‘ting tong!’
Loceng ditekan berkali-kali, masih tiada siapa yang membuka pintu.
‘Ting tong!’
“WOY!! Daye, bukak pintu ni!”
Abang long Daye dah mengetuk-ngetuk pintu rumah banglo tersebut.
Alahai, takleh nak pikir ke? Kalau loceng yang berbunyi kuat dan nyaring tu pun Daye tak dengar, sahkan pekikan dan lolongan dia. Memanglah tingtong abang long Daye ni!.
“Ayah, kenapa tak call aje Ayah ngah? Dia mesti tengah syok tidur masa ni, ni kan dah pukul 2 pagi!”
Eizlan Rafael memandang anak lelakinya itu terkebil-kebil.
Tiada sepatah kata pun sempat keluar dari mulutnya.
“Ayah!! Call ajelah Ayah Ngah tu, mama dah nak bersalin tu! Ayah pulak boleh duk kelip-kelip kat sini!”
Anak keduanya pula bersuara. Pasangan kembar tak berapa nak siam ni memang teramat bijak.
Umur baru 2 tahun. Cakap pun tak pelat, manalah belajar mereka ni, pandai menutur ayat yang kompleks ini.
Inilah bayi zaman millenium. Semua belajar dalam televisyen.
“ABANG!! Kalau saya terberanak dalam kereta, pandai-pandai abang sambut!”
Eiz terus mengeluarkan telefonnya dari dalam kocek....eih? Kejap! Dia mana pakai seluar! Dia hanya memandang sepi kain pelikat yang terikat pada tubuhnya itu.
“OH MY GAWD! Baby...pinjam enpon, darling tertinggal lah Blackberry Bold darling kat rumah.”
Eizlan menghampiri bininya yang dah merah menahan sakit dan marah itu. Nafas Natassya pun dah tercungap-cungap, si Eiz ni boleh lagi pegi minta enpon ngan dia?
“YOU ARE SO GETTING A THAI SLAP FROM ME EIZLAN!”
Kata Natassya sambil mengetap-ngetap giginya. Eiz dah membuka pintu kereta di sebelah isterinya.
“Releks lah sayang, baby kita acah aja tu, you kan due lagi 2 minggu.”
Natassya mencekak kolar baju Eizlan itu. Eizlan tercungap-cungap mengambil nafasnya.
Tulah, kacau lagi bini kau yang dah mati-mati nak beranak tu! Acah kepala hotak kau!
“PASTIKAN YANG ADIK KAU TU BUKAK PINTU SEBELUM AKU LEMPAR KAU DALAM KOLAM IKAN TU!”
Eizlan menelan liurnya. Wow! Garangnya Natassya ni. Kalah harimau nak beranak!
“Upin, tererlah mama kita, boleh dia cekik ayah macam tu?”
“Betul,betul, betul, Ipin. Nampak sangat ayah kita ni lembik! Wahahaah!”
Si kembar yang perasan jadi Upin dan Ipin itu bergelak tawa.kan dah kata, TV menjadi pengaruh besar kanak-kanak sekarang. Ibu bapa, awasilah apa yang anak-anak anda tonton yea!
“Ayah!!! Cepatlah! Kami tak sampai nak tekan loceng ni!”
***
“Urgh!! Hantu mak limah mana yang sibuk duk tekan loceng tu?”
Daye menyelak sedikit cadarnya. Kacau mood betullah, baru aje nak makan Jazz !
“Baby, janganlah sebut hantu-hantu...Jazz takutlah...”
Jazz mengadu manja. Daye melangkah turun dari katil.
“Dear, ensure bila saya datang balik nanti, you are still in that position! Kalau tak, I makan you habis-habis!”
Jazz mencebik. Daye membetulkan seluar pendeknya sebelum melangkah keluar dari bilik.
“Ha! Jangan gerak seinci pun!”
Masih lagi sempat si Daye ni nak mengeluarkan arahan mandatori. Jazz hanya mengeluh.
“Ngek betullah Daye ni! Jap-jap...kalau aku gerakkan yang ni...bukan dia tahu pun kan? Hahaha...”
Jazz meneruskan misinya.
***
“Ya...Ya...kejaplah!”
Daye terus membuka pintu rumah tersebut.
“WAAAGGHH!!”
Jazz menjerit apabila melihatkan dua orang kanak-kanak lelaki di hadapannya dengan muka mengharap.
“Daye, kau jagakan mereka sehari dua ye. Tassya nak bersalin, aku kena tunggu dia kat hospital! Ok, thanks!”
Daye terkelu. Abang long dia tadi cakap kalah Eminem apabila rap! Eminem rap ke? Lantak lah...tapi memang laju, kalau bawak kereta tu dalam 240 km sejam kot kelajuan dia ni.
Daye hanya menarik muka masam apabila melihat kereta abang longnya yang hilang dari pandangan.
Kemudian, matanya tertancap pada dua orang kanak-kanak tadi yang membuat tanda peace.
“Ayah Ngah! Kita jumpa lagi! Wahahahaaha....”
Daye rasa nak pengsan apabila mendengar suara dua orang budak itu. Seramnya!!!
Daye cepat –cepat menutup pintu dan terus berlari ke dalam biliknya.
‘GANG!’
Pintu bilik ditutup kemas. Dia menyandarkan tubuhnya di belakang pintu. Jazz memandangnya pelik. Nafasnya ditarik dalam-dalam.
“Kenapa ni baby? Hantu betul ke?”
Jazz bertanya selamba. Laju, Daye menggelengkan kepala.
“Bukan hantu, tapi my worst nightmare...”
Daye menghampiri Jazz yang masih berada di atas katil itu.
“Apa? Siapa?”
Jazz masih lagi bertanya. Daye hanya menggelengkan kepalanya.
“Baby...cakaplah! Siapa?”
Jazz masih lagi memujuk Daye untuk memberitahunya. Daye masih lagi diam, mukanya pucat.
“Dahlah...tak da pape! Jom kita sambung...EYP! Darling you tukar posisi ek? Nak kena babap ni!”
Jazz menarik muka kasihannya kepada Daye. Daye tersengih.
“Alaa...you ni sukaaaaaaa....buli I tau! Mencilah!”
Rungut jazz dengan mulut yang bermuncung panjang.
“Alala...kalau tak pandai main, cakaplah! Again darling, check mate! Wahahaaha...I won!”
Daye bersorak kegirangan, dia sudah lupakan kehadiran anak-anak saudaranya di rumahnya itu.
Adake orang yang main chess atas katil pukul dua pagi?
Aisehman, kalau dah tak mengantuk tu, memang adalah, Jazz dan Daye ni lah antara orangnya!
‘PRAAKK’
Jazz menghalakan pandangannya ke arah pintu yang dibuka dari luar.
Dua orang kembar tadi memasuki bilik, mereka mempamerkan muka yang paling comel.
“Ayah Ngah! Mak Ngah, Kami nak tidur sini!!”
Mereka berkata-kata...Jazz sudah membulatkan matanya. Bukan bulat sahaja, tetapi dah bersinar-sinar.
“Comelnya mereka ni, alahai...come dekat Mak Ngah sayang! Alalala...tomey-tomeynye anak sedara Mak Ngah ni.”
Daye dah ternganga apabila Jazz cakap mereka itu comel.
“Mereka ni tak comel! Mereka mini monsters!”
Daye berkata-kata sambil memeluk Jazz, tidak mengizinkan Jazz menghampiri mereka itu.
“Daye, stop being childish...”
Kata Jazz tegas sambil melurutkan tangan Daye dari pinggangnya. Jazz segera menghampiri kembar yang perasan Upin dan Ipin itu lalu memeluk mereka.
“Nama sape ni?”
Tanya Jazz, ini baru pertama kali dia bertemu dengan kembar ini.
“Saya Upin!”
“Saya Ipin!”
“Kami ni kembar!”
Jazz sudah tergelak mendengar telatah budak-budak itu.Comel sangat!
“Joshua! Alec! Go to your room! Ayah Ngah nak Tidur!”
Daye menengking mereka. Kembar tersebut menarik muka, seakan-akan ingin menangis.
Sejenak kemudian...
“Hwaaaaaaaaaaaa....”
Bilik itu menjadi gamat dengan tangisan mereka.
“Daye! Mereka ni budak lagi! Takpe sayang, mari tidur dengan Mak Ngah! Come, tak payah layan Ayah Ngah awak tu!”
Jazz berkata sinis kepada Daye sambil menenangkan Joshua dan Alec itu.
Daye dah merengus geram.
Apabila jazz memeluk kembar tersebut, sembat lagi Joshua dan Alec memberikan tanda thumbs down sambil menjelirkan lidah kepada Ayah Ngah nya.
Daye dah membesarkan mata, nak tunjuk muka garanglah tu.
Daye hanya mengesot ke kiri apabila muatan katil king sizenya bertambah lagi dua orang.
“Mak Ngah, Josh nak tidur kat tengah!”
Joshua berkata-kata dengan mata yang kuyu.
“No way! Saya tak akan benarkan!”
Daye berbisik keras di telinga Jazz. Jazz hanya mengangguk.
Dia tahu yang Daye ni anti kanak-kanak.
Takut juga dia nanti apabila dia tersedar tengok budak ni dah selamat mendarat atas lantai. Daye ni bukan ada simpati dengan kanak-kanak!
“Cannot Joshua, Mak Ngah tak boleh lena kalau tak tidur tapi Ayah Ngah.”
Jawab Jazz selamba. Jazz mengucup dahi Joshua, dan juga Alec. Alec, sejak disuakan botol susu tadi sudah terlena.
“Hey, orang belakang you ni tak mau kasi satu ke?”
Jazz terus berpaling ke arah Daye yang mempamerkan muka geram dan dengki itu.
“Nak jugak ke?”
Jazz masih boleh bertanya? Daye tu dah sorong-sorongkan dah pipi dia ke arah Jazz.
Dari tadi duk berlagak macam kucing Parsi, dia gesel-geselkan wajahnya ke pipi Jazz yang mulus itu. Ah, dah sebijik macam kucing!
“Baby, Jazz gelilah. Your misai dan janggut yang nak tumbuh tu tajam tau!”
Jazz menolak lembut muka Daye. Daye tersenyum miang.
“Goodnight...”
‘chup’
Sebuah kucupan manis hinggap pada bibir Daye. Daye dah tersenyum kepuasan.
Matanya memandang dengan penuh kebanggaan apabila dia melihat Joshua memerhatikan apa yang dibuat Jazz tadi.
‘Amek kau budak! Aku lagi advance Jazz bagi, kat lips tuu...kau apa dapat? A common kiss on the forehead! Blueek!’
Daye mengutuk Joshua dalam hatinya.
Joshua melepaskan botol susunya dan menepuk-nepuk bahu Jazz supaya berpaling menghadapnya.
Jazz berpaling.
‘Chup!’
Jazz terpana. Joshua tersengih bangga ke arah Daye.
“Goodnight Mak Ngah! Love you!”
Kata Joshua sambil membaringkan kepalanya di sebelah Jazz. Jazz tersenyum, kanak-kanak...apa yang dia paham?
“Nyte-nyte Joshua.”
Kata Jazz sambil menguap.
Baru sahaja dia lelapkan mata, ada dua pasang tangan dan kaki memeluknya.
Satu kaki yang besar dan panjang dan berbulu, satu lagi yang kecil dan berkulit halus.
Dirinya juga dilingkari dua pasang tangan.
Tangan Joshua betul-betul diatas dadanya, tangan Daye pula tepat pada perutnya.
Daye yang perasan tangan halus Joshua berada di atas dada Jazz, terus menjentiknya.
Tangan Joshua terjatuh.
Jazz hanya menggelengkan kepala apabila tempat tangan Joshua tadi di ambil alih oleh tangan Daye.
Semput lah dia nak nafas ni, berapa tan entah tangan Daye tu!
Haila...panjangkanlah umur Jazz ini tuhan!
******
Korang!! Salah taip...mereka ni Ayah Cu ngan Ucu sebenarnya. Aku malas nak adjust dah!
best2....klaka la daye ni..ngan budak2 pon nk gado..hahahah
ReplyDeleteAlahaii daye
ReplyDeletesama anak kecil je takuT
kahkahkahkah
nak lgi;)
Hahaa..apalah Daye. Dgn budak2 pun nak jeles ke?
ReplyDeleteHAHAHAHAH.
ReplyDeleteini lawak okeh.
sweettttttttttt bangat
ReplyDeletegila kentang daye ni..ngn bdk2 pun nk dengki..
ReplyDeletebest2...xpuas bce..lawak smpai guling2 bce..hehe...cpt smbg lg ye..
ReplyDeletehahahahha....kelakarlah daye tuh.. mcm budak2
ReplyDeletetwins yg comel~~ haha..
ReplyDeletejap~ jazz n daye da berbaik ker? hehehehehe
ReplyDeletelawak tolla daye ni,
prgai x cam 35 taub lgsg...
hak3
haha999999
ReplyDeleteawin skt prot glak sakan ni..
mang bez n klkr la cite ni..
DAYE..ngn bdk pon nk jlez ke..
soooooo cute kmbar 2..
*btw..new bcground n headr
NICE..
I LIKE IT
lg2 header 2..so sweet
muahahahahahaha!!!! daye... u are sooo childish!!!!!
ReplyDeletecomel je tgk dorg ni!!!
liyana!!mekaseh!!
ReplyDeleteKorang yg komen ni pun...aku suka korang heppy!! N yes, mereka dah berbaik tapi part nk 'bersama' tu...tak lagi la yea! Tgk Daye ni pun dah tau, dia still x qualified jadi papa!
hehe. upin ipin? argh!
ReplyDeleteingtkan main pe la pg2..hehe
ReplyDeleteacik: hahaha...jgn jeluz!!hahaha...
ReplyDeleteCs Zura: Ehem! main ape yek? sis?? haha, sis ingat apa tadi?
hahah..lawk la...upin ipin...
ReplyDeleteadessss... lawakkkk.. hahahaha.. u make my day laa... nak lagiiii~
ReplyDeletebest2..lawak btol..
ReplyDeletebest sgt sgt...lucu betullh si daye
ReplyDeleteni dgn ank buah pun nk jeles. mcm ni
macamana nk jadi bapa...cpt sambung
hahaha... lawak laa Daye tu.. ngan bdak2 tu pun dia nk jeles.. hahaha...
ReplyDeletekomen..komen..
ReplyDeletebest..cpat2 sambg...
daye2..cmne nk sebut ek nme ni???haha
sebutan dia Deyyy...haha
ReplyDeleteasyukk!
ReplyDeletewahh ! citer best
comelnye lah prangai daye tuh..
ngan bebudak pon jeles..
alololo
sweet gilak !
haha