Thursday, February 24, 2011

Mr. Perfectionist 2




“Jazz, sayang... rapat sikit dengan Daye tu...”

Jasmeyn Lamia hanya mengerutkan dahinya. 


Wajah Daye di sebelah dipandangnya. 

Pergh! Berani yea kau jeling aku, Daye?


Getus Jazz dalam hatinya. Badannya dirapat-rapatkan ke badan Daye. Daye pula berasa rimas dengan reaksi Jazz itu.


Cepat-cepatlah habis photoshoot ni, aku nak balik dan nak mandi. Kuman perempuan ni dah kena kat badan aku!!!Yucks!

Gumam Daye dalam hatinya.


Wajahnya hanya dibekukan, dia ikut sahaja arahan Mr. Qrane the photographer!


“Okay, cantik! Korang ni sesuai la, kahwin ajelah, Daye kau tu dah tua tau! 35 tahun dah! Jazz pulak, although kau masih muda, baru 25 tahun...kau kahwin aje lah dengan mamat ni! Tak laku agaknya, sebab tu tak kahwin.”


Qrane mengutuk depan-depan Daye yang juga merupakan sahabat karibnya ketika di bangku sekolah tersebut.


Jazz hanya menjeling ke arah Qrane. 


Menyakat orang aja kerjanya. Ambik gambar tu tak, nak tukar lens pun bertahun-tahun!Potpetpotpet aja Qrane ni!


Jazz mengutuk dalam hatinya.


"Sorry la Qrane, barang reject aku tak berapa suka, tapi nak buat macam mana kan kalau dah jodoh!"


Jazz membalas sambil menukar posisinya.Daye pula membuat muka meluat.Macam kau tu hebat sangat Jazz!
Gumamnya dalam hati.


“Weyh, Qrane dan Jazz, kau insurans sikit mulut tu, aku ni... ramai dah yang nak, tapi aku yang tak nak! I dont like komitmen-komitmen ni. Menyusahkan! Lagipun dude, kau suruh aku kahwin dengan JaZZ-Simen yang buat rumah ni? Please lah... budak kampung ni, not my taste!”

Selamba Daye berkata-kata.


Daye duduk sekejap di kerusi, dah nama lagi take-5 kan? 
Takkan nak baring pulak kat atas stage tu? Logik lah sikit kengkawan! Tak tahu ke atas stage tu ada berapa jenis kuman yang membiak?


“woyh! Mamat, kau panggil aku semin buat rumah? Daiyan Raft yang orang buat rakit, kau jangan terkejut yea kalau kita kahwin nanti. Lagipun... aku dah terima lamaran, Datin Maznyda semalam. Hahaha...tak sabarnya aku nak jadi wife engkau, wow!! I nak sepah-sepahkan rumah you tu, sayaaaaangggg!”


Selamba bronchiosaurus terserempak dengan T-rex aje Jazz berkata-kata. 


Daye pula terus bangkit dari kerusinya. 


Qrane, apalagi...siap bersila atas lantai dan makan popcorn, susah nak tengok drama free macam ni dalam kehidupan sebenar. 


Dia tengok aja lakonan semulajadi di hadapannya ini.


“Apa kau cakap? Kahwin dengan aku? Kau ni...budak kampung ni? Hahaha...lawaknya, mommy ni pun satu, nak sangat dapatkan diri dia ni madu lebah yang muda! Cett!”


Daye terus naik ke pentas. 


Jazz, mengetap-ngetap giginya yang cantik tersusun itu. 

Memang budak Daye ni nak kena ajar dengan aku ni!Useless boy!


Jazz mengutuk bakal-suaminya-itu dalam hati.


“woi Kren-angkat piller nak buat rumah, cepat kau ambik gambar kami, lagi cepat benda ni selesai.”


Kesian Qrane. 


Huhu, nama bukan main cantik lagi dieja, Q-R-A-N-E lagitu, tapi bolehnya si Daye ni cakap dia Kren. 


Huhu, tisu di dalam poketnya di ambil dan matanya dilap. Sedih seyh, bukan main lama lagi kawan dengan mamat Daye ni, boleh dia gelarkan aku macam tu!


Qrane menyuarakan ketidakpuasan hatinya dalam hatinya. 

Kamera seberat 2 Kg itu dipegang dan...


“eh? Mana dia? Aku tak boleh nak shoot lagi ni, ada sorang lagi selebriti yang akan shoot dengan korang berdua!”

Daye mendengus kasar.


“Tak boleh ke cakap awal-awal. Aku tak immune tau dengan perempuan kampung kat tepi ni, kan nanti tak pepasal demam , dia ni banyak sangat bakteria!”


Daye dengan selamba menjauhkan dirinya dari Jazz. Jazz hanya menarik muncung.


“Amboi kau, kampung-kampung aku, bapak aku tu title Datuk tau! Aku tinggal kat kampung pun, rumah aku diperbuat dari kayu jati tau! Siap tiga tingkat lagi yea...suka hati mak bapak aku lah nak tinggal kat kampung pun, kau apa kesah?”


Jazz sudah bercekak pinggang. Daye menutup kedua belah telinganya sambil menjelirkan lidah. So IMMATURE!


“Dahlah korang ni, pening tau aku...haa...tu dia datang dah....okay-okay, back to your position.”


Qrane terus mengarah apabila selebriti jemputan itu sudah tiba. Melihat aja wajah dan saiz selebriti itu, Daye rasa ingin melarikan diri.


“Mia Sara, uncle nak Mia pergi berdiri kat tengah-tengah uncle dan kakak tu,boleh?”


Qrane memberutahu kepada Mia Sara. Daye dah pucat mukanya. Jazz pula dah tersenyum lebar.


“So cuuuteeee... Mia, jadi adik angkat kakak yea???”


Qrane tak sempat menghalang apabila Jazz berlari meluru ke arah Mia Sara itu.


Qrane hanya menepuk dahinya, dia terlupa yang Jazz ni obses dengan kanak-kanak.


Matanya ditala ke arah Daye, wahahaha, pucat lesi muka Daiyan Rafael tu. Berpeluh-peluh dahinya.


“Darina, tashapkan muka Daye tu please, dah cair mekap you tu...”


Qrane mengarahkan make-up artisnya itu.


Terkedek-kedek Darina berjalan menghampiri Daye. 


Memang dia amat mahukan Daye ni sebagai pasangannya. 


Lengkap pakej, tinggi, sasa, kacak, poket penuh, hensem, smart, bergaya...macam-macam lah...tapi satu aja yang membatalkan niat Darina itu, si Daye ni amat Perfectionist! Urgh! Situ aja kurang!


“Okay, dah siap!”


Darina terus berlalu. Daye pula menarik nafas panjang-panjang.


“In position...Mia, pegang tangan uncle dan kakak tu”


Qrane mengarah mereka. Daye mengerutkan kening.


“Qrane, why uncle? Abang la...”


Qrane hanya mencebik apabila mendengar kata-kata Daye itu.


“Dude, Mia ni sebaya dengan anak aku, anak aku tu panggil kau uncle, so...Mia pun kena panggil kau uncle!”


Daye terus senyap apabila mendengar celoteh Qrane itu.


Snap.snap.snap. Flash merata-rata, macam-macam posisi dah di ambil.



“Okay, Daye...sekarang kau duduk dan peluk Mia yang comel tu...Jazz pula, bercekak pinggang dan tengok mereka berdua tu dengan pandangan yang marah!”


Daye teragak-agak apabila Qrane memberi arahan itu.


Dia pandang muka Mia Sara itu. 


Huuu, seramnya...i just hate budak-budak!!

 Daye berkata-kata dalam hati.

Uncle ni, slowlah...”

Kata Mia lalu memeluk erat Daye.


Terbeliak mata Daiyan Rafael ni apabila Mia Sara memeluknya. Mulutnya ternganga.

Kids!! I just hate you guys!!! 

Daiyan Rafael menjerit dalam hatinya. Mana nak macho kalau jerit kuat-kuat!


“chill bro, budak lagi tu, kau ni... kalau Jazz peluk kau macam tu, hakhak, melayang terus aku rasa nyawa kau!”

Perli Qrane. Beberapa shots diambil dalam posisi tersebut. 


Jazz pula mengetap bibirnya apabila Qrane melibatkan sama namanya.


“Tunggu aje nanti Qrane, minggu depan aku akan kahwin dengan dia, hari-hari aku akan peluk dia, kasi melayang nyawa dia yea...”


Jasmeyn Lamia membalas balik. Dia memandang Daye yang masih dipeluk Mia Sara itu.


“Eeewh, shuu..shuu, dah-dah...tak payah peluk uncle yea...uncle nak kerjakan ‘kakak'  ni pulak!”

Kata Daye sambil melepaskan pelukannya. 


Tak tahannya dia siap buat Mia Sara yang comel tu macam kucing, siap halau shuushuu lagi.


Daye berdiri dan bersedia untuk menerkam Jazz.


Jazz menanggalkan stilletonya dan terus berlari di dalam studio itu.


Mia Sara pula menangis, kenapa? 


Sebab Daye yang kacak itu tak cair dipeluknya! Selalunya semua orang tak kira peringkat umur akan cair apabila menghadap Mia Sara ni, macam Jazz tadi sebagai contoh, tapi ternyata bukan Daye. 


Melepas peluang Mia Sara untuk berabang angkatkan Daye ni!


“Qrane!! Mamat perfectionist ni nak bunuh aku!!Tolong!!”


Jazz berlari ke arah Qrane.


Kain pengelap lens Qrane di ambil dan dicampakkan ke wajah Daye. 


Haa, baru nak berhenti kau! Ujar Jazz dalam hati.


“eeew!! Gross, kain ni berdebu lah sengkek! Siap kau bila kau kahwin dengan aku nanti!”


Jazz terus melepaskan tawanya. Daye pula menarik muka masam.


Tapi, dari kata-kata Daye tadi, adakah dia bersetuju untuk berkahwin dengan Jazz betul-betul?


16 comments:

  1. best la cite ni shamien.
    nak lagi.

    ReplyDelete
  2. firus: sabar ye...nanti akan ada ag!

    ReplyDelete
  3. muahahahaha!!! ak suka2! hahahaha! mmg sgt perfect! hahahaa.. nk lg shamien...

    ReplyDelete
  4. hahahaha!!! best gler!! msti tunggang terbalik umah sbb ad mamat tak matang tu kan.. Awin... cpt msuk stage dorg dh kwen! huhu

    ReplyDelete
  5. haha..so lawak..kikiki...

    ~ kiwi : amboi gatay yer :P

    ReplyDelete
  6. susah gak ye klu dpt hubby yg nk suma perfect.mcm la dia 2 perfect sgt.

    ReplyDelete
  7. akira bita: okay bos!!nanti awin post lagi, tapi masa tu tak tau ye kul bape!

    kiwi: hang ni gatai no!huk3... okay,mmg nak masuk stage kahwin dah pun ni.

    sis zura: lawak pun lawak gak, DYLM ngan Sharkie tu jgn x smbg ye!!

    Nia: memang susah! Sekeh kan kepala Daye tu!Gogo Jazz!!

    ReplyDelete
  8. hahaha.... lawaksgh cita ni..
    smbnf lg yea....

    ~aki~

    ReplyDelete
  9. Aki: roger!!akan ku sambung nanti!

    ReplyDelete
  10. luku si daye ni kang.
    go jazz go.

    ReplyDelete
  11. update lekas! haha, tetiba. sebelum ni nak komen asik pending je kan. hentam kasik komen terus ni.

    ReplyDelete
  12. QWERty: dipersilakan yang berhoemat! Amek senduk pi luku Daye sampai benjol!

    Kasih: huhu, lagi banyak u komen lagi I suka!!

    ReplyDelete