Saturday, December 28, 2013

Mommy Vogue : Bab 2




            The woman is carrying her clothes, but it is the shoe which carries the woman 
                                                                                                                  -Vogue

            Tiara menggigit bibirnya sambil  memandang skrin telefon. Kemudian, dia membetulkan kedudukannya di atas kerusi itu lalu memandang pula ke arah papanya. Taufiq yang sedar Tiara sedang merenungnya berkalih sekilas. Tangannya diletakkan ke atas kepala Tiara lalu dia menarik sedikit muncung tudung Tiara itu.
            “Pandang papa macam tu kenapa?”
Taufiq bertanya sepatah. Tiara cepat-cepat menarik sengih tidak bersalahnya. Dia mengiringkan badan lalu memandang papanya dengan muka sepuluh sen.
            “Papa nak bawa Tiara makan di mana?” Tiara bertanya polos. Taufiq tersenyum sambil menukarkan gear kepada N. Lampu isyarat sedang merah.
            What would you want? Italian? Western?Ala kampung?You choose.” Taufiq berkata sambil-sambil mengetuk jarinya ke stering kereta. Tiara sudah memuncungkan bibirnya. Siku disandarkan pada dashboard lalu dia merenung papanya.
            “Papa rasa Tiara nak makan apa?” Tiara bertanya balik. Taufiq menyandarkan kepalanya pada belakang kerusi pemandu itu. Bibir diketap dan dia membunyikan ‘mmmm’ panjang-panjang sambil berfikir. Tiara pula sudah membuat muka pelbagai riaknya.
            “Kejap, kena ada telepati ni. Fingers please!” Taufiq berkata selamba seraya jemari tangan kirinya yang runcing itu ditemukan dengan jemari tangan kanan Tiara.
            “Okay. Connection available. Tiara ni nak makan western. Ada daging, ada salad. Uu , wait...is it burger?? Eh tak tak...dia bukan burger biasa. Sekali pandang macam quarter pounder! Tapi bukan dekat Mc Donalds, hurm? Ouh, ini sirloin steak  pun iya.  I think I know just the place. Our normal place at Solaris?
            “Yeay! Papa pandai. Sayang papa. Dah, jalan. Lampu dah hijau tu.”  Tiara berkata sambil kembali duduk elok-elok. Taufiq mencapai telefonnya lalu menyerahkannya kepada Tiara.
            Call for reservations.” Arah Taufiq. Tiara tersengih.
            “Tiga orang eh papa?” Tiara bertanya takut-takut. Taufiq sudah mengerutkan keningnya. Tiga? Kenapa tiga pula?
            Pleaseeee...Tiara dah terajak Aunty Rose pun. Tiara dah tahu papa mesti nak bawa Tiara ke sana.” Tiara memujuk papanya. Lengan Taufiq yang memegang gear itu digoyangnya.
            “Okay, okay...tak lalu papa nak makan nanti. Tapi tak apalah, dah Tiara tak boleh gembira kalau si mawar berduri tu tak ada, papa tak boleh buat apa-apa.” Taufiq membuat muka sedih. Tiara menampar kuat paha papanya.
            “Papa ni, anti sangat dengan aunty Rose tu kenapa? Rara tak faham betul.”
            I have my own reasons sayang. Yang papa tahu, papa tak suka dia.” Senang aja  Taufiq membalas. Tiara mendengus. Haila papa ni...itu satu aja aku tak faham. Dalam banyak-banyak perempuan, kenapa dengan aunty juga dia tak boleh ngam? Karang aku kenenkan juga dua orang tu baru tau.
            Fikiran Tiara kembali difokuskan ke telefon bimbitnya di tangan. Dia tersenyum apabila membaca mesej yang masuk.
            Taufiq yang sedar Tiara tersenyum keseorangan itu sudah naik hairan.Oho, ni dah pandai senyum sorang-sorang ni jangan kata dia dah ada...homai! Tiara dah ada boyfriend ke?
            “Ehem!” Taufiq berdehem apabila Tiara lama mendiamkan diri, ralit dengan telefon dia.
            “Rara...khusyuk betul papa nampak.” Tegur Taufiq lagi sekali. Tiara meletakkan telefonnya ke riba lalu tersenyum simpul.
            “Ehehe, kawan Rara text pa.” Jawab Tiara sebaris. Taufiq sudah menjungkitkan keningnya ke arah Tiara. Ye ke kawan?
            “Kawan? Lelaki ke perempuan?” Taufiq bertanya lagi. Tiara sudah tidak senang duduk.
            “ Lelaki...” Perlahan aja Tiara menjawab. Di situ, Taufiq sudah tahu maksud tersirat si Tiara tu. Dah ada teman lelaki, tapi tak beritahu papa ya Tiara?
            Special friend Tiara ke dia tu?” Taufiq cuba mengorek lagi. Tiara masih mengangguk. Dah papa tanya, mana boleh tipu.
            “Papa...sorry. Tiara tak nak bagitahu papa takut nanti papa tak suka. Lagipun, aunty Rose dah pernah jumpa dia, aunty Rose approve. Aunty Rose yang kenalkan Tiara dengan dia.” Tersirap darah Taufiq mendengar ayat Tiara itu. Ouh, Aunty Rose punya kerja la ni? Dasar mawar berduri! Siap kau, pepandai je kan kau mengajar anak aku ni. Pandai cari boyfriend untuk Rara, cari suami untuk diri sendiri tak reti pula!
            “Papa, papa marah ke?” Taufiq menggelengkan kepalanya. Tak, dia tak marahkan Rara, dia marahkan si makhluk perasan muda yang sorang lagi tu.
            No. I’m never angry at you.” Balas Taufiq. Tiara menghembus nafas lega. Nasib baik papa tak mengamuk. Fuh!
            

            SETELAH memakir kereta di tempat parking pada bahu jalan, Tiara memegang tangan papanya lalu mereka berdua menyusur masuk ke dalam restoren ala barat itu. Tempat di luar juga ada, tapi memandangkan hari ini agak panas, baik duduk dalam ruangan aircond. Kalau datang malam lainlah, lagi seronok kalau makan kat luar.
            Seorang pelayan datang menjemput mereka ke tempat duduk yang telah disediakan dan mereka memesan siap-siap makanan tengah hari. Tiara turut memesan untuk aunty kesayangannya, dan Taufiq awal-awal lagi mencebik. Si Rose tu suka sangat pow dia. Benda paling mahal yang ada, itulah yang dia order. Nak tak nak, taufiq ikut ajalah, untuk anak tersayang.
            Tiara awal-awal lagi duduk di sebelah papanya. Apabila bakul baked potatoes  tiba, cepat-cepat mereka belasah sampai licin sambil berbual kosong. Rutin seorang anak gadis dan si bapa, tak lari jauh. Dah macam kawan baik dah dua orang ni.
            “Mana aunty ni.” Keluh Tiara sambil melihat jam di tangannya. Taufiq sudah bersiul riang, tak datang lagi bagus!
            “Ha, panjang umur dia!” Muka Taufiq terus menjadi monyok apabila melihat bayang-bayang Rose di pintu masuk restoren itu. Tiara sudah melambai-lambaikan tangannya, mengisyaratkan Rose supaya datang ke tempat mereka. Taufiq memerhati gaya Rose pada hari ini.
            Rambut dia buat macam sarang tebuan, ala-ala zaman P. Ramlee tu, lepastu ada subang gedabak di telinga, bulu mata palsu melentik, baju ala-ala vintage berlatar belakang putih dan mempunyai corak bunga-bungaan halus. Baju tu kalau orang lain pakai mesti nampak cantik, tapi kalau Rose yang pakai, yang cantik pun boleh jadi buruk!
            Selepas itu mata Taufiq jatuh pula kepada skirt yang dipakai oleh Rose tika itu, skirt labuh berwarna krim yang tak cukup kain, sempat tutup lutut aja. Bawa kereta BMW, tapi kesian, kain tak cukup! Lagi, rantai dileher ada dua tiga, rantai pun dah macam tali jerut orang kena hukum gantung tu! Cincin seperti biasa, semua jari ada. Gelang hari ini dia tak pakai banyak la pula, pakai dua utas pandora aja. Kasut pula...hurm, kalah menara berkembar Petronas tu! Tinggi melangit!
"Uu tu tu tengok dia...jalan pun macam nak patah pinggang dah papa tengok, kangkung tengok pun boleh pengsan. Jalan pun dah macam anak zirafah baru belajar nak jalan." Perli Taufiq apabila melihat Rose sedang menuju ke arah mereka itu. Tiara sudah mendecitkan lidahnya. Tak suka apabila papa dia memerli aunty kesayangan dia tu.
            "Taufiq, behave!" Tiara menegur dengan tegas. Muka sudah diseriuskan ke arah papanya. Taufiq sekadar menarik muka toyanya ke arah anak gadisnya itu. Bahu diangkat.
            "Alaa Tiara ni, papa cakap benda betul apa. Papa tak sabar nak tengok dia tersembam dari kasut rumah pangsa dia tu. Tahulah diri dia tu pendek, pakai kasut tumit tinggi sampai kalah orang muda, diri dia tu masih pendek tau, tak tinggi-tinggi pun. Tak boleh lawan papa ni yang dah tersedia tinggi sejak lahir lagi.  Nasib baik dia dah andartu, peranakan dia jatuh pun tak ada orang nak kisah. Tunggu hari nak menopause je tu, tak sedar-sedar diri lagi. Pakaian pun entah macam apa lah perempuan tu." Taufiq membebel panjang. Tiara sudah menggelengkan kepalanya.
            "Papa, shadap. Aunty dengar nanti kecik hati dia. Dia muda lagi apa, baru 40. Mana menopause lagi. Kalau kahwin boleh dapat baby lagi tau!" Tiara semangat mempertahankan aunty nya. Dalam fikiran dia sudah bayangkan, kalau papa kahwin dengan aunty, dan kalau dapat baby, kan seronok. Dah lama gian nak dapat adik ni. Harap-harap ada rezeki nak merasa ada adik kandung. Tak seronok tau jadi anak tunggal ni.
            " Tak menopause pun, bagus sikit bagi dia dengar.” Kata sindiran Taufiq itu mematikan kesemua angan-angan Tiara. Tangannya laju mencari sasaran. Mulut papa ni kan...dasyat sangatlah!
            “Au au au Tiara! Cubit papa kenapa?" Taufiq sudah menepis cubitan Tiara pada lengannya. Berbisa betul! Tiara pula masih dengan muka seriusnya.
            "Papa...stop it! You are rude towards her tau." Pintas Tiara, tegas. Taufiq mencebik.
            "Papa menyampah dengan dia." Balasnya senang. Baginya, kalau sudah menyampah tu, maka dia boleh la keji si Rose tu puas-puas. Tak baik tau...Taufiq oi!
            "Dah dah, diam. Aunty dah sampai tu." Tiara mengingatkan papanya lagi sekali. Taufiq tergelak kecil. Dia? Nak jaga perangai depan Rose tu? Memang idaklah!


            "HAI sayang aunty. Hai makhluk asing tepi kesayangan aunty." Rose  menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Tiara. Nak suruh dia duduk menghadap pak cik muka ketat mulut suka perli orang tu memang bagi dia sejuta ringgit pun dia tak sanggup!
"Hai aunty!" Balas Tiara ceria. Rose pula sudah tersenyum lebar ke arah Tiara.
            "Hai rose layu bau macam bunga tahi ayam. Au au au...Rara stop pinching me!" Rose menjeling sekilas ke arah Taufiq yang dipanggil makhluk asing tadi. Tengok, kan dah kata dia tu mulut longkang!
            "I smell of Christine Dior, thank you very much. You smell like a skunk, wahai Mr makhluk asing!" Senang Rose menepis. Elok dia bau wangi-wangi ada ke patut dia kata Rose ni bau macam bunga tahi ayam! Kan Rose dah balas balik tu.
            “Alaa guys, please can we not fight? Kata nak celebrate  Rara dapat scolarship.” Kedua-duanya tersenyap apabila Tiara sudah menarik muka minta simpati itu.
            “Okay, okay. So... Rara dapat fly? Bagus sangat tu sayang, bijak betul anak aunty ni, sama bijak macam arwah mama dia.”  Kata Rose sambil mengambil pinggannya dari tangan waiter. Yum!
            "Wowowo. Dia anak saya, bukan anak awak." Sempat lagi Taufiq ni, padahal mulut tengah laju mengunyah kepingan daging tu. Inilah manusia yang tak ada adab! Nasib baik Rara tu tak ikut perangai luar alam bapak dia ni.
Rose pula sudah membeliakkan matanya apabila mendengar aja suara sarkastik Taufiq tadi. Suka mencelah bila orang lain bercakap!
            "Whatever. You, talk to my hand. Rara, you talk to me." Rose memberi amaran tegas. Garfu di tangan kirinya dihalakan ke arah Taufiq, kau banyak cakap, aku cucuk-cucuk mata kau tu dengan garfu ni. Bagi buta! Mata tak nampak, mulut otomatik akan senyap! Selesai satu masalah!
            "Saya bayar bil, jadi saya akan decide siapa cakap sama siapa." Taufiq membalas balik. Tiara sudah menggelengkan kepalanya. Tadi kata nak elok-elok, tak sampai lima minit, dorang mula gaduh balik. Hadoila...mama...kenapa dorang dua ni perangai pelik sangat? Macam budak-budak dah Rara tengok!
            "Fine then, Rara...bangun. Kita pergi meja lain. Aunty tak nak cakap dengan makhluk asing ni. " Tiara mengeluh apabila Rose sudah mencampakkan sudu dan garfunya ke dalam pinggan. Siap dah angkat pinggan dah tu semata-mata nak pindah meja. Rara cepat-cepat menarik Rose untuk kembali duduk.
“Tak! Aunty...duduk sini. Papa...sudah-sudah la. Rara tak suka la tengok korang dua ni. Gaduh memanjang.” Tiara merengek. Geram pun ada. Tak kira di mana dan bila, gaduh gaduh gaduh aja kerja dua makhluk ni!
            "Hey darlin', I come in peace okay?" Taufiq masih ingin bertikam lidah. Tiara sudah memberikan papanya renungan maut. Aunty Rose dah diam, papa ni tak habis-habis lagi!
            “Mengaku pun dia makhluk asing.” Perlahan aja Rose membalas. Tak nak Tiara jadi makin tertekan. Selalu Tiara yang menjadi mangsa keadaan. Betul kata orang, gajah bergaduh, semut yang mati.
“Aku sedar diri tak macam kau.” Selar Taufiq, sinis. Tiara terasa darahnya menyirap. Ya Allah, papa siapa ni yang poyo sangat ni? Papa siapa ni yang mulut pedas sangat ni?
            " Sudah! Korang dua ni kan...ini yang Tiara tak suka ni. Selalu tak bersepakat.Bertengkar aja. Cubalah jadi baik-baik sikit. Rara nak fly pun tak tenteram tau." Tiara bersuara. Pinggannya ditolak ke hadapan, dah tak lalu nak makan dah ni!
            "Because we don't like each other." Serentak Taufiq dan Rose menjawab. Masing-masing terkejut dengan respon yang serentak itu. Tiara sudah tarik muka hairan.
            "Eh, tu boleh pula cakap serentak!" Sindir Tiara.
            "Taufik suka tiru apa orang nak cakap." Rose membantah. Tak suka apabila dia cakap serentak dengan Taufiq sewel tu. Nanti dia pun jadi sewel.
            "Kau tu tiru aku." Pintas Taufiq, juga tidak bersetuju dengan Rose. Tiara sudah memicit pelipis matanya, sekejap lagi jangan terkejut kalau dia yang bertukar menjadi Hulk di sini.
            "Sudah! Rara kahwinkan juga baru tahu, asal jumpa gaduh, asal jumpa gaduh. Benci ah." Sentap Tiara geram. Dia bangkit dari kerusinya lalu dia bergegas ke luar. Jelas, mata-mata lain di dalam restoren itu sedang memerhatikan mereka. Buat malu je papa dengan aunty dia tu.


TAUFIQ memandang Rose dan Rose memandang Taufiq. Masing-masing terdiam dengan perlakuan Tiara itu. Selama ini tidak pernah lagi Tiara berperangai sedemikian. Rose menggigit bibirnya, Taufiq pula mengeluh kecil.
I’ll go after her...” Kata Taufiq tapi Rose cepat-cepat memaut lengannya. Rose menggelengkan kepalanya laju-laju. Taufiq mengeluh.
“Biar saya pergi pujuk dia. She needs a woman right now,Fiq” Kata Rose  lembut lalu bangkit membontoti Tiara. Taufiq mengangguk, diam seribu bahasa. Mungkin betul, dia agak keterlaluan tadi. Dan mungkin betul Tiara memerlukan kehadiran aunty dia tika ini.
 Namun mata masih sempat memandang ke arah Rose, apa dia panggil aku tadi? Fiq? Hish...macam sedap la pulak dengar! Eh no no Taufiq no! Uish...kalau dia jatuh tu...memang sedap aku bahan gelak!
“Cik Rose...saya curi ya chips awak ni...” Kata Taufiq sambil mengambil kepingan kentang dari pinggan Rose. Baik dia makan dari di biarkan terbazir. Pujuklah Rose si Tiara tu...memang dia makan pujuk rayu kau pun!
            Tak sampai dua minit pun, Rose kembali masuk ke dalam restore. Taufiq mengerutkan dahinya. Rose kembali duduk di tempatnya lalu memandang ke dalam pinggan. Aik, macam ada benda yang kurang aja...tadi chips penuh lagi.Kemudian, dia mengerling ke arah Taufiq. Sah mangkuk ni yang curi!
            “Mana Tiara?” Taufiq bertanyanya setelah dia pandang. Rose tarik senyum.
            “Dia dah okay, dia tengah jawab call Dan.” Selamba Rose menjawab. Taufiq makin berkerut dahinya? Dan who?
            “Dan mana ni?” Taufiq bertanya lanjut. Rose memandang Taufiq lagi sekali lalu memandang ke dalam pinggannya. Daging dipotong dan dia memasukkan kepingan kecil tadi ke dalam mulutnya. Darah Taufiq semakin menyirap apabila Rose buat tak tahu dengan persoalannya.
            “Rose...” Suara Taufiq turun seoktaf, makin garau dan menggerunkan. Rose masih juga buat tatau.
            “Tanya ajalah dia. Boyfriend dia bukan boyfriend saya.”
Senang aja Rose menjawab. Taufiq sudah mengetap giginya. Ish dia ni kan, aku cekik juga karang! Orang tanya bukan dia nak jawab elok-elok.
            “Dia tak nak beritahu...” Akui Taufiq. Rose tergelak perlahan sambil membuat muka kasihan ke arah  Taufiq.
            “Budak tu baik.” Sepatah Rose berkata, Taufiq mencebik. Dia tak nak tahu budak tu baik ke apa ke, dia nak tahu nama penuh, nombor I/C, nombor lesen, alamat rumah, nombor telefon, mak bapak budak tu siapa, belajar dekat mana...senang nak mandrem nanti!
            “Lagi?” Pandai pula Taufiq ni cakap baik-baik kalau dia nakkan sesuatu. Rose menarik muka toya. Kemudian, dia meletakkan pinggan garfunya ke dalam pinggan dan membuat gaya my-mouth-are-sealed. Taufiq merengus geram.
            Come on Rose! Fill me in! Who is this boy?” Desak Taufiq. Rose menggelengkan kepalanya laju-laju.
            No no no Taufiq. Saya tak akan beritahu awak.” Tegas Rose.
            Fine then!” Bentak Taufiq. Rose tersenyum pulas.
            Fine indeed!”Respon Rose, malas.
            “Ouh, lupa. Tiara cakap dia tunggu kat luar. Dia malas nak masuk.” Kata Rose lagi. Taufiq terus bangkit dari kerusinya lalu menjeling Rose tajam. Dia menyerahkan beberapa kepingan not kepada Rose lalu menyuruh Rose menguruskan pembayaran. Dia nak cakap sikit dengan Tiara, merajuk lagi ke?
            Taufiq berlalu keluar lalu melihat Tiara yang sedang tersenyum kecil sambil memandang skrin telefon. Tiara memandang papanya lalu tersenyum kecil. Taufiq melepaskan nafas lega, kalau dah tersenyum tu kiranya tak merajuk lah kan?
            “Papa...dah nak balik?” Tiara bertanya girang. Taufiq mengangguk kepalanya.Tiara memaut tangannya dan berjalan seiringan dengan Tiara.
            “Papa minta maaf tau. Tiara sure tak lapar?” Taufiq bertanya prihatin. Tiara menggeleng kepalanya.
            “Tak lapar.” Jawabnya sepatah. Kaki melangkah berhati-hati apabila menuruni bendul tangga kayu di restoren itu.
            “Iya? Nanti kita singgah mana-mana, beli aiskrim, nak?” Taufiq memberi cadangan. Tiara sudah memandangnya sambil tersenyum.
            “Nak!”
            "Tiara tunggu!" Tiara berpaling ke belakang apabila mendengar suara Rose memanggilnya lantang. Taufiq di sebelah sudah ternganga melihat Rose yang sedang berlari ke arah mereka itu. habis berkriuk krak kriuk krak papan kayu di deck restoren itu. Kalau tumit tinggi Rose tu tersangkut  di celah papan kayu tu, mesti baik punya!
            "Ya Allah, tolonglah sekali je, sekali aja bagi dia tersembam." Pinta Taufiq.Tiara  sudah menyiku perut papanya yang meminta yang bukan-bukan itu.Tengok! Dia mula balik dah perangai buruk dia tu! Kesian aunty Rose!
 Taufiq pula hanya tergelak kecil.
            "I may not be young Rara but I still got my packs on sweetie." Taufiq membalas. Mata tidak lepas memandang Rose yang berusaha berlari di celah-celah meja di ruangan luar restoren tersebut. Tiara sudahpun memuncungkan bibirnya.
             "Papa ni, tak elok tau minta benda tak baik. Kesian aunty, terkejar kemari sebab apa pun tatau." Tiara merungut kecil.
            "Dia tu meroyan tu, nak tunjuk hebat boleh lari dalam kasut lima inci dia tu." Sinis sekali Taufiq memerli.
            "Rara...kejap-kejap. Aunty lupa nak bagi present Rara tadi." Rose memecut selaju mungkin ketika menuruni tangga kayu tersebut. Tapi, entah mana silapnya, lagi dua langkah dia nak sampai di hadapan Rara dan Taufiq, dia terpeleot.
            "Hahaha, makbul doa aku!" Taufiq tergelak kuat melihat kejadian di hadapan matanya itu.
            "Aunty!" Tiara sudah menerpa ke arah Rose. Dia menarik Rose bangun dan Rose mengusap-usap pinggulnya yang terasa sengal itu.
"Uuuu sakit!" Adu Rose. Kasut di kaki kirinya ditanggalkan dan dia melihat sayu kasut tersebut. Patah tumit dah!
            "Rara, papa nak singgah surau kejap lagi, nak buat sujud syukur." Taufiq masih lagi tidak habis menggelakkan Rose. Rose sudah mencebik bibirnya. Kasut yang patah tadi dibaling ke arah Taufiq, geram.
            "Taufiq awak punya pasal la ni!" Rose berkata geram, pipinya dikembungkan. Matanya menikam tajam mata Taufiq yang masih bersinar-sinar itu. Kalau gelakkan orang  memang nombor satu!
            "Aku pula? Kau yang bodoh pergi lari dalam kasut rumah pangsa kau tu siapa suruh!" Taufiq membalas sedas. Rose terdiam. Dia memandang pula ke arah Tiara yang memegang lengannya itu.
            "Rara sakit...Taufiq jahat! Tak nak kawan dengan kau!" Taufiq sudah menarik  muka bolayannya.
            "Bila masa aku iktiraf kau kawan aku?"  Tiara pula sudah menggelengkan kepalanya. Sudah, dorang mula balik!
            "Rara...tengok dia!" Rose mula untuk menarik perhatian Tiara.
            "Rara dah puas tengok aku lah, hari-hari dia tengok." Balas Taufiq tanpa perasaan.
You guys sort this out! Papa, nak kunci kereta.” Tiara mengeraskan suaranya. Taufiq mengeluh kecil dan menyerahkan kunci kereta kepada Tiara. Tiara merampas kunci dari tangan papanya lalu cepat-cepat bergerak ke arah kereta papanya. Tinggallah Taufiq dan Rose. Taufiq menjeling Rose, dan Rose mencebik ke arah Taufiq.
“Taufiq, ni bagi dekat Tiara. Hadiah dia.” Rose mengeluarkan sebuah kotak kecil dari beg tangannya. Taufiq mengambil kotak tersebut.
“Lagi, ada apa-apa ke? Kalau tak ada aku gerak dulu.” Kata Taufiq senada. Rose sudah tersenyum kecil. Ada lagi satu benda...
            “Angkat...” Kata Rose perlahan. Taufiq sudah membulatkan matanya.
            “Hah? Apa dia?”  Dia bertanya meminta kepastian.
            “Angkat! Kasut aku patah, tak boleh jalan.” Tegas Rose lagi sekali.
            “Aku? Angkat kau? Nak kiamat dah ke?” Taufiq balas sinis.
            “Habis aku nak jalan macam mana??” Geram.
            “Kau kan manusia zaman Paleolitik, kain pun pakai tak cukup, takkanlah tak biasa berkaki ayam. Buat-buat segan pula kau ni Rose.”
            “Angkat sampai situ aja. Dekat kereta je. Depan tu jalan tar la...sakit kaki nanti.”
            “Ohoho...no thank you. Bubbye Rose.” Taufiq berlalu ke arah keretanya. Separuh jalan, Rose menjerit.
            “Aku akan beritahu details boyfriend Tiara!” Taufiq mematikan langkahnya. Dia berkalih ke belakang dan berpatah balik ke arah Rose. Rose dicempungnya dan dia merenung tajam makhluk paling dia anti itu.
            “Kalau kau tipu, nahas kau Rose.” Dia memberi amaran. Rose  menelan liur. Memang dah nahas pun ni.
            “Kau hantar aku masuk kereta dulu, baru aku beritahu...” Rose memeterai janjinya. Taufiq mengangguk. Ini semua sebab nak tahu rahsia terbesar si Tiara tu. Sampai hati, ada teman lelaki pun dia tak nak cerita dengan papa dia ni.
            “Kau ni nampak je kecik, berat nak mampus.” Taufiq merungut sambil berjalan. Rose berdiam sahaja, namun dalam hati sudah ditikam-tikam si Taufiq ni dengan tapak kasut dia yang patah tu.
            “Cepat buka pintu kereta kau!” Taufiq mengarah tegas. Tulang belakang dia ni pun dah rasa nak patah dua. Rose mencapai handle pintu keretanya. Dia tarik namun kereta tidak boleh dibuka.
            “Wei, kau tak unlock lagi la minah! Dah dah turun...berat nak mampus!” Rose terjerit kecil apabila Taufiq menurunkannya. Namun, dia cepat-cepat memijak kakinya yang tidak berkasut ke atas kaki Taufiq. Beg tangannya dibuka dan dia mengeluarkan kunci kereta.
            Taufiq sudah membeliakkan matanya. Selamba badak Rose letak kaki ke atas kakinya. Rose membuka pintu kereta lalu menerobos masuk secepat mungkin. Taufiq tergamam melihat kepantasan Rose itu. Kemudian, Rose mengunci pintu keretanya dari dalam. Semasa dia menghidupkan enjin, sempat lagi dia menjelirkan lidah ke arah Taufiq. Taufiq terkedu. Dia kembali ke keretanya lalu duduk diam di seat pemandu. Macam ada lupa sesuatu aja.
            Dia berfikir sejenak! Ya Allah! Aku angkat dia sampai ke kereta, sebab dia janji nak cerita pasal budak Dan tu, tapi dia tipu aku la ni? Dasar Rose layu! Siap kau nanti bila aku jumpa kau lain kali!
            Tiara pula sudah tersenyum lebar. Apa yang dia saksikan tadi telah menceriakan harinya. Tak pernah-pernah dua orang musuh ni buat scene macam tu tadi. Nak pula papa dia angkat aunty dia tadi ya? Kiranya...tak adalah tak berperikemanusiaan sangat papa dia ni terhadap aunty Rose tu ya? Hurm...aku ada potensi  nak dapat mommy baru lah ni kan? Hehehe.
           
           

Thursday, December 26, 2013

Jiran Rumah Abang : Bab 4





  K
IA mencelikkan matanya apabila Sarah yang sedang tidur disebelahnya mula merengek. Tangan menepuk-nepuk Sarah namun dia masih merengek. Jari telunjuk diletakkan pada bibir Sarah dan ternyata dia lapar sebenarnya. Dengan mata yang separuh terbuka, dengan rambut yang serabai mengalahkan sarang burung, Kia menggagahkan kakinya ke dapur untuk membancuh susu Sarah.  

            Jam di dinding dipandang sekilas sewaktu dia berjalan ke dapur, la, dah pukul 7.00 rupanya? Gumam Kia dalam hatinya. Dia ingatkan masih belum cerah di luar. Dalam rumah ni gelap aja.Night curtain diturunkan, sebab tu kelam semacam. Kejap-kejap lagilah bukak langsir, bagi Sarah susu dulu.
 
            Kaki melangkah ke dapur. Tangan dengan otomatik membancuh susu buat anak saudaranya itu. 5 ounce dah cukup agaknya. Air panas di dalam flask dituangkan sedikit sebelum dia meletakkan susu debu sebanyak tiga scoop.Kemudian air suam dicampur dan botol susu dikocak-kocak agar sebati. Susu dituang setitis ke atas tangannya.Mak, panasnya! Lalu cepat-cepat dia melalukan air paip pada botol susu tersebut. Sambil-sambil menunggu susu itu sejuk sedikit, matanya tertancap pada pintu rumah Ian.
 
            Elok saja dia pandang, Ian  membuka pintu dengan membawa briefcase. Kia terpana, uniform Ian diperhatikan. Tangan kirinya naik ke mata, lalu menggenyeh matanya beberapa kali. Ceh, taik mata! Kia cepat-cepat tunduk ke dalam sinki dan membasahkan mukanya. Ian membuka pintu gril dengan tekun. Kia kembali memandang ke arah Ian. 

            “Dik, nanti tolong jemur baju dalam washing machine tu.” Arah Kamal yang entah bila pulang itu. Kia terkejut dengan kemunculan abangnya itu terlepas botol susu Sarah ke dalam sinki. Dia memandang abangnya geram.

            “Abang ni! Kus semangat je tau.Bila masa balik pun adik tak sedar. Ingat hantu dah tadi.” Luahnya geram sambil memukul dada abangnya. Kamal membuat muka paling nakal sambil tersenyum sinis ke arah adiknya itu.

            “Mengelamun lagi lain kali. Abang sampai pukul 2 pagi tadi. Checked up on you and Sarah,dua-dua macam beruang kutub duduk berbungkus. Abang pun pergi tidur la kejap.”

            Sorry dik. Abang nampak adik usha anak teruna orang tu sampai tak ingat dunia, I was doing a fovour by dragging you back to earth.” Selamba Kamal memerli sinis adiknya. Botol susu di sinki itu dicapai dan Kia dibiarkan terlopong di situ. “ Dah, jemur baju tu.Abang dah start machine tadi.”  Biar abang pula bonding dengan Sarah tu.” Kia melihat bayang-bayang abangnya kecil besar kecil besar. Amboi, doing me a favour, my foot! Kacau daun betul! Rungut Kia.  

            Matanya kembali mengintai pintu rumah Ian sambil tangan rancak mengeluarkan baju dari mesin basuh. Mana Ian  ni? Cepatlah keluar... desisnya di dalam hati. Kalau tak salah , tadi dia nampak Ian pakai uniform macam abang Kamal dia. Rumusannya, Ian tu juruterbang? Tangannya naik ke kepala yang tidak gatal, kulit kepalanya digaru-garu. Baju putih abangnya diambil dan digantung pada hanger. Kemudian hanger di sangkut pada penyidai dalam bilik basuh tu. 

            “Awal basuh baju?” Suara garau yang menegurnya itu membuat dia berpaling ke arah rongga-rongga gril. Mata memandang Ian atas bawah, sah, pilot!Epaulette pada bahu kiri dan kanan Ian dikira, sama banyak dengan abang Kamal dia, four golden bars.

            The man of the house yang startkan mesin basuh tadi. I tolong sidai je.” Kia cuba menjawab dengan selamba, padahal hati sudah makin rancak berdup-dap-dup-dap.Eh kejap Kia, hati ke jantung dah yang dupdapdupdap?Kena tegur dengan Ian pagi-pagi terus buat dia lupa pasal Biologi!

            “Ayah Sarah dah balik?” Dia tanya lagi. Kia sekadar mengangguk. Mata masih memandang Ian, cara Kia tengok tu bukan setakat pandang dah, boleh jadi tembus dia tengok anak teruna orang tu. 

            Fly ke hari ni?” Kia bertanya, sambil tangan menggagau beberapa helai baju lagi dari perut mesin basuh.  Mata masih pada Ian yang sedang membelek jam tangannya. Kia...kau tenung dia macam tak pernah tengok jantan tau dak! Snap it out!Buat malu...Kemudian Ian memanggung kepala, kembali memandang Kia melalui rongga-rongga gril itu. Kia cepat-cepat melarikan matanya, nasib baik tak kantoi.

            Nope.Still training. I’m changing fleets. Okay la, I dah kena pergi ni, nanti bila-bila kita borak lagi. See ya!” Sejurus Ian beredar, Kia cepat-cepat melekapkan pipinya ke pintu gril tadi. Nak jugak intai ye anak teruna orang tu Cik Kiasatina? 

            Dia tersenyum melihat susuk tubuh  Ian yang menghilang ke lobi lif itu. Mak , cara dia carry uniform dia tu buat benda decent jadi indecent! Kenapalah seksi sangat mamat ni ha? Menduga hati anak dara orang ajalah! Hailorh!
 
            “Woi, baju siap dah jemur?” Kia cepat-cepat menarik kepalanya keluar dari rongga gril itu.
            “Huu, abang tolong! Kepala adik sangkut!” Rengek Kia setelah dia tidak dapat menarik keluar kepalanya itu. Kamal sudah bercekak pinggang dari muka pintu bilik basuh itu. Tangan kanan naik menongkat dagunya. Kepala digeleng-gelengkan, ni adik siapa ni yang biol sangat pepagi ni? Siapa suruh dia tolak kepala tu keluar dari rongga gril tu! Sewel punya budak.

            “Yang adik gatal pergi sua kepala keluar tu kenapa?”
            Kamal bertanya malas, dalam kepala dia masih berkira-kira bagaimana ingin menolong Kia tanpa membuat dia terasa sakit. Kalau tarik terus memang tak akan keluar, dia kena pusing kiri sikit...then patah balik ke kanan sikit...yup! That’s it!

            “Abang...get me out of this situation la dulu...baru lah kita borak. Cepatla...sakit ni.”  Kia merengek lagi sekali. Kalau tak pernah merasa situasi ni, memang payah nak tahu tahap kesakitan tu. Gril ni pun satu, masa nak keluarkan kepala bukan main senang, masa nak tarik masuk balik kemain susah! Bodoh la gril ni! Jerangkap samar betul!

            “Iya, Iya...abang tolong ni. Kejap abang  nak tuang minyak masak atas kepala kamu tu, kasi licin sikit.” Kamal masih sempat berjenaka. Kia sudah menghentak kakinya pada lantai. Kesan hentakan tersebut, bahagian atas kepalanya telah tergesel besi gril tersebut membuatkan dia meraung lagi sekali.

            “Haa...abang...cepat please. Janganlah buat lawak bodoh nak  tuang minyak tu.” Kia sudah merasa tubir matanya panas. Sumpah, sumpah lepas ni tak nak dah buat benda bodoh macam ni. Selepas ini, kalau nak mengusya, dia akan beli teleskop ke, binokular ke, letak dekat bilik basuh ni. Bila-bila masa dia nak hendap pun dia akan boleh menghendap dengan selamat. Ini tidak, kan kepala dia dah tersangkut ni! Bodoh betul kau ni Kia!

            Kamal menghampiri Kia lalu tangannya naik ke kepala si adik. Perlahan-lahan dia membuat seperti teorinya tadi dan...

            “...Haaa...lega. Thank you abang, thank you!” Kia berkata dengan gembira. Tangan Kamal dicapainya dan dikucup berkali-kali. Kamal sudah menarik muka nakalnya.

            Kiah terhenti dari meloncat dan memandang muka Kamal yang sedang tersenyum penuh makna itu. Kia mengerutkan dahi. Kamal sudah tergelak kecil.

            “Abang kenapa pandang adik macam tu?”
            Kia bertanya spontan. Kamal menggigit bibirnya dan menggelengkan kepala laju-laju.
            “Tak, abang jadi pelik kejap. Kau buat benda bodoh macam tu sebab nak usya anak teruna orang? Tak pernah lagi abang tengok adik jadi sebodoh tu.” 

            Lantas dengan itu Kamal cepat-cepat berlalu. Kia ditinggalkan termangu keseorangan. Otaknya sedang mencerna ayat abangnya, iyalah, otak dia lembab sikit pepagi ni, mandi pun tak lagi, memang proses mentafsirkan maklumat tu agak perlahan.

            Matanya terus membulat apabila dia sudah faham apa yang abang dia katakan tadi. Dia menjerit kecil.

            “Abang! Sampai hati kata adik bodoh!” Raung Kia dari bilik basuh. Dia sudah dapat mendengar getus ketawa Kamal yang berada di ruang tamu itu.

            “Wey, kalau adik tak bodoh, buka ajalah pintu rumah tu. Terus boleh nampak lif apa.” Kia menarik muncung bibirnya apabila mendengar balasan yang diberi oleh Kamal. A’ah kan? Kenapa aku tak terfikir ya? Buka pintu rumah aja mesti nampak susuk tubuh mantops itu. Ini tak, aku biol sensorang pergi sua kepala ni ke celah gril. Bodoh la kau ni Kia!

            Kia cepat-cepat menyidai baju yang terakhir dan bergegas ke pintu utama rumah abangnya itu. Kamal yang melihat keterujaan adiknya itu sekadar menggelengkan kepala.
            Kia mengintai ke arah lobi lif melalui peephole di pintu itu.

            “Wah, jelas lah abang. Next time, adik intai dari sini aja.”
            Kata Kia penuh harapan. Kemudian dia menyendeng di tepi abangnya yang sudah menukar siaran Astro itu. Ish, tak ada benda lain ke nak tengok? Asyik-asyik pasal engineering aja. Monster Truck la, Megastructure la...bosan la.

            “Abang...peephole tu kan, dia tak ada jual yang besar lagi ke? Baru puas adik nak tengok nanti.” Kia bertanya, melayan aja cerita entahapapa yang ditonton Kamal ketika itu. Kamal menjeling ke arah Kia sekilas lalu dia mendecitkan lidahnya.

            “Itu untuk intai orang mana yang datang rumah kita, bukan nak buat teropong siapa-siapa yang naik turun lif tu. Faham? Gatal ya adik abang ni. Nak intai anak teruna orang aja kerja dia. Abang lapor dekat mak baru dia tahu.”  Kia mencebikkan bibir apabila mendengar ugutan Kamal tu. Nak lapor dekat mak kunun? Mak tu pun jenis sekepala dengan Kia la abang, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? 

            “Eleh. Mak tu pun akan tumpang sekaki dengan adik tau kalau abang cakap kat dia. Mak tu lagilah pantang tengok spesies kacak-kacak ni. Ayah pun dia boleh lupakan sesaat dua.”

            Kia menjawab balik. Tiba-tiba kedengaran Sarah merengek kecil dari arah bilik Kia. Tadi selepas memberikan Sarah susu, dia sengaja tidak menutup pintu itu dengan rapat, kalau Sarah nangis senang nak dengar. Secara otomatik, Kia terus bangkit namun Kamal cepat-cepat menariknya duduk kembali. Kamal bangkit dan tersenyum pulas ke arah adiknya.



            Assalamualaikum Sarah...anak Dadda dah bangun? Ini kenapa nangis ni? Rindu dadda ye?” Sarah yang mendengar suara dadda dia terus menggenyeh mata. Hidungnya sudah merah dan dia cepat-cepat merangkak ke arah daddanya itu.
            Dadda!!! Dadda! Isyuuuu! Isyuuu Dadda! Uhuk...issyy...isyuuu.” Sarah berkata laju sambil mengangkat tangannya ke arah Kamal, meminta untuk didokong. Kamal melabuhkan punggung di birai katil lalu memeluk erat Sarah ke dalam pelukannya. Pipi gebu Sarah dikucup beberapa kali. Sarah memaut leher Kamal lalu melentokkan kepalanya di bahu daddanya.
            Kia yang melihat kemanjaan Sarah itu turut tersenyum. Matanya memandang wajah abangnya itu. Kamal juga memandang Kia tanpa lepas. Kia dapat baca renungan abangnya itu, renungan yang mengatakan bahawa dia rindu sangat-sangat akan anak dia ni. Rindu yang teramat.
            “ Adik prepare dia punya bubur ya bang? Lepas tu abang bagi dia makan, baru mandikan dia.” Kia berkata akhirnya. Kamal tersenyum sambil tangannya menepuk-nepuk belakang Sarah yang masih tidak puas memeluknya itu.Dadda’s girl ni!
            Thanks adik, you are an angel.  Luah Kamal terharu. Sungguh, kalau Kia tak ada, entah macam manalah dia nak urushkan si Sarah ni. Nasib baik adik dia ni mesra bayi, kalau tidak...boleh jadi masalah juga.
            And you are my hero too, abang! Dah, adik pergi buatkan dia bubur.” Sejurus itu, Kia berlalu ke arah dapur, meninggalkan Sarah untuk bermanja puas-puas dengan Daddanya.


            ADIK nak keluar ke?” Kamal bertanya kepada Kia yang sedang mengikat rambutnya di hadapan cermin itu. Kia memandang abangnya dari dalam cermin dan mengangguk laju-laju. Rasanya, abang dia dah ada, dia bolehlah pergi potong rambut sekejap.
            “Adik nak pergi buat rambut kejap bang. Abang okay kan? Kalau tak, tak apa. Sarah boleh pergi salun lain hari.” Sarah berkalih ke belakang, melihat abangnya. Kamal menggelengkan kepalanya dan mencarikkan senyuman yang manis.
            “Eh no no no! By all means, go. Abang saja ja tanya. Ni, kalau adik pergi mall,  adik carikan dresses cantik-cantik untuk Sarah. Baju dia abang tengok macam dah nak kecil dah, macam tak muat dah.” Kamal berkata kepada Kia. Sarah di dalam dokongan Kamal sudah mendongak memandang ayahnya itu. Kamal mengucup manja hidung kecil si Sarah membuatkan Sarah ketawa terkekek-kekek.
            “Macam tahu je Dadda tengah cakap pasal awak. Pandai Sarah ni.” Gumam Kamal sambil mengucup dahi Sarah. Kia mencalitkan pelembap bibir lalu bergerak ke arah abangnya dan si comel Sarah itu.
            “Eee...Sarah Tia ni dah bambam, makin geram Tia dengan awak ni. Nanti Tia cari dresses, jumpers, trousers, T-shirt  yang comel-comel ya?” Setelah itu dia memandang pula abangnya.
            “Abang, nak duit!” Selamba badak dia meminta dari abangnya. Kamal mengetuk kepala Sarah sambil mengerutkan hidungnya.
            Wallet  abang dalam drawer dressing table tu...take la a few hundreds with you. Adik nak beli baju adik pun belilah. Upah adik jaga Sarah.”  Kamal berkata dengan lembut. Takkanlah dengan adik sendiri pun nak berkira, namun Kia sudah mengerutkan dahinya. Tangan Kamal ditampar halus.
            “Nak upah apanya, Sarah kan darah daging adik juga, Kia tak nak kalau abang nak upah-upah adik ni. Adik ikhlas jaga Sarah.” Kia sudah mula nak berkecil hati dengan Kamal. Selama ini dia ikhlas menjaga Sarah, tak minta pun abang dia bayar gaji ke apa, Kamal memang ada hulur duit selama ini, namun duit tu dia guna untuk Sarah juga, beli barangan dapur, kadang-kadang aja dia guna sikit untuk dirinya.
            Mak pesan pergi rumah abang, curahkan kasih sayang banyak-banyak untuk cucu dia tu, dan apa yang dia buat adalah itu. Dia jaga Sarah macam Sarah tu adik dia sendiri.
            Kamal pula apabila melihat Kia sudah menarik muncung cepat-cepat menjentik dahi adiknya itu. Kia menggosok tempat yang Kamal jentik tadi lalu merungut kecil. Sarah sudah tergelak melihat dahi Tianya yang merah itu.
            “Tia....hikhik!” Itu sahaja yang dikeluarkan oleh Sarah.
            “Okay...abang tak upah. Tapi consider it as my treat. Kira macam abang belanja adiklah. Boleh macam tu?” Kamal mengalah akhirnya. Kia lambat-lambat menarik senyumnya. Dia memeluk abangnya, lantas menghimpit Sarah ditengah-tengah. Kamal menepuk-nepuk kepala Kia dengan tangan yang tidak menampung Sarah.
            “Itu barulah betul! Okay, Kia pergi ambil duit abang ya.” Kia berkata dengan ceria lantas pergi mendapatkan ka-ching ka-ching dari wallet abangnya. Duit yang diambil disisipkan ke dalam dompetnya dan dia berlalu ke pintu.
            “Apa-apa nanti abang telefon tau. Kalau nak suruh adik belikan apa-apa lagi.” Pesan Kia sebelum keluar. Kamal mengangguk.
            You have fun, okay! Jangan tak balik-balik pula. Bawa kereta tu elok-elok.” Pesan Kamal. Kia mengangguk laju-laju. Dia menyarung Hush Puppiesnya ke kaki dan tergedek-gedek dia berlari ke arah lif.
            “Tatai Tia! Lebiu!”  Kia yang sedang menunggu lif itu memandang ke arah Sarah yang sedang melambai ke arahnya itu. Dia melambai balik. Kamal sudah tersenyum memandang Sarah.
            Bye sayang! Love you too! Balas Kia balik. Kaki sudah melangkah ke arah lif yang sudah terbuka itu. Sebelum pintu lif tertutup, dia sempat mendengar Sarah yang merengek kepada daddanya. Nak ikut jugalah tu. Haih Sarah, Sarah. Manja macam tu, siapalah yang tak jatuh hati dengan engkau? Dahlah senang nak jaga, tak banyak songeh. Kia, kalau dia dah ada anak nanti, dia harap sangat anak dia akan berperangai macam Sarah...baik, easy baby, dan senang nak jaga.Eheh, Kiasatina sayang...kau calon pun tak ada lagi...dah fikir ada anak?
            Err...correct that. Calon dah ada...tapi masih usya dari jauh. Kalau dia kahwin dengan Ian...agaknya anak dia nanti secomel Sarah tak? Kia cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Ya Allah, melalut sampai ke situ dia berfikir. Tangan sudah menekap pipi, panas! Sah dah merah pipi ni. Nasib baik dalam lif ni dia sorang aja.
           

            SETIBANYA  di tempat parkir kereta, dia terus mengetuk dahi. Mata memandang sepi keretanya yang diparkir di belakang kereta Kamal itu. Dahinya diketuk beberapa kali.
            “Alahai Kiasatina sayang! Kau kenapa lupa yang kau parking kereta dekat belakang! Kan dah kena naik balik, ambil kunci kereta abang, lepastu naik balik hantar kunci, lepastu turun balik, baru boleh keluar! Haila...” Kia merungut kepada dirinya sendiri.

            Or...you can just come with me, sweetheart?” Kia terangkat sedikit bahunya apabila mendengar suara garau berpelat Inggeris itu menegur dari belakang. Kia memandang ke belakang dan tersenyum lebar apabila melihat Kris yang sudah berdiri sambil memeluk dadanya. Mata Kia memandang Kris atas bawah. T shirt tanpa kolar berwarna putih kebiruan memeluk tubuhnya yang taf itu, beg sandang di silangkan pada bahu, seluar khakhi berwarna beige dan juga jari telunjuknya yang sedang memusing-musing kunci kereta itu. 

            Kris sudah memberikan Kia double jerk berkali-kali. Kia bercekak pinggang, berfikir sejenak.
            “Jom, ikut saya?” Ajak Kris lagi sekali. Kia mengelipkan matanya berkali-kali. Dia nak naik atas, minta kunci kereta dengan Kamal, turun balik, alih kereta, lepastu naik atas balik hantar kunci, turun balik baru boleh gerak atau dia ikut sahaja si Kristoffer yang comel ni? Hurm...Kia...Kia...such a temptation, such a hard decision.Patut kah dia terima pelawaan Kris itu?
            

 P/S : Kia ikut Kris ke tak ni ?