Thursday, February 24, 2011

Mr. Perfectionist 3




“Zeke, adik kau nak kahwin!”


Burrr. Tersembur air kopi kapal api yang dihirup Zikhreyl Fahrain itu. Matanya memandang tepat ke wajah ibunya.


Datin Delailah mengelap wajahnya yang basah menggunakan tisu cap premier yang sudah tersedia di meja makan itu.


“Kamu ni! Mama lesing kan, mahu? Asyik tersembur air aja kerjanya, kamu dalam kokpit tu pun tersembur macam ni jugak ke kalau stewardess datang hidang air?”


Zeke hanya menarik senyuman yang paling manis buat mamanya. 


Sehelai lagi tisu diambil dan dia turut mengelap wajah mamanya.


“Dah, dah...tak apa, dah bersih dah muka mama ni. Now, dengar baik-baik. Kamu jangan berani nak terbang kat awan biru tu hari Khamis ni. Adik kau tu nak kahwin! Faham!”


Zeke hanya mengangguk. Huu, Aura pengetua pencen mamanya ni masih ada. Tak boleh nak bantah!


“Mama, mama konfem ke si Jazz tu kahwin nanti? Jangan-jangan dia boleh tidur lagi masa akad nikah tu, macam lah mama tak kenal si pemalas nombor 1 tu!”

Kepala Zeke diluku dari belakang.


“Sedapnya mengata orang, Zeke...mulut kau tu sama aja dengan mulut anak uncle Shanaz Davis tu! Baguslah, dia senior kau kan masa kat sekolah dulu? Sesuaaaaii sangat! Memang budak all boys skool ni mulut longkang!”

Jazz membalas balik kata abang-abangnya. 

Si Zeke ni pun sama, umur dah 32, bini tak pandai-pandai nak cari! 

Asyik lepak ngan stewardess aje yang dia pandai! Gumam Jazz dalam hatinya. 

Memang tak pernah nak sebulu Jazz dengan Zeke ni!


“Sedap kau mengata aku, Jazz...kau tu pun sama aja. Macamlah bagus sangat masuk sekolah perempuan saja, perangai tetap tak ubah. Pemalas! Sesuai la kau kena kahwin dengan Daye tu, baru lah kau tahu nak jaga rumah elok-elok, nama lagi dapat laki yang perfectionist, padan muka kau, baru kau tahu nak buat kerja rumah. Ni tak, aku aja yang kena buat semuanya dulu, nak harap kau tolong mama? Hmmphh...sampai kiamat pun kau duk bergumpal atas katil tu!”


Jazz mengibas-ngibas mukanya. 

Panas,panas! Dia panas dengan kata-kata abangnya yang betul-betul tepat kena atas mukanya sendiri. 

Memang betul dia ni pemalas, tapi bukan tahap kronik sangat, kalau dah datang mood rajin dia tu, satu rumah dia bersihkan. 

Tapi, nak tunggu ada mood tu, once in a blue moon la!


“Kau senyap la, memekik aja dari tadi! Serabut tau! And, Zeke... muka aku ni memang dah padan, tak ada senget benget macam muka kau yang perasan hensem ni!”


Datin Delailah hanya memerhatikan gelagat anjing dan kucing di hadapannya ini. 


Akhir sekali, dia bangun dan masuk ke dalam biliknya. Tak tahan dengan anak-anak nya itu.


Zeke dan Jazz hanya memerhatikan mamanya yang berlalu ke bilik itu.


Jazz memandang Zeke.


“tengok! Kau yang mulakan, kau dah buat mama menyampah!”


Jasmeyn Lamia menuding jari ke arah abangya. Zeke hanya memandang tepat ke wajah adiknya.


“Apa pulak aku? Kau lah! Asyik nak lawan aja kerjanya...”


Dan mereka sambung bertekak. Haila...peningnya kalau jadi ibu bapa mereka ni.



***



Hari yang tak ditunggu-tunggunya sudah pun tiba. 

Daye menyarungkan sepasang baju Melayu cekak musang berkain satin putih ke badannya yang sasa itu.


Butang baju melayu dipasang. Kain samping berwarna silver itu dipakainya. Hugo Element disembur ke badan. Wah, harum semerbak bilik ini.


Wajahnya ditilik sekilas ke dalam cermin. Songkok dipakainya. 


Tiba-tiba, matanya tertancap pada bibirnya yang berwarna merah itu...oh no.

Langkah kakinya di atur ke arah bilik mommynya.


“My...my...bukaklah pintu...”


Daye mengetuk pintu bilik papa dan mommynya. 


Tak ada sahutan. Tombol dipulas...oops, tak berkunci. 
 
Masuk ajelah. Getus Daye dalam hati.


“Urgh!! Mommy dan papa ni sempat lagi nak buat scene! Please la, get yourself a room!”


Daye terus memejamkan matanya apabila melihat papanya sedang mencium mommynya. Pasangan tersebut tersentak.


Mereka berdua memandang ke arah Daye dengan rasa tak puas hati.


“Hey, Daye yang ceroboh bilik ni, kami dah ada kat tempat yang betul!”


Tegas, Dato’ Shanaz berkata-kata. Datin Maznyda dipeluknya erat.


“Oh, Sorry...Daye lupa, sambung baliklah ye, mommy, Daye pinjam lip balm mommy yea, bibir Daye pecah ni...berdarah.”


Daye terus mengambil apa yang dia perlukan tadi dan terus berambus dari bilik tersebut. 

Tak sanggup nak tengok ibu bapa sendiri beromantika!


“Daye, dah siap nanti ketuk pintu bilik ni tau!”


Kata Dato’ Shanaz sebelum Daye menutup pintu kamar mereka.


Daye kembali ke biliknya. Lip balm tadi dioles pada bibirnya, dan diketap.


“Okay, all wet and perfect! Dah tak kering, hmm...apa lagi yea...ni hari aku kahwin, biarlah aku nak lari kejap lagi, tapi still, 1st impression tu kena ada!”


Kata Daye bersendirian. Dia menghenyakkan punggungnya ke atas katil.


“Kuku you tu dah polish ke?”


Daye terus berpaling ke arah wajah wanita tersebut.


‘Damn, macam mana dia boleh ada kat sini?’

Getus hati Daye.


Wanita berbaju kebaya moden kain lace berwarna putih silver itu keluar dari tandas bilik Daye. 

Daye terpaku melihat kejelitaan wanita tersebut.


Dengan selamba wanita itu memasang veilnya, di hadapan cermin bilik Daye ini.


Dia memerhatikan wajah Daye yang tak berkelip-kelip memandangnya dari cermin itu.


“Hey, Mr perfectionist, do I look perfect?”

Dengan muka toya Jazz bertanya kepada Daye. Daye masih blurr.


“Hey you! Daiyan Rafael, tok kadi dah tunggu awak kat bawah tu... kami tukar tempat akad nikah last minit, sebab your mommy takut awak lari... hahaha...dah, shuushuu...mak andam nak masuk dan tashap muka I yang cun ni! I pinjam bilik you yang ‘perfect’ ni yea...Bye...sayang!”


Jazz menarik tangan Daye dan menghambatnya keluar dari bilik tersebut. 


Dia dah agak yang Daye ni nak larikan diri, sebab itulah dia suruh mamanya call mommy Daye dan ubah tempat untuk akad nikah. 


Nasib baiklah semuanya berjalan lancar.


Mujurlah jarak rumah mereka hanya selang 5 buah rumah, mujurlah papanya tak jadi nak buat majlis kat rumah kampungnya di Cameron Highlands itu. Niaya nak punggah semua tetamu nanti!


Pintu bilik Daye itu dibuka. Zeke berjalan sambil tersengih-sengih ke arah adiknya.


“Apa kau sengih-sengih? Mak andam mana?”


Tanya Jazz tegas. Zeke dengan selambanya menjungkitkan bahunya.

“Cantik kau deq! Ni, aku nak kasi hadiah kau in advance! Sejahat-jahat aku, aku sayang jugak kat kau!”


Jazz terus merembat sampul surat yang dihulurkan Zeke itu. 

Dengan rakus, Jazz mengoyak sampul tersebut. Sampahnya dibuang aja ke lantai, biarlah bakul sampah ada kat hujung bilik itu pun.


Mata Jazz bersinar apabila melihat hadiah dari Zeke itu. Zeke dipeluknya erat.


“Aku sayang kau abang! Weehoo, dua tiket ke...wait! Tak guna kau! Tiket night life Safari ke Zoo Negara?Tak guna!”


Jazz sudah mencabut stilettonya dan ingin melemparkan kepada abangnya. Namun,

“Nok! Ni apakes kau main campak kasut ni ha? Meh sini, aku nak mekap kau! Eih, kasarnya kau ni, jangan kau buat laki kau tu pengsan malam ni sudah ye...”

Mujur mak andam tu masuk tepat pada waktunya. Kalau tak, terpaksalah si Zeke ni terbang ke LAX hari Ahad ni dengan wajah yang lebam-lebam. 

Zeke pula, setelah diselamatkan oleh mak andam terus mencicit keluar dari bilik tersebut! Ngeri betul ada adik perangai macam Jazz tu!



***



Daye sudah duduk berhadapan dengan tok kadi. 



Mengantuknya dia dengar ‘taklimat’ dari pak cik ni. Nak lari pun dah tak boleh. 


Harunya, baru aja atur plan nak lari tadi!

Si Qrane ni pulak sibuk betul ambik gambar aku! Cett, kawan tak guna! Aku rasa dia yang dah yang bocorkan rahsia yang aku nak lari ni!

Getus Daye dalam hati. 

Tiba-tiba, dia memerhatikan wali Jazz.

Kenapa uncle Bahrain ni duk garu-garu hidung? Jangan kata dia nak...

“AAHHCUUMM! Alhamdulillah, excuse me!”

Daye hanya memerhatikan uncle Bahrain yang selamba badak bersin ke dalam tangannya tadi. Daye dah runsing, kuman, kuman dan kumaaaaan!!

“Datuk Bahrain, nak walikan sendiri ke nak wakilkan saya?”

Kadi itu bertanya kepada Datuk Bahrain.

‘please wakil.please wakil....’

Daye berharap dalam hatinya. Tak sanggup dia nak bersalam dengan tangan Datuk Bahrain itu.

“Saya nak buat sendiri.”


Paap. Daye rasa seperti ditampar. Dahlah dia tak ingat nak bawa sanitizer bersama tadi. Haru...

Namun, dia terpaksa akur sahaja.


“Ahmad Daiyan Rafael Davis, aku nikahkan engkau...”


Daye hanya memerhatikan tangannya yang digenggam erat oleh ayahnya Jazz, Datuk Bahrain itu.


Sentakan pada tangannya dan saksi-saksi yang cakap sah itu telah menyedarkannya. Daye terkeliru.


‘Bila masa aku lafaz akad tadi? Aku tak sedar pun?’

Getus Daye dalam diam. 


Sungguh, dia tak sedar dirinya melafazkan ijab kabul tadi. Nak sedar macam mana, dia tenung tangan bapa mertuanya itu sampai nak tembus.



***



Daye menghampiri Jazz yang cantik bersimpuh di atas tangga itu.


“sarungkan cincin ni...”


Arah mommynya perlahan. Dia hanya akur. 


Dia mengambil jemari Jazz dan menyarungkan cincin platinum bertatahkan berlian tersebut. 


Dia turut memerhatikan kuku isterinya yang merah berinai itu.


“You better cut off your nails yea nanti, panjang sangat tu!”


Dia berbisik kepada Jazz, namun masih didengari mommynya dan mama Jazz.


Bukk. Keras mommynya memukul belakang Daye. Mujur Daye tak mengerang kesakitan.


Setelah mommynya memukul belakangnya tadi, mommynya mengusap-usap tempat yang dipukul tadi, kononnya nak suruh orang lain tak syak apa-apa la. 


Daye hanya mengutuk pukulan keras mamanya tadi dalam hati. Sabar ajelah dengan perangai Daye ni.


“Jazz, salam hubby you ni!”


Jazz hanya memandang mamanya yang memberi arahan tersebut.


Tangan Daye disalam dan dikucupnya.


Setelah itu, Daye pulak mengucup dahi Jazz.


“Daye, welcome to the family.”


Ucap Uncle Bahrain kepada menantunya itu. Daye dipeluknya. 


Daye juga terpaksa menyalami uncle Bahrain lagi sekali. Barulah orang kata menantu Mithali!


“Ahcccuuuum!”


Kali ini, Datuk Bahrain bersin tepat-tepat ke wajah Daye. 

Kemungkinan, dia tak sempat nak tekup dengan tangan kerana Daye masih lagi menggenggam tangannya. Daye pula terus menjadi patung di sana.


“Sorry Daye, papa selsema sedikit.”


Daye hanya tersenyum paksa mendengar penjelasan bapa mertuanya itu.


“excuse me, pa...Daye nak ke tandas sekejap.”


Daye terus berlari ke tandas. Pintu tandas ditutup dan wajahnya di basuh berkali-kali dengan air.


“Fuh, selamat...aku tak jadi mangsa kuman influenza bapa mertua aku tu!”


Daye terus mengelap wajahnya yang lencun itu.

Pintu tandas dibuka dan terpacak wajah mengejek Jazz di hadapannya.


“Cepatlah, nak potong kek ni!”


Kata Jazz sambil tersengih penuh makna.


“Dah nak potong kek? Alaa..malaslah I!”


Daye menyuarakan perasaannya itu. 

Kalau potong kek, mesti nak kena suap-menyuap. 


Eeww...dia tak suka berkongsi sudu dengan sesiapa, terutamanya dengan Jazz ni, tak sanggup, tak tahu Jazz gosok gigi ke tak pagi tadi!


Gerutu Daye dalam hatinya. Wajah Jazz dipandangnya dengan muka meluat.


“Haha, best tau kek tu...I dah rasa dia punya icing, huhu...nak rasa?”


Jazz menyuakan jarinya yang tersalut icing tersebut. Daye menggelengkan kepalanya berkali-kali.


“Ala, rasalah...rasa...rasa!”

“Tak nak!Tak nak! Tak nak!”

“Rasa!”

“Tak nak!”

“Rasa ajelah!”


Jazz terus-terusan menyuakan jarinya ke wajah Daye.


Daye terus terusan berundur. Akhirnya dia terperangkap antara dinding dah Jazz.


“Hahaha, awak kena rasa jugak!”


Jazz masih memaksa.

Daye dah pejamkan matanya.


Sedikit lagi nak sampai ke mulut Daye, dan dah habis limit Jazz berjinjit supaya dapat sama level dengan Daye yang tinggi melangit ni.


Daye membuka sedikit matanya, ingin mencari peluang terakhir menyelamatkan diri.


Jazz yang masih berjingkit di atas ibu jari kakinya itu kehilangan imbangan badan. 


Tangannya yang tersalut icing itu terkena pada belakang rambut Daye apabila Jazz memaut leher lelaki itu untuk mengelakkan dirinya jatuh.


Dan tanpa disengajakan, Daye tertunduk kerana tekanan dari berat badan Jazz dan bibir mereka bersatu.


Matanya menikam mata Jazz. Mereka terpaku, terkelu...dan masih dalam kondisi tersebut sehinggalah...


“Ehem, tadi cakap kat mommy dan papa, sekarang dia sendiri tak sabar yea Daye? Dah-dah, pergi potong kek dulu!And, get yourselves a room!”


Datin Maznyda sempoi aje memulangkan paku buah keras kepada anak keduanya itu. Baru puas hatinya!


Hahaahaa...tadi mengata mommy, sekarang mommy balas balik!Boleh dapat cucu lagi aku ni!hoorey!

Sorak Datin Maznyda dalam hatinya. 


Dia tersenyum sambil menarik tangan anak dan menantunya itu.Daye dan Jazz hanya terkelu. Masih tak dapat berkata apa-apa.

Mr Perfectionist, apa yang dah berlaku ni? Kuman kat bibir tu tak nak lap ke? Hak3...


20 comments:

  1. ya Tuhan.
    mintak dijauhkan suami macam daye ni.

    haha.
    tp lawak okeh.

    -zatie-

    ReplyDelete
  2. zatie: memanglah minta jauh...jauh sampai pluto pun takpe!Tak sanggup den!

    amira: dia ni memang macam tu, giler perfect!

    mars: Type A n C, nanti keluar junior jadi type B! Okay apa tu!!hak3

    ReplyDelete
  3. mimpi ngeri dpat hubby camni!!
    tak snggup...

    ReplyDelete
  4. tahu xpe... xmo.. xsanggup.. alngkah boxer pun disuruhnya gosok... oh, xpela... huhuhu... klu dpt jugak lah kn... ku lubangkan aje baju² dia.. hahaha XDD

    ReplyDelete
  5. lawak5 bab ni paling kelakau.... senak perut..... tonyoh mulut la.... hehehe....

    ReplyDelete
  6. kalaulah kita dpt suami cam daye tu boleh haru hidup anyway jln cita best cpt smabung ye

    ReplyDelete
  7. cs zura: hahahaaha, gelak puas2...

    yora: Only Jazz yang sanggup dapat laki macam ni!huhuhu

    kiwi: hahaha, gud idea tu, nah bt Jazz lubangkan baju Daye nanti!

    nisha: tonyoh mulut ngan towel, baru ketawa takdek yang dengau!

    ReplyDelete
  8. diahperi: hak3...kita tgk nanti siapa harukan hidup siapa yea? thx sbb suka citer ni!

    ReplyDelete
  9. nasib suami kita x cam daye klau x hari2lah kita kena mandi dettol ha..ha...

    ReplyDelete
  10. sa'fri: hik3...lucky u la sis!!I'm not married n seyesly, jauhkanlah drpd dapat hubby cam ni!!Si Jazz 2 a bit like me...couldn't be bothered, kalau rajin betul2 baru nak kemas itu ini. hik3

    ReplyDelete
  11. sgt la klaka....
    x sbrnye nk tggu next en3
    n smbgn KRV2 n IAL gak

    ReplyDelete
  12. ade juga ye org yg macam ni ye...
    suami terlalu pembersih dn isteri
    pula pemalas...hehehe lucu betul
    nak lagi....

    ReplyDelete
  13. anonymous: ok2..righteo!!

    Anor: taktau la real life 2 ada ke x? tp mmg haru lah mereka berdua ni

    ReplyDelete
  14. shamien best..ketawa akak sorang..next n3 cepat skit tau...

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. cs shima: glad u like it!!nak gelak 2 pndg kiri kanan dulu, takut org syak apa2 lak!!hak3

    ReplyDelete
  17. laju sgt ceritanya..
    xde bunga2..
    xde liku2 sebelum pkahwinan..
    a bit bored..
    watak pn x best

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete