelete
  10. sambung pleaze...best giler...tergelak sensorang baca tengah2 malam...

    ReplyDelete
  11. teringat yonna yonni..hahah apa2 pon, memang best n mantap sangat..nak lagi pleaseeeeeeee :P

    ReplyDelete
  12. owwwhhhh...make me crazy...best sangat..terpaksa tahan gelak....kalau terhambur, memang x cukup tanah..hahhahah...!!best giler...tapikan...setuju dengan yang tukang komen kat atas.....menyesal x sudah x buat perangai nakal kat sekolah dulu....hurmmm....

    ReplyDelete